Thursday, September 2, 2010

Ketupat Pulut vs Kari Ayam Kampung n Kuah Kacang

Salam semua..bertemu lg kita.
Tahu tak lagu raya nostalgia yg intronya.."kini tiba masanya..berhari rayaaaa..." bila dengar lagu ni memang rasa raya habis jer..meremang bulu roma kalo time sunyi2..coz lagu dier menusuk jiwa raga tul. Terbayang juadah2 raya tu haa..apa2pun lagu raya yg menjadi pilihan semestinya yg nostalgia kan..agaknya sebab masa kecik2 dulu kita lebih rasa kemeriahan hari raya..

Entri kali ni mungkin panjang sket..saja merajinkan diri menaip..lepas geram sebenarnya..sesambil tunggu lagu raya kat sinarfm tapi takde jugak rupanya disiarkan pepagi buta nih..eheh
Semalam x entri sebab x tembus nak pegi ke 'create post'..betul,kalo dah tenet tenat..hanya yg pernah mengalami jer memahami.huhu..jeles tul tengok orang guna tenet laju berdezup.hehe..

Ketupat keris,bila dipotong2..iras2 lemang la rupanya..hehe

Ok,nak cerita lak..menu yg sedang posing ni projek masa cuti laa..ketupat pulut..
Kat semenanjung aku x sure laa ketupat guna pulut atau nasi biasa? Kak liza cakap guna beras biasa..kawan kakak ipar aku pun cakap gitu gak..betul laa agaknya ek?hehe.. kalo guna pulut untuk ketupat palas jer ek?

Mulanya projek nih..kira nak buat lemang 2nd round di bulan puasa cam aritu..tapi takde org jual buluh lak..yg ada orang jual pucuk nipah. Jadinya aku suggest kat cik abg,'apa kata,tak buat lemang kita buat ketupat..nak?'
Dia pun kata,"biar betul ni?" aku angkat2 kening..tanda sungguh2
Daun palas ada gak org jual tapi pendek2 so malas la nak beli..

Balik umah terus jer anyam ketupat sorang2 sebab cik abg kite tu tau nganyam sejenis ketupat jer..yg guna satu daun,tu pun kadang2 jadi,kadang2 tak jadi(sedap jer aku ngutuk laki aku ek)hihi..tak,betul ni..kadang2 kalau kita jarang2 nganyam ketupat ni memang gitu,dah sekali diajar kita akan buat menjadi..cuba buat lagi sekali..haa,mula laa tanya balik..'lepas ni macammana?','yg ni masuk mana?'
Taaaapiiii..yg itulah yg seronok n bagi meriah semasa proses menganyam beramai2 masa nak raya tu..kadang2 yg tak jadi ada yg senget(tak seimbang), lepas tu ada yg double line(x berselang seli) dan mcm2 rupa jer..last2 kang ada yg kata,'asalkan beras x kuar,sudah..'hehee..
Aku pun bukan reti anyam banyak jenis ketupat nih..dalam 5 jenis jer..tu pun yg 2 jenis tu ikut stail 'modified'..maknanya 2 jenis ketupat diubah menjadi ketupat yg berbeza bila ditukar bucunya.
Kat atas tu contoh gambar ketupat yg aku buat aritu..yg panjang tu ketupat keris,ada ketupat satay,ketupat ayam ke burung ke..ntah apa nama ketupat pun x sure..hii..
Ada lagi jenis2 ketupat aku x reti anyam seperti ketupat bawang,ketupat lepas dan lain2..nama ketupat mungkin berbeza ikut tempat masing2 yer..

Kalau kat umah mertua biasanya anyam ketupat guna pucuk kelapa..aromanya lebih istimewa..
Lagi satu,kat rumah mertua di hari raya,juadah ayam yg digandingkan dengan ketupat pulut ada 2 jenis..satu rendang ayam(kuah pekat) dan 1 lagi kari ayam cara kampung..

nih sebenarnya resepi mak mertuaku itew..memang ala2 kampung..best2. Dah share resepi sebelum nih rasanya..
dari mula2 kawin dulu dah jatuh cinta dengan kari beliau nih..kuahnya tak pekat melekat tapi tak ler cair sangat..rasanya amat istimewa..kalau betul cara masaknya.
Biasanya kari ni lebih laku dulu dari rendang..hehe..
Nih juga laa aku masak untuk gandingan ketupat aku baru2 ni..tu pun aku ikut stail mertua aku nih masak..dan yg ni memang guna ayam kampung asli..bukan ayam bandar..hehe

Kalau kat rumah kitorang lak,di pagi raya pertama menunya kari ayam gak..tp kari ayamnya stail agak pekat gitu..dan agak pedas..selain tu gandingan ketupat pulut biasanya ada pilihan daging masak hitam, kuah kacang, ayam/daging kurma..
Nasibbaik la masa raya boleh melantak dua2 rumah..haha

Di sini nak kongsi resepi ketupat pulut bagi yg ingin tak tahu..ni cara kitorang sini(sarawak) laa ek..mungkin sama mungkin tak..

