Selamat pagi Jumaat semuaa...dah sarapan ke?kitorang dah kenyang pepagi lagik dengan hidangan simple tapi menyelerakan nih...layan lak dengan teh 'O' panas di awal pagi memang beshhh...
Bukan apa keletung keletang awal pagi,my hero nak gi ke luar daerah ler sebab ada meeting lagi.huhu...
Tapi kan,bahan2 letak mana yg sempat ajer...kangkung bukan tak ader...tumbuh subur kat kebun tuh tapi tak sanggup lak nak turun pepagi buta gi amik..ehee..
Takpelah kan..janji guna bahan basic tu haa...yg tuh kunci penyedap mee goreng mamak nih..ops,bru perasan lupa boh tomato.ahak...
Selongkar dari dapo Kak Nor Ganu..thanks kak...sedappp!!
Mee goreng mamak Simple
1 bungkus mee kuning
daging (k.nor guna daging batang pinang) ~ dihiris nipis
fishball/sotong ball ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ diketuk
2 sudu besar cili mesin
5bj bawang merah ~ diblend
2 ulas bawang putih ~ diblend
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj tomato ~ dihiris nipis
sedikit garam dan gula
2 bj telur
kangkung
sedikit air
minyak
timun batang
limau nipis
Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih yg diketuk. Goreng hingga wangi/perang.
Masukkan cili mesin dan kacau hingga garing.
Masukkan bahan yg diblend dan kacau goreng hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan sedikit air utk mengempukkan daging.
Masukkan fishball/sotong ball dan tomato buah serta kicap pekat, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gula perlu dimasukkan utk bg balance rasa masin dr kicap2 dan sos tiram. (Hati2 bila masukkan garam, sbb dah banyak rasa masin dr kicap2 dan sos tiram td)
Goreng hingga pecah minyak pastu masukkan telur.
Kacau hingga telur masak dan masukkan kangkung yg dah dipotong.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan mee.
Kacau mee hingga sebati dgn rempah2. Biarkan masak seketika baru la dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan bersama hirisan timun dan jangan lupa perahkan limau nipis bg menambahkan lagi keenakkan mee goreng ni.
Slmt mencuba..
* daging boleh digantikan dgn udang atau ayam tp K.Nor prefer letak daging.
** boleh letak ubi kentang dan tauhu yg dipotong dan digoreng hingga garing.
salam kak sue....simple2 pun leh tahan sedapnya nampak...
ReplyDeleteSalam Sue...nak bekfas kat sini boleh tak?
ReplyDeleteAlamak Sue, I'm hungry! Want some mee plsssss! ;)
ReplyDeleteWhere's Eyana, pls put her latest pic!
salam sue...mee goreng mamak ke..ini akk tak tahan mai umah sue ni...sue msk apo pon sodap heheh bak sepinggan lapo pulok ni
ReplyDeleteaaaa..ainnur da terasa lapar...=(
ReplyDeleteSalam Sue,
ReplyDeleteBest nya mee goreng, nampak lembap² jeeee....ni bari first time tahu ada resipi mee buh kangkung..Tapi kalau sedap apa salahnya kan...yang nak makan tekak sendiri..Betul tak..
ni fav akak seisi keluarga!!!yummy!!
ReplyDeleteAlimaz > wkumsalam..simple pun boleh jd sedap kan :)
ReplyDeleteKak watie > wkumsalm...boleh jer kak..hehe
ReplyDeleteLOVE2COOK > amik ler love..tinggal gamba jer..hehe..eyana latest pic blur manjang sebab gerak jek..hehe..
ReplyDelete