Friday, March 25, 2011

Masih Keliru Nak Sebut "SALAM" atau "AS SALAM"???!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Pagi jumaat ni kuar entri serius sikit..ehe..
Apabila saya keluarkan entri berbaur kekeliruan,sampai saya letakkan tajuk 'ada sesiapa nak komen pasal ni?' Sebenarnya saya berharap sangat ada sesiapa yang pasti pasal perkara emel atau isu yang di forwardkan melalui laman web sosial itu akan menjawab dengan sukarela.. Walaupun kita tahu maksud 'salam' itu sebelum ni,bila tersebar info sebegitu pasti ada yang ikut keliru juga..sebab tu laa,harap sangat ada yang komen nak menghilangkan kekeliruan tu kan..tapi nampak gayanya ramai pula yang ikut keliru..huhu

Jadi dengan rasa tanggungjawab dah keluarkan entri hari tu..saya rasa patut diusulkan dengan entri ini pula untuk menghilangkan rasa kekeliruan tersebut. Semoga informasi ini berguna untuk renungan kita bersama..terima kasih untuk Kak Chik@keluargaku sayang yang berkongsi maklumat ini.. saya c n p dari blog kak chik agar tak terlepas info2 yang mungkin ada orang tak baca lagi..oh,untuk entri sepenuhnya,boleh tengok kat SINI(klik)

Sekadar gambat hiasan(sekali lagi..)-Yana ketika siap sedia nak ikut solat

Untuk renungan kita bersama..tulisan berwarna hijau ni saya copy paste dari blog kakchik..terima kasih sekali lagi..

ARTIKEL 1

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

baik gunakan... ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah saw. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda saw memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh".

Ringkasnya, baginda saw akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; "WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; "WAALAI KUM SALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr... Dan bukannya: "Kirim salam kat ASHREE yer". Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Sumber: http://blogtokwan.blogspot.com/


Baiklah, takde apa pun yang pelik kan? Bagi kakchik tulisan itu ialah ulasan seorang pendengar tentang kaedah memberi salam yang semakin hari semakin diubahsuai oleh orang Islam di negara kita ni. Memang kakchik sangat tidak suka bila melihat perkataan yang tiada makna seperti ini:

* Akum
* A'kum
* Semekom
* Mekoselam
* S'kom


Yang kononnya ringkasan bagi perkataan ASSALAMUALAIKUM. Sebab itu kalau menulis SMS, kakchik gunakan SALAM kerana maksud yang kakchik faham, perkataan ini membawa makna antaranya ialah SELAMAT.

Baiklah kena baca pula artikel seterusnya barulah minda kita menjadi lapang.

ARTIKEL 2

Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".


Penulisnya menulis:


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Silakan Tag @ Share menggunakan artikel asal, agar saya boleh menjawab apa-apa persoalan berkaitan.
Oleh: Mohd Fadli Yusof


Bagaimana? Adakah berlaku pencerahan ke atas ilmu kita? ALhamdulillah... Terima kasih banyak kepada Ustaz Mohd Fadli Yusof yang telah sudi membuat pencerahan ke atas perkara yang mengelirukan ini. Semoga kita semua sentiasa berhati-hati ke atas apa juga perkara, berita atau isu yang timbul dalam masyarakat. Buatlah kajian yang lebih lanjut bila ada sesuatu yang berlaku di luar dari kebiasaan dalam amalan Islam.

Kita mesti menjadi orang yang bijak demi agama kita.

Jadi,kesimpulannya..bagi mereka yang masih keliru..tidaklah salah menyebut perkataan "salam", "assalam" atau lebih baik lagi,"assalamualaikum".. cuma yang singkatan seperti askum,a'kum,samekom rasanya harus dielakkan yer..walaupun niat nak guna singkatan je kan..takdenya kita nak gi umah orang sebut 'Askummmmm...ada orang tak?'..tapi kalau samekom tu pernah juga dengar apek senario tu sebut kan..huhu.. selebihnya wallahu'alam....

