Tuesday, October 26, 2010

32 weeks..

Salam..
Dah lama x jumpa ya?hehe..Terima kasih buat kawan2 yg selalu bertanya khabar tentang aku n baby..alhamdulillah,baby sihat n semakin aktif dalam ni haa.. di peringkat ni boleh nampak meregang2 perut kiri kananan kadang2 tu..haha..susah nak explain..seronok tengok dia bergerak2 ni..kadang2 boleh rasa benda keras sekitar pusat..agaknya tulang montot dia laa tu..hehe..

Aku masa mengandung ni mmg gemar baca info perkembangan bayi..
Anak pertama dulu siap jadi member anmum club. Masa tu hantar borang beserta penutup aluminium susu anmum-1. So bila dah jadi member club,setiap bulan/trimester(x sure lak) akan dikirimkan update club..dan yang paling aku suka bila dapat buku mengenai perkembangan bayi dalam rahim..baca ulangkali buku tuh sampai buku seterusnya sampai..bila dekat due date nak bersalin,akan dapat lak gift cam sarung tangan n kaki bayi...hishh,teruja sangat2 nak beranak masa tu..bukan nilai gift tu,tapi perasaan tengok sarung kaki kecik tu haa..selain tu,buku terakhir ada bagi senarai barang2 yg perlu dibawa dan disediakan dalam beg yang hendak dibawa ketika hendak bersalin..haaa,gitu ler pengalaman masa mengandung anak pertama lebih kurang..

Dah anak ke-2 lebih kurang gitu gak..cuma aku x jadi member club anmum tapi buku tu si supply klinik tempat aku buat pemeriksaan kehamilan..

Dah anak ke 3 lak,bukan dari buku anmum dah..tapi jenama susu lain(lupa lak sebab kakak aku yg bagi buku tuh n aku x minum susu jenis tu)..
Tapi buku mengenai perkembangan bayi tetap aku suka baca..walaupun dah ada internet tapi lebih prefer gak baca buku..huhu

Bila dah anak ke 4 nih, walaupun tenet selalu nazak..tetap gak mendaftar ke Babycentre setelah di syorkan kakak aku yg teruja tengok perkembangan2 bayi dalam perut dan ditunjukkan dalam bentuk 3D..bagi ibu2 mengandung,pergi laa mendaftar ke situ yer...setiap minggu akan dihantar email perkembangan bayi dalam kandungan..
Di samping diterangkan apa yang bayi kita buat dalam tu..kita boleh tengok video perkembangan bayi > inside pregnancy

aku tetap teruja seperti nak menimang cahaya mata pertama lagaknya..hiks!
Bila lagi nak lebih2 teruja kan...sebab bila baby dah keluar nanti perasaan teruja tu jadi lain dah..teruja nak tengok tumbesarannya pulak..hehee

Begini contoh email yang aku terima dari babycentre.com


Hello Sue!
32 weeks pregnant

No wonder you're starting to feel huge — it's crowded in there! The growing pressure on your bladder may mean frequent trips to the loo — which can make a good night's sleep difficult. You may be gaining around 500g/ 1lb a week now and roughly half of that goes right to your baby. In fact, he'll gain a third to half of his birth weight during the next seven weeks, fattening up for survival outside the womb. Thanks to these fatty deposits, his skin is getting plumper and looking healthier

Find out more fascinating fetal development facts
• Read more about being thirty two weeks pregnant

Friday, October 15, 2010

Snek Ikan Rangup

Salam Jumaat..
Resepi2 sebelum ni dah diupdatekan mana2 yg sempat yer.. so leh cekedaot..
Ada lagi kek lapis lum terupdate..lalok jer rasa ngan celcom nih..hehe

Kali ni aku nak share kudap2an atau snek yang dapat idea dari mak sedara aku masa hari raya lepas...mula2 makan sorang,dua orang..last2 licin bekas biskut mak sedara aku tuh haa..hikhik..
Pastu dia siap bakarkan lagik khas untuk kitorang..haha..muka x malu betul laa...tapi meriah woo...raya beramai2 ke rumah sanak sedara nih...hehe
Tahun ni boleh dikatakan beraya sakan gak kitorang..dari rumah ke rumah yg x pernah pergi sebelum ni pun ada..yelah,kalo kite2 jer malas nak pergi kan..kalo sekeluarga besar skali pergi macam gathering keluarga laa jadinya..

