Menu ni rasanya banyak kali gak aku dah tayang dalam blog ni..tapi mungkin ada yang terlepas pandang atau tak sudi memandang tidak mengapa kerana ku tahu aku insan hina..ok,itu lirik lagu.
Hati Ikan Yu kali ini sangattt besar..sebab ikannya pun besar. Kitorang tak beli pun ikannya,cuma beli hatinya aja.. tauke restoran kat sini calling2 incik suami..kot2 dia berminat nak beli kan.. dan dengan zass dan pantasnya incik suami memecut mendapatkannya.. Pilihan masakan adalah seperti biasa,ampap.. tak pun sedap di 'pais'.. goreng gitu jer pun sodap..buh berempah!erghh...stress bila terbayang ! sila baca tajuk entri ini.
err,korang tak pernah dengar ek nama masakan2 aku sebut nih? Kalo orang sabah sarawak mesti tau kot..ada juga orang semenanjung yang tahu rasanya..hehe.. :D
Cadangan hidangan..hehe..
ok la,aku bagi gambaran sket, rasa masakan ni berempah pastinya..ada rasa kunyit,sedikit rasa pedas,sedikit rasa masam..ermm..dan rasa istimewa lemak2 dari hati ikan yu itu sendiri ..sangat best dijadikan menu sampingan dan pembuka selera! Selera berbeza la,mungkin tak kena selera korang kot..kang susah lak kalo ramai yang pandai makan kann <-ayat orang takut tak dapat hati ikan yu lenkali nih.haha
Pada entri lepas aku ada tunjuk hati ikan yu yang dah dimasak jer ek sampai ramai yang tertanya2 dan tak dapat bayangkan rupa hati tu masa belum dimasak..
Meh ler aku nak tayang,cuma kali ni versi yang besar laa ek..tak semestinya yang kecik tak leh dimasak gini..kecik pun sedap..besar gini lagi lemak2 ler rasanya..
ok la,aku bagi gambaran sket, rasa masakan ni berempah pastinya..ada rasa kunyit,sedikit rasa pedas,sedikit rasa masam..ermm..dan rasa istimewa lemak2 dari hati ikan yu itu sendiri ..sangat best dijadikan menu sampingan dan pembuka selera! Selera berbeza la,mungkin tak kena selera korang kot..kang susah lak kalo ramai yang pandai makan kann <-ayat orang takut tak dapat hati ikan yu lenkali nih.haha
Pada entri lepas aku ada tunjuk hati ikan yu yang dah dimasak jer ek sampai ramai yang tertanya2 dan tak dapat bayangkan rupa hati tu masa belum dimasak..
Meh ler aku nak tayang,cuma kali ni versi yang besar laa ek..tak semestinya yang kecik tak leh dimasak gini..kecik pun sedap..besar gini lagi lemak2 ler rasanya..
Model cilik sedang menunjukkan hati ikan yu yang sudah dibersihkan.. kalau saiz gini,haruslah dipotong2 dan bahagikan kepada beberapa bahagian..tak best kalo masak banyak2 sangat.. nak simpan pun,asing2kan siap2 untuk sekali masak,tak perlu laa keluarkan semua sekali kan.
Tadaaa...!! close up sket.. ada tak aku sebut ia besar?hehee...beratnya lebih kurang 1kg..Oh ye.. jangan lupa buang hempedu pada hati ni yer...kerana kalo tak terbuang hempedunya,nanti akan pahitlah masakan anda..percayalah! :P
Tapi awas yer..orang kata ada juga hati ikan yu yang tak boleh dimakan..efeknya mungkin sebabkan pening2 sket la,bukan keracunan(so far yang aku tau ler) yang cam dalam gambar kat atas ni,dah sah selamat dimakan!Tapi ikan yu yang biasa dan saiz sederhana sehingga besar tu insyaAllah boleh..kecuali ikan yu yang muncung lebar tu aku muskil sket..ada yang kata boleh,ada yang kata tak boleh.. agaknya bergantung kepada kekuatan antibodi kot.
