Friday, December 30, 2011

Resepi Ayam Kashmir

Assalamualaikum.. ^_^


Korang masak apa untuk lauk hari ni?
Nih aku masak aritu sudah..masa Dj tayang kat fb,esoknya tu..leh paham dak ayat aku ni ek..hehe..
Terima kasih laa kat kawan2 yang rajin mengetag kat fb tu..kadang2 bila jarang2 on9 cam aritu memang akan miss je entri kawan2 kalau tak ditag..
Lagi satu terima kasih gak buat kawan2 baru yang sudi cuba resepi yagn dikongsikan dalam blog ni dan share gambarnya kat fb atau kat email...suka tengok hasil masakan korang!

Sebenarnya dulu dah pernah tengok Dj buat,pastu Kak nor buat,Mas pun dah buat..Izah pun dah buat kot..sapa lagi ek..maaf laa ek kalo tak tersebut nama kat sini..dah ramai yang buat rasanya ni..
Walaupun orang dah cuba dulu lagi,tapi aku baru ler nak cuba..
Sedap..ala2 masak merah gak cuma ada rasa berempah sket..

Buat korang yang takde idea nak masak apa,leh laa cuba resepi ni lak.. aku guna bahan yang ada dalam umah jer..daun kari takde,aku tak buh ler.hee..

Terima kasih yer DJ dan rakan blogger masak2 yang turut mempromosikan resepi ni..sedap dimakan bersama nasi tomato ke,beriani ke.. tapi kitorang makan dengan nasi putih jer.. :)

AYAM KASHMIR
Resepi:Dayangjack@dayangjack.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
-hasue buh serbuk kunyit n sikit garam,goreng kejap je.


bahan A :

6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya (DJ campurkan dengan minyak sapi)
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.


Ratah gitu jer pun best!nyummm2..

Resepi Kuih Sagu Pisang Lemak Manis

Assalamualaikum.. ^_^


Selamat pagi Jumaat..
Sarapan apa pagi ni?
Ni sarapan yang mungkin anda nak cuba jika ada stok pisang,sagu,santan dan sebagainya..
Masa aku buat 2 hari lepas aku tak konfiden jer kalau2 ahli keluarga ni akan suka. Tapi memandangkan nak abiskan stok pisang,tetiba nampak lak resepi ni kat myr,aku terus keluarkan kelapa parut frozen aku dari freezer.

Part bungkus tu aku belasah jer balut ikut mana aku reti..janji terbungkus jer udah..hee..kalo ikutkan dia patutnya bungkus cam kuih jongkong kot..boleh rujuk kat link resepi asal aku bagi nanti ek..

Nih antara kejadian kuih tu..ada yang jadi besa,kecik sikit pun ada..hehe.. Adunannya tu memang agak cair sikit..lagipun aku tak buh kelapa parut banyak2,err tak tau pun sebenarnya setengah biji tu banyak mana,aku buh dalam secawan setengah gitu.hee..
Tapi bezanya dari lepat,ada buh sagu tu laa,kan..stok sagu lak cukup2 nak ikut resepi ni..

Alhamdulillah,anak2 dan suami suka jer rasa kuih ni..lembut dan lemak2 jek.. cuma kelapa parut tu agak 'menganggu' kata banglong..haha..tapi dia kata sedapnyaaa...masa aku suapkan kali pertama tu.. kalau tak suka kelapa parut rasanya boleh jer skip..pastu buh sagu lebih..tapi kelapa parut tu kan bagi tambah rasa lemak2 n keenakannya juga..
Kalau nak kaler lebih cantik,guna laa gula melaka atau gula apong untuk gantikan gula putih seperti dicadangkan penyumbang resepi ek.. aku ni guna gula pasir biasa ajer..

Pastu pisang tu aku rasa tak cukup banyak sebab guna pun pisang kecik jer..so rasanya kalo buh pisang lemak manis rasa lagi best..buh banyak pisang lagi sedap.. ni cadangan jelah ek..hehe

Terima kasih buat Resepi2011 dari myresipi.com yg share resepi nih ek..minta halalkan untuk dikongsi di sini pula..kepada semua,selamat mencuba!sedapppp tau!!

KUIH SAGU PISANG LEMAK MANIS
Resepi: Resepi2011@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

11/2 cawan tepung beras.-hasue letak 1 cawan tpg beras dan setengah cawan tepung gandum
6 biji pisang berangan/ pisang yang disukai. -hasue guna 1 stgh cwn pisang dah dilenyek
11/2 cawan sagu kecil (rendam dlm 15min,dibasuh dan toskan )
1/2 biji kelapa parut putih (jika kelapa muda lagi lemak) -hasue guna 1 cwn stgh
1/2 cawan gula perang / gula merah / gula pasir.
Daun pisang yang dilayurkan atas api secukupnya.
21/2 cawan santan ( 1 kotak santan jadikan 21/2 cawan)
Garam secukupnya

Cara-cara

Pisang di lenyek hingga hancur.
Masukkan tepung beras, sagu, gula dan kelapa parut gaul rata.
Tuangkan santan dan sedikit garam gaul sebati.Biar seketika ~ 10 minit agar santan dapat meresap dalam sagu.
Ambil daun pisang dan sapu sedikit minyak atasnya.
Tuang sedikit adunan dan bungkus seperti tapai/ kuih jongkong.Staplerkan / semat dengan lidi.
Kukus ~ 20 - 25 minit / hingga masak.

Buat penggemar kuih2 tradisional..anda mesti sukakannya..selamat mencuba!

Thursday, December 29, 2011

Resepi Nasi Baryani Batu Pahat Dan Kuah Daging Baryani

Assalamualaikum.. ^_^

Kemain semangat aku nak blogging pepagi tadi,tapi celcom kata no service. Suruh banglong check hp pun takde coverage..ciss sungguh jer perkhidmatan celcom lately..tapi nak wat camner kan,buat cam biasa jelah..saborrr..huhu..

Sementara nak membalas komen2 pada entri sebelumnya..nak share menu yang resepinya dah daku cuba sendiri ni,iaitu nasi baryani (atau biasa kita sebut gak beriani) dan resepi kuah dagingnya sekali..aiseh,formal sungguh ayat aku..

Dah lama gak nak try resepi ni tapi terbengkalai sebab masa tu susah nak dapat beras basmathi kann.. lepas tu tak jumpa2 gak rempah beriani yang bukan keluaran produk makanan segera.. ni aku jumpa masa kat miri aritu..sapa2 duk miri leh laa guna rempah keluaran ragavan,insyaAllah sedap.. iklan ini tidak ditaja oleh company ragavan yer.. :D


Untuk beras basmathi tu aku guna beras PUSA yang aku guna untuk buat nasi minyak hujan panas aritu..leh cari dalam blog ni kalau nak tengok resepinya dan rupa paras bungkusan beras basmathi aku sebutkan tu ye..

Terima kasih untuk nani atau nama komersialnya mrsdayat dari laman web myresipi.com atas perkongsian resepi nih..rasanya dah ramai gak rakan2 myr yang mencuba dan suka rasanya kan..
Kalau belum cuba lagi meh laa cuba2 lak,mana tau kena dengan selera.

NASI BARYANI BATU PAHAT
Resepi: Mrsdayat@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

3 cawan beras basmathi -hasue rendam lebih kurang 10minit dan toskan
rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
  2. Masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  3. Masukkan air..tunggu sampai didih
  4. Masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
  5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker.Biarkan nasi masak seperti biasa
  6. Bila nasi sudah masak, keluarkan daun-daun yg ada didalam periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
  7. Masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  8. Masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...
Jangan lupa.. nak 'kick', buh sekali kuah dagingnya kat nasi beriani tu,sekali dengan isi daging..dalam gambar ni aku tak buh lak..masa makan tu baru makan bersama daging macam biasa..ehee


Haa..sesambil korang tunggu nasi baryani masak,boleh laa masak kuah dagingnya pulak.. aku ni bukan nak kuah ajer..sekali nak buatkan lauk makan nasi beriani tu.. guna tulang n isi2 daging gak..jadi aku guna pressure cooker.. kena laa pandai2 ejas timing ek..