Sebelum ni x terfikir pula nak buat gini..makan terus jer dari kedai tu..liat2 gitu kan! tapi dibakar lagi best rupanya..rangup jadinya..x caya sila beli n cuba sendiri..hehe

Yang dah sedia potong gini lagi best n senang keja..hehe

Pastikan masa membakar tu masaknya sekata yer..kalo yg lebar2 tu balik2kan sekali sekala..bakar pun kejap jer..

Ni laa contoh peket snek ikan yg biasanya terus makan jer..kali ni kita bakar pula...Terima kasih kat mak usu yg kasi idea nih..selamat mencuba!!

Nak resepi ke?ekeke...

Bahan2:
  • Snek ikan (dahfa)
Cara2:
  1. Buka dari bungkusan dan susun dalam loyang. Bakar sehingga kekuningan pada suhu 170c selama 5 minit(yg ni kena ikut suhu oven masing2), balik2kan menggunakan garfu agar masak sekata.
  2. Rangup dan sedap dimakan begitu sahaja. Boleh disimpan di dalam balang dan dimakan bila2 masa.

Wednesday, October 13, 2010

'Ter'menjadinya Kuih Penyaram..

Sebenarnya kan,asalnya aku nak buat kuih peniram/kuih telinga keling/kuih denderam..atau apa saja nama lain bg kuih seperti dalam buku resepi kat bawah nih.. ingatkan leh pakai resepi tu ler kan,siap sertakan gambar bersama resepi..malangnya bila aku adun betul2 ikut resepi cair laa pulak..nak terap macammana kan... adunan tu mengingatkan aku pada adunan kuih penyaram(kat tempat aku panggil kuih penyaram) atau cucur jawa(nama kuih ni aku tau melalui myR) atau apa saja namanya kat tempat korang...
Sebelum ni aku buat kuih ni guna resepi kakak aku..terus terang cakap,resepi tu lebih lembut n sedap laa dari yang ni sebab guna 100% gula apong x campur pun gula pasir..

Bukan main semangat je nak cuba buat kuih ni..tapi jadi kuih lain lak..huhu...sabor jela ek!

Kuih ni juga dikenali ramai kat tempat aku sebagai kuih tradisional dan wajib ada semasa majlis makan tahun dibungkus bersama 'kelupis'..
Ia nampak cantik dan menjadi jika ada 'bibir' kat tepi tu..kalo rata jer macam x jadi lak...selain dari 'bibir' tu,tekstur dalam kuih juga berliang atau ada ruang2 gitu..

Kuih ni digoreng/cucur satu persatu dengan minyak yang secukupnya sahaja..pastu gunalah lidi nak angkat dari minyak tu n toskan kejap kat tepi sebelum diangkat..
lagi satu kalo ikutkan kuih ni ada kuali khasnya sendiri,kecik hitam sediakala gitu..tapi aku guna kuali biasa jer leh jadi jugak rupanya..hehe

Apa nama kuih ni kat tempat korang? Atau ada yang x pernah tengok?
Kalo kat sarawak,sabah,brunei rasanya biasa tengok n panggil nama yang sama/lebih kurang jer rasanya..hehe

UPDATED:
Walaupun resepi ni x selembut yang sepatutnya..aku update juga resepinya kot2 ada yg nak mencuba yer...lagipun resepi ni not bad gak ler..dah sejuk tu xde laa keras kejung..hehe..
insyaallah lain kali kita buat yang betul2 lembut pula.. selamat mencuba!

Bahan2:
  • 250g tepung beras
  • 250g tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula melaka (hasue guna gula apong)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit garam
Cara2:
  1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama. Masukkan gula pasir,garam dan gaulkan rata
  2. Larutkan gula melaka bersama air,tapiskan.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul sebati.
  4. Biarkan 30 minit
  5. Panaskan dalam 3/4 cawan minyak masak dan senduk 1 adunan. goreng sehingga kembang baru dibalikkan.
  6. Angkat dan toskan minyaknya.

