Sebelum ni dah post resepi blueberri cheese tart kan,kali ni nak jamu mata korang semua dengan strawberi cheese tart pulak..beza nya? Filling jer pun..sebab aku masih guna resepi yang sama dari kak Azita. Sungguh best jer resepi nih,kalau nak tengok versi blueberry boleh klik SINI..sebenarnya masa tu anak aku kate aku buh kaler purple tu sikit jer sebab aku terlupa nak buh inti kat dalam..miahaha..sadis tul pelupa aku nih..yang kali ni pun ada satu batch tu aku lupa nak buh inti,dengan itu terpaksa laa korek lagi cheese tu nak buh inti..ngee ngee...
Buat cistat nih semalam,sempena kehadiran adik2 aku dan adik pompuan aku tu nampak kat blog aritu..tu yang ngoder nak makan..cuma aku terbakar macam terlebih garing lak..haha..takpe la,lenkali buat lagi..
Jom layan cistat nih..dah abis pun. Tak payah mintak2 yer..
Kali ni baru berpeluang nak ujibakat mencorak2 kat atas tart tu.. anak tak komplen inti sikit dah sebab dah buh inti kat dalam..ehe
Nih versi kipas angin..hihih
Kali nih resepi aku kopipes terus dari dapur kak Azita sekali dengan tips nya..yang ada buat juga baru2 ni boleh tengok kat rumah Mas,kak Noorma,Nieza. Ada yang tertinggal tak?bagitau ye,nanti update link kat sini ..Apa2pun,terima kasih semuanya atas perkongsian pengalaman membuatnya dan penyumbang resepi ni..
Kali nih resepi aku kopipes terus dari dapur kak Azita sekali dengan tips nya..yang ada buat juga baru2 ni boleh tengok kat rumah Mas,kak Noorma,Nieza. Ada yang tertinggal tak?bagitau ye,nanti update link kat sini ..Apa2pun,terima kasih semuanya atas perkongsian pengalaman membuatnya dan penyumbang resepi ni..
Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
Corak ni biasa jer tengok kan.. :D
Sebenarnya aku baru buka entri kat ita tu pagi ni melalui blog nieza,sebab tu lorekan cistart aku nih sebarangan n sembrono aje..huhuh..pas nih kalau buat lg kite bagi cun melecun sikit yer.. :DCara-cara ( rujuk gambar (klik)) :
1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
Pastu aku guna filling je nak lorek atas tu..kalau guna pewarna leh laa buh kaler biru kan..isk..
Kalau rajin nanti aku update step by step bergambar lak..kot2 ada belum paham macam mana nak buat lorekan kat atas tu kan..
Apa2pun selamat mencuba buat yang nak mencuba yer..panjatkan juga doa semoga yang berkongsi resepi2 di alam cyber nih semakin dimurahkan rezeki.. aminn ;)
kreatifnye sue.. cantik betul .. xde comot2 pun.. mcm pro jer ;)
ReplyDeletekite ambik resepi ye.. nak try jugak ;D
kak...utk resepi ni,satu adunan dapat baper biji yer?
ReplyDeletelorekkan tu guna filling jugak ye?ke just adunan cream cheese+pewarna?cantik la
ReplyDelete@NADYA ANWAR
ReplyDeleteNak tengok yang comot2 ke?nantikan entri pas ni ye..hahaha..*comot sebab terlupa buh inti..ngeee..tq nadya,slmt mcuba sendiri yer..
@fashah84
ReplyDeleteAaa...ni sebab akak kan tak pro lagi,aritu akak buat jadi 24,kali ni 21 jek(ada yang tertebal..ngee),pastu mas lak buat 22 ketui..pendek citer dalam lingkungan 20-25 gitu la fashah..
@DeLLa
ReplyDeleteDua2 pun boleh..nak guna filling atau guna cream cheese+pewarna. tu kat atas tu guna filling je..eheee
suka makan tapi tak berapa suka nak buat sebab paling malas nak buat kulit tat. kena tunggu ada penolong barulah boleh buat
ReplyDeletesajer jer kau sue..tunjuk banyak2 gambar cistart kau yang sangat cantik tu....
ReplyDeletewat aku jelessss jer...
kalau tak tak kasi kat aku yang corak kipas tu, aku nak pengsan kat rumah kau...wakakaka...
@kak ina kl (2)
ReplyDeletepart nak ngisi filling tu mmg best..pastu part melorek lak mmg enjoy jek kan kak..hehe
rsepi kak Ita terbaekkkk!
ReplyDelete@Mas
ReplyDeletebiasa laa mas...aku kan baru belajar conteng2 nih..tu yg eksaited lebih..hihi..lenkali aku buatkn corak aircond lak,ok x mas?haha
@Sari Yusa Ibrahim
ReplyDeletebetul2.hehe
cantik..cantik..suka!corak kipas angin tu mengancam, cute!
ReplyDelete@umi
ReplyDeletemekasih..ikut sukati je kn..hehe
sy adalah pengemar cheese tart yg agak tegar... hehhee... tp blom tegar lagik nak membuat sdri.. kelengkapan kat umah blom ader.. heheh nie tgh kumpol2 wit nak bli kelengkapan.. (oven exspecially) hahaha.. cian kan sy..
ReplyDeletesedapnya.. menggoda selera.
ReplyDelete@aizura
ReplyDeleteooo..takpe,kumpul resepi dulu sbg pembakar smngt..tp untuk menghilangkan kalo dah gian nak baking2 ni sgt,beli jer oven yang comel2 tu dulu..hehe..
