Tuesday, June 30, 2009

Tumis Labu Kuning

Selain dibuat pengat,bingka,kuih keria dan lain2 lagi yg berasaskan labu kuning..
Ia juga boleh dimasak tumis seperti sayuran lain..

Bahan2:
  • 200g labu kuning-x kisah yg tua atau muda,yg tua lg lemak ler..>Kupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 tangkai cili merah*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang putih*
  • Segenggam udang kering/ikan bilis* -juga boleh ganti udang segar dikupas kulitnya
  • 1/2 sudu makan belacan*
  • Perasa-garam,pak aji dan sedikit gula(jka perlu)
  • minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat atau dikisar bersama menggunakan pengisar bahan kering
  2. Panaskan sedikit minyak(dalam 1/3 cawan),tumis bahan2 yg ditumbuk tadi sehingga naik bau
  3. Masukkan labu yg sudah dipotong dadu kecil dan dicuci bersih,gaul sebati..perlahankan sedikit api
  4. Kacau lagi jika perlu sehingga lagu kelihatan sedikit lembut dibahagian tepinya.
  5. Tambah air sehingga menenggelami labu dan tutup periuk.
  6. Setelah labu empuk(jika belum,tambahkan lagi air),perasakan dengan garam,serbuk perasa. Jika labu tidak manis langsung,letakkan secubit gula.
  7. Padamkan api setelah semuanya serasi dan labu benar2 lembut.
  8. SELAMAT MENCUBA
c Kakak kalo ngadap sayur labu nih tak pandang lauk lain dah,makan pun bertambah2..
Kadang2 mix dengan pucuk manis juga sedapp..

Puteri Ayu

Salam semua...
Ceria tak hari nie?alaa...jangan laa sedih2,merajuk2..merajuk pun kejap jer udah ler ye..
Meh2,tengok kuih puteri ayu kite nih..hiiii
Puteri ayu nih terlebih 'ayu' taw..siap ader tahi lalat banyakkk..hahaa
Sebab yg membuatnya tuh kan,boleh pulak 'terlupa' buang kulit hitam kelapa tuu..
Saje xnak sebut 'malas'..hak hak

Patut laa lain macam jerr..macam x sedap hati jer masa nak ngukus tuh..ekekee..
Tapi tak kesah ler kann..bukan orang lain gak nak makan..keluarga sendiri dan kawan2 hb kat ofis jer..
Errkk!kawan2 hb???adehh,abis laa kuih aku kena gelak diorg..huehuee.
Tapi aku agak pasti gak pasti ada di antara diorang yg 1st time makan kuih nih.ahaks (nak sedapkan hati sendiri)eheee... :P

Cara nak buat adunan nih lebih kurang nak wat apam senyum jugak..mudah jer..ehe..
Baru pecah darre acuan nih taww..hihii
Cuba resepi mama kastam tioman yg terer buat kuih2 tradisional kat myr tuh..
mama nih 'spesis' kak fida myr juga..tak kedekut ilmu kuih muih tradisonal nih.hehee..

Jadi,apa kata.. kita c n p saja dari myr?setujuu tak??" SETUJUUUU!!"...jawabku sendiri.
Jom semak..

Bahan-bahan ( 55 biji )

  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepong ubi

Cara-cara

  1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
Sedappp...hubby suka makan.kalo xnak buat banyak buat ler separuh adunan yer...

Monday, June 29, 2009

Nasi Goreng Nugget

Ada lagi tak nugget korang dalam peti ais tuh?
Jangan diperuk lama...
Meh2 kasi keluar dan masak nasi goreng nih..
Nih idea asal encik suami tengah hari tadi..tiba2 jek kelaparan..
Tapi yg baru masak nasik jerk..yg lain ngah beku lagi..
So dia cadangkan goreng nugget bersama nasi..
Idea pun spontan jer nak buat gini..
Nugget kalo goreng gitu jer cepat muak..
Suka2 jer letak gambar banyak2..heheheee
Rasa nasik nih pedas2 gak gitu..rasa nugget tuh lebih sedap banding goreng gitu jerk..
Malas laa citer panjang,mcm puji msakan sndirik lak kan..huahuaa..
Nak tau rasa camna,korang try laa eh.simple yg amat!