Tuesday, October 12, 2010

Kek Lapis Cinta Kirana (Kukus)

Kek lapis ni aku buat selepas hari raya aritu..nak ngabiskan stok bahan2 sebenarnya..maka terhasil laa kek yang diberi nama sempena cerita bersiri yang sedang famous sekarang ni di astro..Kisah Kirana yang tersepit dalam permainan cinta tiga segi(betul ke sinopsis aku nih)..sebenarnya aku tak mengikuti sangat drama ni..tapi anak aku suka lak tengok..yg aku tau si Raka nak kat Kirana..Kirana nak kat Galang..Galang lak hilang ingatan ke apa..hehe..(x leh harap tul aku nih kan)jadinya dari situ dapat laa idea nak buh nama kek ni..senang nak ingat..nak buh nama kek asam manis dah biasa sangat dengar kan.. :P


Kek yang letak asam manis susun2 gini ni sebenarnya kesukaan my hb..aku tak ler suka sangat..suka gitu2 jer..aku prefer yang plain jer..kalo nak letak asam manis biasanya aku hancurkan dulu..hihi..
Apa2pun kek ni memang senang jer nak buat,bahan2 very basic..dan masih kek kukus.. lepas ni carik kek lapis bakar lak..ntah kat folder mana aku letak..tula,asyik2 entri tertunggak gara2 x dpt connect internet jek..huhu..

Layan gambar dulu yer...peminat kek asam manis mesti leh imagine...rasanya of coz moist seperti dalam gambar ni..hehee..

Kalau tak suka rasa asam manis yang berlebihan,boleh laa susun asam manis tu jarang2 sikit eh.. bagi aku laa...asam manis yang bersaiz kecil lagi sedap berbanding asam manis yang sekarang ni macam2 saiz dan bentuk di pasaran..yang ni aku ada letak juga yang segi empat tu untuk selapis jer..
UPDATED:

Di sini disertakan resepi bagi mereka yg berminat nak mencuba..

Kek Lapis Cinta Kirana

Bahan2:
  • 340g mentega
  • 170g gula halus
  • 6 biji telur ayam(gred A)
  • 10 sudu makan susu manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 170g tepung hong kong/gandum
  • 180g seri kaya(tin kecil)
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • Asam manis secukupnya
Cara2:
  1. Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sampai habis sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan.
  3. Masukkan esen vanila,susu manis, serikaya dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung(yg sudah diayak) sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan adun rata
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian: (i) warnakan kuning (ii)warnakan hijau (iii)warnakan merah
  6. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus.
  7. Kukuskan 3/4 cawan adunan berwarna merah dahulu..setelah masak,kukus pula adunan hijau. Susunkan asam manis barulah masukkan adunan kuning.
  8. Ulangi langkah 7 sehingga adunan habis
  9. Kukus sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir. Selamat mencuba
Note: Jumlah asam manis terpulang kepada selera masing2..jika ingin rasa asam manis kurang boleh lah jarakkan sedikit susunan asam manisnya dan begitu juga sebaliknya.

Monday, October 11, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur

Bila ada kesempatan online, memang semangat nak update blog..
Tapi,di samping semangat nak update tu..bila tengok rakan2 yang rajin mengomen dan rajin tinggal mesej(beserta link) mula laa x sedar diri nak balas kunjungan.. beberapa kali error tetap nak refresh gak..huhu
Kalau nasib baik memang ada blog yang berjaya ditembusi dengan tenet yang slow ni..kadang2 memang sempat membaca entri rakan2 yang baru update tapi x nampak cbox n tinggalkan mesej pun.. Apa2pun tima kasih banyak buat rakan2 blogger dan bukan blogger yg setia mengunjungi blog chipsmore nih..ehe

Raya lepas,sempat juga aku buatkan kek coklat tanpa telur nih untuk MIL aku yang berpantang makan telur(atas nasihat doktor)..
Resepi asal dari Dayang Jack tapi memandangkan resepi asal guna kopi aku terpaksa ler tukar kepada susu segar coklat..sebabnya MIL aku tu x minum kopi..ehe..
Biasanya empunya resepi x kisah..kan kan..hehe

Alhamdulillah,MIL aku suka makan kek ni..sian dia xleh nak makan kek2 lain..
dapat makan sejenis kek pun jadi laa kan.. :)

Resepi boleh rujuk kat blog dayangjack yer..dan aku akan update kemudian kat sini..thanks to DJ atas resepinya.. :)

