Sarapan apa pagi ni atau nak masak menu apa untuk minum petang nanti? Jika masih tercari2..apa kata anda cuba menu yang simple tapi sangat enak ini... apam mentega ni sudah ramai rakan blogger masak2 yang mencubanya sendiri.. nak sebut satu persatu pun tak larat ni..kang ada pulak nama yang tertinggal..hehe. Jadi jangan ragu2 untuk mencuba sendiri yer puan2. Memang ternyata mudah dan sedapp!
Terima kasih untuk kak Fiza yang kongsikan resepi nih kat myresipi.com.. kak fiza juga dikenali sebagai kak So fea dalam arena blogging ni..boleh la berkunjung ke blog beliau di SINI..
Terima kasih juga ye buat semua rakan2 blogger yang promote resepi ni kat blog masing2..
Untuk resepi apam mentega,disertakan di sini resepinya untuk memudahkan rujukan di masa akan datang.. untuk warna apam yang lebih gelap, disyorkan tambah sedikit browning sugar.. :)
APAM MENTEGA
Resepi n Sumber: Kak Fiza@myresipi.com
By: HaSue @ sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( +-50 biji )
- (A) Bahan2 utk gula hangus:-
- 11/2 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 250 gm mentega
- (B)
- 1 cawan gula pasir
- 4 biji telur
- 3 cawan tepung gandum ayak besama
- 2 sudu teh soda bikarbonate
- 1 tin susu cair
- 1 sudu teh esen vanila
- Sedikit browning sugar- hasue tambah
Cara-cara
- cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
- padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
- Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
- kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
- perap selama 1/2 jam.
- panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
- Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
- selamat mencuba.......
Teksturnya seakan kek mentega..lembut dan gebu..dan sedap! Rugi jika tak cuba sendiri...nyummm2
salam kenalan kak sue...geramnyer tgk apam kak sue..zila pun dah mik resepi ni kt kak sofea tp lum try..xpyh mkn dengan kelapa ke kak...
ReplyDeleteAsslmkum HaSue.
ReplyDeleteApam mu itu betul2 mengguda. Buat bfast pun ok nih. Huhuhuhu..Lapooo
As'salam Hasue,
ReplyDeletelama dah termengidam nak buat, tapi tak buat2 hehehe. Insya'Allah nanti nak cuba gak :D
Assalam sue, laju mai nak bf ngan apam mentega ni, sedap nampak lembut n gebu, sekali tgk mcm kek gula hangus yg tak berlubang je heheh, tentu sedap aroma gula hangus yg wangi tu
ReplyDeletenak try..nak try..mcm sedap je nie.:)
ReplyDelete@norzila
ReplyDeleteSalam kenal juga zila.. :-)
Boleh je kalau suka mkn apam ni dgn kelapa..akak suka makan gitu jer..punnn dah sodap! Hehee..slmt mencuba lah yer..jgn lupa anta sini brg seketul 2. ^_^
Wow! mengancamnyaaaa....
ReplyDeletesedpnye..nnti bolh buat la
ReplyDeletesalam Sue..
ReplyDeleteakak pun nak cuba jugak nnt sbb nampak gebus sngt apam tu tau geram akak tengok
hehe...seronoknyer akak mai rumah kita....bawa apam... dapat pegang je la apam tu...resipi baru ni...tak tau plak ada apam pakai mentega...hehe..apapun tq akak...
ReplyDeletemiss u sue :(
ReplyDeletesalam sue, apam ni sama dgn apam gula hangus kan...akk selalu confius...hihihi
ReplyDeletebaru ja buat apam gula hangus last week. nmpk bahan mcm sama. sama tak?
ReplyDeletemeh 10 biji sue....
ReplyDeleteaku dah lama tak makan apam...
cian aku....:)
ok last komen kat blog ko mlm ni..
ReplyDeleteaku suka rsp ni sue.. suma aku suka espeseli yg ada kat dlm pinggan tuh..sila bg aku sikit