Respi yg sama dah share kat SINI

Bahan-bahan ( 3 Orang )

  • 3 Mangkuk nasi-leraikan terlebih dahulu
  • 1-2 Tangkai cili merah,2 cili padi-letak ikut suka tp lebih sesuai agak pedas
  • 2 Ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5-6 ketul nugget(boleh tambah ikut suka)
  • Garam dan serbuk perasa
  • Kobis hijau dipotong kecil2
  • 1/3 cawan minyak masak(agak2 jer,bgantung jenis nasi)

Cara-cara

  1. Cili,bawang merah dan bawang putih ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bahan kering.
  2. Nugget dihiris nipis/dipotong kecil2
  3. Panaskan minyak,masukkan bahan kisar,kacau goreng seketika dan masukkan nugget. Kacau goreng lagi sehingga kelihatan nugget sudah masak
  4. Masukkan nasi,garam dan perasa. Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama.
  5. Akhir sekali masukkan kobis atau sayur pilihan anda yang sudah dipotong2. Kacau goreng lagi seketika supaya masaknya sekata.
  6. Serasikan semua rasa dan padamkan api.Sedia untuk dihidangkan begitu sahaja atau bersama lauk pauk kegemaran anda..Selamat Mencuba! ^_^

Pulut Sambal

Salam..
Untuk sarapan pagi ini,masih berasaskan pulut.
Pulut sambal ni peberet c kakak,mau 3,4 bungkus untuk dier jek skali duduk..
Tapi tak ler buat sambalnyer pedas sangat..mau terjelir lidah budak tuh karang kepedasan.ekeke..
Sebenarnya sekadar untuk sarapan di rumah memang tak perlu dibungkus,tapi..kalo c kakak nih,tengok pulut tuh bogel jerk..lambat ler dier nak makan..x mcm yg dibeli bagi dier kot..aeheh.Nak jugak yg menutup aurat..hehee
Cara nak bungkus simple jerk..semua dah pandai kan??
Pastikan kat atas tuh bersilang jer macam dalam gambar ni ha,
baru santek rupanya(perasan jap) dan x mudah terbuka..
belakang cucuk ngan pencungkil gg..guna stapler x baik kan...
kalo org jual biasa guna stapler ajer..nak cepat katekan..

Kalau tak silap,kuih koci pun bungkus gini kannn???

Sambal nih simple gak...semua pun tau buat kan..
Best laa ek,tak yah taip resepi.heeee...
Pagi tadi c kakak sempat makan satu bungkus jer..
Balik sekolah nih kang sure dier carik lagik..hehee

Err..korang sarapan apa pagi nie ehhh??

Sunday, June 28, 2009

Wajik Pulut

Salam di penghujung minggu..
Ini projek malam tadi merangkap breakfast pagi td dan selebihnya ditelan sebelah petang.
Tak susah sebenarnya buat wajik nih..err,kalo M tuh tajuk lain ler yer.hehee
Sebelum nih aku wat cara kukus gak..sukatan pulak main agak2 jer tp x pernah gak menghampakn.
Nih peberet my hb,tp nak yg lembut jerr.huhuu..

Kali nih try sukatan kak as lak..
Alhamdulillah,juga tidak mengecewakan...
Hubby sukaa...isterinya pun gumbira..anak2 pun mkn juga..

c n p dr Myresipi..thanks kak As

Bahan-bahan ( Guna loyang 9" x 9" )

  • 500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
  • *300gm gula melaka @ gula merah
  • *200gm gula pasir
  • bahan * dimasak dengan 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan-nih x letak ler psl xde
  • Daun pisang utk alas talam/loyang- guna plastik jek..hee
  • 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina..-kalo ade duyan nak gak letak,malangnya takde.huhu

Cara-cara

  1. *Kaedah kukus-Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
  2. *Kaedah tanak di rice cooker- 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
  3. *Kaedah masak pulut guna microwave- 3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit
  4. Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis
  5. Panaskan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam (masukkan durian- bagi yg suka perisa durian)
  6. Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil
  7. Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata
  8. Setelah agak kering,keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang..
  9. Sejukkan..dan sedia dipotong..


Meh ler makan.. :)

Saturday, June 27, 2009

Terung Masak Sambal

Sebenarnya sebelum nih daku bukanlah peminat sayur terung nih.
Tapi terung nih kan,kalo dimasak kena gaya boleh menjadi hidangan yg lazat dan amat membuka selera..
Mr Hubby lak sukaa sgt terung nih..so terjangkit laa pulak kat wife beliau nih.ngeee..

Selain dibuat sambal terung bakar,ia juga boleh dimasak cara begini.. selera kite laa kan.
Cuma pastikan terung tu sudah benar2 masak-sampai terpisah sikit dari kulitnya pun takpe.
Lepas tu masa nak makan perahkan dengan limau kasturi...pehhhh!!

Resepi nih dah kongsi kat ..Myresipi
Ayat lagi tersusun kat situ kot,malas nak edit balik nih..ehee

Bahan2:
  • 2-3 Terung Panjang-Kupas belang2 seperti dlm gambar dan potong memanjang...(potong 2 dan belah nipis sket pun ok..)-kali ni sue potong pendek2 sket
  • 1 cili merah
  • 2 bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering
  • 1 sudu belacan
  • Perasa-garam,pak aji dan gula secukup rasa
  • Limau kasturi-untuk diperah ketika hendak makan sebagai pembangkit selera

Cara2:
  1. Cili,bawang merah,bawang putih,udang kering dan belacan ditumbuk(sue kisar guna pengisar bhn kering jer)
  2. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak masak,tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan agak garing
  3. Masukkan terung yg sudah dicuci bersih..kacau goreng hingga sekata dan kecilkan sedikit api. Tunggu sehingga terung layu dan berubah warna..kacau jika perlu.
  4. Apabila terung sudah agak mengecut,masukkan air sehingga melebihi paras terung.
  5. Kemudian masukkan semua bahan perasa..
  6. Pastikan terung benar2 sudah masak sehingga ada isi yg tertanggal dari kulit pun tak mengapa..lg sedap sebab lebih lembut..jika belm lembut,tambahkan lagi sedikit air.
  7. Apabila airnya sudah sama paras dengan terung atau kurang,sebatikan semua rasa dan padamkan api..
Nih keadaan terung yg digaul dengan bahan2 dan dalam keadaan belum masak

Ini pula keadaannya yg sudah masak. Suka nak ingatkan,PASTIKAN terung benar2 lembut yer,barulah sedap..
Perah limau kasturi di saat hendak memakannya,jgn dlm periuk lak..kang x sdp nk panaskan kalo x abis skali mkn..
Kalo xnak letak pun xpe sebab ia juga sedap dimakan dengan nasi begitu sahaja..SELAMAT MENCUBA..

Pandan Slice Cheese Cake

Salam hujung minggu.
Saja nak wat tayangan amal..wat masa father's day tempoh hari..
Selain makyung yg comel tuh,aymy pun dah anta report kat Onigiri(Ros) di myr versi pandan nih.hehe..

Tp susu segar abis stok,aku bantai ngan air biasa pastuh letak creamer coffeemate tuh.huuu..x ubah rasa gak..sedap plak hb kate.hehee


So x terlambat lg nak ucapkan happy father's day untuk suamiku terchenta..memandangkan hari tu isterimu ini x dpt on9 atas masalah komputer. Nih pun masih dlm bulan Jun lagi kan..
Thanks 4 being a super great father to our lovely kids n a super wonderful hubby to me..heee
I love u yanggg..(korang pejam mate jelah ehh..eheee)

Sebenarnya selain perisa pandan dah try perisa coklat..dalam 5x dah buat atas permintaan my sis yg gilakan ceklat n cheese..heheh
Tapi lum pernah masuk n3,sukatan main campak jerk..dah ubahsuai dr resepi asal.huhuh

Resepi Ros(onigiri) . Asalnya kek ciskek plain,dah selalu buat..leh tengok sini> Sila Klik

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar- kali ni guna air biasa+esen pandan+2 sudu besar creamer coffemate
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Sorie ros,sukatan akak ubahsuai ikut loyang..yg coklat ciskek dah buat byk kali n ade kesempatan nanti akak share resepi,boleh yer ros?hehee..thanks atas resepi yg best nih

Friday, June 26, 2009

Al-Fatihah untuk Allahyarham Michael Jackson a.k.a Mikail Abdullah..





