Semalam ikut hati nak masak ayam lagi..tapi asyik2 menu ayam boring juga kang..
Walaupun dimasak cara berbeza,tapi kari juga yg akan meruntun jiwa..hehe
First time laa buat ikan bawal golek nih..resepi dah lama dalam simpanan... Cuma aku tambah bahan2 tertentu jer..ikut selera kita yang nak makan nih ye tak...
Yang penting bahan sedia ada tak dikurangkan...ehe..
Ikan bawal golek nih,rasanya ala2 rendang gitu..
Cili aku kurangkan sedikit khuatir juga anak2 tak nak makan kalau terlalu pedas..
Tapi bila dah cedok pinggan kami suami isteri lenyek laa cili api kat pinggan..
Cik abang makan bertambah2..banglong pun 3,4 kali tambah..(tambah sikit2 laa..hee)
Memang berselera betul walaupun menu nih agak simple juga dibuat..
Ikan bawal tu memandangkan saiz tak besar aku masak sampai 3 ekor.hikhik..anak2 memang suka bawal nih..
Lagi satu, resepi asal patutnya ikan nih dipanggang,tapi oleh sebab aku rajiinnn(pinjam ayat che'iza)..aku goreng jer laa ikan bawal tuh..heeeee
Bahan2:
- 1 ekor ikan bawal
- 4 tangkai cili merah*
- 6 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 inci kunyit*
- 1/2 biji kelapa- sy guna santan kotak jer.. :P
- 1 keping asam gelugur
- Garam serta serbuk perasa secukupnya
- Cili padi -diketuk >yang nih ikut selera
- serai-diketuk
- Ikan bawal dibersihkan tapi jangan dipotong dan lumurkan dengan sedikit garam kemudian panggang sehingga masak.
- Bahan bertanda * digiling/dikisar halus.
- Kelapa diambil santannya. Setelah itu masukkan ke dalam periuk semua bahan giling/kisar tadi bersama santan,jerangkan ke atas api sederhana.
- Sambil dikacau perlahan-lahan tambahkan asam gelugur,garam serta serbuk perasa secukupnya.
- Biarkan ia mendidih seketika,tuangkan sedikit kuah semasa ia sedang cair ke atas ikan tadi.
- Bakinya masaklah sehingga pekat, bila sudah pekat tuangkan ke atas ikan semasa hendak menghidangkannya.
peh.. sedapnya!!!!!!!!!
ReplyDeleteYumY2 DiLecEs. . . ikAn inEh pAsti tergulek2 d kerjA An uLeH k.suE. .HuE~
ReplyDeleteresepi nih bleh buat untuk ayam golek tak hehehe
ReplyDeleteJard The Great > aik?mana tahu nih?hehe
ReplyDeleteminTanG_teLip2 > sian bawal tuh kan..he
Alimaz > rasanya memang boleh laa zila..try la k..wat pedas sket..sedap tau...cam rendang gitu.hehe