Monday, January 31, 2011

Resepi: Ayam Bawang

Hari ni anak2 dah mula cuti sekolah sempena perayaan tahun baru cina..
Tapi kitorang belum balik kampung lagi..sebab tunggu kekanda cuti laa pulak.

Resepi Ayam Bawang atau dalam bahasa inggerisnya chicken onion Braised Chicken with Onions nih cedok dari koleksi resepi scott..ala,tisu dapur tu. Beli tisu dapat free buku koleksi resepi..ada laa beberapa resepi menarik kat situ untuk dicuba...aritu tertarik nak cuba resepi ni..sedap!Kalau nak pedas lagi,pandai2 laa tambah cili api ke,cili air ke..heh.

Cara masakan ayam gini kan orang putih atau cina stail ni..bukan cara melayu kite. Sebab goreng ayam tu dulu kan..Pastu kalo tengok cara orang barat masak,diorang suka guna bawang2 besar ni untuk buat gravy daging2 panggang contohnya. Sebab apa,bawang besar yang hangus ni,hangus yer..bukan hangit..memang sedap dijadikan gravy atau kuah..takde laa buh gitu jer..tambah itu ini sikit2,pastu pekatkan sikit..aaa gitu laa lebih kurang.
Aku banyak juga belajar memasak dari Chef Delia dulu..tapi belajar kat tv jela..hahahaa..

Dah,dah..jangan dilayan sangat mak budak sorang nih..meh tengok rupa ayam bawang nih..
Dah tengok?dah tengok? Jom semak resepinya pula..resepi asal ada guna koma-koma(sejenis rempah kan?),tapi aku takde benda alah tu jadi aku guna noktah-noktah aje. skip ajelah kan,lagipun perlu secubit aje..
Pastu patutnya masak dalam periuk tanah,tapi aku masak dalam periuk api biasa aje.
Nak memanjangkan cerita,meh tengok resepi lak..

Ayam Bawang >> HaSue/Scott Collection
  • 1 Bawang besar,dihiris
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 ekor ayam,dipotong
Bahan-bahan A
  • 1 bawang besar,dicincang kasar
  • 4 ulas bawang putih,dicincang kasar
  • 2 lada merah,dibuang biji dan dicincang kasar
  • 1" halia dicincang
  • 1 cawan jus oren segar > hasue guna jus oren sunquick
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 cawan stok ayam
  • 1 cubit koma-koma >hasue x letak
  • garam secukup rasa
Cara2:
  1. Panaskan minyak dan mentega atas api sederhana dalam kuali.Perasakan ayam dengan sedikit garam dan lada hitam,kemudian masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga sedikit keperangan. Keluarkan dan ketepikan
  2. Masukkan hirisan bawang ke dalam kuali dan kacau sekali sekala selama lebih kurang 10-12 minit,masak sehingga garing.
  3. Sementara itu,satukan bahan2 A dengan sedikit air dan mesinkan sehingga halus. Ketepikan.
  4. Tambah jintan putih, ketumbar dan lada hitam ke dalam bawang goreng dan masak selama 30 saat. Masukkan jus oren stok ayam dan koma-koma. Kacau sebati.
  5. Letakkan ketulan ayam ke dalam periuk tanah,tuangkan sos ke atasnya,tutup dan masak selama 30 minit.
Ratah gitu jer pun best!kuahnya tu rasa spesel sket.. =)


*Huaaa..ngantuk mato den nih haa..kalau disorongkan bantal mau jer terpejam rasanya nih.hee

17 comments:

  1. assalamualaikum sue..tgk pun tau sedap..nasi bnyk lg ke..nk mintak tambah :p~

    ReplyDelete
  2. koma-koma tuh..aha..mau koma aku nak mencarinya..hiihi

    ReplyDelete
  3. wah spesel nampak lauk ni...mau try jgk la ni

    ReplyDelete
  4. wahh..sue, nmpk sedap tu..boleh mas try nanti...

    ReplyDelete
  5. akak, wanie tengok pun da sedap. tak rasa lagi ni. best la akak ni. pasni terus wanie tunjuk kat mommy. nak dia cuba. (wanie malas sikit)

    ReplyDelete
  6. huiihh..terleleh terlior akak nengok ni sue..hujan2 macam ni dapat makan pedas2 sedap kan?

    ReplyDelete
  7. salam sue, nampak menyelerakan ni, harus kucuba hehe..

    ReplyDelete
  8. @Deliah's Deli
    semalam dah reply komen ko nih DD..x masuk rupanya ek..haha..
    ni nak tambah nasik ke nak tambah ayam nih..cuba terus terang skit..hiihii

    ReplyDelete
  9. @Anna Qawina
    koma takpe,jgn smpai noktah nak mencarinya naa..haha

    ReplyDelete
  10. @CikGu NOr
    jangan lupa anta sini barang seketul 2.. ;)

    ReplyDelete
  11. @Mas
    nanti mas buat lebih yer..leh bawak nasik nak mkn kat umah mas nanti..ngee

    ReplyDelete
  12. @Wanie Anina
    aih wanie nih..akak lak yg besh..mommy wanie laa best coz nak masakkan utk wanie.. tapi wanie mesti lg best kalo kongsi mkn ngan akak ayam yg mommy wanie masak tu nanti..hikhik

    ReplyDelete
  13. @anymz
    jangankan time ujan kak..ribut taufan panas terik pun sedap gak..lagi2 kalo lapo..hehee..sadis tul ribut taufan tuu

    ReplyDelete
  14. @umi
    waalaikummussalam.. harus2..slmt mencuba ;)

    ReplyDelete
  15. Sementara itu,satukan bahan2 A dengan sedikit air dan mesinkan sehingga halus. Ketepikan.>>>step ni nak ketepikan masuk laut ke apa?..xlengkap le resipi cik adik

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^