Pemergian raja pop ini pastinya menjadi kejutan besar para peminatnya dan seni hiburan tnh air..
Suka juga dengar lagu2 beliau walaupn x mengikuti sangat kisah peribadinya.
Aku baru tau rupanya dia dah convert to muslim pada november tahun lepas..
Mesti ramai peminat terkilan sebab hajat terakhir michael jack son nak buat konsert terakhirnya pada Julai ini x kesampaian..

Untuk berita lanjut,pepandailaa carik kat tenet ekk..
Sama2 kite sedekahkan Al-fatihah untuk allayarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amiinnn

Nugget Sandwich

Alternatif lain menghidangkan nugget..
Kalo makan gitu jer,budak2 nih cepat buhsan..
Mana tak nugget lama dah kebekuan dalam esbox..huhu
Nih nak ngabiskan stok nugget yg mcm x abis2 dr kurun ke berapa ntah..

Bahan2: *boleh ubahsuai ikut selera
  • Nugget-Digoreng seperti biasa tp jangan terlalu garing
  • Roti-potong saiz nugget - sapu dengan marjerin kedua belah jika suka
  • Timun-potong bulat
  • Mayonis
  • Sos cili
  1. Nugget yg sudah digoreng,masih suam(kalo panas2 lg best)dibelah 2,sapukan mayonis..
  2. Susun roti,timun,sos cili dan roti lagi baru ditutup dengan nugget si atasnya..-tp sy buat selapis roti jer.
  3. Sedia untuk dimakan..
  4. SELAMAT MENCUBA

Tag dari Hanim

Rajin pula nak jawab tag hari nie..kalo jadik tempoyak perap lama2 ok gak kan?hihiii..
Dapat homework nih dari Hanim.. harap dier baca laa ekk..
Tapi bulan nih dier laa ngetop skali tukang komen kat n3 aku nih..heee

1) BILA KALI TERAKHIR CUCI TOILET?
>2 Hari lepas...tanye2 nih,nak tulun cuci ke? :P

2) PENCUCI APA YG DIGUNAKAN?
>Kiwi Kleen-'Perisa' lemon..ehehe (siap gi cek lg taw sbb ingatkn harpic.hee)

3) DALAM 1 MINGGU, BERAPA KALI MOP LANTAI?
>Bergantung kepada kotornya lantai..tp selalunya dalam seminggu wajib sekali

4) APA TUGAS TERAKHIR ANDA SEBELUM MENJELANG MALAM?
>Iron baju sekolah anak2

5) APA MENU HIDANGAN MAKAN MALAM PALING SIMPLE?
>Jarang makan malam sebenarnya..tp biasanya bihun goreng jadi pilihan hubby.so i follow jer.ehe

6) MINUMAN SELALU DIBUAT WAKTU PAGI
>Quaker Oat..baik untuk menyerap kolestrol,dan juga mengenyangkan(buleh jadik duta quaker oat nih)hihii

7) SEBELUM TIDO APA YG AKAN DILAKUKAN?
>Berbual2 bersama suami dan menyusukan..hepp!menyusukan eyana laa...korang nehh!!hakhak.. :P

8) HARUS JAWAB TAG....

>Sunkist
>Love2cook
>Ita
>Kak Maria
>14sept@Jiya

*mcam biasa,kalo dah pernah jawab tag nih sila abaikn jer ekk..tq :)

Jom Makan Ketam Bakau..!

Salam semua kawan2...sihat hari ni?hrp2 sihat2 belaka..
Yang sedang berpuasa selamat berpuasa,
Yang sedang berdiet..anda tidak keseorangan..yakinlah diri anda akan berjaya turunkan berat bdn walau 100g seminggu..Tepis jer godaan makanan yg bisa menggugat diet anda..