Kalau tak ada daging lembu,boleh jer gantikan dengan ayam ke,daging kambing ke,unta ke..kuda ke..kot2 dah teringin sangat nak merasa kan..hehe..

Sekali lagi,resepi ni masih gunakan penyumbang resepi yang sama(resepi kat atas nun),mrsdayat dari web myresipi..sebenarnya memang dia bagi link kat resepi nasi beriani kat atas ke kuah daging ni.. so aku buat ler sekali n tepekkan satu muka surat yang sama kat sini untuk senang dirujuk ek..yang penting dah cuba sendiri.. ;)

Terima kasih untuk mrsdayat,izinkan dikongsi buat pembaca blog ini pula.. selamat mencuba ye semua yang ingin mencuba! insyaAllah sedappp..!

KUAH DAGING BARYANI
Resepi: mrsdayat@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4 org )

Setengah kg daging lembu (potong kiub) -hasue guna bahagian tulang lembu
Setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee(minyak sapi)
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt

Cara-cara
  1. Gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. Masukkan baki bawang2 yg diblend.Kacau sehingga naik bau
  4. Masukkan daging..gaul sebati
  5. Masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. Masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. Tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. Ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum. Bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  9. Akhir sekali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  10. Boleh la di hidang bersama nasi baryani...
Kot2 ada antara korang yang mengidam nak makan nasi baryani batu pahat tapi jauh jer nak pergi kan,boleh laa buat sendiri..lenkali kalo ada pergi batu pahat kat Johor sana,boleh la kita try ..kan..aa sapa nak belanja? ;p

Wednesday, December 28, 2011

Resepi Gebulicious Butter Cupcakes..

Assalamualaikum.. ^_^

Dah semakin ke hujung tahun ni bertambah2 kerja kat rumah ni rasanya..kalau orang yang bekerja makan gaji sibuk nak clear cuti,kita yang duk umah ni sibuk nak clear stok bekalan di rumah la kot..kalo ada bahan2 masakan yang agak2 dah lama beli tu,baik check bila tarikh luputnya..kot2 leh lagi diselamatkan kan...tidak laa membazir.

Kesibukan bertambah gak bila anak2 dah nak masuk sekolah semula minggu depan, waduh..si abanglong yang nak masuk tingkatan satu dan si kakak yang nak masuk darjah 2 sungguh teruja nak pergi sekolah.. semoga segalanya dipermudahkan laa nanti..aminn..

Baiklah,resepi kali ni nak kongsikan hasil skodeng dari myresipi sana.. alhamdulillah,sedap.
Buat mereka yang suka2 nak deko2 cuppies, resepi ni pun boleh la dibuat sebab kos pun ekonomi jer sebab guna buttercup.. kek cawan yang terhasil pun lembut gebu..

Buat yang baru berjinak2 nak belajar baking pun boleh laa cuba yer..insyaAllah jadi punyalah! Cuma jangan lupa ya,kalau membuat kek atau apa2 yang melibatkan telur ni,pecahkan lah telur di tempat berasingan terlebih dahulu..jangan nanti korang pecahkan terus ke dalam adunan gara2 malas nak cuci banyak bekas..terkena telur busuk lak habis ler kan..kalau dapat diselamatkan ok la..huhu..tapi for safety purpose,dont try it at home ok!

Versi aku buat ni buh coklat rice dan sebahagian lagi aku buh pati pandan.. cik abang aku prefer yang perisa pandan..manakala anak2 suka yang ada coklat rice.. korang boleh jer buat versi kesukaan masing2 seperti nak buh coklat chips ke..kelapa parut ke..blueberry filling ke.. ikut stok dan anak tekak masing2 lah yer.

Jadi inilah resepi asasnya untuk menghasilkan cupcake yang gebus dah lembut ni..terima kasih CHA dari myresipi.com untuk perkongsian resepi dan tips di bawah ini..minta izin nak share pula kat sini yer..

Gebulicious Butter cupcakes
Resepi: Cha@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( menghasilkan 25-30 cupcakes menggunakan souffle cup.. :) )

250g Buttercup
5 biji telur (gred B)
200g gula castor
210 tepung self-raising (ayak)
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning (optional)-hasue tambah coklat rice
-sebahagian lagi hasue buh pati pandan

Cara-cara
  1. Pukul butter dan gula hingga gebu
  2. Masukkan telur sebiji dan kacau sebati. Ulang proses ini hingga telur habis.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit..gua kaedah kaup balik.
  4. Panaskan oven 180c (10 minit)..bakar selama 15 minit..(bergantung saiz paper cups)
TIPS:
Psstt..petua kek naik cantik,ringan dan gebu ialah anda perlu panaskan oven pada suhu maksima di oven anda selama 10 minit. Selepas oven dah panas,tukar suhu kpd 180c dan bakar selama 15 minit..jgan lupe turunkan suhu..klu x hangit la kek mu itu..hope it helps..

Sesuai untuk minum petang atau buah tangan buat rakan2 atau orang tersayang.. nak best lagi,sila laa deko2 ngan buttercream..ehehe.. :D

Selamat mencuba!!

P/s: Zhariff dah genap setahun sebulan dah hari ini.. sedang berusaha sendiri menggunakan kaki untuk berjalan.. :D

Friday, December 23, 2011

Kek Pisang Beralun Coklat

Assalamualaikum.. ^_^

Ini adalah entri tak berapa rajin..Menu minggu lepas gak..wat perabis pisang aritu..Kek yang ni aku guna pisang keling kata orang tempatan kat sini..nama antarabangsanya tak tau lak..pisang tu antara yang sedap dimakan gitu ajer...kulitnya yang masak of coz la kuning kan,tapi sedikit kehitaman..isinya putih,lebih putih dari pisang emas..

Sebenarnya kek ni aku buat ikut resepi kek pisang yang aku biasa buat..cuma adjust tang telur jer aku buh 3 biji...lepas tu masa nak bakar tu aku asingkan sedikit adunan dan buh coklat masakan cair..
Lepas tu,aku masukkan separuh yang tak bercoklat ke dalam acuan, tuangkan perlahan yang bercoklat tadi dan ratakan...atasnya tadi buh jer terus adunan yang tak bercoklat...
Jadilah kek pisang beralun coklat,tak jadi berlapis tapi beralun sebab ia dibakar sekaligus bukan berlapis2(satu persatu)..macam kek alunan kasih gitu..

Tak sangka Yana suka sangat kek pisang ni...teksturnya lembut jerr...lagi2 masa panas tu..aku pun makan banyak dari biasa..hurmm..pisang yang digunakan juga mempengaruhi rasa kek,kan? Biasa aku guna pisang kertas(ada orang sebut pisang emas lain,pisang kertas/pisang hotel tu lain). Pisang kertas muncung sikit manakala pisang emas kemetot sikit hujungnya..korang faham tak maksud aku ni ekk..