Ketupat Pulut

Bahan2:
  • Sarung ketupat secukupnya(boleh anyam sendiri atau beli jer yg dah siap)
  • Beras pulut
  • Santan secukupnya (dari kelapa segar)
  • Garam secukup rasa
Cara2:
  1. Rendam beras pulut selama setengah jam dan toskan.-tujuannya untuk mendapatkan nasi pulut yg kembang elok dan ketupat tidak mentah walaupun terisi sedikit padat
  2. Isikan sarung ketupat hampir2 penuh,jika pulut tidak sempat direndam dan hanya dicuci isikan 3/4 dari sarung ketupat
  3. Susunkan kesemua ketupat yg sudah berisi pulut ke dalam periuk,dan tuangkan santan sehingga hampir menenggelamkan ketupat. Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Masak sehingga air santan hampir kering,setelah hampir kering,perlahankan api sehingga air tadi benar2 kering(supaya ketupat tidak mudah basi) . Jangan sampai hangus ya..
  5. Semasa sedang dimasak,balik2kan ketupat yg berada di sebelah atas agar seimbang masaknya.
Yang nih semua kenal,kan..kuah kacang...buat simple2 jer.

Cili kering,bawang merah,bawang putih-dikisar,pastu tumis..buh serai diketuk,tambahkan serbuk ketumbar,jintan manis,jintan putih. Tumis sampai benar2 garing baru tambah air,kacang tanah,gula dan garam..kena letak lebih gula untuk seimbangkan pedas dari lada kering..kalo pedas sangat rasa tak sesuai lak..tapi jangan termanis pula..masak sampai kuah pekat mengikut piawaian selera masing..

Oklah..dah panjang sangat lak entri nih..kalau sempat lagi selepas ni akan ada entri menyusul..kalau takde x sempat laa tunggu upload tu..

Waktu aku menaip entri nih jam menunjukkan pukul 3.52 pagi waktu Malaysia.
Mata tak ngantuk,jap lagi nak bersahur lak..ehe..baby sekarang alhamdulillah semakin aktif kat dalam tu. Saat2 baby aktif begini la moment yg paling best semasa mengandung...dah lupakan dulu bab mabuk hamil dibuatnya..pegang sini,gerak..usik sana dia buat gelombang sket..tak usik pun dia 'geletek2' jugak..hehe..rasanya semua ibu2 hamil suka bila baby dalam kandungan masing2 buat akrobatik dalam tu..pengalaman indah kan.. :)

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam kak hasue,
    comment atas tersalah eja. hihi.
    Ibu dan baby sihat? seronok baca baby buat akrobatik tu. Moga kandungan sentiasa sihat.

    Pandainya kak hasue buat sarung ketupat. cantik sungguh! takpe pandai 5 jenis. Saya satu jenis pun tak pandai. hihihi. Teringat raya pulak ni. Lama sungguh tak makan ketupat. :D

    ReplyDelete
  3. Indah:wkumsalam..trm kasih atas doa nur tu yer..mmg seronok je merasai pergerakan baby waktu ni..hehe..

    Ketupat yg 4 jenis tu basicnya sama jer nur..yg ketupat keris lak lagi mudah tu..lum kesampaian nak turunkan ilmu menganyam kat kak rosaliza..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam sue..bila akk tgk ketupat sue itu..teringat akk kat reben ijau dari tahun lepas lagi beli..dh makin mengurus dah reben tu huhuhu....akk pernah juga mkn ketupat pulut dlm sarung gini...itu pun masa akk raya kat Kl. Tapi kebiasaannya mmg guna beras biasa je buat ketupat gini...Akk pun msk kari ayam gak hari ni...miss u sue

    ReplyDelete
  5. pehh.. kuah kacang! my feveret!!

    ReplyDelete
  6. Assalam, saya suka mbanget dengan ketupat keris. seuumur idup baru skali ni jumpa. demolah camne bikinnya

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^