Kek Lapis Senja Permai

Salam kembali..
Sah2 jadi chipsmore nih..
Mukadimah,macam biasa..pasal line tenet..line celcom belum ok lagi..semalam dah complain kat celcom careline centre tapi buat itu ini begitu begini masih tak dapat settle gak..
Last2 katanya tindakan akan cuba diusahakan dalam masa 3 hari waktu bekerja..uhuk!
Jadi sekarang signal masih menunjukkan GSM lagi(teruk dari gprs) dan semasa aku cuba lagi dan lagi malam ni kuar kejap2 gprs,kejap2 gsm..so kejar2 n berebut2 ngan signal celcom laa nampak gaya..kalo signal gsm memang langsung x dapat connect...kalo gprs boleh connect tapi slow yg amat(ok laa dari takleh langsung kan..)mana sempat aku update aku update eh..x kisah laa entri basi pun..heheee..
Kalau tak dapat bayangkan teruknya line celcom kat sini takpelah..korang yg laju line tenet tu gunakanlah sebaiknya eh! :)

Jadi tanpa berpanjang lebar lagi meh perkenalkan kek seterusnya ni..kek ni biasa2 jer tapi biasa2 pun sedap tauu..yg penting kek ni moist jugak..
Apa yg istimewanya bahan2nya ada menggunakan yogurt..tapi takde laa sebijik perisa yogurt tu..standard laa kek lapis sarawak bhn2 digunakan lebih kurang jer asasnya..hehe

Resepi insyaallah akan diupdate kemudian yer..kalo lum update gak(tapi ada yg nak resepi) tolong ingatkan yer sebab buat masa ni memang susah sket nak berada di alam cyber..paling sempat pun selalunya menembuskan diri ke FB jer..hoho..
Sekarang ni target nak upload semua gambar yg sepatutnya jadi entri sebelum ni..mungkin juga akan di auto publish agar blog ni x jadik haunted blog..ngeheehee...biar x semoat labah2 nak bersawang.

Nama kek ni diambil sempena warnanya seakan mentari yg tenggelam diwaktu senja yang permai...hehee...pandai2 jer aku ek..ahaks..warna kek ni coklat,oren dan kuning..

UPDATED:

Kek Lapis Senja Permai

Bahan2:
  • 16oz(450g) mentega
  • 10 biji telur ayam
  • 1 tin kaya sederhana(300g)
  • 1 tin susu manis(hasue guna krimer manis)
  • 170g yogurt perisa asli
  • 200g tepung hong kong /tepung gandum
  • 180g gula halus
  • 200g milo
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kuning dan oren
Cara2:
  1. Panaskan pengukus,gris loyang dengan mentega dan tabur rata dengan tepung
  2. Pukul mentega bersama gula halus sampai berkrim dan masukkan telur satu persatu.
  3. Sambil terus memukul dengan kelajuan perlahan,masukkan esen vanila,susu manis,serikaya,yogurt dan tepung hong kong.
  4. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagikan kepada 3 bahagian
  5. Bahagian pertama diwarnakan kuning, bahagian kedua diwarnakan oren dan yg ke tiga masukkan serbuk milo(boleh tambah sedikit browning sugar utk warna lebih gelap) dan gaul rata.
  6. Kukuskan dahulu 1 cawan bahagian milo,setelah masak lapiskan pula dengan warna oren dan diikuti warna kuning.
  7. Buat berlapis2 sehingga habis. Kukuslah sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir.
  8. Selamat mencuba! :)

Sunday, October 3, 2010

Daging Goreng Sos

Salam hujung minggu..
Pepagi ahad nih aku bersiaran dari Sibu,Sarawak..sampai sini petang semalam..stay overnite dan akan balik semula petang nanti..
Saja jalan2 n nak soping2 barang keperluan baby sket..tak boleh lama2 bahagian baju2 baby ni...kalo ikutkan leh bermalam dibuatnya nengok barang2 comel ni kan..hehe


Oklah,sebenarnya ada lagi entri kek lapis yang menunggu giliran nak dipublish..tapi ntah camner pendrive aku yg mengandungi gambar kek lapis tu tertinggal lak..yang ada menu daging nih yg menjadi lauk kitorang beberapa hari lepas..haha..macam x biasa ngan entri tertunggak kat blog ni lately ek..suka aku nak ingatkan celcom broadband semakin tidak memuaskan kebelakangan ini..ehe..

Daging ni,sedap kalau daging tu dimasak cukup lembut...jadinya kalo guna daging batang pinang memang sesuai..aku sukakk!anak2 pun suka n berselera jer makan...

Makan daging ni ngan nasi dalam mangkuk ala2 chinese restaurant pun boleh gak..hehe