Rasa kek pisang ni sangat sedap dan diselangi dengan rasa coklat memang best! Rasanya korang boleh jer guna mana2 resepi kek pisang yang korang biasa buat dan tambahkan sebahagian dengan coklat masakan yang dicairkan...ehee... sebenarnya aku malas naip resepi...kalo korang rajin cari resepi kek pisang aku biasa buat tu ada jer dalam blog ni..kalo aku rajin nanti aku updatekan yer... :)



Thursday, December 22, 2011

Siput Sedut Masak Kicap.. dan cara bersihkan siput sedut






Assalamualaikum.. ^_^
Haaa..jarang2 kan nampak menu siput atau lala dan kaum kerabat spesis bercengkerang nih dalam dapur aku kan kannn..ini kerana,..err..rasanya ada gak kawan2 yang dah tau tapi takpe la aku bagitau gak laa ek.. ini kerana aku tak reti makan sebenarnya..lagi satu alasan baik punya, sebab lala atau kerang dan yang seangkatan dengannya agak susah nak dapat kat sini..kalau ada mungkin tak segar dah..takut nak beli kang tak pasal2 tempah bilik sepital satu malam sebab sakit perut..huhuuu.. tapiii,kalo siput sedut ni mudah jer kot nak dapat,selalu jer aku tengok ada orang jual kat pasar tamu mukah nun..masih bertanah2 pasir sungai lagi..sengaja tidak dicuci agar lebih segar laa agaknya kan. sekilo 9 hengget..begitu jugak kerang aritu,cuma cik abang aku kata kerang tu cam tak berapa fresh dah..tanya penjual tu katanya kerang tu dari kuching..



Sebenarnya yang mengidam nak makan tu si dia, sebab tak puas makan kat restoran aritu katanya..masa tu makan ngan kawan.. so dah beli tu aku kena la masak kan..imagine nak masak kicap tak berkuah sangat so dapat laa cam gambar kat atas dan bawah nun..seperti yang dibayangkan dia jugak..alhamdulillah,sedap sangat katanya..aku masak cam masak kerang jek.. nak masak lemak cam tak selera buat masa ni,mungkin lain kali kot.ehe..

Jadi nak dijadikan citernya..balik dari pasar tu,kitorang singgah la beli kelapa parut untuk bersihkan siput tu dari segala kekotoran.. tips/petua nih aku dapat lamaaa dulu dah tak silap dalam majalah mingguan wanita kot.. walaupun tak pernah masah siput tapi aku abadikan dalam lipatan memori kot2 berguna seperti di masa2 begini kan..
Dah bersihkan tanah2 kat siput tu,cuci,rendam tos..ramas2,rendam dan tos..(ulang sampai kelihatan bersih)..kita gaul laa dengan kelapa parut seperti dalam gambar di bawah ni ha..
Tima kasih la kat my laling yang sukarela buat kerja2 tu..hehe

Kat atas  nih rupa siput tu bila digaul dengan kelapa parut..ia bukan jer membersihkan kekotoran dalam siput tu,tapi siput pun rasa lebih lemak2 lagi(menurut penyumbang asal tips tu),lagi2 kalo masak lemak kot..
Kalau nak guna hampas kelapa(lepas ambil santannya) boleh juga..lagi2 kalau kita nak masak lemak kan..
Guna cara ni untuk bersihkan memang semua kekotoran yang masih berada dalam siput tu akan melekat kat kelapa tu setelah dibiarkan bergaul lebih kurang satu jam..at least setengah jam pun ok kot..

Selepas tu boleh la dicuci,diramas2 dan ditos kembali...dipotong muncungnya ..sedia untuk dimasak dan boleh dimakan tanpa was2.hehe..cam rumit ek?tapi kalo malas tu guna cara biasa tu pun ok kot..aku selesa jer cara gini lagi2 1st time nak merasa.hee..terima kasih kat penyumbang tips tu aku tak ingat nama dia..mungkin ramai yang kongsikan cara tu gak..tq2..


Bagi aku yang baru belajar makan siput sedut ni sesuai la masakan kering gini..kuahnya yang sikit tu sedappp tauu! Bagi yang pandai makan siput sedut cam cik abe aku tuh dia kata sedapp sangat..lagi2 bila perencahnya tu dah meresap kan..
Oh ya, for the record..aku berjaya makan lebih dari 5 ekor siput sedut aritu.. itu pun setelah bersusah payah..hahaha..tak pakar lagi dalam sedut menyedut nih.huh! Tengok dia selamba jekk..tu belum termasuk lagi bab nak ngunyah n nelan kan..tapi bila dah berjaya makan tu macam,yeyy... rasa cam rancangan fear factor pun ada memula tu..hee..melampo2 tul kan. Tapi at least aku dah mencuba,dan berjaya...ahaks! Korang yang tak reti makan tu bila lagi... *jeling2 kat orang berkenaan..

Oklah2,kali ni nak share resepinya pula...nih resepi simple2 jer dan boleh digunakan untuk memasak kerang juga..


SIPUT SEDUT MASAK KICAP
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1kg siput sedut-bersihkan,gaul dengan kelapa parut dan bersihkan lagi sekali. potong muncungnya,tapi jangan terlalu pendek
1-2 ulas cili merah*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1cm halia*-bahan bertanda * ditumbuk halus
2 batang serai*-dititik
5 cili api*diketuk-boleh tambah ikut tahap kepedasan masing2
3 sudu besar kicap pekat-boleh tambah jika perlu
1 sudu besar sos tiram
Asam gelugor secukupnya
Garam dan perasa jika perlu
2 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit air

Cara2:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk dan tumis sehingga wangi,masukkan serai,asam gelugor dan cili api. Masukkan separuh kicap pekat dan kacau seketika. Masukkan pula siput sedut dan kacau rata. Perlahankan api dan biar air siput tadi keluar. Setelah ia hampir kering,tambah kicap pekat(sehingga tidak kelihatan pucat) dan sos tiram. Kacau lagi sehingga sebati dan masukkan sedikit air. Tutup kuali dan masaklah sehingga siput tadi masak dan air hampir kering.

Biarkan beberapa ketika sebelum dihidangkan agar perencah masakan lebih menyerap ke dalam isi siput sedut itu tadi..
Selamat mencuba!

Kuahnya tu pun best tauu..ada rasa pedas2,masin2 dan rasa lemak siput tu.. ^_^

Monday, December 19, 2011

Resepi Sup Tulang Pedas Masam








Assalamualaikum.. ^_^ 
 
Sebenarnya aku masih duk terhegeh2 lagi duk kat kampung ni..sedang sibuk berkemas sibuk juga aku nak ngentri..ngengada sungguh aku rasa.
Ni pun menu minggu lepas ni haa..cuba laa kelainan dalam mengesup(rosak bahse) dengan meletak cili padi dan limau nipis..aku takde stok limau nipis jadi aku hentam buh limau kasturi so beza tu mesti ada laa kan tapi nak buat camner dah kemaruk nak mencuba resepi DJ nih,sebab masa dia tayang tu kebetulan aku memang nak mengesup gak jadi berdesup la aku buat gak kan..walaupun guna bahan2 yang ada jer..

Pasal sup masam ni sebelum ni aku pernah gak tengok abang aku,abang kandung aku ek..bukan cik abang aku..cik abang aku tu seingat aku dia lom penah masak sup lagi..walaupun suka makan sup yang bini dia masak..ahaks! Aaa..sambung balik,abang aku kan,dulu la..aku penah tengok dia masak buh asam jawa..tapi masakan sup tau.tapi buh asam. sup tulang masam yang pedas kata adik aku.. aaa,ni lebih kurang laa kot cuma rasa masam yang berbeza la kan.. yang abang aku masak tu pun pedasnya ya ammpunnn..sampai nak hirup pun ngeri..bak adik aku kata kalo dia(abang) masak pedas2,mesti pikir banyak kali nak hirup kuah..begitu juga kalo dia buat sambal belacan..hahah.. tapi kalo kita masak sendiri,sendiri jela adjust pedas masamnya...tul tak DJ? tuh Dj sengih tu setuju laa tuh.heee..
 
 


Sup Tulang Pedas Masam (resepi II)
Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)-hasue tak letak
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)-hasue guna limau kasturi,limau nipis takde stok
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)-hasue tak letak
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan). 
  3. Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan. 
  4. Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya. 
  5. Setelah masak dan empuk, tutupkan api. 
  6. Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. Makan panas-panas, sedaaapp!


