Assalamualaikum.. ^_^
Jadi beberapa bulan sebelum raya ni amat sesuai nak mencuba kek2 lapis yang tak pernah dibuat lagi..
Kali ni nak buat tayangan amal satu lagi kek lapis sarawak kukus..
Penggemar kek lapis sarawak boleh laa cuba buat sendiri dan merasai keenakannya yer..kalau berkenan dan kena dengan selera,boleh buat pula satu adunan untuk raya nanti.. ^_^
Kalau yang sebelum ni asyik buat kek lapis bakar jer,cuba la pulak kek lapis kukus..ada bran? :D
Kepada mereka yang belum pernah merasai kek kukus sarawak.. mungkin inilah masanya anda mencuba sendiri. Tekstur kek sarawak ni lembut ye,dier bukan bantat..ala2 bingka tapi rasa kek...emm..emm..yeke.. ah lebih kurang la. Tapi sedappp.. kesedapan kek kukus ni berbeza dari kek yang guna baking powder seperti kek coklat kukus tau.. senang cerita,nak merasa kena laa buat sendiri..resepi dah ada..ai,tak reti2?ahak..
Buat yang bertanya bagaimana ia dilapis sama sekata tu,kena guna sukatan yang sama..kalau guna senduk memang susah sikit nak sama rata sebab masa cedok tu kadang2 kita terlebih atau terkurang susah nak tengok kan. Guna la cawan ke,gelas yang sesuai untuk sukatan yang sama..tak perlu nak timbang2.. :)
Tapi aku buat nih tak santek cam DJ buat tuh..boleh laa wat minum2 petang kan..heh.. :D
Perlu diingatkan, untuk menghasilkan kek lapis atau kek sarawak yang benar2 lembut dan menepati piawaian(perghh ayat..) yang sebenar,sila guna mentega tulen atau mentega berkualiti ye...buttercup lepa susu tu bukan butter tulen,jangan keliru ye..kalo brand buttercup,guna yang buttercup-pure butter tulisnya. Aku pernah jumpa sekali je,lepas tu tak jumpa2 dah.. butter yang lain boleh laa guna jenama scs,anchor,westgold atau mana2 jenama halal.. sekarang golden churn pun dah disahkan halal kan..
Terima kasih untuk DayangJack yang jelita tu,rakan senegeri merangkap rakan blogging dan rakan FB yang telah kongsikan resepi ni kat blog beliau...bila laa nak bertentang mata kan..hihi..
Memang sedappp kek lapis nih,perisa pandan horlicks..owh,boleh rujuk pada link di bawah atau klik SINI untuk resepi asal beserta tips mengukus kek lapis dari DJ yer..selamat mencuba...!
Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)
Lapisan Hijau
10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)
Lapisan Putih :
1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah
Cara-cara:
Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.
Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.
***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama
Jari berlesung pipit nih memang tak makan saman...time orang snap pic,time tu jugak nak nyibuk..huhuu.. ;P
Eh lupa nak bagitau,aku pun buat separuh adunan..memang sedap..InsyaAllah ada masa nak buat lagi sebab mudah je didapati bahannya dan sentiasa ada stok di dapur.hehe..kerajinan je kadang2 yang abis stok.. ;P
Eh lupa nak bagitau,aku pun buat separuh adunan..memang sedap..InsyaAllah ada masa nak buat lagi sebab mudah je didapati bahannya dan sentiasa ada stok di dapur.hehe..kerajinan je kadang2 yang abis stok.. ;P
rajinnyer hasue melapis.... entah bila le nak wt kek lapis2 camgini... masa begitu cemburu.... hahahah kuar dah ayat karangan gitu ..
ReplyDelete@mayangsayang
ReplyDeletemacam musim buah gak,ada musim rajin..dier jadi rajin ler..hihi.. yg peliknya,nak makan tu x bermusim pulak..haih
sedpnye..
ReplyDeleterajin lah pulak melapis... cantik, kuning hijau tu... ada tangan comel nak amik kek tu...
ReplyDeletekak sue.. ni awat rajin menambah lemak nii??? hahahhaha... komen org dengki ;p
ReplyDeletetun mmg berani wat kek lapis kukus.. sbb nk bakar mmg x konpiden lah. takut hangus satu layer, rosak sebijik kek.. hihi.. haish.. arini masuk rejab, dh prepare utk raya ye. xpe2, blh makan kek byk2, nnti puasa hopefully turun berat ;p
ooo.. baru tahu cemana nak dapat lapisan yang sama, lepas ni akan dipraktikkan.. (Ceh! Mcm selalu buat kek lapis... ekekeke)
ReplyDeleteSalam Hasue cayanggGGgggg.. wah!! suka! suka! akak nak cuba ni nanti sebab beskot marie ada seten penuh lagi tu... wahhhhhh... nak kena kumpul dulu bahan2 yang tak ada... akak nak cuba.. guna resipi Hsue.. suka benor ni heheheh.. macehhh yaa.. Insyallah soonNNnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn muahzzz muahzzz
ReplyDeleteaduhhh suka sgt...teringin juga nk buat tpi takut xmjadi la pulak...hihi...bestkan kalau dpt rasa sepotong tu...hehe
ReplyDeleteJelesnya tgk kek lapis yg cantik jelita lg haa..klu kita bt cnfem xjd cani..lapisan sama jee ^_^
ReplyDeleteMenarik...tp kalo tak taruk biskut meri tu takleh ke?? Tak suka sgt laa biskut meri tu, hehe..
ReplyDeleteWaaaaaaa..lajunya update Sue..yg ni mesti ada lg kan..boleh la hantar kat akak 1/2 loyang... ^__^ Org Sarawak kalau buat kek2 lapis ni mmg senang je kat diaorg eh....pastu menggoda jek tengok..
ReplyDeleteSalam Hasue cayang!!!!
ReplyDeletehehehe dh tak majok lagi nie mama dtg lagi :)
gunakan horlick or nestum...hmnnn lain dari yg lain mama salin resipi dulu k :)
Assalam sue, sedapnya kek lapis evergreen, makin terasa2 nak raya heheh, cantik sungguh lapisan kek tu sue, rajin n teliti betul sue buat kerja
ReplyDeletewahhh...tayang kek lgik nya..beshh ooo kek kukus..lmk x kukus..raya kelak blh mlh kek kukus..selalu tunuk jak..tpi byk permintaan kek bako..posa tok stat bz mlapis.kelak rajin i mlh kek tok.heee..mun "bj kalas" klk nyuruh ktk jak mlpis..blh ooo...heee..:P
ReplyDeleteerrr...tk reti baser..xmo buat sndiri, nk yg ni jugak! snap la gmbor tangan kedut ai ni lak tengah cekau itew kek doblas ketul eh? heeee...
ReplyDeleteala kek lapis mesti sedap nie...hehe comelnya tgn pun ade lesung pipit..tak cukup yg kat pipi tgn pun nak jg..hehehe
ReplyDeleteala kek lapis mesti sedap nie...hehe comelnya tgn pun ade lesung pipit..tak cukup yg kat pipi tgn pun nak jg..hehehe
ReplyDeleteramai sudah yang dah buat kek ni, entahkan bila nk ada kat dapur saya..
ReplyDeletesedapnya tgk kek lapis ni sue...teringin lak nak merasa..kena terai la nanti..:)
ReplyDeleteaskm Hasue kak nak buat kek ini npk sedap izinkn ya.tq 4 ur kind sharing ok..tak lokek ilmu may god bless u and famili
ReplyDelete