Udang galah dah,sotong sudah..kali ni cerita pasal ketam pula..
Nih projek 2 hari lepas..x kira nak citer gak!
Ok..ok,aku try x citer pjg2 eh..mesti korg burink bace n3 aku asyik pepanjang jek kan..
Bukan apa,aku nih suka jer nak citer sampai point2 yg x penting bg org len pun nak taip gak..
Tapi ader jugak kengkawan yg rajin bace sampai habis tuh kan...aku suuuuuukaa sgt dpt respon kat petak komen.
Walaupun lambat reply kat situ,tp aku tetap bace n simpan.hee..tq2 ;)

Adehh,melarat lak..ok2,nih nak start citer dah nih...
Tengok,tengok!gamba ketam nih..tengok dengan sepenuh perasaan taww..yg perlu pakai spek atau contact lens tuh sila pakai skrg..hehe

Dah tengok?Besar gedabak kan? Kat sini panggil ketam bakau..mak aiii,tua2 kerepot dah diekor nih..Nih hasil projek hb n kengkawan tempoh hari..dapat dlm 8 ekor=2 kilo lebih woo beratnya..
Masa besday dah hb 'hadiah'kan,sebab sebelum nih x puas2 makan ketam kan..tq yang!
Tp x smpt masak aritu so kurung dlm bilik air dulu ler..

Punya laa ganas ketam jantan tuh..hehee..
Jadi proses menamatkan riwayat diekor aku serahkan bulat2 kat hb..heeee..(dibantu oleh eyana)
Korang pun dah tau camner nak 'urus'kan ketam nih kan...Nih nak bagitau kalo ader yang tak tau..
Ketam nih dah tua,so ia agak nampak 'berkarat' skit..dah lama sgt duk dlm air.hehe

Haa,nampak tak belakang ketam tuh,yg boleh diselak tu ha..cucuk
je benda tajam(seperti pisau)kat situ sedalam2nya.

Ketam akan mati serta merta..mudah jer kan!
Kena tau cara nak tamatkan riwayat diekor dulu sebelum masak..
Ada sesetengah orang yg tak tau diorg rebus jer terus hidup2.huuu...

Cara bersihkan ketam..sori x amik pic,lupe laa..
-Pisahkan cengkerang dari badannya,jgn dibuang..buang insang tepi2 tu..cuci bersih2 semua sekali termasuk cengkerang..
Kalo ketam yg bertelur,telurnya lebih banyak melekat kat cengkerang tu ha..
Kalo membeli ketam,jangan pilih yg dah terkeluar telurnya yer..

Pastu kalo yg 'berkarat' mcm ketam nih,berus skit2 karat tuh gunakan berus bersih.

Dah siap cuci,ia sedia utk dimasak..pelbagai pilihan menu utk anda cuba di Myresipi

Ini Ketam Masak Merah..atau masak sos..apa2 jelah namanya yer.
Resepi cilok dr kakak ipar dolu2..hiii
Hidang ngan nasik tapi ratah jer lebih...memang puas sangat makan sekeluarga..
Tak muat pinggan biasa kat umah tuh..hihii

Tengok sepit ketam nih..besar kan??saiz buah pinang standard tuh haa..
Cam gigi jer rupanya tuh..hehee..mau meraung kalo kena sepit nih..
Nau'zubillah..
Ini rupa sepit tuh bila dah masak..isi padat lagi sebab fresh dan x lama sgt dibiarkan dlm bilik mandi..
Kalo ketam yg dibeli,walaupun masih fresh(hidup)tp isi dah sikit n x padat maknanya dah lama sgt dikurung laa tu sebelum dijual..
Isi sepit ketam ni kurang manis berbanding isi dibadannya..dah tua2 nih lg krg skit manis banding yg lebih muda..tp dah gaul ngan kuah sikit.pehhh..
Isi badannya sedap wo..(tp x hingat amik gamba..paham2 jelah makan ketam nih bukan guna sudu garfu..so x kuasa nak pegang kamera..hihiii)

Tengok ler...x abis nak mkn sekali harung..heheee..
Semalam baru abis..so x yah la mintak ehh..ngeee

P/s:Harap dapat tambah pengetahuan korang yg x tau pasal ketam ni.. :)

Err..masih panjang gak ke n3 nih..huhuu..tq pd korg yg sudi membaca..cayang dier!

