Tuesday, May 31, 2011

Kuih Penyaram Lembut n Kelupis Kenduri Makan Tahun

Sebenarnya dari minggu lepas aku duk memprojek kuih penyaram nih..maksud aku memprojek nih adalah menge'test' resepi yang ada,dan ubahsuai sana sini sehingga benar2 menepati citarasa dan tekstur yang kitorang inginkan..
Bercakap pasal penyaram ni memang nak aje yang lembut,takmo keras2 atau liat macam sesuai untuk cabut gigi cara mudah je kan..

Mula2 buat tu ikut resepi sedia ada,dah lembut dah..best jek.. bila sejuk,liat lak..ni komen dari cik abang aku tu laa..dia kalau bab2 jadi tester ni memang boleh gunapakai punya..haha..lagipun kuih ni peberet dia n abanglong..si kakak je tak pandang..si kecik yana lak nampaknya berjinak2 gak dah mula minat kuih ni..
Cubaan kali kedua lak dah ok sangat2,lembut..pastu dah sejuk pun still lembut n rapuh..
Tapi cik abg kata maybe harus tambah lagi tepung beras untuk rasa lebih kenyal sikit..bukan kenyal betul laa,dia harus ada tepung beras tu..bla bla bla..yer bang,yer..lain kali la pulak cuba ye bang..
Sebab resepi yang ni pun dah cukup best..aku akan kongsikan kat sini yer..
Oh..kuih ni kan,kena perap dulu tau..aku rasa at least 2 jam laa..paling baik,semalaman..contoh..(cewawahh..siap bagi contoh..ala..korang pun mesti cam aku gak kan..suke je detail2 nih..hehe)..ok,sambung balik,contoh kite wat adunan sebelah malam dalam kul 8..goreng laa esok pagi dalam kul 7 gitu..kul 8 pun ok..kul 6.30 pun dah boleh da..gitu laa maksud semalaman ni..ehe..kalau nak bancuh pagi goreng kul 5 pun ok..
Tapi tu laa,kite ni asal sebut kena perap ke apa memang cam malas je kan..padahal bukan susah mana punnn..lahaii..nak ngadun tu prup prap prup prap dah siap..pastu tutup je bekas tu(tak perlu simpan dalam peti sejuk)

Satu lagi,kuali. Kalau kat sarawak ni ada kuali khas untuk menggoreng kuih ni..dia comel je warna itam..keistimewaan kuali itu adalah ia dalam sikit dari kuali biasa kite wat goreng ikan tu..jadi bila ia dalam kan,kuih ni pun jadi dengan elok laa 'pipi' dier tu..tersorong2 tembam jek..Bibir kuih pun sangat angelina jolie jer kejadiannya nanti..hehe
Kuih ni nampak menjadi bila bibirnya tu kelihatan haa..takde bibir tu konsider tak menjadi wo..sebab tu pestaim buat dulu masa kat kampung,kitorang excited lebey..siap riuh satu dapur bila satu kuih penyaram menjadi..seronok buat ramai2..uu,tetibe windu ngan kakak2 aku..tskk

Meh layan kuih tradisional nih..

Nampak tak bibir kuih ni yang mungil tu?hehe..aku guna kuali biasa jer,sibbaik jadik ko..
Meh laa aku share kan resepi kat sini pulak..kot2 ada yang ngidam nak makan kan..
Nanti kalo ada resepi lain lagi best atau best nya berbeza(dia sama2 best,tapi best dari sudut lain),aku post lagi resepi yea..

Oh ye,kat tempat korang panggil nama apa kuih ni ye? cucur jawa eh? tak kisah laa ek..janji rupa tu sama..hehe

Kuih Penyaram Lembut
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 500g tepung gandum
  • 100g tepung beras
  • 650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
  • 3/4 sudu teh garam
  • 500g gula apong/gula melaka
  • Minyak masak secukupnya
Cara2:
  1. Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras.
  2. Dalam bekas lain,bancuh gula apong dengan 200ml air panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
  3. Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
  4. Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
  5. Tapis adunan dan perap semalaman.
  6. Panaskan 2/3 cawan minyak masak(guna api perlahan),ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang dogoreng satu persatu. Selamat mencuba!
Jika kurang paham,lenkali laa aku amik langkah demi langkah bergambar yer..tu pun kalo rajin la.hee..kalau ada kuali hitam tu lagi best..harus carik gak nih

Kuih ni dibiar semalaman ke 2 malam pun masih lembut lagi..ia tahan lama ye,tak mudah basi..sesuai sangat untuk bekal ke..kan.

Gambar kat bawah ni lak aku cilok dari gambar yang kakak aku tag kat FB.. Ahad lepas kan kenduri makan tahun kat kampung aku.. so tiap kali kenduri memang ada laa kelupis ni haa.. kiranya setiap kampung memang akan buat kenduri gini setahun sekali..tarikh yang berbeza..sebelum ni aku dah citer rasanya.hehe..

Ni set kelupis yang para tetamu akan dapat selepas acara makan2.. seikat kelupis,sebiji kuih penyaram dan sebiji wajik..kadang2 ada sebiji pisang lagi..semua orang pun dapat termasuk kanak2..

