Friday, February 25, 2011

Umai Ikan - Menu Popular Sarawak

Update secara kilat nih..hee

Ok,nih menu popular kat sarawak..nak kate ala2 sushi ye la kot..cuma ikan ni di'masak' oleh halia n jus limau tu..sushi bukan mentah ke?
Aaa..kire kalo kehabisan gas tapi ikan masih mentah leh laa buat umai ikan nih..ekeke...ampeh tul cadanganku itu..

Seperti diketahui ramai,makanan ni adalah makanan tradisi kaum Melanau di sarawak..tapi kini bukan orang melanau jer suka makanan ni..orang2 semenanjung yang pernah merasa pun ramai yang berkenan..

Yang penting nak buat umai nih harus laa guna ikan segar ek!Jangan sesekali cuba guna ikan dalam tin..muehehee..
Nih umai simple yang ajer..kalau baru berjinak2 nak belajar makan umai,sebaiknya ditumbuk dulu bahan2 tu n perap ikan dengan jus limau..boleh rujuk resepi DayangJack(klik) nih.. Yang resepi aku buat nih guna ikan pirang(nama kat Sarawak..tempat lain x tau..)ikan kuning nipis yang bertulang tu haa...

Kat Mukah ni amatlah best nak buat umai,gi jer market dah boleh beli yang dah sedia dihiris nipis ni...tinggal nak sedia bahan2 jer lagi untuk dicampur dengan umai tu haa..
kalau tu pun ko malas,ada juga dier jual sekali dengan bahan2 sampai garam pun ada tinggal nak gaul jer lagi...
Cuma bagi tekak kitorang tak kena la pulak bahan2 yang disediakan tu,harus buat bahan2 sendiri baru sedap rasanya..heh

Satu bekas nih rm10..berbaloi laa kan banding dengan 'kerajinan' nak meng 'fillet' n menghiris nipis ikan tu..uhuu..

Resepi yang biasa aku buat..dah post sebelum nih,sila rujuk kat SINI(klik)
atau SINUN

Resepi dari myresipi.com pun ada,sila tengok senarai kat link ini(klik)


Umai yang dah 'masak'.. isi ikan tu dah bertukar warna putih so dah masak laa tu..sedap seyy..pedas2,masam n manis rasa ikan..


P/s: Lum sempat balas komen..berlari2 jer nih..heee..kemudian later aku balas kunjungan korang yer..insyaAllah.. :)


Note:Pehh..naip ala2 ujian trengkas pun ada rasanya..huehue

Thursday, February 24, 2011

Resepi: Biskut Almond London

'Kenapa laa tayang biskut yang sedap masa aku tengah2 diet nih..'mungkin itulah yang terus bermain di fikiran orang2 yang sedang berdiet sekarang ini.. :P
Tu termasuk aku sendirik laa kan..tapi lom tahap serius sangat nak diet sebab ngan nyusukan baby nih..tapi tak boleh laa makan beria2 dah..*motip?nak bgtau takpe la kalo ngelat diet ;P

Kali nih kite cuba resepi biskut almond london lain la pulak yer.. sebelum ni dah cuba resepi lain kan..sila geledah tanpa waran yer..
sebenarnya ni projek beberapa hari lepas..
Masih ada lagi ni dalam balang..wat stok raya karang..haha..takdelah!
setengah taun lagi nak raye weh..dah tempah baju raya lum??*tetiba terngiang2 lagu raya..isk

Citer pasal almond jap..
Almond ni disponser by oleh kakak aku nih...uiii,raya tahun lepas ha dier belikan..masa tu aku semangat tentera nak buat biskut..sampai 2 pek dier belikan..baik ati tul!*wink2..
Masa tu lom beranak lagi so buka sepeket,nak buat sekut laa ni..buh dalam balang kedap udara..takut lemau..
Tapi dipendekkan cerita,tetiba aku tengok dah tinggal sikit!(ha,kan dah kate dipendekkan cerita tadi)
Jadi magik ke logik ke korang fikir laa sendiri camner leh kurang kacang dalam bekas tu ye..satu klu aku leh bagi..kacang tu dah siap dibakar n enak dimakan begitu saja..heh