Terima kasih DJ..err, bukan dj radio yer..tapi DayangJack iaitu Mem kat Dapurku Sayang  coz share resepi nih.. Cara2 masak tu aku ikut keselesaan sendiri jer..derhaka sket2 takpe kan Dj..ahaks..
Best jer tuh hirup sup pedas2 masam..cuma yang buh cili api nya tuh setelah sup ni masak ler,aku rasa Dj pun guna cara yang sama bukan buh bahan2 tu masa ngah dimasak ek..jadinya nak asingkan untuk yang tak suka pedas dan masam pun buleh,terutamanya untuk anak2...fuhh..semput aku bercakap.eh.menaip..hee

So korang apa lagi..sila2 laa mencuba yerrr.. 

P/s: Sebenarnya aku guna muka baru blogger nih..aritu pernah ngetest..tadi test punya test sampai ke sudah aku guna wajah baru ni...masih lum biasa lagi ..kekok yang amat!tapi cam best pun ada gak..
korang(blogger) guna yang baru ke atau masih wajah blogger yang lama?

Friday, December 16, 2011

Ampap Hati Ikan Yu ..keenakan yang sukar digambarkan!

Assalamualaikum.. ^_^

Menu ni rasanya banyak kali gak aku dah tayang dalam blog ni..tapi mungkin ada yang terlepas pandang atau tak sudi memandang tidak mengapa kerana ku tahu aku insan hina..ok,itu lirik lagu.

Hati Ikan Yu kali ini sangattt besar..sebab ikannya pun besar. Kitorang tak beli pun ikannya,cuma beli hatinya aja.. tauke restoran kat sini calling2 incik suami..kot2 dia berminat nak beli kan.. dan dengan zass dan pantasnya incik suami memecut mendapatkannya.. Pilihan masakan adalah seperti biasa,ampap.. tak pun sedap di 'pais'.. goreng gitu jer pun sodap..buh berempah!erghh...stress bila terbayang ! sila baca tajuk entri ini.
err,korang tak pernah dengar ek nama masakan2 aku sebut nih? Kalo orang sabah sarawak mesti tau kot..ada juga orang semenanjung yang tahu rasanya..hehe.. :D

Cadangan hidangan..hehe..
ok la,aku bagi gambaran sket, rasa masakan ni berempah pastinya..ada rasa kunyit,sedikit rasa pedas,sedikit rasa masam..ermm..dan rasa istimewa lemak2 dari hati ikan yu itu sendiri ..sangat best dijadikan menu sampingan dan pembuka selera! Selera berbeza la,mungkin tak kena selera korang kot..kang susah lak kalo ramai yang pandai makan kann <-ayat orang takut tak dapat hati ikan yu lenkali nih.haha

Pada entri lepas aku ada tunjuk hati ikan yu yang dah dimasak jer ek sampai ramai yang tertanya2 dan tak dapat bayangkan rupa hati tu masa belum dimasak..
Meh ler aku nak tayang,cuma kali ni versi yang besar laa ek..tak semestinya yang kecik tak leh dimasak gini..kecik pun sedap..besar gini lagi lemak2 ler rasanya..


Model cilik sedang menunjukkan hati ikan yu yang sudah dibersihkan.. kalau saiz gini,haruslah dipotong2 dan bahagikan kepada beberapa bahagian..tak best kalo masak banyak2 sangat.. nak simpan pun,asing2kan siap2 untuk sekali masak,tak perlu laa keluarkan semua sekali kan.

Tadaaa...!! close up sket.. ada tak aku sebut ia besar?hehee...beratnya lebih kurang 1kg..Oh ye.. jangan lupa buang hempedu pada hati ni yer...kerana kalo tak terbuang hempedunya,nanti akan pahitlah masakan anda..percayalah! :P

Tapi awas yer..orang kata ada juga hati ikan yu yang tak boleh dimakan..efeknya mungkin sebabkan pening2 sket la,bukan keracunan(so far yang aku tau ler) yang cam dalam gambar kat atas ni,dah sah selamat dimakan!Tapi ikan yu yang biasa dan saiz sederhana sehingga besar tu insyaAllah boleh..kecuali ikan yu yang muncung lebar tu aku muskil sket..ada yang kata boleh,ada yang kata tak boleh.. agaknya bergantung kepada kekuatan antibodi kot.

Teringat aku geng seorang ni yang ngidam nak makan hati yu masa mengandung tempoh hari..sayang sekali dalam tempoh tu aku tak dapat carikan dia hati yu yang segar gini.. dia pun tak dapat agaknya..sampai dah selamat bersalin pun..harap2 lepas ni nanti dapatlah jumpa.. :)

Sebelum ni aku dah bagi resepinya..tapi takpe lah,aku taip lagi..memandangkan aku rajin sikit..tak banyak,sikit jer..agar memudahkan mereka yang ingin mencuba sendiri..

AMPAP HATI IKAN YU
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
250 hati ikan yu
1-2 tangkai cili merah(kalo nak pedas tambahlah cili api)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1cm halia*
2 batang serai-potong2 dan ambil bahagian putih sahaja*
1cm belacan*-bakar dahulu jika suka
2 inci (atau lebihkan sedikit) kunyit hidup*
Garam dan perasa
Asam gelugor secukup rasa-kalau guna asam keping 1-2 sudah memadai.
Daun kunyit secukupnya


Cara2:
  1. Bersihkan hati ikan yu-buang hempedu,cuci dan toskan. Potong jika saiznya besar.
  2. Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga halus-hasue kisar menggunakan pengisar bahan kering kecuali kunyit..setelah itu baru ditumbuk bersama kunyit untuk elakkan pengisar menjadi kuning kesan kunyit hidup.
  3. Gaul bahan2 kisar tadi bersama hati ikan dan tambahkan garam dan asam gelugor. Gaul sebati dan rasa sedikit guna hujung jari. Pastikan rasanya sedikit masin dari yang sepatutnya. ini kerana bila dimasak nanti rasa garam akan lebih meresap.
  4. Sediakan periuk kecik yang sesuai, susunkan daun kunyit sehingga menutupi dasar dan dinding periuk. susunkan hati ikan bersama rempah2nya sekali di atas daun kunyit yang sudah disusun tadi.
  5. Ambil sekeping daun kunyit dan racik halus..taburkan di atas hati ikan yu yang sudah siap disusun dalam periuk dan tambahkan air sehingga sekadar paras hati ikan..Sekadar cukup untuk menenggelamkan sedikit hati ikan tu yer,jangan buh banyak sangat airnya..
  6. Ambil beberapa keping lagi daun kunyit dan tutup permukaan hati ikan..masaklah sehingga air surut dan hati ikan masak.-dalam 15 minit menggunakan api sederhana-perlahan.
  7. Selamat mencuba!
Resepi aku bagi kali ni nampak cam panjang lebar,tapi ia untuk memudahkan korang juga untuk mencuba sendiri..kang kalo tak cukup detail susah lak nak bayangkan yer dak? :)

Tapi,buat mereka yang tahu rasanya..pasti dapat bayangkan rasa hati ikan yu ini..betul tak?

Sudukan sedikit bersama rempahnya n masuk mulut..yummm! Juga amat enak dimakan bersama nasi putih..menu sampingan istimewa yang jarang ditemui di restoran.. :D


Thursday, December 15, 2011

Kembali Bersua Bersama Pembuka Selera..

Assalamualaikum.. ^_^

Haiiii..selamat bertemu kembali setelah berapa lama bercuti blogging..fuhh,lama sekali rasanya bercuti kali ni..bukan sengaja nak malas2 atau ada masalah kesihatan..cuma masalah kronik dengan moden modem broadband yang tak berfungsi masa tu.. agaknya dah selalu sangat dipaksa kerja keras sampai modem tu merajuk agaknya..selepas tu aku tunggu modem sampai tapi sayangnya modem tu tak berapa power lak,area ada coverage dia takde..dasyat tul lah..