Kelupis tu nampak cam lepat kan? Tapi ia sebenarnya nasi pulut dalam tu..rasanya lemak2 gitu..ala,cam lemang..cuma sedapnya berbeza..ia lebih lembut lagi..adeh,tetibe aku terliur bila citer pasal kelupis n tengok gambo nih..huwaaa..
sihzmah,bila makan tahun kat kampung lak ekk..?(ngengada nak gi kenduri makan tahun kat kampung cik abg aku lak..haha) kampung sendiri tak pergi kan..ada jugak yang kena buang kampung kang..hihi..

Monday, May 30, 2011

Bubur Nasi dan Zhariff dah 6 Bulan..

Aku dengan tak sedar dirinya dah 2 hari tak update blog..hahahihi..
Biasa laa,anak2 yang 2 orang dah pos ke kampung Sabtu lepas..2 orang stay sini..rasa baru beranak dua jer..ahaks.Tapi sunyi pun ada,takda dengar orang gaduh2..nyakat2 nangis2..aku pun dah kurang latihan vokal bila yang 2 orang nih not around..nak latihan vokal ngan yana n zhariff ni macam sia2 lak kang..hehe..kan kecik lagi,so diorang takde gaduh2 laa kan..cuma yana suka 'tumpang' walker zhariff..dier duk sekali dalam tu,tak ke sempit..huuhu.. jadi buat mereka yang masih beranak 2 tu,sila2 laa tambah lagi yer..ehe..

Baiklah,taknak cerita aktiviti semalam sebab tak banyak aktiviti pun..walaupun best jer duk umah..weee...:P
Nak cerita pasal bubur nasi nih..kitorang kalo makan bubur nasi jer..dah bayangkan makan gini:Kakak aku n cik abg yg introduce makan bubur nasi dengan ikan kacang hitam tu..tapi memang best dan sedap..ikan bilis goreng halia tu pulak memang pelengkapnya..ala2 menu orang dalam pantang kan..best!
Ni gara2 tengok bubur nasik ijahdaut aritu terus aku terbayang nak makan ni..heee..pagi nih pun bekpes bubu gak..

Pastu kan 28hb aritu zhariff dah masuk 6 bulan..so petang semalam baru cuba2 bagi dia makan sikit..bubur nasi kisar bertapis..untuk permulaan,aku tak buh apa2 sayur ke buah ke perisa ke..biar dia blajo terima rasa nasi dulu untuk beberapa hari..^_^
Yana bersama bubur pertama zhariff..sudu pun dia punya..zhariff punya terbang entah kemana..hehe

Aku nak upload gambo lagi tapi kesuntukan masa ni..jap lagi nak masak2 untuk cik abg nak jamu rakan2 dia lak..dak kecik ni lak x tido2 lagi..huu..
layan gambo2 zhariff 6 bulan.. kalo rajin lenkali upload lagi..
Yang masa dia senyum tu masa makan..suke jer mamam!

Ni aktiviti bila takde keje,nyakat dia sampai nangis..eheee...masa 28hb..6 bulan aritu.. :)

Friday, May 27, 2011

Light Cheese Cake..gebu n sedapp!

Selamat bercuti kepada semua guru2 dan pelajar yang akan memulakan percutian semester selama 2 minggu bermula esok..Link
Aku tak balik kampung lagi nie,memandangkan.. 'alang-alang je nak balik sehingga cuti hari gawai minggu depan'kata roommate ku itu..huk..
Lupakan pasal balik kampung jap,kang ada gak yang tumpang kesat air mata sebab dah lama tak balik kampung.hehe..

Kek keju ini,sebenarnya buat arituuuu dah..lama dah..2 minggu lepas,berturut2 buat ngan chocolate scc tu...2 hari berturut2 buat kek keju masa tu..yeyy!aku gilak!
Masa tu adik aku ada kan..so bila ada tukang makan,memang best la nak ngetest2 resepi kalau masa rajin tu..ehe.
Lepas makan kite nyesal laa secara berjemaah kan..sebab kek ni so moist,gebus,lembuts tapi yang best tu kosnya murah aje..ermm..lebih kurang buat slice cheese cake kosnya..
Sebab resepi pun aku alter dari situ..ahak

Jom cuci mata..



Oklah,resepinya ni mudah aje..hasil menderhaka gitu..sibbaik x error tapi menjadi dengan elok jer..sebenarnya dah banyak kali buat dan pelbagai versi pun..cuma sebelum ni tak yakin nak kongsikan..sekarang dah yakin,boleh la yang berminat nak mencuba pula yer..
Kaedahnya sama je cam nak buat slice cheese cake..tapi sukatan bahan2 n dari segi rasa agak berbeza..rasa creamy gitu..ermm..sedap bagi penggemar cheese..

check it out ok..

Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

senang nak menjadi kek ni,asalkan buat meringue tu menjadi.. :)

Gebus kann.?hehe..
Pasni aku update resepi full yea..sabarr..malas nak naip deh..ngah sibuk merempit(tapi sibuk nak ngapdate gak)..saje nak wat penggemar cheese terliur..ehe
Dah update resepi,selamat mencuba! ^_^

Resepi: Sambal Sotong

Tiba2 tenet aku laju dari beberapa hari lepas..jadi aku merempit laa dengan laju sampai terbabas dan memotong di garisan berkembar sampai tak hengat..pas kena saman baru insaf balik..ni baru nak ngentri pas gi cuci mata ke rumah orang.hee..
Harap2 berlanjutan laa tenet nih laju,kan..kalo senyap balik tu atau ada komen macam 'hang' jer lum tereply biasanya tenet prob ler..bukan suka2 tak jawab..tapi malas nak melayan broadband..kang tak terbuat keja lain lak..hikhik.. apa2pun kalau ada soalan yang memerlukan jawapan n kepastian secepatnya,boleh je tanya kat petak komen atau pm kat FB yer..pastu jerit balik kat cbox kalo aku lom reply gak..bkn tanya kat cbox aje,fungsi cbox tu lebih kepada tempat merewang atau cari jodoh..haha..
Oklah,udah2 laa melalut..jom layan sambal sotong yang sedap nih lak..

Semalam bila nampak menu Mas iaitu sambal udangnya,terliur lak nak makan menu jenis sambal..tapi buat versi sotong..
Niat di hati tu nak buat nasi lemak untuk brekfes pagi ni..tapi bila bayangkan aktiviti mengeluarkan peluh tak balance ngan aktiviti makan2..terus kensel niat tak berapa murni(nak hancuskan diet) itu..makan ni pun takleh banyak2..sotong kan banyak karbohidrat.. pastu kan,sotong antara makanan yang lambat dihadam..jadi kalau makan sotong tu,kunyah laa sampai betul2 lunyai yer..baru telan..sebenarnya apa2pun makanan biar kunyah betul2 kan..baru baik untuk kesihatan..ia juga baik untuk diet.hee

Oleh sebab resepi mas tu lebih kurang sama cam aku biasa buat..aku kopipes ajelah ke sini..senang kije..cuma tang sukatan tu pepandai laa ejas ikut selera yer..pastu ada yang aku tak letak aku edit la balik..takpe kan mas..hee..terima kasih ye,untuk tengok resepi asal n sambal udang mas gi dapur beliau di Mas @ Duniaku dan duniamu bersatu

Sambal Sotong
Resepi sambal udang : MasDuniaku
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan :

300 g Sotong segar-bersihkan dan tos,kelar bersilang jika suka
2 ulas bawang putih - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris
sedikit ikan bilis, basuh - dikisar<-hasue tak letak
cili kisar - ikut pedas
air asam jawa - ikut masam
garam dan gula secukup rasa
Boleh tambah tomato jika suka

Cara memasak :

Blend bawang putih, bawang merah dan ikan bilis hingga halus dengan sedikit air. Panaskan minyak..tumis bawang besar yang dihiris hingga wangi dan kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan cili kisar ikut pedas.
Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan sotong..gula dan garam secukup rasa.
Masukkan air asam jawa sedikit sedikit hingga mendapat masam yang diinginkan...biarkan mengelegak, jika sambal kelihatan kering, boleh tambah sedikit air dan tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..) Hidangkan.....
*jangan masak sotong terlalu lama,nanti liat..

Enak dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih..selamat mencuba!

Thursday, May 26, 2011

Resepi: Super Moist Chocolate Cupcake

Antara perbezaan ketara di antara muffin dan kek cawan(cupcake) ialah dari segi teksturnya. Tekstur muffin biasanya lebih padat(walaupun tetap ada yang moist juga lembut) dan ia lebih berat(bukan bantat) berbanding kek cawan lebih ringan,lembut dan gebu seperti kek biasa...memang kek biasa pun tetapi di'cawan'kan.. :)
Biasanya adunan kek cawan ni boleh je dibakar dalam bekas besar untuk dipotong2..dan kek biasa boleh aje untuk di cupcake kan..pendek kata,asalkan namanya kek..boleh je nak bakar dalam papercup atau dalam loyang biasa..err,atau silikon mould*nak jugak
Dari segi penampilan pula biasanya muffin tinggi menjulang ke atas,melebihi paras papercup tetapi kek cawan biasanya sama paras dengan kertas cawan itu sendiri.
Sebab itulah kek cawan amat sesuai untuk dideko kerana permukaannya lebih rata,tidak merekah(kalau merekah sikit2 pun boleh cover dengan buttercream) berbanding muffin yang biasanya lebih merekah.
Itu serba sedikit info pasal muffin n kek cawan yang aku tahu la..kalau ada info tambahan meh la kongsi..
Senang cerita,korang pegi bakery yang jual kuih muih n roti2 tu..beli muffin dan cupcake sendiri,pastu bezakan antara dua tu haa..hehe :)
Buat cupcake coklat nih untuk guru2 anak2 aku semalam..sempena sambutan hari guru sekolah mereka..buat pun last minute atas sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan..ehee..
Hasrat nak mendeko tu memang ada tapi tinggal hasrat jelah sebab malas bebeno..teringin juga nak cuba2 mendeko nih..bukan susah sangat kann..*ayat berlagak..padahal bukan reti pun..kakaka :D
Yang separas gini memang sesuai untuk dideko..aku isi 2/3 adunan tu..naiknya elok n sedang2 aje..
Aku guna resepi chef zubaidah tempoh hari..lainkali la pulak try resepi lain. Masih melekat dengan resepi nih sebab best! Sesiapa tak cuba lagi resepi nih,harus laa cuba sendiri yer..kata peminat coklat tegar kan? :P
Terima kasih juga kat AlongRoz yang kongsikan resepi nih kat Myr,dan juga kepada rakan2 blogger yang sudah mencubanya..