Selepas kejadian tu,aku trauma terus nak buat biskut*nih melampau laa nih.. Ok tak,lepas tu aku takde masa sesuai laa nak buat biskut..sampai aku bersalin,berpantang..bla bla bla..(part bla bla ni aku pun tak tau napa bukan dalam masa tu aku buat biskut)
sampai laa baru-baru ni kesampaian hajat nak membiskut dengan almond tu...
Tu pun dibekalkan lagik sepeket baru2 nih masa balik kampung..weehuuuuu.. perhatian:sepeket 300g

Dan kejadiannya..ten ten tenggggggg!!

cantik tak?cantik tak?sila kate cantik . :P


Nih cooking chocolate yang sedia untuk di double boilkan.
Potong kecik2 lagi pas potong gini..cepat sket mencairnya.. :)

Jom tengok resepi lak..kali nih guna resepi yang dikongsikan oleh mama kastam tioman@myresipi.com
Ada penggunaan nestum so ada laa aroma nestum tu sikit kan kat biskut tu..sedap sehh! Biskutnya rangup jek..sedap tu tak tau laa sebab resepi nih memang best ke sebab aku yang buat..*nak jugak..kakaka..sabo jela kan

Terima kasih buat MKT dan Lia(aku tak tau sapa lia nih tapi MKT asa sebut kat resepi nih..agaknya tuan asal resepi kot)..semoga semakin ramai yang tahu ke'best'an resepi nih lepas ni..buat yang nak bisnes biskut tu..leh laa cuba2 resepi ni yer..

Biskut Almond London
Resepi: Mama Kastam Tioman@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

* 250 gm butter
* 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
* 3 oz / 1 cawan tepung jagung
* 4 oz / 1 cawan gula aising
* 1 biji kuning telor
* Badam biji di panggang secukupnya
* Badam cincang untuk hiasan
* Coklat masakan secukupnya
* Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
* Sedikit minyak jagung

Cara-cara

1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

Disaluti penuh dengan coklat..yummm!
Takde almond nibs aku guna almond flakes jer buh atas tuh..almond flakes yang aku potong kecik pun ada tapi x nampak lak dalam gambar2 nih

Oh ye,aku guna penyepit kecil yang bergerigi kat hujung tu..senang kerja..jadi tak laa sememeh nak golek2 biskut dalam coklat kalo bandingkan guna sudu..selamat mencuba!

P/s:Thanks juga kat kakak aku yang belikan roasted almond tuh yer...3 peket almond,cookies nyer jadik x sampai 2 balang pon..hahaha

Wednesday, February 23, 2011

Resepi: Sticky Caramel Chicken Wings

Yumm!sedap kan ayam karamel nih..dah lama aku tak masak gini haa..
Nih pun terpesona nengok ayam kak nor aritu dan ditambah ngan ayam kat dapur DJ..bukan penyampai radio yer tapi Dayangjack..hihi...

Resepi asal telah dikongsikan oleh mutiarazura@myresipi.com
Dah ramai yang mencuba n berkata memang sedap!
Agak2 korang lum cuba sila2 laa kejar ayam korang tu yer..semalam dah ramai yang nak nunggu ayam bertelur nak buat puding kan..huhuuu...

Macam biasa,aku tambah sos tiram untuk resepi nih...bertambah2 sedap gituu! Nak pedas lak leh tambah lada hitam cam kak nor buat..

Jom ah semak resepi mudah nih..aku nih asik2 buat resepi mudah je kan..Yang penting mudah nak buat tapi sedap nak makan!ahaks...

Sticky Caramel Chicken Wings >> mutiarazura@myresipi.com

Bahan-bahan ( 24 keping )

* 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
* 1 sudu besar halia dicincang
* 1 sudu besar sos ikan
* 1 sudu besar kicap
* 1 sudu besar sos cili
* 1/4 cawan (60ml) madu
*1 sudu besar sos tiram -hasue tambah

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Yummm!sedappp n lazat sehingga menjilat kuali.. :P

Ayam gini memang best jer nak ratah gitu ajer...macam ayam bbQ jer rasanyer..hehe..selamat mencuba yeaa... ^_^

Kangkung Goreng Fishball

Selamat pagi Rabu...brekfes apaa tuuu?? Jangan skip sarapan yer..at least eat something walaupun ngah diet sakan..jangan biar perut kosong untuk masa yang lama..
Nanti sekali kena gastrik kang sapa susah..mereka dan keluarga mereka jugak yang susah kan...dengar cakap orang tua nih,jangan degil,gi sarapan sana!heee :P

Menu semalam...gandingkan dengan menu ayam.

Selain fishball(bebola ikan),boleh juga gantikan dengan udang basah..sedap2!

Kali ni aku buh kuah sket sebab budak2 ni suke makan ngan kuahnya sekali.
Tapi cili aku gunakan tu spesis pedas lak dari biasa,jadi budak2 pun makan kurang laju dari biasa..kalau tak pedas,memang laju jek sayur kangkung nih..

Kalau tak goreng gini,aku biasa goreng belacan jek kangkung nih..taruk belacan lebih biar penuh satu umah aroma belacan..ngeee

Edited:
Buat Kak Rosaliza n kalo ada yang nak mencuba resepi mudah ni,ini resepinya:

Kangkung Goreng Fishball >> HaSue

Bahan-bahan:
  • 1 ikat kangkung
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1-2 tangkai cili merah*-nak pedas lagi leh tambah cili api
  • 1/2 sudu makan belacan*(optional)
  • 8 ketul bebola ikan(fishball)-leh tambah jika suka banyak fishball
  • Garam dan perasa/gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Kangkung dipotong2,bersihkan dan ditos. Fishbal dipotong 3
  2. Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 ditumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit kekuningan
  4. Masukkan fishball dan kacau goreng selama lebih kurang 1 minit. Masukkan garam dan perasa/gula
  5. Kemudian masukkan kangkung dan kacau goreng lagi sehingga masak. Kalau nak senang guna 2 sudu dan kacau guna kaedah kaup balik(sebab daun kangkung kadang2 berbelit..hehe)
  6. Jika suka berkuah,boleh tambah sedikit air dan tunggu mendidih baru padamkan api.
  7. Cara menghidang:angkat sayur yang sudah masak menggunakan dua sudu(kiri n kanan)dan letak dalam piring. Letakkan fishball yang tertinggal dalam kuali di atas kangkung tadi dan hiaskan dengan cili hiris dan bawang goreng jika suka.
Ni nak ngabiskan stok fishball laa kiranya..heheee...pedas2 gini mak budak yang lebih2..uhuu..

Tuesday, February 22, 2011

Resepi: Puding Gula Hangus

Baru berkesempatan menjenguk ke alam ghaib cyber ni hah...
Sebab aku lambat,meh aku hidangkan korang semua dengan puding yang amat sedap giler..macam biasa,yang bestnya tu..bahan2 nya amat mudah didapati di sekitar rumah anda..hehe..

Puding gula hangus dengan puding karamel adalah saudara kembar yer..kot2 ada yang konfius lak.. :)
Kali ni cuba resepi lain lagi..kalau ikut resepi asal tu,cuma buat hanguskan gula tu jer pastu terus buh adunan susu..tapi aku dan family suka kalo puding nih ala2 banjir dengan karamel gitu..so boleh bajet nak buh kuah lebih atau nak melekat aje karamelnya terus kat puding ehh..

Kalau nak kuahnya manis tak payah buh banyak air ler,atau..kurangkan gula yang nak dihanguskan..pepandai kite jer nak ngejasnya..heee

Pastu puding ni ikut tuan punya resepi asal,dikukus kan..tapi aku bakar guna kaedah bain-marie/waterbath..ahaks..

Tahu tak,tekstur puding ini amattttlah lembut,halus dan sungguh berkrim yummy2!lebih kurang gak dengan puding creamy yang dah aku share sebelum nih..cuma yang ni lagi simple nak buat.heh

Dah cakap sedap mesti orang nak resepi kan..eheeee...mekasih buat emee@myresipi.com yang dah kongsikikan resepi nih..best ah!
Tulisan berwarna biru tu maknanya edited laa ek..untuk rujukan sendiri dan mereka yang ingin mencuba

Puding Gula Hangus >> emee@myresipi.com

Bahan-bahan

* 3 sudu besar gula pasir
* 1 tin susu pekat(tin kecil)
* 7 biji telur ayam
* 1 cawan air
* 1 sudu esen vanila > hasue tambah

Cara-cara

1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. >bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya,tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan
2. Kepuk telur sampai berbuih (hasue pukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati)pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........ (kalau guna kaedah bain marie/waterbath,bakarlah pada suku 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2.)
4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......

Nota Biru: Gunakan telur ayam yang segar untuk membuat puding yang memerlukan telur seperti ini untuk mengelakkan bau hanyir telur.

Yang aku buat nih memang tak bau telur pun walaupun resepi ni menggunakan telur yang agak banyak..bila dah rasa puding ni amat-amatlah berbaloiii.. nyummm2!sejuk2 masuk tekak..pehhh..!
cubalah!


P/s: aku gunakan susu krimer pekat manis jer..bukan susu pekat manis sebab susah nak carik kot sekarang nih..sebab tu creamy kot? :D

Monday, February 21, 2011

Ikan Tapah Masak Tempoyak

Sebelum ni beberapa kali nak cuba masukkan tempoyak dalam gulai ikan..
Tapi takut tak kena dengan selera kami sekeluarga walaupun aku nih hantu tempoyak..aku jer laa..diorang yang lain ni lum tahap antu tempoyak lagi,baru zombi kot..'dah tua2,hantu ngan zombi pun takleh bezeaa..'(sambil tangan duk liang liuk)heheeee... :P

Masakan ikan patin masak tempoyak femes kat mana ek?kat Pahang kan?siap mintak kompom dr mek izah jap td..ekeke)
Orang2 Pahang jangan marah ekk,kite.. kite main taram ikut selera jer tapi nak jugak mencuba letak tempoyak ni hah..tapi bukan guna ikan patin ler,guna ikan tapah jer..ngeee..
Yang pasti,bila dah cubaa..huiiii,sedapppppnyierr..kalau ada yang pantang makan ikan tapah atau patin,try ler guna ikan lain cam baung ke..?

Rasa manis dari isi ikan yang segar, ditambah lagi rasa masam2 dari tempoyak dan pedas2 dari cili dan cili api..oh ohhh..sungguh da bomb!

Aku ikut resepi sendiri jer...ada gak usha resepi kat myr,tapi tak sempat usha abis terpaksa bersegera ke dapur..hehe..
Kalau rajin,kemudian later laa aku update resepi..heh :D

Menyelerakan,lazat,sedap...makan ngan nasik panas2 mesti tak ingat diet dah!hahaa..

Ikan tapah dari sungai yer,bukan yang bela punya..huhuuu..

Resepi: German Cookies @ Deutshe Kekse

Semalam berpuasa dari bersiaran..
Pagi ni dah buka puasa dengan cookies dari german..eceh..
Dari aritu duk bertenggek kat dapur mamafami nengok cookies dia,pastu nengok cookies kak Rima...nengok cookies mat gebu..tak tahan tengok lama2 tu akhirnya sediakan 4 bahan tu terus start enjin..

Oh..sungguh sedap ini biskut..paling best tu kan,senang amat nak buat!method yang sama aku guna untuk membentuk biskut susu sebelum nih..
Aku tak pasti biskut ni sama ke tak dengan biskut kat bakery yang kitorang biasa beli sebelum ni..kalau sama,ia dijual dengan harga 50sen seketul.
Tu takpe lagi,kalo salah simpan,nak bawa perjalanan jauh..alamatnya makan serdak biskut laa aje jawabnya sebab biskut nih rapuh jer..

Pastu kan,biskut ni tak menggunakan telur pun..pernah ke buat biskut tanpa telur? Oh,biskut makmur pun tak guna telur kan.. :P
Jom kita tengok resepi biskut nih..amik dari dapur mamafami..terima kasih yer semua yang terlibat..hehe

BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE
Sumber : Rima
Melalui : Mat Gebu
Melalui:MamaFami

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi (mama guna majerin Planta)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (superfined/hong kong)
40 gram gula aising, diayak

KAEDAH PENYEDIAAN :

1. Satukan tepung kentang dan tepung halus, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Tekankan hujung garfu di atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing).
4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


MamaFami buat comel2 jek..Aku buat versi besar gedabak sket laa...kes nak cepat habiskan doh.hahaha..paham2 aje ler ada handbag bernyawa nih.. <-alasan leh pakai tak?:D

Encik suami suka makan nih..sangat sedap kata beliau!heheh

Saturday, February 19, 2011

Tauhu Kukus Berhias Udang Kering

Hari ini rajin pulak aku nak jenjalan blog orang..nak entri blog sendiri yang kurang rajin..ngihihi..

