Friday, July 30, 2010

Jeruk Durian Dan Jeruk Buah Dabai

Uik?jarang2 org sebut jeruk durian ek? Nama komersialnya adalah tempoyak..yea..walaupun durian tak banyak aritu..aku nak gak wat tempoyak peberetku itu..hehe..sedap oh goreng pedas2 ngan udang.pheww..arini dah 'masak' n selamat direhatkan dalam peti sejuk menanti masa yg sesuai untuk dijadikan menu...

Semenjak reti buat tempoyak sendiri,x sanggup dah beli..bukan jer risau tahap kebersihannya tapi selalu x menepati citarasa jer...selalunya terlebih masin.
Apa2pun untuk tahan lama pastikan durian jangan disentuh direct dengan kulit yer(guna sudu atau sarung tangan plastik untuk memisahkan dari biji. Jangan lupa toskan semalaman sebelum dicampur garam dan secubit gula(yang ni ikut citarasa sendiri). Simpan dalam kedap udara sehingga 'masak' barulah simpan dalam peti sejuk..nak tau tempoyak yg menjadi ke tak,biasanya kalau dalam bekas jernih kan,ada nampak cam rongga2 tu,biasanya menjadi laa tu..tu antara tips mudah nak buat tempoyak ler..kot2 ada tips lain meh laa kongsi kat sini.. :)

Yang kat bawah ni pula buah dabai..buah ni dah cerita tahun lepas dah kan..rasanya memang takda atau susah didapati di semenanjung..nak explain rasa buah ni,rasanya lemak2 gitu..lebih kurang macam rasa lemak2 avokado. lebih kurang jer..x sama okeh..avokado isi tebal siap leh buat jus..huhu..pastu yg ni kena rendam ngan air panas suam baru leh makan..

Selain tu,ia juga boleh dijeruk gini supaya musimnya tahan lama dalam peti ais anda..hehe..bagi mereka yg suka makan dabai ni memang sanggup jeruk banyak2 untuk dibawa pulang ke tempat kerja masing2..ia x tahan lama kat luar tau,kalo dah lembik kena panas terik atau bahang dalam plastik buah tu dah rosak dah..rasa dah masam gitu...

Nak jeruk senang jer..salah satu cara ni,buh dalam bekas kedap udara dan letak kicap sampai penuh. Dah 'masak' simpan dalam peti sejuk dan sedia dimakan bila2 masa atau dibuat nasi goreng..
Nasi goreng dabai femes juga kat Sarawak ni oo..

Daging Masak Rempah

Bertemu kembali..hehe..u ols masak apa untuk lauk harini yer?
Kalau dah keluarkan daging dari esbok n tak sure nak masak apa pun lagi,meh try daging masak rempah ni haa..ala2 masak kicap tapi berempah gitu..

Hasil selongkar dari dapur makyung Ros yg kini menanti saat kelahiran anak ke 3 nya..sama2 kita doakan dia dan bayi selamat juga dipermudahkan segalanya..amin..apa2pun mekasih atas resepi nih yer Ros..akak campak ikut bahan yg ada dan tambah ikut selera jer..tapi basicnya ikut resepi ni..sedap!tq2

Bahan-bahannya

350 gram daging
sedikit daun kari
1/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar serbuk rempah korma
1 cawan santan pekat
1 batang serai
1 cawan air
7 tangkai cili kering
4 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
>hasue tambah sedikit kerisik

Caranya

1. Potong daging sederhana, jangan nipis sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kari dan bahan yang telah dikisar tadi.

2. Setelah naik bau, rempah kari dan korma jadikan pes dan curah dalam kuali, kacau sebati, kemudian masukkan serai yang telah dititik, tomato ketchup dan daging.

3.Kemudian masukkan santan dan air serta kicap. Biarkan daging lembut dan kuah pecah minyak dan menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula sikit. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

Ada belen kerisik dalam esbok tu aku campak sekali dalam tu..dan sebenarnya kan..santan daku lupa nak letak..ngeee..kicap lak main letak jer,tapi memang ada kelainan dari masak kicap biasa yer..bak kata Ros,menu ala2 kenduri gitu.hehe...

Mee Goreng Simple

..saja nak tayang gak simple2 pun..kalo nak buat mee goreng cara ekspress memang begini jerla kejadiannya..main campak jer bahan2 yer..

Sediakan mee kuning..dalam 450g..celur jap ngan air panas,pastu cuci dengan air paip..toskan..

Sayur2an..apa2 jer yg nak diletak..cuci dan toskan..3 jenis sayur ni,letak sekaligus pun takpe.. :)
Bahan2 ditumbuk...cili merah,bawang merah dan bawang putih..sibbaik takde lesung batu kaler biru..ahaks :P

Kali ni guna telur jer..boleh gantikan dengan daging,ayam,udang dan sebagainya dan tambah lagi dengan fishcake ke..crabstick jika suka..kira terpulang jer..

untuk resepi penuh,sila rujuk SINI(klik)


sedap dimakan panas2..perah limau kasturi dan taburkan dengan daun sup,daun bawang dan cili yg dihiris halus..

Thursday, July 29, 2010

Bengkang Lapis Ubi Kayu

Pantang ada kesempatan dan ada kelajuan walau sedikit memang duk godek2 blog jer..jadi jangan terkejut kalo kejap2 gelap,kejap2 terang yer kalo masuk sini sebab kadang2 nak preview apa yg diedit tu x lepas pun gara2 selalu tenet yg lembap nih..sebab tu main save jer walaupun x sure hasilnya..haha..
Apa2pun mekasih juga buat Cik Min yang bagi tunjuk ajar nak godeh2 itu ini aritu..tq2.. :)

Cerita pasal menu yg sedang berposing nih pulak,nasib baik masih elok lagi ubi kayu yg dah terbongkang beberapa hari kat dapo tuh semalam.. bukan beli pun, tapi jiran yg bagi..kalo jumpa orang jual selalu gak suka2 beli(beli dulu baru nak pk nak buat apa nanti)..
Tips untuk memilih ubi untuk dibuat bingka ni,pilihlah ubi yg masih muda dan bukan yang dah besar gedabak sangat yer..yg muda2 kecik2 tu lebih sedap kalau dibuat bingka..
Yang ubi aku guna nih tak berapa fresh sangat dah..pastu parutan pun serabut jer..maklum laa,rajinnya terlebih2 kot..huahua..

Nih resepi cedok dengan jayanya dari umah kak watie yang rajin masak2 tu..kalau nak tempah kek atau kuih muih pun boleh juga..x gitu kak watie?hehe..
Nak sebarkan juga resepi akak kat sini dan terima kasih bebanyak yer kak..memang lembut jer teksturnya dan sue guna gula apong+browning sugar skit..

Bahan2 yang digunakan:
• 1 kg ubi kayu disagat ~anggaran lebih kurang 4 cawan hasil sagat
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/2 cawan gula merah & 3 sudu besar gula pasir (kacau dengan 1/4 cawan air panas & tapis)
• 1 sudu garam
• 1 1/2 cawan air atau lebih tak kisah sebab lepas tapis air ni dibuang
• 1 peket santan di campur terus ke dalam adunan
• sedikit margarine atau butter
• beberapa titik pewarna kuning dan cokelat

Cara-caranya:
• Sagatkan ubi dan campur dengan 1 1/2 - 2 cawan air
• Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
• sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
• air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal melekat liat dilapisan bawah
• campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
• Masukkan garam dan sepeket santan serbuk & kacau rata
• kemudian bahagikan kepada dua bahagian sama banyak
• masukkan gula pasir, dan beberapa titik pewarna kuning pada satu bahagian
• masukkan bancuhan air gula merah & gula pasir yang sudah sejuk & ditapis & beberapa titik pewarna cokelat
• Tuang 1 cawan adunan bewarna kuning ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 7 X 7 inci dan ratakan
• Bakar selama 10 minit
• Tuang 1 cawan adunan dari bahagian berwarna cokelat pula dan bakar lagi selama 10 minit
• ulang proses hingga selesai
• sapukan sedikit butter pada lapisan paling atas selepas 10 minit dan terus
• Bakar selama 30 minit atqau lebih ...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
• Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....