Di bawah ni aku kongsikan resepi versi cupcake yer,untuk resepi asalnya boleh klik kat SINI, beserta resepi ganache sekali yang aku guna pada kek tu..ganache tu kalau manusia biasa sebut coklat leleh atas kek tu haa..

Super Moist Chocolate Cupcake
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 180g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

*Papercups/kertas cawan secukupnya

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!

Kek yang moist dan kaya rasa coklat..sedappp!
[gandingan warna putih dan ungu,tiba2 ada juga warna biru di situ.hee..]

Terima kasih kat ahkak yang bagi papercups comel tu sekali lagi..hehe..memang tak abis lagi sebab dia bagi banyak..best2.

Note: Jika korang perasan,dalam resepi tu aku ada bagitau suh tapis adunan kan,sebenarnya tu optional jer tapi aku syorkan sebab itu antara tips untuk dapatkan tekstur kek laaaagi cantik dan halus je kejadiannya nanti..
Biasanya aku praktikkan untuk kek2 atau puding2 yang cair adunannya. Jadi kita akan dapat adunan yang benar2 sebati dan tidak berketul2. Kadang2 ada jer serbuk koko ke,tepung ke yang tidak sebati dalam adunan yang tidak menggunakan mixer ni..
Lagi satu,nak tuang adunan ke dalam papercup lebih senang gunakan jug sebab adunan cair kalau nak guna plastik deko tu..kalau adunan pekat senang ler nak picit2 jer kan..

Harap ia dapat membantu..selamat mencuba lah yer.. ^_^

Wednesday, May 25, 2011

Resepi: Rich Chocolate Ice Cream

Apakata di musim cuaca panas nih kita buat aiskrim sendiri..? Aku buat pun sebab kat kedai berdekatan sini asyik tak ada stok eskrem jer...tekak tu nak aje makan eskrem biorpun sikit..(ayat kaver,diet katakan)
Resepi nih dah lama KIV..mungkin ini masa sesuai nak cuba kan..jadi godek punya godek,siap jugak..semalaman lak dalam esbok sebab buat sebelah petang..hehe..

Selalunya kalau buat aiskrim sendiri kan,yang tak buh whipping cream tu kita harus blender setiap 1-2 jam(lebih kurang) untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang halus..kiranya kite blender,pastu sejukbekukan,dah keras sket2 tu,blender lagi.. simpan esbok balik..selalunya 2-3 kali pun dah halus..tak kasar macam ais batu..

Tapi resepi nih sebab guna whipping cream,tu yang tak kasar kot..halus jer teksturnya. Tak payah blend banyak kali..tapi aiskrim aku nih macam kurang gebu lak,sebab whipping cream masa tu dah berada lama suhu bilik..pukul2 pun tak gebu..malas nak ulang balik,aku taram jer..haha
Tapi ni pun dah sedap nih..lupa jap apakebenda diet tuh..heee
Resepi c n p dari jintan manis.com..terima kasih yer Ros untuk resepi nih...kalau nak buat lagi lain kali,nak kurangkan sikit gula.. :)

Rich Chocolate Ice Cream
Resepi:Ros@jintanmanis.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

400ml whipping cream
100gram coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar

Cara-caranya
1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.

Nih sebelum di make-up..agak mudah mencair..tapi memang kaya dengan rasa coklat!
Yummyy!! ^_^

Kue Teow Goreng Simple2 Aje...

Kalau nak goreng kue teow nih jangan guna banyak minyak..buh sikit aje untuk menumis..kalau tak kite cepat muak nanti..dah laa spesis mee gedabak kan.hee..
Mee ekor tikus pun spesis mee gedabak jugak..tapi aku tak pernah lak masak..pernah makan jer,beli kat pasar malam..nama tu memang tak boleh blah je kan..heh :D
Sebenarnya bukan laa penggemar tegar mee jenis beso2 ni..tapiiii,sekali sekala layan kue teow nih memang sedap gak kan..
Goreng simple2 aje..gini ha.

Pastu,hiriskan cili padi,tabur daun sup n daun bawang ..pastu kan, perahkan limau kasturi..ermmmh! Barulah sedia untuk disuapkan ke mulut sendiri..hehe :P

Tuesday, May 24, 2011

Oh! Kek Batik Coklat...

Entah kali ke berapa dah yer kek batik coklat ni menjadi menu pilihan kat umah ni..memang laku dan yang pastinya sebab senang nak buat dan bahan2 tak banyak tapi amat sedap gitu..
Mula2,taknak amik gambo laa kan sebab dah selalu sangat,tapi apa salahnya..viewers blog ni pun rasanya ada yang belum tengok..agaknya la..hee

Sebab satu lagi,aku nak buat eksperimen pasal kek ni..sebab sebelum ni ada yang kata kek ni lembik sangat bila dah lama berada dalam suhu bilik..
Jap nak posing kan..

Tinggal cikit jer,baru nak posing..hehe.. kalau peminat coklat memang suka jer kalo dapat belah yang banyak coklat tu kan kann
Macam aku dah beritahu sebelum ni,kek ini berbeza daripada kek batik biasa yer..rasa dier ada iras2 cloud 9 gitu..heyy,iras2 jer bukan sama..hehee..kalau suke rasanya boleh jer kalau nak tambah kacang ke..tu kat celah2 biskut tu..lain kali nak try juga lah..kot2 rajin ke kan.heh..

