Sunday, February 26, 2012

Cempedak Ku Goreng Rangup2..

Assalamualaikum.. ^_^

Haii..lama entri ni kuperap dalam draft..ni agak2 dah jadi tapai ke belum..ehe..
Sementara boleh bersiaran dari kampung dengan tenet laju ni,boleh la aku publishkan yer..tak ler haunted sangat belog ku nanti.. ^_^

Ha,sesambil bersantai ujung minggu tu kalau ada benda nak digoreng seperti pisang ke,cempedak ke,roti yang nak expired ke,keledek,keladi dan segala bapak nenek buah2an atau makanan yang boleh dicelup tepung(batter) nak goreng,boleh laa cuba cara ni lak..ramai dah cuba resepi roti goreng rangup yang resepinya dah ku share di SINI,terima kasih.. ada yang kata,adunan tu banyak untuk 8 keping roti ek?sebenarnya aku agak2 jer rotinya tu..selebih adunan tu boleh disimpan dalam peti sejuk,esok nak guna,kalau pekat tambahkan sedikit air dan kacau sebati lagi..insyaAllah tak membazir. Lagipun banyak benda tu leh goreng guna resepi yang sama.. Macam aku selalu buat,satu batter untuk 2,3 jenis kuih..ehe..kalau taknak buat banyak gak adunan tepung tu,sila la buat separuh adunan ke,ek..lagi2 bila dah selalu buat, pandai2 ler agak banyak mana nak adun yer.. :)

Resepi lebih kurang juga dengan yang di SINI,kalau ada buah terap masak pun best sangat nak wat cucur woh..
Kali ini,aku gantikan tepung gandum dengan tepung hongkong,dan sebab cempedak tu sudah manis,aku tak letak langsung dah gulanya..walaupun selalu kalau buh gula tu bukan untuk maniskan kuih,tapi untuk adunan tu lebih berkilat gitu..tapi kalau tak suka tak payah letak gula cam aku buat kali ni ek..
Bila guna tepung hongkong,rangupnya lagi best.. oh yer,kerangupan tu tidaklah lama dari pagi sampai ke petang..cuma masih sedap dimakan..
Tapi kalau goreng sedap tu,biasanya tak lama dah abis..tak sempat ke petang kalau goreng sebelah pagi.

Lagi satu kalau nak buat untuk makan petang,simpan lebihan adunan tepung(batter) tu untuk goreng sebelah petang lak.. Aku fobia sikit dengan kuih yang rangupnya lama sangat ni(terutamanya yang dibeli),dulu pernah dengar orang citer dorang bubuh straw yang dicairkan agar kuih kekal rangup..wallahualam!
Tapi tak dinafikan ada juga resepi kuih yang tahan lama rangupnya..cuma aku suka guna gini,lebih senang dan famili suka.. ;)

Oh yer, kerangupan berbeza dengan batter yang letak tepung beras tau.. tah kenapa aku tak berapa suka(setakat entri ini ditaip) kalau gorengan buh tepung beras..dia rangup keras sket bagi tekak aku..heh..cerewet..adik aku kata,buh tepung jagung jadi rangup juga lembut..tapi aku lom berkesempatan mencuba..

CEMPEDAK GORENG RANGUP 'LEMBUT'
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1 cawan tepung hongkong
1 sudu makan buttercup
secubit gula-optional,untuk mencantikkan warna kuih jer.
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
1 1/4 cawan air-atau secukupnya (adunan seharusnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Buah cempedak secukupnya..atau pisang masak,keledek,keladi dsbgnya..

Cara-cara

Satukan tepung ,buttercup,gula,garam dan pewarna di dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan handwhisk
Leraikan isi cempedak dari empulurnya dan masukkan ke dalam adunan tepung..(kalau pisang hendaklah dbelah 2 atau 3(lg nipis lg sdp))
Panaskan minyak di dlm kuali,jangan terlalu panas yer,nanti kuih tak rangup sebab suhu terlampau.. sekadar cukup2 panas jer..
Sudukan buah yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.

Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sudah panas sebelum menggoreng.


Enak dimakan suam2 panas untuk sarapan pagi atau minum petang..yang pasti mudah dan jimat kalau buat sendiri kan.. sedap dan segar dari dapur anda..ahaks :)
Selamat berhujung minggu..

3 comments:

  1. Assalam sue, akk pun suka dengan adunan mcm ni, dan selalu akk buat guna adunan utk goreng apa2, tapi akk guna resipi roti goreng ranggup tu, tepung hongkong tak pernah beli la pula, ada rasa kelainan bila guna tpg hongkong

    ReplyDelete
  2. @EmbunRosaliza
    w'kumsalam kak.. biasanya tepung superfine/hongkong ni sesuai utk buat pastri2 gitu..hehe...tp bila cuba utk buat batter ni,mmg lebih rangup dr tepung gndum biasa.cuma agak mhl sikit la dr tepung biasa,kan..tp mmg puas ati dgn hasilnya.. ;)

    ReplyDelete
  3. Sue, sukanya makan cempedak.. Akak kalau yg goreng rangup2 cam ni mmg laju jer makan. Kalau makan tak goreng pun laju gak..heheheh.. Sihat ker sue? Lama kita tak chatting kan...

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^