Selepas tu kalo online dan mengentri dari kampung atau masa keluar ke area ada coverage ajer..memang sungguh grrr..rasanya sebab tu laa takde updatenya..hee

Sampai adik aku syorkan modem CSL last week..baru laa boleh bertenet dari rumah semula seperti biasa..yup,seperti biasa yakni tenet tak laa laju berdesup cuma ada waktu jer laju cam orang lain..kalo biasa tu lemau jer.hehee...tapi syukur dah,dah boleh blogging balik kan dari takde langsung.

Macam aku bagitau sebelum ni banyak benda aku nak share,sampai tak tau yang mana satu..
Baik resepi mahupun cerita..nantilah akan diusahakan untuk dientrikan..
sekarang ni baru menikmati perlahan2 talian internet di samping tugasan harian yang amat padat..ehe..padat dengan aktiviti makan2 adalah antaranya..maklum laa,musim hujan kan. eh boleh ke alasan tu?ahaks..

Sambal Belacan Mempelam Muda

nih menu biasa tapi ramai penggemarnya..pedas2 masamm..ermmm! Juga sedap kalo makan dengan linut.. atau ambuyat..


Oh yer..terima kasih kepada yang sudi mem follow blog ni ek..kepada kawan2 yang sudi tag kat Fb tu.makasih banyak..yang dah mencuba resepi dari blog ni dan kongsi hasilnya..alhamdulillah..suka tengok kejadiannya..
Blog yang bukan sekadar bersawang dan bersarang nih.. aku nak kemas2 dulu laa ek..

Rindu korang!! ^_^

Monday, November 28, 2011

Hari ni Birthday Zhariff..yang pertama!


Assalamualaikum.. ^_^

Salam maal hijrah buat semua..
Hari ini..28 November 2011..genaplah usia Zhariff 1 tahun..
Perkembangan zhariff terkini adalah,
baru ada gigi 4 batang..
belum pandai jalan,tapi laju jer menyelusuri perabot dan dinding rumah(berdiri la yer..bukan ala2 spiderman lak)
Pandai menangis..(eh ni pun masuk list ke)..suka gelak2 senyum2..
Makin manja ngengada..taknak berjauhan ngan mama dia ni...asyik mamaaaa mamaaaa je kalo nangis..kalo masa tak nangis baru babahh babahhh..cam tak adil pun ada..hahah

Dah pandai berebut barang mainan dengan yana..kalau tak dapat dia tarik ler rambut kakak dia tu sebab geram..lepas tu yana nangis zhariff buat muka tak bersalah..muehehe..try amik barang tu balik,kalo yana tak bagi dia tarik rambut lagi..haha..ada ciri2 pembuli di situ. huhuh
selain tu,dah tonggeng2 montot nak berdiri sendiri tapi masih berat kot..
pastu dia suka buat aksi kejutkan kita n kalo kita buat2 terkejut dia ulang balik konon2 sergah kita..
sekarang dah pandai 'give me five,bye2,clap your hand..dan yang terbaru ni paling lawak bila kakak2 dia nyanyi lagu,dia menari gerak kiri kanan dalam posisi merangkak..habis diorang nyanyi dia siap tepuk tangan..pastu kalo diorang nyanyi lagi dia goyang lagi sampai lagu abis,dia tepuk tangan..haha..aku gelak golek2 nengok aksinya gitu..hihihi..


Buat zhariff..selamat hari ulangtahun kelahiran yang pertama..semoga membesar menjadi anak yang soleh dunia akhirat..kami semua sayang zhariff..

InsyaAllah entri seterusnya akan menceritakan bagaimana pengalaman melahirkan zhariff.. maaf la kalo terlambat sikit yer..kelahirannya sangat2 di luar perancangan..tapi pengalaman yang menyeronokkan dan penuh saspen..hee
sekarang nak taip tak cukup masa..nak upload gambar untuk kenangan tapi portable HD lak tertinggal..
sebenarnya sekarang berada di Miri nak membuka clamp abang long yang selamat dikhatankan 5 hari lalu..
Zhariff nak jugak sambut besday kat miri kot... ;P

Ops terima kasih buat kak rosaliza yang wish besday zhariff awal2 lg..hehe :)

P/s: Kek pertama zhariff..beli atau buat sendiri? Tunggu dan lihat..heheee..*ngengada jek statement ni ekk.. ;P




Awal2 pagi ni Zhariff dapat kad besday pertama dari aunty Sheila@nshafea..terima kasih aunty-kata zhariff..hehe..
comel jek kad nih..buat kenang2an zhariff nak tengok bila besar nanti..insyaAllah.. :)

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011 ...

Assalamualaikum.. ^_^

Update last minit pada tarikh yang cantik ini.. nombor 2011 ditaip 2 kali pada tarikh ini..tarikh yang penuh..tidak seperti tarikh 11111 yang tak penuh 8 angka untuk mencantikkannya..hehe..
Tapi masing2 ada pendapat untuk melihat tarikh istimewa untuk mereka.. :)

Ermm..aku agak kekok untuk berblogging..
Ada sebab aku cuti blogging..aku cuti kerna terpaksa..bukan aku yang apply atau isi borang cuti..
Tapi mudah2an segalanya akan lancar..dan ini sebagai titik permulaan kembali.,
Terima kasih pada rakan2 yang masih setia bersama.. followers baru dan lama..biar tak ramai tak mengapa..anda pemangkin semangat juang untuk aku terus berblogging..


Nak taip banyak lagi tapi nanti tarikh ni abis pulak. hee..
Yang pasti..aku rindu dunia blogging.. rindu rakan2 blogger dan pengunjung blogku..
aku pasti kembali..
dalam masa terdekat ini..
dengan cerita yang banyak dan panjang2..(ikut suka la kalo ada yang nak baca ye dak?hehe) insyaAllah..

Terima kasih buat yang sudi mem FOLLOW..sudi menge LIKE..sudi meng KOMEN.. dan sebagainya.. :)
Kerana anda..blog ini masih terus 'bernyawa..'

Friday, November 4, 2011

Resepi NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Assalamualaikum.. ^_^

Time ujan2 ni kan..makin menjadi2 perangai broadband nih..siang tadi semalam,cik abg dah tanyakan kat kedai telekomunikasi tu nak try maxis..kate pekerja kat situ line maxis pun bergantung ngan celcom..huh?tak paham aku..kalo gitu lagi teruk la kalo guna maxis kat sini kot..digi lak takde katenya..unifi?dalam mimpi pun belum tentu jumpa..huhuh
Jadi buat masa ni terpaksa laa jadi pelanggan setia celcom broadband..boleh la daripada takde langsung kann..tengok laa sampai mana leh bertahan. Kalo agak2 takleh bertahan berhenti je jadi blogger..senang citer.hehe.. :D

Berbalik pada menu yang sedang berposing..
Nih sebenarnya bila digoda2 kak Ganu nun..haihh akak sorang nih rajin lak goda2 yer..baruu nak berdiet balik ni haa kak,lemak2 senang nak tepu time2 ujan ni..ekeke..ni pun makan mapin tak hengat.. sibbaik yang sorang tu tak selera nak memapin sekarang ekk kak ekk..kalo idak mau dier dulu berlari ke dapur membuatnyer..hihi..

Nampak cun sangat ler bila kak nor guna mapin cup kaler biru tu kann..pastu nengok mewah ngan ceklat cips tu..tu yang tambah teringin lak test resepi Nigella nih..kalo kat AFC kadang2 ada gak aku tengok rancangan nigella tu..tapi tu laa kadang2 bahan2 dia guna yang takde kat sekitar aku..susah sikit nak try..eh ni nigella yang sama ke, yang lain ek..ke anak makcik senah ujung kampung?ehe.. aku nak klik link kak nor bagi tu pikir banyak kali. nanti penuh jer tabs aku nih dengan page error..hee..