Oklah,udah2 ler nengok menatang yang nampak kurang sedap tu yer..
Meh aku hidangkan pulak dengan menu yang ternyata sedap..
Boleh kata dah beberapa kali gak laa aku masak tauhu stail gini haa..
Berselera jer makan,kira separuh berpuasa diet laa untuk arini..ngeee

Bagi penggemar tauhu,jangan teragak2 nak mencuba yer...makyung2(ibu2 mengandung) yang sedang baca ni..boleh laa cuba lepas ni ek..mana tahu esok2 gebu bayinya putih melepaks macam tauhu goreng kann.. ;)

Sebelum ni aku dah post kan resepinya,tapi kali ni aku tambah sos tiram sikit..bagi yang nak pedas,boleh laa tambah cili api yer..
Tauhu lembut digunakan untuk membuat menu ini yer..entri sebelum ni boleh rujuk sinun(klik)

Tauhu (lembut) Kukus Berhias Udang Kering >> HaSue

Bahan2:

* 1 ketul tauhu lembut
* 1 sudu makan kicap cair
* 1 sudu makan sos tiram
* 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi dan dikisar halus menggunakan pengisar bhn kering)
* 1 sudu teh minyak bijan
* 1/4 sudu teh garam
* 1/4 sudu teh lada putih
* Daun bawang,daun sup,cili hiris dan bawang goreng untuk hiasan tambahan

Cara:

1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan garam, lada putih,sos tiram dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair sebagai perisa.
2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
4. Selamat mencuba..

Ermmmm..memang sedap!amat sesuai juga dimakan begitu sahaja...yummm!

Apa itu? Apa itu? Apa itewww??!

Hahaha..macam takde keje lain jek aku nak mengentri gambar2 nih kan..
Yelah,asyik tayang masakan aje..kang korang makin debab cam aku korang salahkan blog2 masakan lak kan...
Meh sini aku nak bagi korang kurang selera makan sikit memandangkan blog aku nih dah siang2 bagitahu bukan entri pasal masakan jer..kikiki...

Ular mengandung?suka2 hati korang jer pk ular nih pregnant..kecik jer dier nih..bawah umur lagi kot..hahaha..
Nih dier kenyang makan tikus laa kauu..agaknya la,tikus..aku pun x bedah siasat laa apa dalam perut beliau..aku tengok pun sekilas jer aritu sebelum naik umah balik..ni kerja2 penggambaran nih anak bujang aku yang buat..huhuuu

ada ke patut dier duk bersantai2 tepi keta sebelah tayar tuh..ni gambar tahun lepas..dah besa sikit agaknya sekarang ular nih
Nih Yana nyer keje laa nih..ada ke diberinya makan keropok keju kat ular tuh..kakaka..

Geli ke???nyampah aku kalo korang geli,walaupun aku pun geli gak..ni kire berani laa aku post n3 nih walaupun gambar2 close-up aku tak n3 sekali..hahaha



Yang kat bawah ni apa pulak?

Ni ayah aku nii..nak paksa yang bersisik mahal ni bukak gulungan dia walaupun seperti dijangka ia xkan bukak punya.....
orang kata sisik tenggiling nih ubat ek?aku tak tau..x pasti..hehe..tapi orang cakap mahal ler sisik dier..
Tenggiling nih kazen aku tangkap..ke tenggiling yang tangkap dier?hehe..

Mahal woh tenggiling nih..ko nak beli buat pet ke? Rm 80-Rm100 1 kilo beb!
Mahal laa pada aku yang tak selera nak belai tenggiling nih..kaum lain beli nak wat menu special..ngee


Ni saja je aku jarakkan gambar ular ngan katak tadi..kot2 korang nak kata ular tu kenyang makan katak ni ke kan... ni amik gambar last month nih..


Comel tak beliau??hihi...