Teringat aku geng seorang ni yang ngidam nak makan hati yu masa mengandung tempoh hari..sayang sekali dalam tempoh tu aku tak dapat carikan dia hati yu yang segar gini.. dia pun tak dapat agaknya..sampai dah selamat bersalin pun..harap2 lepas ni nanti dapatlah jumpa.. :)
Sebelum ni aku dah bagi resepinya..tapi takpe lah,aku taip lagi..memandangkan aku rajin sikit..tak banyak,sikit jer..agar memudahkan mereka yang ingin mencuba sendiri..
AMPAP HATI IKAN YU
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:
250 hati ikan yu
1-2 tangkai cili merah(kalo nak pedas tambahlah cili api)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1cm halia*
2 batang serai-potong2 dan ambil bahagian putih sahaja*
1cm belacan*-bakar dahulu jika suka
2 inci (atau lebihkan sedikit) kunyit hidup*
Garam dan perasa
Asam gelugor secukup rasa-kalau guna asam keping 1-2 sudah memadai.
Daun kunyit secukupnya
Cara2:
Tapi,buat mereka yang tahu rasanya..pasti dapat bayangkan rasa hati ikan yu ini..betul tak?
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:
250 hati ikan yu
1-2 tangkai cili merah(kalo nak pedas tambahlah cili api)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1cm halia*
2 batang serai-potong2 dan ambil bahagian putih sahaja*
1cm belacan*-bakar dahulu jika suka
2 inci (atau lebihkan sedikit) kunyit hidup*
Garam dan perasa
Asam gelugor secukup rasa-kalau guna asam keping 1-2 sudah memadai.
Daun kunyit secukupnya
Cara2:
- Bersihkan hati ikan yu-buang hempedu,cuci dan toskan. Potong jika saiznya besar.
- Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga halus-hasue kisar menggunakan pengisar bahan kering kecuali kunyit..setelah itu baru ditumbuk bersama kunyit untuk elakkan pengisar menjadi kuning kesan kunyit hidup.
- Gaul bahan2 kisar tadi bersama hati ikan dan tambahkan garam dan asam gelugor. Gaul sebati dan rasa sedikit guna hujung jari. Pastikan rasanya sedikit masin dari yang sepatutnya. ini kerana bila dimasak nanti rasa garam akan lebih meresap.
- Sediakan periuk kecik yang sesuai, susunkan daun kunyit sehingga menutupi dasar dan dinding periuk. susunkan hati ikan bersama rempah2nya sekali di atas daun kunyit yang sudah disusun tadi.
- Ambil sekeping daun kunyit dan racik halus..taburkan di atas hati ikan yu yang sudah siap disusun dalam periuk dan tambahkan air sehingga sekadar paras hati ikan..Sekadar cukup untuk menenggelamkan sedikit hati ikan tu yer,jangan buh banyak sangat airnya..
- Ambil beberapa keping lagi daun kunyit dan tutup permukaan hati ikan..masaklah sehingga air surut dan hati ikan masak.-dalam 15 minit menggunakan api sederhana-perlahan.
- Selamat mencuba!
Tapi,buat mereka yang tahu rasanya..pasti dapat bayangkan rasa hati ikan yu ini..betul tak?
first time tgk hati ikan yu ni & tak penah terfikir pun hati boleh masak mcm ni, nampak menarik =)
ReplyDeletekalau di pasar besar PJ (Petaling Jaya) senang juga jumpa orang jual isi ikan yu.. isinya siap dibuang kulit kasarnya & dah siap dipotong kecil2.. tapi tak pasti pula hati ikan yu tu samada dijual atau di buang bersama2 perutnya.. nampaknya lenkali kalau pegi lagi pasar besar PJ kena pesanlah kat penjual tu minta simpankan hati ikan yu tu.. teringin pula nak mencuba bila nampak hasue dok tayang lagi.. hehe..
ReplyDeleteSalam rindu Hasue!!!
ReplyDeleteLama betul mama tak kemari.. Hasue n the kids sihat?
So far mmg blm pernah mkn ati ikan yu. Mungkin rasa nyer seakan ati2 lembu cos mmg besar!!
ati ikan yu sedap yerk isyh tak pernah makan dan tak tauler boleh makan ker idak.. isyh kalau nak masak idakler kot takut tak reti ...kalau ler ada orang jual nak beli..