Aku buh sekali badam cincang..kebetulan ada dalam stok..aku suka jer kalo mapin yang bercoklat chips dicampur badam nih..tak ler rasa keseorangan kesebijian coklat tu bila digigit..rasa bila ia berdua2an ngan almond tu lagi besh..ehehe..ikut selera kite laa kan nak buh apa..tul tak kak Nor? ;) (tu nampak kak nor angguk2 tu...)

Buat korang yang suka gigit2 coklat tu..sila2 laa cuba resepi mudah ni ek..
Terima kasih buat kak Nor Ganu kite yang promote baek punyer resepi yang asalnya diskodeng dari dapur Ady.. terima kasih gak buat ady(lum kenal lagi stakat nih..nanti leh laa kenal2..hehe) nak nyekodeng dapo orang pun lemah semangat jer masa tenet lembaps nih..nih pun sibbaik kak nor tag kat FB..gigih sikit nak refresh.hihi.. minta ijin yer kak nor nak share kat sini lak resepinya..Tq2
Sebab aku rajin sikit(tak banyak tau)..aku alih bahasakan bahan2nya yer..yang cara2 tu senang jer nak paham kann..

NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
(recipe souce : adapted from SSB with minor changes)
source : Ady Greatsword & K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Ingredients: | Bahan2:

250g plain flour | 250 tepung gandum
2 tsp baking powder | 2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp baking soda ~ k.nor letak secubit jer | 1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp good quality cocoa powder | 2 tbsp serbuk koko(sebaiknya guna yang berkualiti tinggi)
170g caster sugar ~ k.nor guna 150gm | 170 gula kastor/gula halus
150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling, i use twist white choc and chocolate chips) |150g coklat chips(tinggalkan 1/4 untuk ditabur)
200ml milk | 200ml susu - hasue guna susu cair/sejat
80ml vegetable oil | 80ml minyak sayuran
1 large egg |1 biji telur gred A
1 tsp pure vanilla extract |1tsp ekstrak vanilla

Aku dapat 12 cups untuk satu adunan nih..hehe..

Method:
1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).
2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.
3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.
4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.
5. Spoon the batter into paper muffin cases.
6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.


Kalau ikut cara2 tu senang jer ek..kak nor pun dah bagitau.. kalau mapin nih rata2 resepi memang buh bahan basah yang dah disatukan bersama ke bahan kering yang disatukan..
Satukan bahan2 kering..pastu satukan bahan2 basah..pastu gabungkan je dalam satu bekas..godek2 bagi sebati tapi jangan terlebih pukul..nanti mapin ko bantat lak..hehe..

Oven tu aku panaskan dulu ke suhu 200c..bila dah masukkan mafin aku kurangkan ke suhu 180c..pastu untuk mafin nih aku bakar 25minit..ada soalan? hehe.. ;)

Dapat bayangkan tak kalo gigit mende kat atas tu..best ko!Rasa coklat n rangup2 almond..bersama mafin yang gebu n lembut. Selamat mencuba..!! ^_^

Monday, October 31, 2011

Resepi Doh Karipap.. baru belajar kelim mengelim..hee

Assalamualaikum..
Haiii..bertemu semula dalam minggu baru...ada yg merinduiku?ahaks..soalan gedik2 lak kuar ek..
OKlah..ni entri yang patut kuar minggu lepas..tapi macam biasa..kalau malas mengeram lama2 depan lappy nak merefresh internet lembap..akan banyak laa entri atau gambar yang di'eram' dalam folder..cuma tak tau menetas ke idak jer

Semenjak merasa sendiri karipap yang dibuat oleh Tun Telani dulu tu,memang teringin lak nak cuba sendiri resepi tun nih..lagi pulak bila ramai rakan blogger masakan yang dah mencuba sendiri dan mengakui kesedapannya...jadi buat korang yang belum mencuba tu,boleh laa buat doh karipap guna versi tun nih pulak yer

Memandangkan semua orang yang menayang karipap tu semua pandai2 mengelim belaka..aku pun cuba2 bakat mengelim nih..sebenarnya aku suka guna acuan jer..ada dua pattern acuan nih kan..saiz pun ada banyak..ehee..aku suka acuan yang leper sikit kelimnya tu tapi mana tah jauh terperosok dalam gobok agaknya sebab dah lama tak mengaripap..eh rosak bahse.

Cam biasa,tempat nak buh karipap yang sedia nak digoreng tu kena tabur tepung sikit2..tapi doh ni ok jer kot tak tabur tepung..hehe..
Sungguh aku tak pandai mengelim nih..ada laa beberapa ketui jer yang comel2 sket.hee..comel ler pada aku yang tak reti ngelim nih.kehkeh..kena banyak prektis lagi ler nampak gaya kan..dan perkhidmatan acuan masih diperlukan. :D


Bila dah jadi sikit2 gini keliman tu memang seronok jer..lagi2 kalo ada banyak masa nak mengelim..
Apa2pun terima kasih Tun Telani yang kongsikan resepi nih ekk tun.. akak kongsikan kat sini lak yer..ayat akak edit sikit bagi nak senang paham..tq2 :)
Terima kasih gak buat kawan2 blogger yang kongsikan hasil karipap korang yang menambah semangat nak mengaripap..maaf ye tak tersebut satu2..kang ada yang tertinggal ada plak kecik ati..hehe..

Doh Karipap
Resepi:Tun Telani@qurrataaayun.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

4 cawan tepung
2 tbs marjerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 tsp garam

Cara-cara:
  1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk. Tutup api.
  2. Tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu atau hand whisk(jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. Dah sejuk sedikit, campur garam dan air.
  4. Uli sehingga menjadi doh.. siap! Bolehlah buat karipap bersama inti kesukaan masing2.
Yang belakang kanan tu contoh yang guna acuan biasa..
Doh ni memang best..kalo buat tertebal sikit pun masih menten sedap! Biasanya kitorang suka jer karipap yang berjerawat tapi kali nih wat gak yang kulit halus mulus..sibbaik semua gak laris.hehe..wat bekal masa masuk utan best nih.heh. :D

Aritu aku buat inti kari daging cincang+kentang..sebab masa tu takde kacang panjang..petangnya tu carik gi kedai..syukur jumpa kacang panjang..

Jadi malamnya tu terus buat karipap lagi tapi kali ni buat inti KenCang(kentang+kacang)..inti karipap paling digemari di rumah nih..kalo keledek tu tak berapa suka lak bos aku tuh sebab rasa manis2 tu..huhuu.. inti kencang memang kegemaran kitorang dari dulu lagi..

Korang suka inti karipap apa ekk??

Thursday, October 27, 2011

Resepi Agar-agar Santan Pandan

Agar2 pandan yang bersantan nih mesti ramai yang tau buat kan.. aku selalunya buat main agak2 jer..malas nyukat2..ehee..memang ikut basic guna agar2 jelah..so sapa2 tak pernah buat lagi tu boleh laa ikut resepi nih..memang jadi jer..nak guna jenis agar2 bertali tu pun boleh..tapi seeloknya rendam laa dulu ek..

Kali nih aku cuba resepi kak Paty nih..tergoda aku nengok kat dapurnya aritu..lepas tu makan tak hengat..sedap dengan rasa pandan n lemak2 santan..makan lak sejuk2..hmm..best sangat!