Thursday, June 25, 2009

Tempoyak Udang Goreng

Ke panggil udang goreng tempoyak?atau tempoyak goreng udang..ehee..mane2lah eh..janji menyelerakann..

Kalau sebut tempoyak,menu nih terletak paling top carta bayangan aku..
Paling sedap cara nak makan tempoyak..bagi selera aku laa kan.
Buat pulak pedas2 dengan cili api..fuhhh..berpeluh makan nih..
Dulu2 bukan reti sgt nak makan tempoyak...
Sekali dah try resepi nih..hehhh,pantang musim durian..kalau boleh setempayan aku wat tempoyak jekk!heeee....
Resepi mudah jer...aku dah share pun kat MyResipi

Bahan-bahan ( 1 mangkuk besar )-bahan2 nih terpulang byk mana nak ltk yer..
  • 1 mangkuk kecil udang yg dbuang kulitnya
  • 6 sudu mkn tempoyak(leh tmbh ikut citarasa)
  • 1 labu bwg besar - di potong ikut suka
  • 2 ulas bwg merah dan 1 ulas bwg putih - dihiris halus
  • 2 tangkai cili merah,10 tangkai cili padi-hiris kecil
  • Minyak masak utk menumis,garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak..tumis bhn2 yg dihiris dan dipotong sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. Bubuh garam dan perasa secukup rasa.
  2. Masukkan udang dan kacau sebentar sehingga sebati dgn bahan tumis.-janan terlalu lama nanti udang keras lak..
  3. Akhir sekali,masukkan tempoyak dan kacau goreng sehingga sekata serta tempoyak berubah warna.Tutup api dan sedia dihidangkan..
  4. SELAMAT MENCUBA! :)


Nih tempoyak buatan sendiri ok..Tak suka beli,was2 sket..hii
Tengok stok dalam esbox tuh masih berkondisi sempurna dan menggoda jiwa..
Udang pun ader..ape laagii..
Jom makan dengan nasik panas..

P/s:Korang nih reti ke makan tempoyak eh?heeee...

Award dr Syahadah..meh kongsi2..

Baru berkesempatan tepek awards comel nih..dari Syahadah,rakan blogging..ceria orangnya..hehe
Suka jugak melepak umah dier bace2 entry kalo berkesempatan..tengok keletah anak2 daranya yg comel2 tuu..

Thanks a zillion to Syahadah ye..ingat gak kat kiter..terharu nih.huu ;)

Now I have to follow the rules and the rules are : -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
>Aku terima awardnya beserta gamba yg dah dicopy n paste ke blog ini..tunaiiii!!hehe

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

>Nak Share ngan semua viewers kat blog nih..tp kalo suruh amik mesti diorg malu2 kalo x sebut nama kan..huhu..
Jadi yg 15 org nih sudi2 laa amik ehh...
  1. Kak Nor
  2. Kak Mie
  3. Ika
  4. Ctzura
  5. Dayangjack
  6. Sunkist[Ida]
  7. Ita
  8. Hanim
  9. Nadrah
  10. Atiqah
  11. CikFrogy
  12. Ros [Onigiri]
  13. Love2cook
  14. Nana
  15. Linda
Thanks in advance..sebab sudi datang angkut awards nih..
Sila2 tepek kat blog memasing untuk keserian dan kesemakan blog anda..hehe

Wednesday, June 24, 2009

Apam Senyum

Say Ciiiisss...hehee..merahnyaa mak ngahhh!!ahak


Sebelum nih selalu buat apam senyum resepi yg x pakai air soda,so agak berbau telur gak ler..
Yang nih ok jerk..sedap n lembut.yg paling best,bahan2 n cara membuatnya simple ajer.. Tak ada bau hanyir telur pun!besttt

Resepi dari rokayah di Myresipi..thanks!


Bahan-bahan ( 30 biji )

  • 3 biji telur
  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 3 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang/gebu.
  2. Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Dan pukul rata.
  4. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.

Tags - My Baby

Salam..
Thanks sekali lagi pada kawan2.. yang bagi 'hadiah' kat n3 sebelum ini yg cukup bermakna utk aku di hari ulangtahunku thn nie..


Oklah,nih nak langsaikan hutang tag..
Dari Syakiela..dan kemudiannya dari CtZura

Tak suke gak nak tangguh2 kan kalo dapat tag..tapi memang tak nyempat2 nak buat..
Sori yer kalian berdua..ehee

Nih nak jawab nih..harap puas hati...x puas hati kalu,sila berdiam diri..ahak!

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???
> 'Baru' 3 orang.. 1 Ninja Boy 2 Powerpuff girls

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak??
>Tahun 2011! (cam konfiden jer..ahahak.Bila2 dah direzekikan,sukaaaa dpt baby)

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
>Muhd. Amrie Zahrul
>Nur Salha Amylda
>Nur Salha Adryana

-makna nama anak2 nih aku ingat2 lupa..maklum dah tua2 nie kan..huehuee
Kalo tanya masa berpantang tuh laju jer aku jawab...fresh lagi kaekan..ehee..mahap yer,takut silap makna lak kalo main agak2 kang..

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
>Aku cadangkan nama2,pilih sama2 ngan hubby..kakak ipar(ustazah) yg meluluskan. Siap check makna nama dalam islam..kalo kakak tuh x tau gak dier rujuk lak kat pakar bahasa arab kat sekolah dier ngajar tuh..kalo makna x best,kena tuko ler..hehe

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
>Idea tercetus masa pregnant kan diorg ler...tercetus gitu2 jer

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...
>Uish..kena tunggu pregnant laa baru tercetus idea..ekeke

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???

>5 Orang, 2 Girls 3 Boys..InsyaAllah..

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda??
>Anak pertama dan ke 2->5 Tahun

>Anak Kedua dan ke 3-> 4 Tahun

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya??
>Kalau boleh nak boys plak..

>Sebabnya,kan dah bgtahu kat atas tadi.. nak anak 3 boys,nih baru sorg..hahak

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
>Errmm..apa ekk? Mudah menerima sesuatu yg baru kot..

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger...

Eyana(9 months 10 days) yg ngah mgelongsor..mcm laa dah pandai ekk.hehe


Aksi bebas kakak(almost 5 yrs old) n abanglong(Almost 10 yrs old) kat restoran kfc..sebab ms tuh takde org kat tgkat atas.

12. Nak Tag???

>Dayangjack

>CikLinn

>Nana

>Sulela

>Love2cook

>Seri

>Sakura>emi

>Linda

Rasa nak tag sumer jer kgkawan sbb yg nak tau gak psl anak2 diorg..heee

*Bagi yg dah pernah jawab sila abaikan jer yer.. :)

Tuesday, June 23, 2009

On My Birthday..,I wished..

Salam semua...
1stly nak bagitahu,besday aku bukan hari ini,okey..
Tapi pada 22hb Jun yakni semalam..
Melangkah ke nombor terakhir 20-an..amboiii,muda laaagii..hahah..

2ndly,lama korang ngadap sotong masak kunyit ekk..sorie,masalah teknikal ngan komputer..Pada korang yg dah mencuba..tima kasih byk2 eh.semoga kena dengan selera.. :)

OOppp..Jap2,aku nak marah nih..
Gini,semalam kan laptop aku dah ok dari koma selama lebih kurang seminggu.
Pastu aku punyer laa seronott nak on9,tp signal celcom semalam,x kira laa broadband atau phone semua tak ada..ada kejap,pastuh ilang balik..
Sibbaik sempat gak me reply mesej kengkawan n adik beradik yg wish besday semalam tau..
Kecik hati sungguh aku ngan celcom nih..huhuuu..
Hari nih pula dari malam tadi sampai pukul 9.36,5 saat baru signal muncul..
Iskhh2..
Tak bleh gak marah kaw2 sangat ek,kang muncul lak kedut kaw2..muehehee..
Lagipun dapat laa nak call n sms free kat 8pax list seminggu..ok laa tuh..
Sampai hari mendung pun aku kol adik aku,nak bagitau..hahaha

Ok2..semalam kan,kitorg kuar gi bandar(Mukah),Babah bawak jenjalan..dan shopping..(yeyeh)



Sempat laa aku beli apa2 yg patut dan tak berapa patut..(hadiah besday tuh.rasa nak angkut jer sumer brg2 kat kedai..eheee)
Segala acuan2 kuih muih pun aku angkut balik..menambah semak samun dalam kabinet tuh haa..aheh
Yeahh..memang best sangatt2...spending time with my family on my birthday..