Untuk ujikaji/eksperimen ni,aku potong2 kek ni dan letak atas meja makan pada suhu bilik..erm,dengan kipas siling terpasang lagi tu..pada kelajuan no 4.ahaks

Ni keadaan kek tu ketika baru dipotong..selepas tu aku tinggalkan untuk mandikan Zhariff,tidurkan dia..kemas umah..jenguk FB jap.. bla bla..
^^^^^^
^^^^^^
^^^^^^
^^^^^^
^^^^^^
Selepas satu jam...

Oopps!tengok..dah 'rongak' susunan kek aku tu..kena kidnap dak kecik Yana..hehee....Tapi kelihatan kek tu masih ok kan..takde laa lebur..walaupun lama duk luar..

Close up sikit..kelihatan keknya dah mencair berbanding(gambar besar) tu lebih kemas semasa keluar dari peti sejuk..semua kek pun gitu kan..senang nak potong baru kuar esbok..tapi suka nak bagitahu yer,kek ni memang terbaik dihidangkan sejuk2..

Jom tengok teksturnya apabila sudah berada satu jam di suhu bilik..bermaksud tak sejuk langsung dah..

Memang kek ni agak lembik sikit tapi tidak laa sampai cair ..dier ala2 menjilat jari gitu..tapi tetap sedap. Nak ingatkan lagi,yang masih sejuk dari esbok memang besh..

Nak kongsi tips kat sini..kot2 korang sebelum ni yang kata kek ni mencair,kalau guna mentega..cuba tukar kepada marjerin..untuk kek ni,aku biasa guna marjerin cap puteri peket kaler hijau tu..
Lepas tu pastikan adunan tu dah betul2 pekat melekat sebelum melapis ke susunan biskut. Sebelum ni aku dah beri tip nak gaul adunan tu,nak senang..guna hand whisk. Jangan seksa diri guna senduk..susah laa adunan tu nak bergaul kang.. bila guna hand whisk..bahagia je rasa buat kek ni..sebab senang amat..

Meh sini aku kongsikan resepi lagi sekali..kali ni aku ubahsuai lagi untuk mudah difahami ok..thank u Milla untuk resepi asalnya.. :)
Boleh tengok post2 sebelum ni yer..antaranya kat SINI dan SINI..selebihnya godek sendiri..hehe

Kek Batik Coklat
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

* 200gm milo >boleh jer kalau nak lebihkan sedikit
* 250gm marjerin
* 2-3 sudu besar serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis atau 2/3 tin sederhana krimer pekat manis
* Biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,kacau menggunakan handwhisk..masukkan milo dan koko sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati
  3. Gaul atau kacau lagi tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
  4. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan
  5. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  7. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
Sedap dan berbeza dari kek batik biasa.. SELAMAT MENCUBA!

Ampap Hati Ikan Yu..

Dah lama wo..tak makan hati ikan yu nih..aku pasti ramai lagi yang tak pernah makan..tak payah laa korang cuba2 makan yer..kang susah lak nak berebut beli hati ikan yu neh..haha..
Bukan setiap hati ikan yu sedap rasanya dan menepati citarasa..ada kadang2 tu ada efek sampingan dibuatnya..mungkin ada sesetengah jenis ikan yu yang tak serasi dengan sesetengah orang. Aku sendiri tak boleh nak pastikan sebab aku ok jer mana2 pun..bukan nak takut2kan korang ni, tapi buat mereka yang pernah rasa dan suka rasanya..tak akan serik makan hati ikan yu ni haa..

Baru2 ni ada jual hati ikan yu lak..yang warnanya agak putih2 berkrim tu..aritu beli yang kehitaman,tak berapa sedap..Dulu2 hati ikan nih tak ramai yang suka atau reti makan agaknya..baru2 nih ia dah dijual secara kilo,Rm10 sekilo..berbanding sebelum nih dijual secara rambang atau diberi percuma jer kalau tak banyak tu..agaknya dah ramai yang tahu rasanya yang unik dan istimewanya ..
Amat sesuai sebagai pembuka selera..atau lauk sampingan. Rasanya lemak2 gitu..dengan rempah masak 'ampap' yang pedas2 dan agak masam..sungguh kena rasanya..

Masakan ampap gini boleh dipraktikkan pada ikan2 kecil..rasanya menu gini(masakan ampap) femes kat Sabah n Brunei gak..kat semenanjung aku tak sure lak..ada yer?

Dulu masa pregnant ada jugak aku makan..di samping memang suka makan,tapi nak tambah darah juga laa kononnya...tapi tak bertambah pun h.b aku masa tu..makin kurang ado.huhu.. jadi agaknya tak laa kuat sangat kolestrolnya kot..hehe..nak senang kan hati sendiri..tapi memang takleh laa makan selalu kalo organ2 dalaman gini kan.. :D

Untuk resepi,aku dah pernah post sebelum nih..sila godek sendiri ye..
Hanya yang pernah merasa jer kot yang boleh bayangkan rasa hati ikan yu nih..hmmm..sedap!