Terima kasih yer kak Paty share resepi simple dimple nih..minta izin nak tepek kat sini lak..nak tengok versi asal boleh klik link di bawah ni nanti ek..ada dwi bahasa..aku tepek yang bahasa melayu udah..nak nengok bahse inggeris gi dapo kak paty yer..ehehe

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
Sumber:Paty's Kitchen@patyskitchen.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 10 g agar-agar serbuk
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170 ml air campur dengan1 paket serbuk santan-hasue guna santan kotak 200ml
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan-hasue guna pati/pes pandan


Cara2:
  1. Masak air dengan gula sehingga gula hancur.
  2. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau.
  3. Pukul telur dengan serbuk santan dan perlahan-lahan masukkan ke dalam agar-agar.
  4. Biarkan mendidih sehingga adunan santan timbul dan berbintik-bintik.
  5. Tuangkan ke dalam loyang/acuan. Biarkan sejuk dan membeku

Kadang2 aku buat jadi berlapis gini,kadang2 tak berlapis..agaknya terlebih air kot terjadi lapisan nih..ataupun tak cukup lama dimasak..eh tapi cam lama dah rasanya..mana2 laa ek..dua2 pun best pada aku,berlapis ke..atau dapat satu warna aje.. sedappppp sangat! Walaupun simple nak buat,kan? ;)

P/s:Terima kasih jugak buat hamba Allah yang hadiahkan mould agar2 tu.. ;)

Tuesday, October 25, 2011

Resepi Ayam Goreng Rangup Daria..

Menu semalam. Dah abis..jangan mintak eh..ehee..
Kebetulan masa mencari idea nak masak tengah hari semalam,nampak kat dapur peminat cerita Korea ni ha,sapa?kak Quinnie?bukan..ada sorang lagi antu citer korea nih..,daria namanya..tak pasti lak umur berapa nak bahasakan diri kak ke kan..tapi aku lagi tua kot..hehe
jeles aku orang cerita ada unifi nih..cam tinggal aku sorang jer terkontang kanting melayan berok ekor panjang ang lemau sokmo ni haa..orang ada unifi layan movie/drama thru tenet jer..huh..aku nak bukak blog orang pun seksa jiwa raga..huh lagi skali..eh jeles bebeno nampaknyer..hahak

Sambung citer balik..semalam tu nampak dia tayang ayam goreng ni haa...terus tanpa buang masa gi keluarkan ayam yang tengah sok bertapa dalam freezer..
Maka ku godek2 jadi ayam goreng rangup yang sedap nih
Bak kata anak2..cam bau ayam kepci..!! Yang tu aku pun akui..memang best aromanya..pestaim aku goreng ayam bertepung yang guna tepung ubi..jakun banyak..

Aku goreng 2 sesi..skali tu kurang kari jer..tapi sesuai laa untuk anak2 di bawah umur.hehe..aku guna bahagian peha ayam..

Mintak izin yer daria nak buh kat sini resepi simple tapi mabeles nih..memang ada iras2 ayam kfc la pulak walaupun bahan2 simple yang amat...puas ati jer makan cicah sos cili!
Kalau cicah sos jenama 'life' memang sejibik cam kepci.hehe..
Korang kalo nak try boleh rujuk resepi di bawah atau terus ke tuan punya resepi asal ke SINI..
Terima kasih yer daria untuk resepi nih.. :)

Aku gandakan adunan..bergantung kepada banyak mana ayam kita nak goreng yer.

Ayam Goreng Bertepung Rangup
Sumber: Resepidaria.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahannya:-

Bahan tepung salutan

*4 sudu besar tepung ubi
* 1/2 sudu makan serbuk kari(bergantung kepada selera anda untuk lebihkan)
*serbuk lada sulah
*garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil)

bahan lain

*3 ketul kepak ayam (apa2 bahagian ayam pun boleh)
*1 biji telur, dipukul sebentar
*Minyak secukupnya untuk goreng

Cara-caranya:-

1.Bersihkan kepak ayam, keringkan air ayam dengan tuala masakan.
2. Ketepikan sebentar
3.Sediakan tepung salutan. Masukkan serbuk kari, lada sulah, garam kedalam tepung. Gaul rata.
4.Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana
5.Celup kepak ayam dalam telur dan kemudian angkat kepak ayam dan masukkan kedalam salutan tepung. pastikan ia bersalut rata. Ulang sampai habis kepak ayam
6.Goreng sehingga kekuningan dan masak.
7.Angkat dan toskan dengan tisu masakan
8.Hidangkan bersama sos cili.

Yang nih versi buh kari lebih sikit..
Ayam ni memang rangup dan sedappp!! Mahap laa yer..tak dan nak posing beria...aku amik gambar pun masa nak ngap..masing2 dah kebulur..haha

Tips nak goreng ayam guna bahagian peha ni..kadang2 kita risau tak masak kat dalam kan..goreng guna api sederhana jer..bila dah kuar cecair tu(darah ayam dan sebagainya) biarkan dulu..dah berhenti baru balikkan ayam.. selepas masak sebelah baru balikkan lagi untuk warna ayam yang sekata..kalau tak yakin juga,guna lidi untuk cucuk isi ayam yang paling tebal,bila tak berdarah dah,dah masak ler tu.. so tak payah laa kite nak belek atau koyakkan ayam tu tiap kali lepas goreng ek..hehe...selamat mencuba!

Monday, October 24, 2011

Bukan Sekadar Apam Dot Dot..

Selamat sejahtera buat semua pengunjung blog I LOVE MY LIFE.. semua sihat2 belaka hendaknya yerrr..
Bagi aku hujung minggu baru2 ni penuh dengan aktiviti dan pengalaman baru..korang bagaimana? Harap2 banyak peristiwa best yang berlaku ek..
Semalam pun cik abang gi Miri sebab ada miting arini..so hari ni sibuk lah sikit sebab pegang jawatan menteri pengangkutan di samping tugas utama sebagai tukang masak,tukang kemas,tukang cuci,baby sitter,guru dan sebagainya tu..
Walaupun tugas kita cam banyak jer dan tak berkesudahan.. berbanggalah jadi surirumah,tak semua orang berpeluang merasai membesarkan anak sendiri di depan mata kan.. ;)

Lewat petang semalam aku sempat mengukus labu,lebihan dari sebiji labu yang aku buat pengat pada malam sebelumnya...kira2 nak buat bingka. Lama tak makan bingka labu.

Bila ngenangkan anak2 ni kureng sikit kuih jenis bingka ni..pikir lagi apa plak yang sesuai untuk sarapan budak2 nih.. teringat lah apam yang bercorak2 yang ramai rakan2 blogger masakan dah cuba. Dari tahun lepas lagi rasanya dah ramai yang buat..sampai buat bisnes pun ada..tapi aku macam tak cukup minat nak cuba memandangkan selalunya menu apam ni dipandang suram jer kat umah ni..lagi2 kalau ada menu sampingan lain..memang lambat sangat ler habis. Sudahnya kang..incik tong sam pah kwang juga yang kekenyangan.

Tapi bila izahdaut buat minggu lepas,cam teringin lak nak try bercorak2 nih..tapi masa tu masih malas.
Jadi kan, malam tadi bila pengukus dah kat luar tu..terus jer mengadun apam nih nak buat untuk sarapan paginya..
Sudahnya aku dengan ditemani zhariff mula mengadun dan mencorak..tak lama pastu zhariff pun meragam nak tido..huhuuu.. jadi aku kukus je dulu mana yang sempat.

Nih antara kukusan pertama, ladybird yang kena bedah pastu lupa nak jahit balik agaknya..

Tapi tak semua merekah..naik tu memang naik. Yang over merekah pun ada..tapi macam sadis sangat nak diambil gambar..macam mangsa kemalangan ngeri,tak sesuai ditonton masyarakat di bawah umur..heh.. :D

Dah si kecik tido, aku sambung balik..untuk kukusan ke 2,aku kecik kan sedikit api, tapi bila dah nampak elok je naik tu aku besarkan laa sikit2..nak suruh masak cepat sebab tak sabar nak padamkan api..nak tidur.huhuuu..

