Dah lama gak gambar nih terperap dalam folder..nih antara kek wat open house ujung syawal lepas..
Sebenarnya oven aku ada masalah semenjak lama x membaking masa morning sickness aritu..timer oven tu tak reti nak patah balik..huhu..so kena alert secara manual laa masa nak bakar kek nih..ada satu kek bakar yg aku buat utk raya..sampai hangit kat lapisan atas sekali gara2 lupa nak tutup..hahaha..
Buat korang yang baru nak mencuba2 buat kek lapis ni,jangan laa ingat kek lapis hanya boleh dibuat guna oven khas ajer yer..oven korang yg comel tuh pun leh guna gak..asalkan ada optional api atas n atas bawah jer..coz lapisan pertama tu yg kena bkr api atas bawah..lepas tu lapisan demi lapisan tu guna api atas sahaja yer..dah lapisan terakhir baru guna kedua2 api utk suhu yg minima agar kek masak sekata..
Untuk kek ni,terpulang pada kita jer nak letak oreo penuh satu loyang utk satu lapisan tu atau nak letak secara rawak.. cam kitorang ada yg suka part ada oreo(budak2) tp aku ngan cik abang lebih suka area yg plain atau ada terpotong oreo skit2 jer tu.. :)
Sedap n tetap lembut kek nih walaupun dibakar...
UPDATED:
Buat kawan2 yg ingin mencuba,di sini disertakan resepi dan cara membuatnya sekali yer..semoga mudah difahami agar senang dicuba sendiri nanti..
Kek Lapis Oreo Cheese
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:
450g Mentega
180g gula halus
10 biji telur
1 tin kecil susu manis
100g horlicks(diayak)
180g tepung hongkong(diayak)
1 penutup botol esen vanilla
250g cream cheese
1 sudu makan ovelette
2 sudu besar nestle cream(optional)-hasue ltk nk bagi moist
Biskut oreo original-2 bungkus/atau secukupnya
Pewarna biru dan oren /atau warna pilihan
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170c api atas bawah. Loyang dioleskan dengan mentega dan ditabur tepung.
2. Pukul mentega bersama cream cheese sehingga putih berkrim dan sekata.
3. Masukkan gula halus (sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan),masukkan pula telur satu persatu sehingga habis.
4. Kemudian masukkan esen vanilla, susu manis,horlicks,tepung hongkong,ovellette dan nestle cream (masih dpukul dengan kelajuan perlahan sambil memasukkan satu persatu bahan2 ini)
5. Padamkan mesin,dan dengan menggunakan senduk gaul adunan sehingga benar2 sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian: 1 warnakan biru dan 1 lagi warnakan oren
7. Tuangkan satu cawan adunan berwarna oren dan bakar menggunakan api atas bawah lebih kurang 7 minit atau sehingga permukaan keperangan(bergantung jenis oven)
8. Setelah itu keluarkan Loyang dr oven dan tekan menggunakan penekan kek (jika ada) barulah lapiskan dengan warna biru.
9. Setelah masak,barulah susunkan biskut oreo di atasnya,terpulang hendak susun penuh permukaan kek atau secara rawak sahaja.
10. Selepas habis menyusun biskut oreo,tuangkan lagi secawan adunan oren dan ratakan dengan menyenget2kan Loyang jika perlu.(isi ruang yg tidak terisi biskut)
11. Setelah itu,tekan lagi menggunakan penekan kek,utk lapisan yg kemas barulah lapiskan dgn lapisan seterusnya spt warna biru,oren,biru,biskut oreo dan warna oren(boleh perhatikan gambar) atau ikut cara sendiri ye...
12. Apabila sudah habis melapis,dan setelah lapisan terakhir sudah keperangan dipermukaannya,tutup permukaan loyang kek dengan aluminium foil(untuk mengelakkan terlebih hangus),dan tukar semula kepada api atas bawah pada suhu 120c selama 15 minit.
13. Selamat mencuba.. :)

salam sue...tu dia hasue dah menganazzzz hehehe....best je bila tenet sue laju n3 sentiasa berganti je,,ape2 pun kek lapis tu mmg cantik n nampak sedap sangat
ReplyDeleteHrmmm Sue..Akak masih dok teringin nak melapis..tapi mampukah!