Monday, May 23, 2011

Custard Teacake ..versi derhaka cikit aje..hee

Dah lama cik abg request kek ni setelah merasainya buat kali pertama dulu,
Tapi since aritu aku tak terbuat2 juga walaupun deretan godaan daripada ramai blogger yang sudah mencubanya..dah macam2 pesen kek ni jadinya..ada yang ikut terus resepi asal..tak kurang juga ada yang derhaka habis2an..bagus tuu..derhaka positif n kreatif tu takpe kan,ikut selera sendiri jer..hehe..

Berbalik pada request kek ni..
Semalam selepas dia balik memancing dan berehat tu..sempat la aku menggodek kek nih untuk memenuhi permintaan tertunggak ni..
Tau2 lak bila kek tu dah masak tak sempat sejuk terpaksa dipotong sebab orang yang request tu nak kuar semula sebab ada urusan tak penting..dikhuatiri tak sempat amik gambar nanti kek dah abis,aku pun amik jelah gambar siap2 biarpun kastadnya meleleh..

Aku bersungguh2 jer diet since semalam kan..selama ni memang diet jer sepanjang masa..cuma tak bersungguh jer kadangkala tuu.. semalam tu,macam nekad jer..tu yang nak makan ikan bako jer kononnya...eh,apahal banyak sangat sebut 'jer' nih..ahh,tak kuasa aku nak delete balik..hihi

Pastu nengok kek ni meleleh2 masa potong tuu kan...ada laa,aku merasa sepotong jer..ok..ok,dua potong kecik..ermm..mungkin 3..err,empat kot?arghhh..hancusss lagik diet aku rupanya!
Lupakan..lupakan..lepas ni kita joging sampai lebam..balik joging ngadap kek nih lagi kalo ada belen..arghhh..udah2..meh nengok kek nih..huhuu..jangan takut,ia tak menggemukkan.. jika diambil dalam jumlah yang sedikit..heh. :D

Tengok tu..Inilah akibatnya bila terbalikkan kek kastad yang belum sejuk sepenuhnya..plus,aku buat inti 3 adunan...kek lak 2 adunan dari saiz asal..hehe.. telur lak aku tambah,tepung aku kurang..err...senang cerita resepi asalnya sudah ku derhakakan..ngeheeee...~

Tapi aku suke lagi kek nih lebih lembut jer dan gebu. Teksturnya pun tak peroi sangat dah..
Aku ulang lagi sekali yer,untuk kek aku buat 2 adunan dan adunan kastad filling tu aku buat 3 adunan..kejadiannya adalah seperti dalam gambar..kalau nak buat lagi aku rasa aku ikut sukatan ni jer..lebih kena ngan selera kitorang,baik dari kejadian kek dan kastadnya..
Jadi aku buh sini resepinya untuk rujukan di hari tua..
Kalau teringin nak mencuba,silakanlah.. :D

Custard TeaCake
Resepi: Che Mat Gebu
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN KEK :
125 gram mentega | 250 marjerin
1/3 cawan gula halus @ gula kastor | 110g gula halus
1 biji telur gred A | 3 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) | 1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung kastard |3/4 cawan tepung kastad
1/2 camca teh esen vanilla | 1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-) (hasue buat 3 adunan filling nih utk sebiji kek di atas(tulisan biru))
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!
Kek ni semalaman kat luar ok jer..tak tau la sempat ke tak untuk malam ke dua ni kang..ni pun tinggal sikit jer lagi.sedappp....!:)

Ikan Special dan 'Cantik'-hasil kali ini.

Alhamdulillah.. kali ni hasil tangkapan ikan lebih banyak dari sebelum ni.. menurut cik abang tuh penuh juga laa tong biru ni haa..hasil tangkapan 9 orang yang turut serta dalam trip memancing kali nih..kat bawah ni hasil bila dah dibahagi 9..
Bukan nak riak atau show off tau..tapi hanya suka2 nak berkongsi aktiviti sampingan kitorang eh..encik suami aku nih jer..kot2 ada tu yang ingat kitorang asyik makan udang galah jer ke,kan..takde laa asyik menu udang aje kat umah ni..cuma udang ni senang nak sedap..tu yang selalu kongsi menu kat sini..haha..
Sebenarnya memancing ke laut nih hobi encik suamiku itu..baru semenjak tahun lepas ler bergiat nih..aku kan,kalo handbag mobile nih dah beso karang teringin jugak nak ngikut ke laut nun..pehh,mesti beshh!Terbayang dah joran biru aku tu tersengguk2 bila tali pancingnya ditarik2 si ikan2..uiii..bestnyerrr...!!!errr..ada ke orang nak ajak kan..huu

Ni laa hasil setelah dibahagi 9 bahagian..maksudnya jumlah keseluruhan adalah yang kat atas ni didarab 9..hehe..lebih kurang la,kan..

Ini ikan kerapu kan..sedap ni dimasak sweet sour,kukus..siakap pun ada,tapi tak terinterprem lak..selain tu ada ikan merah,putih..sebenarnya amik gambo pun laju2 jer ni..tak sempat posing banyak gaya..takpelah kan,janji ado yo.. :)

Nih antara ikan terbesar dalam box tu..ikan apa yer..ada je dibagitahu semalam...banyak makan sup semut berempah agaknya,tu yang lupa.heee..ni kalo masak sweet sour yang terus lebur sekor manakan muat kualiku yang comel itu..ahak

Nak tengok ikan special tak?Special laa bagi aku sebab sebelum nih tengok kat pasar jer..hee

Ni laa ikan yang aku katakan ikan special tu....aku diberitahu nama ikan ni adalah Ikan Kerapu Strawberi..harga sekarang dah murah sket..Rm35 sekilo..adakalanya Rm40 sekilo.. Kat tempat korang jual berapa ye?Lagi murah ke,lagi mahal?
Yang kat atas ni adalah 2kilo..cuak jugak nak masak apa kan ikan spesel gini kann..buat ikan masin kang cam tak sesuai lak.heh...panik jap..huhu
Tak penah merasa lagi ni,jakun sket..korang tahu tak rasa dier?cer citer,cer citer!Tapi mengikut imaginasi dan ilustrasi aku mesti rasa dia tak jauh ngan kerapu biasa kot..cuma dia cantik jer luaran..haha..memandai jek..