@Syimama
ReplyDeletepenggemar cheesetart tegar juga ke? :D
sue.., makin cun lorekan tu :)
ReplyDeleteCANTKEKNYE CISTAT MU INI BESAN...COP MASUK DALAM HANTARAN EH..EH ARITU KATE 19 BALAS 21 DULANG KAN? TAMBAH2... 21 BALAS 23 YE.. 2 DULANG TU AKU NAK CISTAT BLUBERI NGAN CISTAT CEKLAT LAHJ..LOREK YG SAMPLE NO 1 TU K..AHAHAHA
ReplyDeleteadoiii... tensen btol laa nengok cistat nih.. stress! stress!! nk kene gi cari acuan nih. seumur idup x penah wat lg nih.. rasa2nyer kene kasi 4-5 ketul wat naik semangat br blh wt nih. nx time enchik abg akk turun miri mintak dia passkn ke tun, ye.. hihi
ReplyDeleteEmmmm....dah lama teringin nak buat tart cute mute ni...ntah bila sampai serunya...mintak kat Hasue sikitlah....
ReplyDelete@K.Nor
ReplyDeletetq kak..x nampak keras tgn sgt ke?dah rendam soflan kejap,tu yg lembut skit kot..hehe
@nOOrsha
ReplyDeleteamboii2..nih anak ke emaknya yg nak bertunang nih?hahaha..siap cop 2 dulang utk mak aje..huh,siap ngoder bentuk lorekan bagai..kakaka.. jap2,ni yg nak membalas ni pihak lelaki ke pompuan?hihih
@tun_telani
ReplyDeletepi jerit kat tepi laut sana,wat mgnhilangkan stress..hehe..apa lg..ehem2 kan dah masuk,bila nak survey oven nih..pakej laa ngan acuan tart skali..hehe*bkr smngt nih..
cik abg tu x kenal jln nak gi sana laa tun*alasan semata
@cik cek
ReplyDeletekak..akak nak mintak tart yer..saye nak mintak gak..mintak mahap ler kak,sbb dah abes..hiihii
waaahh...cun gilerr lorekan kt tart tu. kami main lorek2 kt biskut mama carries yg kecik cenonit tu pun failed... inikan plak nk buat secun camni. harusss kena menuntut ni ..hehehe...
ReplyDeleteMak aaaaiiiii, cunnya tart Sue, kemas dan berseni jer nampak, nak minta sikit leh
ReplyDelete@inaku79
ReplyDeletedah tau basicnya camner,nanti nk lorekkn kat marmar carrie pun ttp mate jer tuh ina..hihi
@Wattie
ReplyDeletetrm kasih..yg versi comot lom kuar lg..haha.. jgnkn nk mintak sikit,mintak byk pun tak boleh..sbb dah abis.ekeke
SUE>>nak pinjam tngan bolehhh? CANTIk la tart tu...berseri2 mcm tuannyer..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah...cantik pun!!!
ReplyDeleteShell tu pun cantike jer kuning keemasan...tp bergantung pd individu...yg suka rangup2, bakar le lama sikit.
Akak guna acuan saiz 4.5cm. Satu adunan dpt lebih kurang 50pcs...
Sue guna acuan besar ke? Dpt 20+ jer...
huhahuha...werh,smalam aku buat bluberry n strawberry cheesetart.Tp x cantek pon!Nanti sok aku upload....
ReplyDelete@Sofea
ReplyDeleteakak nak pinjam tangan kanan ke,tgn kiri?hehe..tq kak..tp tuannya berseri mcm pengantin baru je kan..haha*perasan lak
@Azita Zain
ReplyDeleteTq kak..mmg terbakar garing skit sdgkan suke yg lebih lembut..xpe,dah tau mistake kat mane..hehe.. sy guna acuan 6cm kak..sbb tu doh cam akak kate sebesar ibu jari tu x cukup..mau 2 ibu jari mau cukup.hee..lom ada acuan saiz kecik lg..nanti akan dtg pasti ada.hehe..tq skali lg
@Ryo Azhar Rahza
ReplyDeleteTak cantik pun biasanya abis gak kan?apsal x anta ke sini..huh
sue..comey2 cis tart ni..ada lagik tak?nak 5ketoi..akak fail la wat tart ni..
ReplyDeleteAmboi kak sue,punya cung cistart akak..Terpaku betoi menengoknya..Smp xtau nak komen dah nih..Nnti wat lagi pos mai sini ckit ya..
ReplyDeletewow...terpegun jap nengok cis tart sue ni...memang cun abis ni...10 bintang ni..hehe tapi nieza buat hari tu tak berapa nk cun ada yg cream cheese tu tak mau jadi montok2...nape yer?...resepi dh betul..cuma tgn jer lain2..maybe ikut tgn juga ni hehe
ReplyDeleteklu ikut resepi ni, dpt brp biji tart ey kak? sy baru je nk blaja buat tart nih.. hehe.. btw, thanks sbb share recipe nih.. :)
ReplyDeletekenapa blueberry filling yg saya guna tu susah nak dibuat hiasan atas cheese tat tu? keras sikit mcm jem tat nenas, saya tengok di gambar nie filling utk hiasannya mcm lembut saja...bole bagi saya tipnya mcm mana nak buat, atuapun saya tersalah beli kali....
ReplyDeletesalam sue...tqvm 4 sharing...kalau guna oven...letak kat mana..api atas bwh ke atau cmne....
ReplyDeleteAssalam Kak Azie,
ReplyDeleteada jual crust shell tak? klu ada mcm mn kira? thank you.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete