Monday, June 15, 2009

Sotong Masak Kunyit

Lum habis mengemas umah lagi..sepanjang hari Eyana nak mintak kendongggg ajerr...xleh buat kerja..dia x biasa dah tengok umah nih.adehhh,baru 2 mggu dah x kenal umah sendirik.huhuu..Gitu laa baby ekk...peka pada persekitaran..ehe

Letak kat walker pon mcm kena takut2kan jek!
Kalo tinggalkan atas tilam,nangis mcm sakit sgt..iskhh2..
So rasanya sehari dua nih kena laa tggu eyana biasakan diri balik ngan suasana umah nih baru boleh bebas sikit nak buat kerja2 umah..uhuu

Hari ni masak sotong..cara masakan macam biasa, simple jer..
Resepi yg sama dah share kat myr..


Bahan-bahan ( 2-3 Orang )

* 400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
* 2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
* 2 Ulas Bawang Merah*
* 1-2 Ulas Bawang Putih*
* 1cm Halia*
* 4 cm Kunyit Hidup*
* 1/2 sudu kecil Belacan*
* 1 Batang Serai (dititik)
* 3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
* 1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)

Cara-cara

1. Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
2. Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
3. Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
4. Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa..
5. Selamat Mencuba.. ^_^

Mudah ajer kan?? Enak dimakan dengan segala jenis nasi..heheee

7 comments:

  1. huuuu penuh telur sotong tu haa. Sdpnya. Org ni kan blk2 rumah jek trus berdesum die masak. Rajin tul lah. Betuahnya laki die :D

    ReplyDelete
  2. Kembung2 semua sotong tu... banyak betul telurnye...berapa sekilo ni sue? hehe... sedap betulla..

    ReplyDelete
  3. Amy:sotong betelo tuh mmg laris dulu..hehe
    erkk.mane plak rajin amy..nk mkn nasi putih jer kang saper ler yg selera ye x?ekeke

    ReplyDelete
  4. slurrp..sodapnya mata memandang..lama dah tak makan sotong..

    ReplyDelete
  5. sedapnya sue..sihat nmpak sotong tu. Cik abang tak boleh makan lah sy nak masak pun takde mood.. Makan sorang x best...

    ReplyDelete
  6. sedapnyer....nk sikek...hehehe..mmg menyelerakan...

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^