Tengok tuuu..kulitnya seakan warna n bintik strawberi tu yang penyebab ia diberi nama jolokan sebegitu agaknya..kannn..bukan ler sebab rasanya macam strawberi..agaknya la..kalau ada nama lain meh laa bagitau!

Jom tengok ikan 'cantik' lak ..jeng jeng!!

Tuuuu..tuu...nampak tak? Nampak tak kecantikan yang dimiliki ikan nih..natural beauty tu...anak aku kata ikan ni jongang..haihhh,buat susah hati aku jer pikir nak masak apa ngan ikan nih..iskh..tapi takkan nak buang lak kan..Cik abang aku kata nama ikan ni Ikan Ayam laut..aku dah suruh ulang banyak kali nama ikan ni takut silap dengar..hahaha..kot2 ada nama lain tak tau lak..

Tak jelas ke?meh close up sket..
Seakan-akan ada bulu mata lentik pakai mascara..bibir tebal pakai gincu you..pipi kuning pakai blusher..memang melaram habis..kalo ternak akuarium mesti cantik kan?
Errr..aku first time tengok ikan nih,korang bagaimana?

Dah nak habis packing masuk freezer..sibbaik anak2 sukarela membantu kerja2 itu...termasuk si kecil..tolong tengok n tolong excited!hehe..Lepas nih buleh laa buat ikan bako puas2 ekk..! :D

Sekian tayangan amal untuk kali ini..tima kasih kerana menonton..

Sunday, May 22, 2011

Ikan Bakar! Ikan Bakar!

Hai..bertemu kembali.heee..
Korang gi mana hujung minggu ni? Aku tak kemana2 pun sebenarnya..just spent my time with my little friends..err..anak2 aku laa..hehe. Ada juga ngadap lappy tapi sekejap2 aje lantaran line tenet pun slow amat lahaii malas aku nak mengulas lebih lanjut..baik kita ngadap ikan bakar yang sedap nih..dah jadi santapan aritu dah. haa...nanti nak update ikan segar lagik..cik abang baru je balik mancing..ada ikan special nak tunjuk tau!tungguuu..

Ehem..sebenarnya nih laa pertama kali buat ikan bakor bersambal macam kat restoran seafood tu..tau tak kalau kat restoran tu,last year kitorang pergi dia cekik sampai Rm50-Rm70 seekor saiz kecil ke sederhana..kalau saiz beso lagi mau bukan cekik dah,pancung terus.huhuu..tapi tak kesah laa kan..nama nak makan takde laa berkire sangat..tapi bila makan rasanya tak seperti yang diharapkan tu macam tak berbaloi laa ko.. macam baik beli sardin dalam tin pastu lenyek cili api dan perah limau jer..muahaha...
Takpelah kan,baik jugak untuk pengajaran : nak sedap,ko masak sendiri.. err,kalau saye tak pandai..gasak ko ler..heh. * cakap kat diri sendiri

Al kisahnya,skill nak membelah ikan nih pun aku main hentam aje,bergantung kepada imaginasi dan pengalaman daripada tv..aku tak ingat lak kalau2 pernah tengok kakak aku belah ikan..tapi kalau kat kampung kompom aku suh dia jer..haha..
Memandangkan ni first time,kira cubaan jelah kan..kita guna ikan merah jer..ikan nih hasil tangkapan cik abang aritu dulu tu..kalau beli kat pasar (harga sekarang) Rm18 sekilo katanya..bayangkan kalau restoran seafood caj berapa..

Tengok..tengok..sekali aku nak bako ikan,2 ekor ko..haha..satu kecik sket..satu besa sket..Apa lagik..kite bako jerrr~

Kerepak kerepung!kerepak kerepung!(bunyi kompang):merasmikan grill pan hadiah dari orang baik ati aritu..hehe...bakar gini,pastu kaver atas ngan daun pisang..walaupun nonstick..buh juga sedikit minyak kat bawah supaya daun tak garing...aroma daun pisang usah cerita..memang teruja.!kejap2 nak skodeng tengok dah masak ke belum..hehe.. yang versi bakar kat atas dapur gas guna grill pan nih letak sambalnya kemudian setelah hampir masak

Jangan lupa perah limau kasturi macam kat restoran ye..sedappp!aku caj murah jer..Rm20 setiap 100g..muekekee..asal nak suap,timbang dulu..nak order tak?hahaa..

