Tuesday, October 12, 2010

Kek Lapis Cinta Kirana (Kukus)

Kek lapis ni aku buat selepas hari raya aritu..nak ngabiskan stok bahan2 sebenarnya..maka terhasil laa kek yang diberi nama sempena cerita bersiri yang sedang famous sekarang ni di astro..Kisah Kirana yang tersepit dalam permainan cinta tiga segi(betul ke sinopsis aku nih)..sebenarnya aku tak mengikuti sangat drama ni..tapi anak aku suka lak tengok..yg aku tau si Raka nak kat Kirana..Kirana nak kat Galang..Galang lak hilang ingatan ke apa..hehe..(x leh harap tul aku nih kan)jadinya dari situ dapat laa idea nak buh nama kek ni..senang nak ingat..nak buh nama kek asam manis dah biasa sangat dengar kan.. :P


Kek yang letak asam manis susun2 gini ni sebenarnya kesukaan my hb..aku tak ler suka sangat..suka gitu2 jer..aku prefer yang plain jer..kalo nak letak asam manis biasanya aku hancurkan dulu..hihi..
Apa2pun kek ni memang senang jer nak buat,bahan2 very basic..dan masih kek kukus.. lepas ni carik kek lapis bakar lak..ntah kat folder mana aku letak..tula,asyik2 entri tertunggak gara2 x dpt connect internet jek..huhu..

Layan gambar dulu yer...peminat kek asam manis mesti leh imagine...rasanya of coz moist seperti dalam gambar ni..hehee..

Kalau tak suka rasa asam manis yang berlebihan,boleh laa susun asam manis tu jarang2 sikit eh.. bagi aku laa...asam manis yang bersaiz kecil lagi sedap berbanding asam manis yang sekarang ni macam2 saiz dan bentuk di pasaran..yang ni aku ada letak juga yang segi empat tu untuk selapis jer..
UPDATED:

Di sini disertakan resepi bagi mereka yg berminat nak mencuba..

Kek Lapis Cinta Kirana

Bahan2:
  • 340g mentega
  • 170g gula halus
  • 6 biji telur ayam(gred A)
  • 10 sudu makan susu manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 170g tepung hong kong/gandum
  • 180g seri kaya(tin kecil)
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • Asam manis secukupnya
Cara2:
  1. Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sampai habis sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan.
  3. Masukkan esen vanila,susu manis, serikaya dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung(yg sudah diayak) sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan adun rata
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian: (i) warnakan kuning (ii)warnakan hijau (iii)warnakan merah
  6. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus.
  7. Kukuskan 3/4 cawan adunan berwarna merah dahulu..setelah masak,kukus pula adunan hijau. Susunkan asam manis barulah masukkan adunan kuning.
  8. Ulangi langkah 7 sehingga adunan habis
  9. Kukus sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir. Selamat mencuba
Note: Jumlah asam manis terpulang kepada selera masing2..jika ingin rasa asam manis kurang boleh lah jarakkan sedikit susunan asam manisnya dan begitu juga sebaliknya.

6 comments:

  1. wahh kek kirana lah pulak ye! i pun tk tengok citer ni tp my brother beria tul melayannya masa raya itu hari..
    btw, i dah rambang mata nak try wat mana satu kek lapis dah ni hihi..teruja tengok rupa cantik cantik tu

    ReplyDelete
  2. salam kak...wah kek lapis...rmate bru je blik dr srwak...byk dpt mkn kek lapis dia...hehehe

    ReplyDelete
  3. zarin: smpai skrg ni pun masih x abis2 lg citer tu kan..hehe.. sabar2,ada lagi resepi kek lapis bakal menyusul..kena publish satu2..hehe..

    ezzyra:wkumsalam,lepas raya mmg org sarawak selalunya bw 'bekal' kek lapis utk dibawa balik ke tmpt study/kerja..hehe..mesti best dpt mkn ek

    ReplyDelete
  4. salam sue...ermm sedapnya kek lapis kukus tu...dah lama kak ima tak mengukus ni...nnt ada kelapangan leh la cuba buat kek kukus dari umah sue ni...mmg dah simpan dah resepinya..tunggu masa yg sesuai je..hihi

    p/s..betul ckp sue,asam manis yg kecik lebih sedap digunakan..

    ReplyDelete
  5. kak ima:wkumsalam kak.. nanti dah sampai seru mesti nak ngukus jer tu kak..hehe..
    tula,kalo dah try byk jenis tau ler yg mana sedap kan..tp terpulang gak ler selera masing2 ni x sama..hii

    ReplyDelete
  6. salam sue...mengacam betul la kek lapis ni..resepinya pun simple je..pas ni boleh la akk cuba..tak sabar rasanya

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^