Minat gak anak bujang aku nih part amik2 gambo..hehe..mekasih kerana menonton.. Korang pun macam takde keje lain je jadinya kan..korang memang best!ekeke


Friday, February 18, 2011

Biskut Marie Inti Coklat

Selamat petang,merangkap selamat dah malam..lewat ke cyber hari ni..ada masalah teknikal dan kesibukan melanda..macam biasa,kesibukan yang sukar dirungkaikan dengan kata2..(kesibukan ntah apa2 laa tuu..)

Ni saja nak tayang menu ntah ape2 ni kan..tapi sedap lak wat biskut marie diinti coklat gini..tapi haruslah guna biskut marie yang plain(takde perisa) yer sebab inti coklat dah manis..

Inti coklat ni belen2 pas buat kek batik coklat yer.. ;)

Kaya dengan rasa coklat.. ;)

Malam sket nanti baru nak blogwalking..mekasih kepada yang sudi bertandang ke belog nih..komen2 yang tak sempat dibalas hari2 yang sudah tu akan dibalas nanti mana2 yg sempat ye..macam sibuk bebeno bunyik aku nih..hahaha

Thursday, February 17, 2011

Pemenang Bertuah HaSue Giveaway Contest STMB 2010..

Pertama sekali,terima kasih kepada semua peserta giveaway yang sudi join yer..tak menang kali ni pun takpe,sekurang2nya kita boleh menambah kenalan dan bertukar2 pengalaman dari mengandung,melahirkan sehinggalah mendidik anak2 ..serta melihat perkembangan tumbesaran anak2 orang lain..

Sepanjang menganjurkan Giveaway ni(ni pengalaman pertama buat GA gini) memang seronok melihat bayi2 comel sekali yang dientrikan oleh ibu masing2..membaca entri2 mereka pun asyik tersengih manjang sebab ramai yang buat 'anak mereka yang blogging' tuh..huhuu..tak kurang juga ada entri yang buat aku menitik air mata..pehh,aku ni sensitip tau.huu.
Kalau nak tengok entri2 peserta kali ni,sila rujuk link2 mereka kat SINI

Kalau terlepas entri mengenai hadiah,
sila rujuk entri ini untuk maklumatnya..

Masa yang ditunggu dah tiba..

Jom tengok proses pencarian pemilik loyang yang bertuah untuk GiveAway kali ini..


Kita guna cara manual okey..nak guna cara cyber, tapi macam tak happening lak.. :P

Ini pembantu saya..Adryana..
Cabutan dimulakan dengan 40 keping kertas bernombor 1-40.
Merujuk kepada penyertaan mengikut urutan.

Pusingan pertama: 1, 3, 8, 10, 11, 15, 29, 24, 34, 39

Yana,amik 5 keping lagi yerr..

Pusingan ke dua: 1, 11, 15, 29 dan 24

Sekarang dari 5, nak pilih 3 orang ajer..

Pusingan ke tiga: 1, 11, 24

(untuk pusingan terakhir,warna yang sama digunakan)

Jom tengok siapa paling bertuah memiliki loyang ini(klik)

Yeyyyyy!!! Pemenangnya ialah no. 11.. di tahun 2011.hehe..

Hadiah utama dimenangi: Ibu Muhammad Amsyar



Hadiah saguhati dimenangi: Ibu Uwais Firdaus Alqarni



Hadiah Saguhati dimenangi: Ibu Wan Nurkhalisha Maisarah

Tahniah!tahniah!tahniah!
diucapkan kepada pemenang2..Lepas ini boleh laa baking kek puas2 yer..Yang tak menang,tahniah juga atas kelahiran bayi tahun 2010!Itulah hadiah paling berharga sekali buat kite..!

Pemenang utama dan pemenang saguhati(pemegang no 1 dan 24) sila hantar Nama,alamat penuh dan no telefon ke email suehasue@gmail.com untuk kiriman hadiah.

Kalau taknak,sila bagitau awal2..haha

Ice Lemon Tea

Tengah2 hari nih sedap aje minum teh lemon ais ni haa..
Bukan susah nak buat pun,ini pun kebetulan ada baki air teh o untuk sarapan pagi tadi..
Simpan dalam peti ais..tak letak dalam peti ais pun takpe sebab nanti nak buh ais jugak kan..