Ikan yang beso sikit bako dalam oven jer..guna api atas bawah..
Sebenarnya aku buat sambalnya simple2 aje nih..bukan korang tak tahu aku suka yang simple2 tapi nak yang sedap kan..ngahaha..yang penting semua yang makan nih sukaaaa...pedas2nya,rasa sambal semua secukup rasa dan menepati selera kitorang..
lain kali aku tepek resepi yer.. :D

Friday, May 20, 2011

Resepi: Puding Pelangi & Teknik Mencoraknya

Senang hati jer merayau blog orang tadi..tak sedor diri tadi lum ngentri untuk hari ini..hee..
Siang yang sibuk,banyak benda yang perlu disettle kan..tapi itu bukan soalnya..sekarang nak tayang puding pelangi..sebelum nih dah buat..beberapa kali gak ler.
Rasanya dah ramai dan rata2 dah buat puding ni kan..senang dan sedap!

Sebenarnya buat nih pun atas permintaan bukan orang kat umah nih..hehe..cam pelik jer ye. Ada laa permintaan seseorang..tapi kitorang yang makan..ahak!Tapi macam nak sambung esok jer cerita sikit(cersi bukan cerpen) aku nih..sebab jap lagi nak godek2 mende lain lak nih..huwah..sibuk!esok cik abang nak projek lagi..adehh..
Kali ni buh 3 warna jer..pelangi tak cukup umur..pelangi cukup umur kan ada 7 warna.ehe..

Resepi asal daripada kak alma,guna agar2 10g..aku guna yang 13g..dah tu je ada stok.hee..jadi aku olah laa mengikut kesesuaian guna agar2 13g..agar2 ni,kalau 2,3 gram pun ada beza kot dari segi kepejalannya.
Tulisan berwarna biru adalah yang aku buat ye..sila rujuk resepi asal untuk agar2 10g.

Puding Pelangi
Resepi:Alma@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar2 | 13g serbuk agar2
  • 650ml air | 750ml air
  • 200gm gula pasir(kalau nk kurang manis wat dlm 180gm)
  • 60gm mentega | 80g mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair | 250g susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard | 1 tbsp tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko | 1 tbsp serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh) | warna hijau n pink
Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Sedia untuk dihidangkan sejuk2..yummm! ^_^


Update:
Sebenarnya buat nih atas permintaan seorang blogger dan yang seorang lagi bukan blogger yang meminta ditunjukkan bagaimana cara mem'pelangi'kan puding ini..sebab tu aku kata kat atas tadi,puding ni atas permintaan seseorang tapi kitorang yang makan..hehee...baik juga ada yang request,memang dah lama serbuk agar2 tu menunggu masa untuk dikorbankan.

Di sini aku sertakan langkah demi langkah...(beberapa langkah je) yang diharap dapat difahami oleh mereka yang sebelum ni kurang faham.
Bagi mereka yang pernah mencuba dah kata warnanya tercampur aduk mungkin sebab tangan korang banyak sangat bergerak masa menuang adunan tu kot..ataupun tuang banyak sekali ke..dia kena tuang slow n steady jer..aku pun buat tak kemas mana..kadang2 gatal tangan gak nak gerak2kan senduk masa menuang adunan tu.huhu..
Satu lagi sebabnya mungkin senduk yang digunakan tak sepadan dengan saiz loyang ke..kan. Cuba kaji selidik yer..jangan putus asa..nanti last2 cantik laa kejadiannya bila tahu di mana silapnya.

Sila rujuk resepi di atas untuk membuat adunan puding ya..step yang aku tunjukkan nih yang nombor 5-7.. ni cara aku laa kan..merujuk kepada resepi kak alma tu n selebihnya imaginasi n pengalaman sendiri :D
Jom tengok teknik mem'pelangi'kan puding nih..

Mula2,basahkan loyang atau bekas sesuai(tujuan basahkan loyang tu supaya puding senang nak keluarkan nanti)

Letak sesuatu di bawah loyang untuk meninggikan sebelah loyang tu sedikit..boleh guna tuala bersih misalnya seperti ditunjukkan dalam gambar.. kalau takde,boleh guna kotak yang dilipat tebal,suratkhabar ke.. sila jangan guna kasut tumit,tak senonoh namanya tu.. :D

Mulakan dengan menuang adunan merah satu senduk,dan adunan akan 'menggelongsor'turun ke bahagian rendah dengan kuasa graviti..susuli pula dengan menuang adunan coklat dari atas/tengah loyang dengan perlahan-lahan, dan kemudian warna hijau. Ulang lagi dengan menuang warna merah,coklat,hijau...(sila guna senduk yang sama saiz bagi setiap warna)
Apabila adunan hampir habis,takda tempat dah nak 'gelongsor'kan adunan tu kat lantai loyang kan..jadi 'gelongsor'kan dari dinding loyang pula seperti ditunjukkan dalam gambar.. Ini untuk memastikan ia tetap membentuk pelangi. Kalau buh direct je kadang2 warna tenggelam..Yang menitik2 tu boleh je kemas2kan sedikit kemudian ye..

Setelah siap..pegang loyang menggunakan sebelah tangan dan sebelah lagi menarik tuala. Letakkan loyang perlahan2 dan tunggu sejuk sebelum di simpan dalam peti sejuk..

Begitu jelah stepnya..mudah,kan? Harap dapat membantu kepada mereka yang masih keliru.. macam biasa aku guna ayat mudah untuk difahami..tapi jika masih tak faham,boleh la tanya yer..jangan segan2 :)

SELAMAT MENCUBA!!