ReplyDeletekak rosaliza:wkumsalam kak..hahaha..baru keluar n3 tertunggak kak..ada yg dah x ingat kat folder mana satu.hehee..cantik ye?mekasih..tp mmg sedap la kak ke tekak kitorg.hikhik..kalo akak dkt leh hulur stgh loyang
ReplyDeletekak watie:lahai kak..apa plak x mampunya..sue yakin sgt akak mampu.lagipun dgn kemahiran akak dah sedia ada tu mesti xde masalah..lagipun kalo x pecahkan ruyung manakan dapat sagunya kak.. :)
ReplyDeleteAla..sedapnya,nak try buat la
ReplyDeletesalam... ish2.. sedap nye tgk.. mesti rasa pon sedap kan... nanti sharekan resepi ye..teruja nak mencuba..uhuuhuhu
ReplyDeletewow!! cantik :)
ReplyDeletesedapnye kak sue kek lapis oreo tu. kalau mie mst mkn yg lapis ada oreo dulu,hikhikhik...
ReplyDeleteJieda: alhmdulillah,mmg sedap n rasa x laa jauh2 gak dr kek srwk yg lain..hehe
ReplyDeleteare_u : wkumsalam..insyaallah akan dikongsikan resepinya kemudian yer..tq
ReplyDeleteK Nor:thanks kak.. ;)
ReplyDeleteMimiey:cam budak2 kat umah ni mmg suka yg ada oreo tu..hehe..err,ke mie nih masih budak2?ekeke
ReplyDeletetgk pun dh tgoda... tggu tuan rumah update resepi... then blh la mcuba sendiri....^_^
ReplyDeletesalam sue..rajin nye ..dah nak dekat bersalin pun masih rajin melapis..klau mokwo siap dah bungkus oven...hihihi..nak resepi ekk! jgn lupa tau!..
ReplyDeletesalam sue...inilah yang ditunggu2.. kek lapis sarawak...memang nampak cantik je dipandangan mata dan tentulah sedap rasanya...nak tunggu resepilah...hihi
ReplyDeleteSalam sue..terpikat nengok kek ni..kite minat sgt kek- kek lapes ni tp blum penah melapis..hehe takot x jd je;)..
ReplyDeletemoklong:dah update resepi..nanti ada masa leh laa cuba yer..hehe
ReplyDeletemokwonik:wkumsalam..nak wat camne mokwo,kalo ada org nk pass suh melapis sure nk gak goyang kaki..hihi..oleh krn ramai yg semangat nak resepi,sue pun semangat nak taip..dah updated resepinya tu..check it out ya..
ReplyDeletekak ima:wkumsalam kak..alhmdulillah,rasa oreo mmg terasa laa..kek nih pun lembut jer n moist kak..boleh laa cuba nanti yer..resepi dah update tu.hehe
ReplyDeletemummyseri:wkumsalam..takut x jadi part mana tuh seri..yg resepi nih sue dah buh resepi agak detail cara membakar kek lapis tu..boleh laa cuba tanpa rasa was2 nanti eh..
ReplyDeletesalam sue..wowwww..cntik dan kemas je sue melapis..klu kmaz buat xthu ler jdi kek lapis apa ye..hehe..kmaz xprnah buat lgi kek lapis srwak ni..sbbnya xde org mkn...kmaz sdri pun xgemor..prnah la mkn yg bli..tpi xthu la klu yg buat sdri mcm rspi sue ni sdp dri yg bli kan...nti kmaz nk cba jgk lah..mceh ye sue kngsi rspi yg hebat ni...
ReplyDeletekak Maz: wkumsalam kak..tq2..tapi tak kemas mana pun tuh..hehe
ReplyDeletekak maz try laa buat..yg beli tuh lom tentu sedap kak..kalo akak jenis suka kek basah2 akak try laa wat kek lapis kukus..mdh2an kena dgn selera..biasanya yg dbeli tuh diorg guna bhn2 minima bergantung dgn harga juga laa..kecuali peniaga2 yg benar2 mementingkn kualiti mmg guna bhn2 asli kek lapis swk.. kalo cuba sendiri puas hati jek.hehe
Sue, warna kek ni menariklah..satu hari yg rajin mesti akak akan cuba.
ReplyDeletecantik sangat warna kek tu sue. sy rasa teruja utk mencubanya
ReplyDeletesalam, nestle cream tu blh x kita gantikan dgn whipping cream...tq
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteBoleh,tapi kn whipping cream ada manis gak..kalau takut terlebih manis boleh juga gantikan dgn yogurt plain..kek pun lembut je
salam kak sue....sy da berjaye wat....yey..hehe..tq la ats resepi yg kak sue wat ni...mmg best..trcapai hajat sy nk ase kek lapis ni kt perantauan ni....leh jugak wat sndri...yakin2..hehe ^^
ReplyDeleteassalam... nk tnya.. tepung hongkong tu tpung apa? hehe... ~~zetty~~
ReplyDeletesaya baru cuba resipi ni. rupa mmg menyelerakan. rasa mmg sedap. bila post gambar kat fb, ramai plak mber minta resepi. so sya bg link blok hasue ek
ReplyDeletenak tanya cream cheese tu...yg botol ke yg buku....
ReplyDelete