Pastu jadilah jugak yang gini..ada laa rupa ladybird comel sikit kan.. yang jauh di hujung sana tu konon2nya bee(lebah) ler..pemalu n low profile sikit sebab tak berapa comel..ladybird depan ni bajet paling comel dah nih..hahaha..

Yang nih versi dot dot..naik elok menggebuss2

Dah tu, aku tutup api..bahaya wo buat kuih malam2 kalau lupa nak tutup api..hehe
Kemudian sambung kukus esok paginya lak..alhamdulillah adunan masih elok naik jer ..cuma aku tak berapa rajin nak mencorak je laa kan..buat dot2 jelah..asal siap.ehee

Nih lagi,antara yang terlibat dalam pembikinan filem tapi tak berapa nak comel..hehee.. lebah kat atas kanan tu terlebih pakai celak..

Saja jer aku dendiam simpan atas meja n suruh anak2 minum macam biasa..teruja diorang tengok ladybird haa..sibbaik diorang sebut ladybird gak..bukan katak ke..kuye2 ke..maknanya ada laa rupa ladybird tu kan...ngahaha

Tekstur apam ni..gebu jer..erm,anak2 suka lak makan yang ada corak2 ladybird n lebah tu..si kakak masa sarapan tadi taknak..dah balik sekolah baru mencari..sibbaik ada lagi. Aku suka makan apam ni masa panas2 suam tu je..masa sejuk tak berapa best ke tekak aku.hehe...tu yang bahaya ngadap masa suam tu...tak hengat!

Ohya..untuk resepi n skill mencorak boleh rujuk ke dapur kak MadiHaA atau kak Ratna di SINI(klik) dan asal usul pengumbang resepi dan teknik boleh rujuk di sana yer.

Sebenarnya tenet aku mengong je ni..nak buka browser pun problem jer..huh. harap2 tak lama..

Apa2pun terima kasih buat izah,kak hana,kak Ratna dan semua sekali yang terlibat dalam penyebaran resepi n teknik nih..

Friday, October 21, 2011

Resepi Kek Lapis Sisik Ikan... [versi sisik dinasour?]

Taraaaaa...satu lagi resepi kek lapis sarawak yang femes!!

Para pembuat dan penggemar kek lapis Sarawak pastinya tahu atau kenal dengan kek lapis yang satu ini..
Resepi asal adalah dari pembuat kek lapis sarawak yang terkemuka iaitu Puan Rabiah Amit..tapi nampak gaya sekarang ni dah banyak diubahsuai ikut citarasa masing2...cuma skill membuat 'sisik' itu masih dikekalkan kerana masih mengguna nama yang sama dan haruslah kreditkan kepada empunya skill asal iaitu Puan Rabiah...

Kek nih aku buat minggu lepas..eh minggu yang satu lagi kot..lupa lak tarikh kejadian,tapi sebelum aku buat kek lapis evergreen tu la..dalam minggu tu jer 2x aku buat...cuma yang mula2 tu aku malas amat laa nak snap gambar lagipun sebab tau dah.. lepas tu mesti ada buat lagi..ada penggemar katekan..hehe
Sebenarnya my laling dah request kek nih since raya aritu...tapi kan sekarang ni susah nak cari hawflakes yang ada logo halal ni haa.


Sebenarnya kalau ikutkan resepi n skill asal tu guna hawflakes yang bulat2 kecik tu..jadi bila dah jadi isu tu kite pun tak yakin laa nak guna dah..guna yang beso ni laa pulak kan..diyakini halal oleh JAKIM.

Jadi nak buat 'sisik' tu,takkan nak cucuk beso2 gedabak gini kan...aku pun,potong 4 ler asam manis tu...
Gini haaa...

Dah dipotong tu..senang laa sikit nak mencucuk2 jadi sisik kannn...tapi aku nih kan buat kerja kekadang ditemani suara orang mengilai menangis kat lutut..jadinya kerja pun tau nak siap jelah..hihi..

Ni nak kongsikan nih.
Kot2 ada yang wondering(tertanya2) kenapa ia dipanggil sisik ikan..tengok bawah nih yer..

Dah tengok? Cam sisik kan pattern tuuu...nih dah dilapis ngan adunan seterusnya nih..dah masak tadi tu kan,2 lapisan..baru cucuk2 ngan asam manis. lepas tu baru buh adunan lagi..
Haa,cuba bayangkan sebelum ni orang guna asam manis yang bulat tu..cucuk2 gini gak..sebab tu laa namanya sisik ikan..jadi aku buat guna hawflakes segi empat ni cam sisik dinasour lak ghupanyer tuh..eh dinasour ada sisik ke? cam sisik tenggiling kot?kakaka..

Gini laa lebih kurang rupa kek tu bila dah siap..kek aku buat nih tak berapa hensem..korang buat ler santek2 yer..aku buat 3 layer je cucuk sisiknya tu..

Kek ni amat aku rekomenkan kat penggemar kek asam manis..sedappp sangat! ke tekak kitorang la..Perisa horlicks dan asam manis..Tekstur kek gebu yang lembap dan lembut. hah dah macam penjual kek dah ni..
Kalau tak gemar asam manis,takyah letak asam manis ler..jadilah kek lapis horlicks aje..

Aku kongsikan di sini resepi yang aku alterkan sikit dari resepi asal sebab resepi asal manis sangat.. lepas tu bahan lain aku ejas2 gak..tapi masih tak lari dari resepi asalnya yer..ehe..nak tengok resepi asal boleh jer korang google sendiri ek..ramai dah mencuba tu..
Kalau nak tengok yang Pn Rabiah Amit buat leh dapatkan buku resepinya di pasaran yer.hehe

KEK LAPIS SISIK IKAN
Resepi & skill asal: Pn Rabiah Amit
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 10 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 150 gula halus
  • 1 sudu makan ovelet
  • 110ml air sejuk(dari peti sejuk)
  • 1 tin kecil serikaya-170g)
  • 100g horlicks
  • 1 sudu kecil esen vanila(optional)-tak letak pun takpe
  • 5 sudu makan susu pekat
  • 300g mentega
  • 200g tepung hongkong/superfine
  • Asam manis-hasue guna yg segiempat besar dan dipotong 4
Cara2:
  1. Dalam sebuah bekas,masukkan mentega dan susu pekat. Pukul sehingga sebati dan berkrim. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain,masukkan telur,gula dan ovelet dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan serikaya sambil terus dipukul lagi. Masukkan horlicks,tepung(sudah diayak) dan esen vanila. Kaup balik/pukul sebati guna kelajuan minima.
  3. Setelah itu masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil terus dipukul sehingga sebati..
  4. Gunakan senduk dan gaul(kaup balik) adunan agar benar2 sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 150c (api atas sahaja). Griskan loyang dengan mentega dan tabur tepung rata2..boleh juga gunakan baking paper untuk alas cam biasa.
  6. Sendukkan lebih kurang 6 sudu makan dan bakar menggunakan api atas. Bakar selama lebih kurang 5 minit atau sehingga atas kek keperangan.(bergantung kepada kepanasan oven masing2 yer.
  7. Lapiskan lagi dengan 6 sudu makan adunan. Bakar lagi sehingga keperangan. Keluarkan lagi dan cucuk hawflakes secara condong sehingga separuh tenggelam.
  8. setelah selesai seluruh permukaan kek,sudukan lagi 6 sudu adunan dan bakar sehingga keperangan. Ulangi langkan 6,7 dan 8 ini sehingga selesai.
  9. Banyak atau sedikit asam manis terpulang kepada cara susunan hawflakes atau ikut selera masing2.. SELAMAT MENCUBA!
Kek nih lembut n moist jek..sedap tauuu..ermmm.. Nak sepotong? Gi wat sendirik..ahaks