Last stok,tulang segar dari dalam esbok..heheee...Ika x kasi dier punya tulang..kekeke :P
Memang best makan isi kat tulang2 nih...hirup supnya tuh x hengat..
Ingat nak gak buat sambal kicap tapi lupa..dah hidang baru ingat tapi tak sempat dah nak buat..huhh...so makan ngan lada sulah dan segala2 yg sarat kat atas tu jerlah..hee
Resepi semua pun dah pandai ekk..kali nih sue masak cara tumis..
kemudian ikut cara kak nor sebelum nih..buang yg lemak2 tuh...hehe
Pada yang nak mencuba resepi kak nor sue c n p lagi sekali resepinya di sini ya..
Thanks kak nor-sue edit sket yer kak.heee...
Bahan2:
- 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
- 3 biji bawang merah - dimayang halus (ditumbuk)
- 1 ulas bawang putih - dimayang halus(ditumbuk)
- 2 in halia diketuk(ditumbuk)
- 1 sup bunjut
- 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
- bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji ubi kentang-kali nih x letak sebab lupa..heee
- garam dan gula secukup rasa
- 1 btg celery jika suka-x letak juga
- 1 kiub pati ayam
- air
- bawang goreng dan daun sup-tambah cili merah dan lada sulah
Cara-cara
- Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air./sue tumis dulu bahan2 penumis dan bahan yang ditumbuk,bila sudah wangi baru masukan daging..kacau sebati dan bila air daging keluar dan hampir kering,baru tambah air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
- Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
- Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
- Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
- Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan..)
eheem.. eheemmmmm... nak sup.. nak sup..
ReplyDeletealamakkkkkkkk sedapnyaaaaaaaaa ... huhuhu x pernah buat layie bulan poser nieh ..
ReplyDeletekena buat nieh
salam sue.. nampak sdp sop nih, tp mak akak wat tak rupa itu ler
ReplyDeleteK.Nor > eheemmm...batuk ada makna tuh...sup tak baik utk org batuk kak..gi minum air suam sana..hihi :P
ReplyDeleteK ieda > kena buat tuh kak...anto sini semangkuk pun xpe :D
K maiyah > wkumsalam...uish..cam tau2 jer akak nih sup nih sedap..hihi