P/s: Sila betulkan saya jika ada salah silap pada entri ni yer..

*mode ustazah lak aku pepagi jumaat ni kan.. :)

13 comments:

  1. teringat hubby aku cakap, perkataan assalamualaikum nak short form, tapi type sms perkataan lain leh pulak panjang2.hehe..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikummm~~~~~
    datang umah ustazah haSue nk bagi salam je.. hihi..
    ps: jazakallah atas tazkirah ^^

    ReplyDelete
  3. @izahdaut
    haha.. yg perkataan lain tu takut x kesampaian kot kalau di shortformkan..ehehe

    ReplyDelete
  4. @tun_telani
    waalaikumussalam wth..
    eh..takde bw kuih muih ke?air wat bekpes ke..takde?aheh

    ReplyDelete
  5. tak salah menggunakan perkataan salam.kdg2 org2 ni bila dah senang suka menyusahkan cuma kurang sesuai lah bila guna sekom,askum dan yg sewaktu dgn nya.salam tu kan lebih manis..sekian tazkirah pada pagi jumaat ni.

    ReplyDelete
  6. @anymz
    betul tu kak..islam bkn nyusahkan umatnya pun..cuma ada yg suke bg keliru je..ayat x abis ditafsirkn..tq kak..

    ReplyDelete
  7. hmmm..dah lama berlegar2 benda alah ni kan..tp stgh org ni main copy paste je, tak selidik pun, ambik hadis pun sekerat2 je..patut cari le info yg betul2 dari yg arif...
    bg aku le...nak mudah, nak taip mesg..yang ptg niat kita tu kan kan..Assalamualaikum.....
    haritu Ustaz Zawawi dah lama bgtau pasal ni...@_@..eh ko dah masak Sue? hihi

    ReplyDelete
  8. sy pu dah tak taip salam lagik dah tp 'assalam....'

    ReplyDelete
  9. bagi akak 'salam' tak bersalah dlm hal ni, yg salahnya kita2 ni...hehe..gurau2 juga, info tu kena sematkan dlm diri, kena bnyk bertanya dgn org yg lebih arif.

    ReplyDelete
  10. info yg yg berguna dan sangat menarik nuntuk di bahas ka

    ReplyDelete
  11. bagus sue... sukew bab2 yang menghapuskan kekeliruan nie..

    ReplyDelete
  12. sekarang ni dah guna assalam, cuma kadang2 terasa kekok sikit, sebab biasa menggunakan salam je. btw, entry ni banyak membantu memahami penggunaan dan maksud salam :)

    ReplyDelete
  13. Pada Along tak salah taip "Salam" sbb itu bahasa Melayu. Mana ada bila jumpa org kita sebut "salam" mesti lah kita sebut penuh "Assalamualaikum" kan. Tapi bila kita kirim salam takkan kata "tolong kirim Assalamualiakum ya.." Bila kita kata kirim salam faham2 lah org yg mengirim tu cakap dalam hati dia "Assalamualaikum" & kita pun bila terima kirim salam jawab penuh Waalaikummussalam. Samalah juga kat blogging ni, bila kita sebut "Salam anu2..." makna nya dlm hati kita sebut "Assalamualaikum"... adeeei... kenapa lah nak bising2 pasal hal2 camni...takkan lah kita tak paham makna bahasa & adat orang Melayu... kalau kita terjemahkan dalam bahasa arab memang lah tak betul. Kalau camtu, mulai sekarang, semua orang kena berbahasa arab lah, kalau tak banyak pekataan2 Melayu kalau di terjemahkan akan jadi makan tak baik dlm bahasa Arab...wallahualam. Ini pendapat Along sahaja. Kalau nak lebih arif, tanya pak ustaz jangan main ikut jer apa yg di siarkan kat laman2 web ni. Sori ya kalau anda semua tak setuju dgn Along.

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^