ReplyDeletesalam sue...biasa Liza masak gulai jer ikan yu ni, xpernah pulak masak hati dia...besar giler hati dia kan...hihihhi
ReplyDeletebesarnyer!!!!!!!!!!! agak2 beso mana laa ikan dia, ye. kalau jumpa dlm laut mesti kelam kabut lari nih.. kalau tun baca nih b4 duk bintulu mesti dah jakun sgt la nih, dh la dgr bunyi ikan yu tu duk terbayang ikan jaws. muahahaha~~ kat ganu xde rasanye org jual ikan yu kt pasar. kat bintulu pun jarang2 jumpa. tun 1st time jumpa kat pasar miri, siap amik gambar lagi. haha.. betapa jakunnyer masa tu. skrg tgk sebelah mata je (ayat eksyen walaupun xpernah beli ikan yu.. ahaks..)
ReplyDelete.
.
....
tu je kot karangan kali nih.. nk gi semayang pulak.
oooowwww...ni nak kena try masak ni, tak pernah beli hati ikan yu, tapi biasa beli ikan yu kering buat acar, pinjam resepinya ye Hasue cayanggg...
ReplyDelete@Tina Othman
ReplyDeleteAda masa n jumpa ati ikan yu leh la cuba..sedap jd menu smpingan ni :)
Hati mahupun ikan yu mmg akk xpnh mkn... bole kot klu nk ganti dgn hati lembu or hati ayam... bhn2 mcm naik selera je... tq info n resipi
ReplyDeleteMemang tak penah makan telur ikan yu ni..ampap...lagila tak penah dengo pun...leh gak try resepi ni...cuma nak cari hati ikan yu...payah nak jumpa kot...guna telur ikan lain boleh ke...:)
ReplyDeletesalam sue..dabyk kalikowat ni mmg btol sedap la kan..aku x pnh mkn hati ikan yu n ampap ni..tp aku rasa ade sket lebih kurang ngan paisikan n botok2 ikan belah johor...cume botok2 ade byk daun2 n gune sket rempah kari..mmg sedap pun...teringin nk rasa hati ikan yu ni camne..eh..tp ni bkn jenis yg makan org tu kan..ehehehe
ReplyDeleteAssalam Hasue, pekabo? lama tak singgah sini..bestnyer kalau dapat rasa hati ikan yu ni..nampak sedap jer bila dimsk tu. lum pernah mkn lagi ...kat sini tak ada jual kot coz ikan salmon jer byk tk tahu lak mcm mana rupa hati ikan salmon kalau ada nk juga mkn..ceter salmon lak saya ni..hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum hasue cayang..
ReplyDeleteakak x perna lg makan hati ikan yu... nampak sedap yer ampap hati ikan yu tu... ermm mmg besar juga yer tgk hati ikan tu... baru nie ler akak tgk...
besarnya hati ikan nie ye...xpenah tengok apatah lagi memakannyer...sedap je nampak...
ReplyDeletesalam Su...ramai gak yang tak pernah makan hati ikan yu ni yer...tapi kan..akak SUKAAA.... sedap... akak biasa buat kari pekat2 (indian style).. makan ngan nasi panas...pergh..lemak2 rasanya (uish..kecur air liur membayangkan keenakannya)... kat Pasar Borong Selangor ni selalu gak ada hati Yu ni, hati ikan pari pun ada... lain kali boleh buat respi Su ni plak
ReplyDeletewakaka..aku le tu yang mengidam ngan ikan yu tu...heheehhe
ReplyDeletesedaapppppnyee!!
ReplyDeleteMemang sedap! Tapi jgnlah makan setiap hari. Pembiakan Ikan Yu semakin Terjejas.. kesian Ikan yu.
ReplyDeleteRsnya sm cam hati pari..
ReplyDeletesedap nih klu bg org yg pnh mkn....mmg akn selalu tercari2 hti ikn yu sbb pya nk jumpa
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteCucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
ReplyDeletePuan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.
.................................................................
▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.
..................................................................
▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.
...............................................................
Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570