NOTA : adunan biar pekat sikit....sebab terbukti tak perlu tambah air banyak akan menghasilkan bengkang yang kering elok jer!

Simple jer nak buat tapi hasilnya memang best!Sedap nih untuk minum petang diganding bersama kopi o panas2..hehe

P/s:Rupanya bengkang dengan bingka adalah kuih yg sama yer..mungkin lain tempat lain panggilannya kot..hehe

Nangka Muda Masak Lemak

Umm Cakk!hehe..
Salam kembali..
Setelah kelam kelibut sikit ngan blog ni akhirnya berjaya gak ngentri hari ni..tenet pun ok jer harap2 sempat laa blogwalking petang ni..pada pengunjung2 lama dan baru mekasih sebab sudi singgah n tinggalkan komen n mesej yer...

Dah masak tengah hari lum? kalo ada nangka muda belakang umah tu gi amik dan 'semelih' segera sebab sedap sangat2 dimasak lemak kalo dah lama x makan..
Menu nih 2 hari berturut jadi santapan kitorang tapi tetap berselera sungguh menikmatinya..
Mungkin juga jenis nangka ye mempengaruhi rasa kesedapan gulai nangka tu?
Yg ni x perasan lak jenis nangka apa..nangka biasa jer kot..bukan nangka susu..

Bagi yg tak pernah masak sendiri meh laa cuba yer..bukan susah pun..sekarang dah ada yg jual sedia dipotong2 tinggal nak masak jer lagi..tapi yg hb aku beli ni yg masih bulat elok,sendiri semelih punya...fresh pun fresh tuu..cuma mencabar sket la dgn getah2 ni kan..takpe2,minyak masak kan ada...sapu pisau ngan minyak masak dulu,pastu guna laa plastik utk sarung tangan yer..

Satu petua nak masak makanan berasaskan buah yg agak berisi atau pejal seperti nangka,umbut,terung,betik muda dan sebagainya ni.. jika masakan kita jenis yg ditumis yer,biarlah bahan2 tumisan meresap dahulu ke dalam sayur..perlahankan api jika perlu dan tunggu sedikit layu barulah tambahkan air. Jangan masukkan sayur(nangka muda contohnya) kemudian terus masukkan air sebab ini akan buat masakan kurang sedap dan hambar. rasa pun lebih kepada rebus jer..
Kalau takut hangit gak tambahkan sikittt jer air sekadar mengelakkan dari hangus kat bawah tu jer..sambil tunggu ia sedikit layu tu kacau lah ye..

2 kali masak.. bezanya cuma yg kali ke 2 tu aku tambah sedikit serbuk kari jer.. kalo nak tambah sayap ayam yg dipotong 4 lagi sedap dan yg pastinya best ratah gitu jer..hehe

Thursday, July 22, 2010

Blueberry Marble Cheese Cake

Hah..dah lama x tengok menu kek kat umah aku nih kan..kan? Sebenarnya baru ni laa aku wat kek tapi bukan versi bakar atau kukus pun..hehe..kang kalo dah keluar pengukus dari gobok tu susah nak stop mengekek..(mcm rajin bebeno jek bunyinya ek)hak hak..
Ada 1 kek kukus teringin nak buat tapi lum kesampaian hajat di hati..kemalasan masih berbaki agaknya..hee..

Meh sini nak tunjuk kek yg best jek ditelan tekak ni ha..macam makan eskrem je kan..

