Wednesday, July 4, 2012

Kek Lapis .. lagi!

Assalamualaikum.. :)

Orang kata, adakalanya mimpi boleh jadi kenyataan jugak dalam hidup nih kan.. Macam aku ni la,malam tadi aku mimpi mengupdate blog,jadi aku pun mengupdate la blog nih ha..hee.. dengan menu ulangan lak tuh..takpe la kan,janji blog berupdate. Macam dah lama jer tak bertukar entri sebelum nih..nak updatekan kad2 besday pun terpaksa tangguh..kesibukan terlampau.huhu.. terima kasih sekali lagi buat kawan2 yang wish my besday last month..paling suka,part kawan2 bagi bunga,kad warna biru belaka..sangat2 sporting!hehe.. eh,yang bukan kad atau bunga pun ada.. :P

Oklah,kek ni buat sempena tekak teringin nak makan kek lapis..baki stok tepung biskut marie belen buat aritu pun cukup2 buat separuh adunan kek nih masa itu.. maksudnya dah beberapa minggu dah aku buat kek ni..baru publish kat sini. :D
Jadi kalau korang nak merasa,kena laa buat sendiri kek yang sedap n moist ni ya.. ke'moist'annya tu versi kek sarawak la.. ;)

Buat yang dah mencuba mesti dah dapat bayangkan rasanya kan.. yang belum cuba tu pun sila la bayangkan rasanya dengan melihat bahan2 yang digunakan..

Sebab aku rajin alang2 nih,aku kopipes kan lagi skali resepi dari entri sebelum nih ke sini untuk memudahkan kerja yang nak meninjau resepi eh..terima kasih lagi sekali buat penyumbang resepi nih Puan DayangJack..amboi,berbudi bahasa sungguh ayat aku arini..hihi..

Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau

10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :

1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah


Cara-cara:

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

Lembap dan sedap..selamat mencuba!! ^_^

15 comments:

  1. terernya la buat kek lapis ye...sy nak melapis kuih biasa tun pun cam malas jek....hehe...

    ReplyDelete
  2. semput kejar2 curi masa utk BW..huhu... uwaa... penatnyer kerja!! aritu sibuk bosan duk dumah, skrg dh kerja, baru menghargai betapa bahagia duk umah sepanjang hari. huhu..
    baru tau blh ganti ngan serbuk santan horlicks tu rupa2nya.. bagus2.. jarang beli horlicks, sbb manis sgt kalau guna buat air.

    ReplyDelete
  3. Cantik dan nampak sedap jek...dh lama x melapiskan kek..muehehehe

    ReplyDelete
  4. sueee...lambat kmk smpei eh..ada lg kah..blh tukar ngn kek lapis sabok tun razak tok..hehhehe...tukar seloyang blh..kmk merik ktk suku loyang...hahahha...aci sik..:-)
    lama na juak betapa..rupa2 nya mimpi mlh kek lapis nya tek..hehhehe

    ReplyDelete
  5. salam..

    mmg mnyelerakan.. trm ksh kongsi resepi

    ReplyDelete
  6. Assalam sue, mmg rajin sue buat kek lapis, akk suka makan tapi la ni makin malas pulak, semua nak buat tapi satu pun tak siap huhu. Mmg nampak sedap kek lapis tu, mula tadi ingatkan kek lapis bumi hehe

    ReplyDelete
  7. stres seyh tengok kek lapis ni...ntah berapa banyak resepi nani salin dari blog kak hasue tapi sampai skrg tak terbuat satu pon lagi kek lapis s'wak ni.

    ReplyDelete
  8. Sukanya tengok banyak kek lapis di sini, jadi dapur Hasue ni jadi rujukan kami yang nak cari resepi kek ye...

    ReplyDelete
  9. hmmm sedapnye...tapi kita takde horlicks

    ReplyDelete
  10. sue...
    cantikknya kek lapis ko...
    nampak sangat perfet...
    lembut lembab jerk kek tu..
    aku gak tak menerai lagi..
    tunggu sampai seru dulu..kikkiki

    ReplyDelete
  11. salam Sue, nmpak sungguh sedap & moist kek lapis tu, tentu licin je masuk tekak. akk suka kek2 yg lembut2 bsah2 canni, memang kalo mkn x bleh brenti, prnah rasa kek ni, niece bli di Sarawak. buat sndri blom lg..huhu..

    ReplyDelete
  12. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
  13. Gambar tu nampakkan kek yang sangat moist. hmm sempat menelan air liur jer nih

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^