Thursday, February 4, 2010

Kuih Abok-abok

Kalau kat sarawak ni,'abok' atau 'babok' adalah panggilan hormat untuk makcik2 atau wanita yang lebih tua dari kita..
Tak tahulah kuih ni ada kena mengena ke tidak..hehehe
Kuih ni pun aku 'kenal' dari seorang abok yg aku respeklah...banyak jenis kuih beliau tahu buat..cuma aku jek tak rajin bertanya agaknya..huhu...

Kuih ni paling simple nak buat,kalo nak letak dalam daun pisang pun boleh...tapi yg ni kukus dalam acuan lompang ajer..
Tapi kuih ni sedap tau..lagi2 guna kelapa parut fresh...rasa lemak2 gitu.. sebab tu laa tinggal seketui baru ingat nak amik gambo...blur plak tuh.hahah..

Bahan2:
  • 1 cawan gula > kalau nak campur gula melaka pun boleh juga
  • 2 cawan biji sagu hijau / pink
  • 3 cawan kelapa parut (putih sahaja)
  • sedikit garam
Cara2:
  1. Panaskan air kukusan.Rendam biji sagu lebih kurang 20min atau sehingga kembang,toskan.
  2. Dalam bekas,gaulkan biji sagu tadi bersama kelapa parut dan gula serta garam
  3. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan letakkan adunan biji sagu tadi sehingga penuh.
  4. Kukus selama 10 minit atau sehingga biji sagu jernih sepenuhnya.
  5. Selamat mencuba!
Kuih ni jugak sedap dimakan sejuk2 tau...tapi kali ni memang tak sempat nak simpan sejuk pun..ahaks

Note: Perasan tak sukatan bahan2 kat resepi tu guna 1,2,3...senang nak ingat..hehee...

5 comments:

  1. sedap kan kak..walaupun simple jek nak membuatnya..hehe

    ReplyDelete
  2. salam sue...akk pernah buat kuih ni...sedap sangat..tapi anak2 tak suka dia kata kristal heheheh

    ReplyDelete
  3. Kak Rosaliza > wkumsalam..hahaha.lawak laa anak2 akak tu..hehe..

    ReplyDelete
  4. ooo ni panggil abok2 yer..kalau kat semenanjung ada gak yg panggil Kuih mata ikan atau kuih sagu jer!

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^