Ntah napa asal gambar ciskek jer posing gaya gini ek..ahh,x kisah ler posing camner pun..janji enak jek masuk perut ek!
Rasa ciskek ni rasanya sapa2 yg pernah rasa non-baked ciskek mesti bleh imejin rasanya camner...x jauh2 sangat beza..kesedapan cheese tu tetap terasa,ditambah dengan rasa bluberi dan gabungan rasa whipping cream n yogurt..penggemar ciskek jenis begini memang harus buat sendiri yer..kalo malas,gi tempah jek.

Resepi skodeng kat umah cik kak ina atau nama komersial beliau hana..mekasih cik kak!aritu ngendeng umah dia,dia x bagii..dekuttt ekk..suh wat sendirik ekkk...takpe2,arini nak bagi nih kak, tapi dah abis la plak.sowiii..heh heh.. :P
Pepon,nak tepek resepi kat sini gak laa ek..mekasih buat penyumbang asal resepi nih..err,x ingat sebenarnya nih..bukak link cik kak tuh asik failed jek..biasa laa tenet aku nih semput sokmo..ahaks

Bahan-bahan
Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
• 80g biskut merie or etc - hana gune ritz -hasue guna oreo tanpa intinya
• 50g butter - cairkan
Untuk Cheesecake
• 250g cream cheese
• 200g whipping cream
• 150g yogurt plain
• 50g gula - leh add-hasue guna 70g
• 15g gelatin
• 60ml air panas
• 50g buah blueberry tin - hana gune yang segar+ jem-hasue x buh
• 25ml syrup blueberry - bleh gune filling@jem blueberry
Cara-cara
• Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
• Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
• Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
• Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
• Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
• Potong dan hidangkan.

Bila dah hidangkan bleh laa makan..ye tak?lagi sedap lepas semalaman dalam peti sejuk!yummmyy!

Kue Teow Goreng Telur

Mana lebih senang,goreng kue teow ke mee kuning?hehe..
'kawan' kue teow yg selalu ada disampingnya adalah telur dan tauge..sampingan2 lain tu boleh tambah ikut selera..
Aku macam biasa la,goreng pun simple2 jek..janji anak2 suka dan makan sampai licin..
kue teow ni jangan goreng dengan minyak yg banyak yer..nanti rasanya muak lak..

Resepi ni lebih kurang gak macam goreng mee kuning yg biasa aku buat..x banyak pe'el nak masak..bahkan kalo dah ikut cara lagi simple,cuma ketuk n cincang bawang putih jer untuk tumisan sebelum dicampur dengan bahan2 sos..tak pedas n sesuai untuk kanak2 juga..

Bahan2: (4-5 orang mkn)
  • 400g kue teow-(suhu bilik)-cuci dan toskan
  • 1 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Tauge-letak ikut suka
  • 3 biji telur
  • 3 sudu bsr sos cili
  • 1 sudu bsr sos Tomato
  • 2 sudu bsr sos tiram
  • Kicap pekat+kicap cair secukupnya
  • Garam n perasa (jika perlu)-ikut citarasa
  • lebih kurang 2-3 sudu minyak masak utk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili,bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak n tumis bahan ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  2. Pecahkan 2 biji telur di bahagian tepi(bukan ditengah tumisan) dan masukkan semua jenis sos dan kicap,kacau sebentar dan barulah masukkan kue teow. Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama(masukkan garam dan perasa jika perlu)-jika kicap digunakan sudah masin,garam tidak diperlukan lg.
  3. Setelah itu masukkan sebiji lagi telur dan kacau sehingga garing. Sebatikan rasa dan masukkan tauge,kacau sebentar dan tutup api. sedia untuk dihidangkan
Sekejap jer dah siap yer..kalo nak tambah kerang pun boleh juga dengan menggoreng kerang terlebih dahulu..selamat mencuba!

Wednesday, July 21, 2010

Parcel dari Kak Liza

Salam..
Macam lama x update ek..kdg2 ada online n baca msj2 n komen kat blog ni tapi malangnya cam biasa tenet nih x abis2 nak error jek..kalo free seharian xpela ek nak tunggu refresh selalu..tapi kebizian juga menghalang dr duk depan komputer lama2..
Tapi takpe laa,kite update ikut kemampuan yer..x baik paksa diri..hikhik..

