Bagi yang belum pernah merasai laksa Sarawak nih.. cubalah sekali..pasti selepas beberapa ketika selepas merasainya,anda akan terbayang2 dan terasa2 lagi keenakannya yang ternyata berbeza dari laksa2 lain.. kalau biasanya laksa lain menjanjikan kuah yang pekat,laksa sarawak pula menjanjikan rasa kuah yang lebih rasa rempah pedas2 n lemak2 gitu... disulami dengan sambal belacan dan masam2 limau kasturinya..wuhhh! tak rugi mencubanya..
Adalah senang untuk memasak laksa sarawak,baru2 nih aku siapkan laksa sarawak seorang diri dalam masa 1 jam aje..haha..dalam seminggu buat 2x. Sebab yang pertama tu macam tak puas makan..huh..sedap amat! Tapi memang gigih la,dapur jangan cerita..hihi..dah kenyang baru laa nak kemas2kan balik kan..
Tapi guna pes laksa yang dah siap dijual tu jer... dalam tempoh tu juga laa nak goreng/rebus ayam,kupas kulit udang,rebus telur,cendawan hitam,goreng tauhu,celur tauge, buat sambal belacannya..celur bihun..
Kalau nak makan laksa Sarawak,bahan2 kat bawah nih aku suka letak..mungkin dah terbawa2 cara hidangan restoran kat sini kot.. termasuk laa penyediaan sambal belacan tu..sotong rasanya kurang sesuai laa nak letak..(ada restoran yang letak..aku rasa x sedap)
Tapi kalau malas sangat atau nak cepat,boleh jer nak letak seadanya bahan penting seperti udang,telur dadar,isi ayam,tauge jer.. yang pentinggggggg...sambal belacan itu jangan dilupa..limau kasturi juga..oohh!sedapp gilerr
Kali nih aku gunakan rempah laksa hj manan yang femes tu..lebih senang sebab tak payah toskan rempahnya seperti rempah aku guna kalo takde rempah hj manan nih..hee..
Di sini aku kongsikan cara memasak atau menyediakan laksa..cara aku ye. Sebenarnya asas penyediaan laksa dah disertakan sekali kat rempah tu..
Aku lebih suka ayam yang digoreng sebab ia kaya dengan perisa berbanding ayam direbus..jadi terpulang selera masing2 ye..
Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2 laksa(tidak terhad):
- Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
- Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
- Tauhu goreng
- Telur dadar
- Tauge(celur seketika)
- Cendawan hitam(celur)
- 300g udang(celur)
- Telur rebus
- Sambal belacan dan limau kasturi
Bahan2 kuah laksa:
- 200g pes laksa sarawak hj manan
- 2 liter air
- 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
- 2 batang serai-ketuk
- 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
- Garam n gula/perasa secukupnya
- Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
- Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
Cara Menghidang laksa sarawak: Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..
Jika susah untuk mendapat pes laksa,boleh lah mencuba membuat pes laksa sendiri menggunakan resepi Dayangjack ni yer..DJ,nak c n p resepi pes laksa ke sini pula yer..terima kasih.. Boleh juga lihat resepi n cara penyediaan laksa DJ kat sini yer.. ;)
Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Ya Ampun dah lama sgt nak terai laksa ni..nk cuba buat tp org kata payah nk cari bahan la,kene beli pes dekat sawaklaa tp rasanya boleh buat seniri je kan pes tu..haishh harus terai ni meleleh dh air liur ni iskk
ReplyDeletealahaiii bila boleh wat projek ni..
ReplyDeletewah..my peberet!tp tak penah makan ngn telur rebus n cendawan hitam tu.. pasni bleh la cuba. rempah laksa srawak pun dah sampai tuh
ReplyDeleteyummy2!! nyaman2 :)
ReplyDelete@Cik Puan Nurul
ReplyDeleteJgn percaya pd cerita tahyul..hehe..lepas ni boleh cuba buat sendiri yer. kalo nk jugak beli pes tu rasanya ada pengedar rempah laksa kat fb tu..
@K.Nor
ReplyDeletetake yr time kak..hehe..
@atie @ ejay
ReplyDeleteboleh cuba..sy pun ikut cara hidangan kat restoran..mmg best jer buh tu..
