Wednesday, May 18, 2011

Cili Hijau Goreng Udang Pedas

Menu ini sangat membuka selera bagi kami..dengan aroma cili hijau atau cabai hijau yang semulajadi pedas,ditambah dengan rasa udang segar..memang boleh bertambah nasi tanpa sedar dibuatnya.. jika cili hijau yang digunakan kurang pedas,boleh lah tambahkan cili padi kerana ia memang sesuai dimakan pedas-pedas.

Boleh je nak gantikan dengan kacang panjang atau sayur lain tapi..rasanya berbeza laa kan..kalau tak pernah buat cili hijau ni sebagai sayur,mungkin inilah masanya..hehe

Kalau ada beras kampung tu,memang layan sangat laaa...

Cara penyediaannya lebih kurang seperti resepi cili hijau goreng telur tempoh hari..tapi..dah namanya ada udang of coz lagi best kan..heh ;)

Cili Hijau Goreng Udang Pedas
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 300g udang tanpa kulit
  • 7-8 tangkai cili hijau-cuci bersih dan hiris sedikit memanjang(buang biji)
  • 1-2 tangkai cili merah(boleh tambah cili padi ikut tahap kepedasan sendiri)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar-hiris
  • Garam secukup rasa
  • secubit gula
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili bersama bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi dan masukkan bawang besar yang sudah dihiris. Kacau goreng sebentar sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  3. Masukkan udang,kacau goreng lagi dan masukkan garam dan gula/perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan cili yang sudah dihiris dan kacau goreng sehingga sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Menyelerakan..gambar ini didedikasikan untuk penggemar udang dan penggemar makanan pedas di luar sana.. :D

14 comments:

  1. Assalamulaikum Hasue

    I'am Top 1.. hahaha. sabau jer lah. k.ct dn Hb memang suka lauk2 macam ni. Tambah2 kalau masak lebihkan lada hijau, memang terangkat betullll! betul kat sue lada hijau kalau kita masak harum dia lain dari cili padi hijau..sedap.

    Bole simpan semangkuk tak nak meratah... hehehe

    ReplyDelete
  2. sue!! akak nak tumpang makan sini arini ya.. jgn nak sembunyi lak lauk tu kalau dah abis gi buat yg lain..

    ReplyDelete
  3. sue! sungguh menyelerakan... tp la ni kak rose x leh nak makan udang... asik kena gelegata... gatal ya amat!takut lak nak makan udang. stok udang ada 2 kg lak tu! adoyaiiiii

    ReplyDelete
  4. assalam sue..rasa mcm nak nitik dh ni tgk udg cili hijau ni..akk suka cili juga, tapi yg tak pedas sangat hehe..kena petik yg muda sikit kekeke

    ReplyDelete
  5. @CT Delima
    waalaikumussalam..
    yeeyy..akak no 1!amik medal cap udang nih..hehe
    betul tu kak..bisa terangkat dah sebab selera terbukak..xyah lauk lain sangat..tp kalo ada lauk lain harus yg jenis kering gak x berkuah baru ngam..hehe..

    nak semangkuk kena msk sndiri laa kak.. :D

    ReplyDelete
  6. @K.Nor
    Eh?mana akak tau kite dah semunyikkan tadi?ahhh..takde!takde!akak gi wat sndirik...dah siap semunyikkan dalam kabinet td..jgn carik kat situ tau! :P

    ReplyDelete
  7. @Kak Rose
    alala...siannya kak rose alergik udang lak..bukan doktor ada kata cara menangani nya dgn melawannya ke kak?makan jer banyak2..biar gatal dulu bersenang2 kemudian?hehe...2 kilo tu byk menu leh buat kak..meh anto sini

    ReplyDelete
  8. @Kak Rosaliza
    hihi..kalo ada kebun leh pilih sendiri je tu kak.. tapi ada gak cili yang muda2 pun dah pedas.. ada jenis kan..hehe..

    ReplyDelete
  9. c4 aku dah keabisan stok dah ni. sik menu udang je yang keluor.. nanti kalau laki ko kena gout sila salahkan bini dia.. hahahaha..

    aku kan, kalau tak memandangkan laki aku tu gout, aku pulun gile gile jugak udang gini. tapi bila dia dengan seriyes nya kena gout 3 tahun yang lalu, aku pun da slow down dah. cume bila makan kat luar je aku pulun makan menda alah ni dengan lahapnya depan dia. tapi aku tengok dia sabo menahan godaan aku tu.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sue..
    sedaaaaapnya udang tu sue... akak pun nak tumpang makan ler... hehehhe... tergoda nie taau.. sedaaap....

    ReplyDelete
  11. huhh?? cili hijau jd sayur?? biasa cili besar xkira la hijau ke merah, yg duk wat msk tu pun, tun letak kt tepi2 pinggan bila mkn.. hehe... terliur nengok lauk, kalau mkn ni, kutip udang dia. hihi..
    ps: kak rose, tun pun allergic udang, tp selalu ada stok antihistamine kalau2 terasa nk makan. hihi...

    ReplyDelete
  12. maklong nampak resepi sue ni terus keluarkan udang dari peti.. nak tirulah tu.. hehe
    tiru sikit2 boleh kan.. kan.. kan..

    ReplyDelete
  13. sue..meh kat aku sepinggan..
    sedappnya tengok udang tu...

    ReplyDelete
  14. Huiyo kak sue,cili hijau masak cam sayur..Eh ank2 akak tahan pedas ek,ke mama n abah diorang jer yg pulun..Tapi siyes ckp,mmg sedap sgt..

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^