Dah balik,dapat plak surprise yg mmg tak kujangka langsung,a besday cake-hubby kirim dr kawan yg pegi Sibu..adehh,camner aku leh x tau eh..ehee..tengkiuu suamiku..best jer dpt surprise gaya berbeza tiap tahun..tp thn nih mmg aku x sangka ader kek sebab kitorg pegi memana pun sesama..so x saspek langsung..huhuu


Dah biasa sangat tengok kek besday kan?Yang Penting kek tuh kaler BIRU ok..i likeeee..! ;P
Tapi aku memang jarang makan kek2 span nie..tp kann..,
kek nih mmg sedap..rosak diett akuuu..uhuuu
tah perisa marmalade ker oren aper ke..sedap sangat perisanya..eheh..
Lagipun besday sendiri,kenala makan gak yer tak(err..bleh guna ke alasan nih)

Banyak gak amik gambar sebenarnya.tp malas laa aku nak upload,

server+komputer nh cam pakat2 jerk xnak aku on9.
Baru klik,laju jer kate PAGE LOAD ERROR..
Later2 laa eh,kalo rajin banyak..huhu
n3 nih pun siaran tertunda tadi..huahuaaa..
pasnih nak gi merayau lak..lama x jenguk umah kengkawan..
Tuh pun kalo bleh nak merayau.pehh..sibbaik takde kedai komputer berdekatan..nyesal jer x beli masa kat miri hari tuu..huwaaaaa...

Kepada korang(Bloggers) yg nak wish..(perasan jer aku nih kn!)..
wish laa kat petak komen n3 ini,ia adalah HADIAH HARIJADI yg aku harapkan dr u allz...(dengan muka tak malunya)..hahaha...
Sebab apa..kat petak n3 nih la kenangan bersama kawan2 bloggerz terpalit sampai bila2.. :)(kecuali dipadamkan,ok)

Terima kasih kat korang yg tak jemu bertandang ke sini..



Edit sikit,dapat e-card nih..

Dari Kak Intan myr..
Dari kak Hunny myr .

Terima kasih ingat my birthday..n bagi kad yg comel2 ini..thanks alot..
Dan thanks juga pada akak2 yg wished my bday kat cbox sebelum n3 nih di post..dan juga kat forum myr.sayang korang sumerr.muahhh!

Monday, June 15, 2009

Sotong Masak Kunyit

Lum habis mengemas umah lagi..sepanjang hari Eyana nak mintak kendongggg ajerr...xleh buat kerja..dia x biasa dah tengok umah nih.adehhh,baru 2 mggu dah x kenal umah sendirik.huhuu..Gitu laa baby ekk...peka pada persekitaran..ehe

Letak kat walker pon mcm kena takut2kan jek!
Kalo tinggalkan atas tilam,nangis mcm sakit sgt..iskhh2..
So rasanya sehari dua nih kena laa tggu eyana biasakan diri balik ngan suasana umah nih baru boleh bebas sikit nak buat kerja2 umah..uhuu

Hari ni masak sotong..cara masakan macam biasa, simple jer..
Resepi yg sama dah share kat myr..


Bahan-bahan ( 2-3 Orang )

* 400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
* 2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
* 2 Ulas Bawang Merah*
* 1-2 Ulas Bawang Putih*
* 1cm Halia*
* 4 cm Kunyit Hidup*
* 1/2 sudu kecil Belacan*
* 1 Batang Serai (dititik)
* 3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
* 1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)

Cara-cara

1. Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
2. Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
3. Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
4. Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa..
5. Selamat Mencuba.. ^_^

Mudah ajer kan?? Enak dimakan dengan segala jenis nasi..heheee