@syuhaila binti mustafa
ReplyDeletenang nyaman jak kn..hehe..dah jd org srwk sementara harus selalu mkn laksa swk tu iela.. :P
sue...aku tahu makan jerk...
ReplyDeletebuatnya tak pernah lagi...kikiki
jiran aku berniaga laksa sarawak ni...
jadi tu la alasan nape aku tak buat2.....
selalu beli jerk...
kekadang dia pulangkan pinggan..dapat sepinggan laksa sarawak..bestkan...
Assalamulaikum hasue
ReplyDeletemintak semangkuk.. :DD memang sedap laksa sarawak ni. sebab kak ct dah merasa, keharuman rempah laksa sarawak ni lain sikit dari laksa2 yang sedia ada. Ni kalau nak makan kena tunggu rumah kawan kak ct tu buat open house lah nampaknya... huhuhu
Sue....kak cek naaakkkkk semangkuk....sedapnya ....kechurnya....kak cek penah makan Laksa Sarawak masa ke KUching rumah abg kak cek tahun lepas...memang ummphhh....masih terasa kesedapannya...penah cuba buat guna pes laksa sarawak...bila mkn ngape tak berapa nak sedap....
ReplyDeleteHe he he...dah habis....baru teringat....Laaaaaaaa....kak cek boleh lupa letak santan...tak ke kelako...memang kelako....he he he...:)
salam sue..i love laksa sarawak..tapi mee kolok i suka lagikkk..hehehe
ReplyDeletemun kitak masak laksa sarawak share la ngan kamik eh.
eh silap..mee kolok
ReplyDeletewaduh lagi laksa srwak kat sini.. ko buat pes tu ye.. rajin betul mak orang neh... bagi sikit rajin tu kat aku...
ReplyDeleteko makan stengah mangkuk je ke? kikiki.. aku kalau makan neh susah woo.. ingat akak aku buat baru ni, cam jeling2 je orang lain makan supaya diorang tak makan banyak sangat. aku nak mkn bnyak. hihi
@Mas
ReplyDeleteaaa..munasabah jugak laa alasan ko tuh mas..lagi2 kalo yang makan kite sorg jer..hehe..kalo yang tukang makan 3-4 org(atau sorg 2 tp kuat makn) baru best nak buat sndiri kan...melainkn nak cuba tu harus buat sndiri laa
waduhh! yaaahh!...nyaman eh!...rasa nk molah agik dah tok...mentang2 pes laksa gik ada...ekeke. ada org sik suka bau rempah mcm org branak ya..tp kmk nang sukalah sb nyaman...tp mun molah pes ngekot resepi kmk ya, baunya sik kuat gilak. bolehlah dicuba mun rajin...hehe
ReplyDelete@CT Delima
ReplyDeletewaalaikumussalam..
lor..akak kan rajin..xyah tunggu kwn hidangkan laksa tu..akak buat sndiri jer..puas makan...bhn2 pun x terhad..hihi
@cik cek
ReplyDeleteahahaha..gelak golek2 baca kisah kak cek nih..mmg kurang sangat laa kalo tak buh santan tu kak oii..hehe..dah terlupa nak wat camne kan..kalo letak santan pure lagik sedap ow kak..ngencess terbyg2 nih..hehe
@mrs.spicy
ReplyDeletew'kumsalam..
owh,mrs spicy duk mana ye? kalau jumpa mee kolok tu dier masak ngan daging masak kicap pun dah sedap..lyn ngan sup n sambal cili ringkas...sbb mee koloknya sndiri dah sedia sedap kan.. =)
@izahdaut
ReplyDeleteko nih kot yer pun nak bgtau tak baca entri aku jgn laa sangka aku serajin ituu..hahaha... aku dah terang lg bersuluh guna sportlight tu bgtau guna rempah hj manan..yg aku share resepi pes tu utk mereka yg nak cuba buat sndiri..ehehe..
setengah mangkuk apa raserrr...mau semangkuk penuh sekali duduk..pastu rilek jap amik smangkuk lg..mkn slow2..menikmati katekan..hihii.sedappp kan kannn
Kak sue,nmpak sgt kak izah xbace n3,@pong saje nak puji,coz leh dapat laksa semangkuk..Fuhh mmg terliur kak,sekbek tgk n3 nih pas mkn dah..Leh save resepi nih seksiap,hihi..
ReplyDeleteassalam sue...sib baik akk sempat juga merasa laksa srwk ni, kalo tak kempunan rasanya.
ReplyDeletelaksa ni mmg lain dari laksa2 kat sini, rasa rempah yg kaw2, terasa2 lg keenakkan laksa ni
eheh...nanti cuti gawai korang balik kan??kita buat reramai yerr..hahaa..
ReplyDeletetelan air liur jelah maklong.. hehe..
ReplyDeletemakan tak pernah.. masak apa lagi.. nak kena cari kat mana ada jual laksa serawak..
tgok laksa sue.. rasa nk terbang ke sarawak pulak..
ReplyDeletelama nyer x makan laksa sarawak.. kt nk 2bulan dh xjumpa nih. kt miri byk pes hj manan nih. kt sini mcm jarang2 pulak jumpa.
ReplyDeleteps: sila letak resepi sambal belacan yg sesuai mkn ngn laksa sarawak ye..
assallamualaikum sue..
ReplyDeletesori la lambat datang.. akak tak sihat sebenarnya tapi berselera tgk laksa ni.. Pernah makan dulu dan akak sukaaaaaaaa sangat..Bestnyeeeee...
Assalamualaikum Sue
ReplyDeleteKamek nang suka laksa sarawak tp kamek prefer laksa without telor rebus ya...tp sambal mesti byk and pedas....
adeh....paksa cari laksa kak tok, dah tenggok rasa geruk kamek nanga ..hehehe
harus mkn.. sudah menjadi penggemar laksa srkw skrg :P
ReplyDeleteBaru minggu lps masak laksa Sarawak paste Hj Manan......adik beradik ipar nak merasa laksa sarawak nie....
ReplyDeletex penah rasa.... tp nampak sedap sesangatlah, kecur air liur.
ReplyDeletehmmm..nang nyaman orang sarawak madah..mun kitak orang mok lebih nyaman agik kuahnya n rasa lemak kuahnya, x payah pake santan..tp lebih bagus pake susu cair jak..try la ye..gerenti nyaman..
ReplyDeletei loooooovvvveeeeeee laksa sarawak glak3.......perggggghhhhhhh....!!!!!!ng nyaman glak3.........aha...!!!simple jak mlh ea paduhal.....ehehe ~
ReplyDeletesine nak dapat laksa paste Hj Manan ya owh.. ingin juak nak coba tok..
ReplyDeleteKtk kat cney sis? Mun kat semnanjung boleh jk beli online.. mun kat srwk kuching paling sng carik rasanya..kinek tok pes laksa hj manan dah pack baru kaler puteh
Deletehairan betul. dalam banyak2 laksa, laksa sarawak jer yg kena guna paste utk buat kuahnya. laksa dari tempat lain boleh dibuat dgn bahan2 asli yg diketahui bahan2nya.
ReplyDeletePaste laksa sarawak tu maksudnya rempah yg sudah dimasak dan sedia utk digunakan..jadi takde apa nak dihairankan..byk skrg kan paste segera agar memudahkan pengguna menyediakan makanan dan masakan kegemaran mereka..misalnya mee bandung..ada juga rempah yg dh sedia digunakan.. bahan2 rempah laksa sarawak juga pastinya diketahui bagi mereka yg biasa memasaknya.. jd xda yg nak di hairankan sgt kan :-)
Deletekat sini jer first time saya tgk org buat laksa sarawak tanpa paste. tahniah
ReplyDeleteSy guna pes laksa keluaran syarikat Hj Manan.. syarikat bumiputera n inshaa Allah halal.. jika berpeluang encik juga harus mencubanya satu hari nanti
DeleteAslmkum.nang nyaman.dh kmk cuba polah k resipi ktk smlm.tqq share resipi.dak adik kmk x berhenti2 tambah makan laksa srwk tk smlm.
ReplyDeleteBoleh beli online dari mana saja anda berada. Sila klik pada nama saya kalau nak order.
ReplyDelete