Tuesday, January 11, 2011

Sandwich Crackers Sardin Goreng

wat minum petang semalam..
Pernah dulu kalau tak silap aku, adik aku kata kawan dia buat bisnes kuih ni..cuma aku tak pernah tengok la pulak masa tu sebab tak berkesempatan.
Tapi kalau ikut imaginasi akuberpandukan penjelasan adik aku tu,kuih tu memang gini la..eheh. Jadi untuk merealisasikan sendiri...tu yang cuba tu.. :D

Best cam bread goreng biasa buat tu tapi kan,bagi aku agak kering la pula kalau digoreng ni..'allignment' rasa inti yang sedap tu dah lari sikit..hehe..macam kereta lak yer

Aku lebih suka makan inti dan crackers nya tu begitu sahaja..seperti gambar di atas..yummy!

Resepi nih dikongsikan oleh acha di myresipi.com..thanks acha! ;)

Kat sini aku edit semula memandangkan aku rajin sikit nih..dan untuk rujukan di hari tua

Sandwich Crackers Sardin Goreng

Bahan-bahan ( 5-6 0rang )

* 1 bungkus biskut cream cracker(tiger)
* 1 biji bawang besar(potong dadu)
* 1 tin sardin(dihancurkan isi sardin nya)
* 2 sudu sos cili
* 1 sudu tepung kari
* sedikit garam,perasa dan gula

* Bahan lain:
* tepung gandum
* tepung beras
* sedikit garam
* pewarna kuning@serbuk kunyit
* minyak utk menumis dan menggoreng

Cara-cara
  1. Tumis bwg besar dlm sedikit minyak,masuk tepung kari dan sos cili,kemudian masuk sardin yg dh dihancurkan tadi.
  2. Selepas itu masuk garam/perasa dan gula. Inti siap dan sedia digunakan.
  3. Sapukan inti sardin ke atas cream cracker dan lapis dgn 1 keping cream crackers.buat sampai habis.
  4. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras disatukan dgn air seperti adunan tepung pisang goreng dan campurkan sedikit pewarna kuning atau boleh ganti dgn serbuk kunyit.
  5. Celupkan cream creakers tadi kedlm adunan tepung dan goreng ke dalam minyak yg sederhana byk/panas sampai kekuningan dan ranggup.
  6. Angkat, toskan dan potong 2 seperti sandwich.Sedap n simple...Selamat mencuba!

Ada inti lebih tu aku intikan lagi kat atas crackers yang dah digoreng...hmmpp..marbelesss..!penggemar sardin boleh meroyan nih..hehe

Resepi asal boleh tengok SINI[klik]

Akan update cerita kemudian ye..my roommate just came back ;P

12 comments:

  1. salam sue,,nmpk sedap je sandwish cracker tu..tentu ranggupkan sue...seronok tu teman sebelah dah balik hikhikhik

    ReplyDelete
  2. memang dok mencari2 cara nak menghabiskan biskut nih selain buat murtabak krakers.

    mo try la

    ReplyDelete
  3. sue..rangupnya sandwish tu..terliur dah ni...

    ReplyDelete
  4. salam sue..
    Wah dah habis pantan rupanya ye..Patutla macam melepaskan dendam kesumat di dapur gamaknya...Berderet-deret entry dia..

    Sedapnya crackers tu..Rasa nak ngap jer kat komputer ni..Yummy...

    ReplyDelete
  5. kretip betul mak budak anak 4 nih..sekut ni pun digoreng nyer ye..haha..amoii amvoii..suke la tu roomate merangkap soul matenya tu balik ekk..enjooyyy

    ReplyDelete
  6. I like having sardine/mackerel on a cracker!!! Hehehe..pass me some dear!!! :D

    How's bb doing??? ;)

    ReplyDelete
  7. Salam HaSue...

    Pertama Kali Tgk Sandwich Crackers Sardin Goreng...Boleh Cuba Ni...

    ReplyDelete
  8. Kak rosaliza:memang sedap kak..makan gitu xyah goreng pun sedap.hehe

    cek chun:selamat mencuba ye

    mas:gi sana buat sendirik.hehe'

    k naz:haha..berderet2 resepi tu masa tenet laju..mmg laju je entri kalo ada..kalo ada entri tp tenet slow..mmg lambat le jwbnya.hehe..

    ReplyDelete
  9. izah:nampak kretip resepi nih..tuh yg nak try.hehe..uish..mesti laa suke,xkan marah lak hb nk balik..hikhik ;P

    Love:u r too late bebeh..DIY yea..hihi...send my kisses 2 ur ashika..k!

    Lin:wkumsalam...sila2 laa cuba yer.. ;)

    ReplyDelete
  10. bestnyer..sgt terliur....mntk ckit..sardin kt cni x best..huhu...

    ReplyDelete
  11. ummi_khalish:yeke?ciannya..apa kata gi masak sardin sendirik?asalkan ada pressure cooker je.hehe..tp intinya ni boleh tuka juga dengan tuna wat inti bread tu rasanya

    ReplyDelete
  12. Salam Sue. Along dh buat... sedap & bebudak suka betul. Maceh ya kongsi...!

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^