Nak resepi gak ke? haha..simple2 ni mesti semua dah gheti buat kan.. ;)

Ahhhh...lega tekak aihh..baru boleh sambung kerja balik.. :P

Zhariff:Mama paksa saya buat entri ni..

Hai auntie2 n uncle2..nama caye Zhariff. Caye bersiaran langsung dari buaian,nak tido jap..tapi mama caye paksa suh wat entri ni.

Kepada yang belum kenal caye,meh laa kenal2..babah caye kate muke caye cam owang jepun,mak sedara caye kate muka caye cam cina!mata caye cepet ke?(x sedar diri memang mata cepet)
Oh ye,mama caye kata dia dalam proses buat cabutan bertuah untuk peserta2 Giveaway ni
Uhh..ngantoknye caye..
Mama kate jangan tido dulu,nak suwuh bagitau auntie2 yang join,antara 3 orang terakhir,SEORANG sahaja akan memenangi set loyang ni:
Cantik kannn..weee!!Best laa auntie yang dapat ni leh wat kek untuk kawan caye tu nanti..yelah,semua yang join kan sebaya caye..semua laa kawan caye.hii

Kalo anak aunty tu gegurl,leh caye ngorat..hek hek(gelak baby)

Pastu mama kate lagi,disebabkan sambutan yang hangat,2 orang lagi akan dapat hadiah saguhati..
erm,mata caye dah berat nii mamaaa!!

Saguhati tu adalah loyang mulat nih:


Semoga berjaya aunty2 semua..sekali lagi,sila ingat nombor masing2 yer...mama buat cabutan bertuah secara manual tau!hihi..

(Peserta diwakili oleh nama anak yang dilahirkan)
  1. Uwais Firdaus Alqarni
  2. Fauzan Niyaz Bin Fariff
  3. Imran Syakir
  4. Muhammad Ammar Furqan Bin Ahmad Fairoz
  5. Awali Azwar B. N. Nezree
  6. Maisarah Hani
  7. Muhammad Ammar Fahmi
  8. Anees Bt Hashim
  9. Puteri Syaza Amani
  10. Darwish Qusyairi bin Shahrul Azhar
  11. Muhammad Amsyar
  12. Nuryn Sufi Nadhirah binti Abdul Ajib
  13. Muhammad Haziq Naufal bin Mohd Radzi
  14. Nur Arissa Fariza Binti Mohd Fairuz
  15. Zhariff Luqman Bin Zamri
  16. Muhammad Rayhan Hatta Bin Mohd Shah Affende
  17. Nurhania Humaira binti Abdul Halim
  18. Mya Zara Khaleesa Binti Mohsinnul Muharram
  19. Nurhusna binti Ahmad Fahmi
  20. Muhammad Irfan Rifqy Bin Shukri
  21. Auji Adni Umairah Binti Asrizal
  22. Sofiya Yasmin binti Mohamad Sayafiq Yasin
  23. Wan Zimamumarhajj
  24. Wan Nurkhalisha Maisarah
  25. Azyan Zahirah
  26. Nur Aimy Afifah
  27. Danish
  28. Husna Raihannah
  29. Muhammad Khair Rayyan bin MK
  30. Arissa Binti Ahmad Rozaidi
  31. Nur Aleeya Yasmin Binti Mustaza
  32. Muhammad Fahim Mikael Bin Muhammad Mubasyir
  33. Amzar Shakir Bin Shahizan
  34. Nur Irman B Nur Affendi
  35. Muhammad Qaid Ashraf
  36. Muhammad Ismadanial Bin Ismail
  37. Dania Alisha
  38. Alia Kaiyisah Binti Mohd Adzam
  39. Muhammad Zhariff Bin Mohd Nabli
  40. Muhammad 'Asim bin Abdul Nasir


  41. Good Luck sekali lagi yer aunties!!
    Yang join selepas jam 11.59pm pada 15/02/2011,terpaksa disqualified..minta maaf yer..lain kali boleh cuba lagi .. ;)

Nak tidoooooorr..eaaaaaa...aaaaaa!


P/s: Keputusan cabutan bertuah akan diumumkan(pada entri) tepat jam 2 petang ini(17/02/2011). Sila saspenkan diri anda.. :P