Kali nih nak tayang bungkusan yg diterima dr Kak Rosaliza..minggu lepas lg dah dpt ni..baru bkesempatan tepek kat sini wat kenang2an.hehe..thanks kak liza n cik abe beliau yg susah2 jer anta parcel nih..

Macam2 tu kak liza kirimkan,dengan hadiah besday skali pun ada..yg kebetulannya,pagi sebelum amik parcel tu aku baru tgk jiya ada terima keropok sira yg aku suka makan gak nih..sekali dapat lak kopok dr kak liza hari yg sama..hehe.

Dalam kotak ceklat di dlm kotak biru tu ada macam2 benda lg yg kaler biru..i likeee!!hihi...thanks skali lg kak liza..muahhh! Tuh tgn si kecik x sabar nak rembat kopok goreng...hehe

Monday, July 12, 2010

Segar dr ladang..

Hari nih nak share gamba hasil tanaman kebun di luar dan dalam umah..hahaa...ntah apa2 laa ek..boleh laa nak tyg kat kaknor JB yg suka bercucuk tanam tu..hehe..kak nor Ganu suka gak bercucuk tnm kot..cuma xleh jer sebab duk tingkat atas..agaknya laa..pepandai jek..ngeee...
Model cilik sedang posing ngan sayur..hehe

Yg nak share kat sini bukan semua kebun pun(macam la byk sgt ek) tp aritu banglong(anak sulung) tabur biji benih sejenis sayur ni..salad kan?punya laa banyak,nak abis sepeket kecik tu.. tp tumbuhnya mungkin 4-5 pohon jek..huu..alhmdulillah,rezeki gak..sekali tuai amik 3-4 pokok gitu boleh laa untuk 2 kali masak cukup sekeluarga makan.. ingatkan dah abis ni..pastu beberapa hari kemudian nak amik kangkung lak..tengok2,sepokok ni punya laa subur..daun kemain meriah..suka tengok!camner banglong bleh tak nampak memula aritu..hehe..

Dalam sepokok seakar tu banyak benar dahannya..buat masak 2x pun x abis kitorg sekeluarga..walaupun budak2 makan sekali. Yg speselnya tak guna baja kimia atau racun serangga pun..
seronok kan kalo tanaman semua subur n segar bugar..

Yang nih tanaman dalam rumah..ataupun dalam peti sejuk..hahahah.aritu kan aku dah cakap aku tak masak2 ms ngah mabuk kaw2 aritu..jadinya carrot ni terbiar begitu sahaja dlm esbok tanpa dipedulikan org2 yg ambil alih tugas aku ms tu..tengok2 dah panjang cambahnya haa..hehee..

Saturday, July 10, 2010

Kepak Ayam Bakar

Kalau ada masa hujung2 minggu best kan bbQ di luar rumah seisi keluarga.. resepi pula ikut cara my sis biasa buat..bahan2 biasa jer semua rempah ratus dan sebagainya cuma yg spesel tu tambahkan gula apong sebagai perisa tambahan..aroma dan rasanya memang sedap banget!

Meh cuci2 mata ngan gambar ayam nih..dah abis lama..jgn mintak!ahak

Jadi kalo x pernah cuba lagi tu leh laa tambah gula apong dan perap supaya benar2 meresap yer...
Nak best sket..kasi kerak2 laa sikit2 kan..hehee..

Yg ni pulak untuk aroma dan rasa yg lebih sedap,mengelakkan isi ayam terlalu kering dan disapu ketika ayam dibakar.. Jangan sapu banyak sangat lak..nanti terlalu berminyak leceh lak nak makan..hehee..

Friday, July 9, 2010

Kailan Goreng Sos Tiram-ala2 SRC

SRC tu apa ya?ahaks..tu singkatan bagi nama restoran Singapore Chicken Rice yg berlambak ada kat Kuching nun..ada gak kat Sibu,kat Miri..dan mungkin bandar2 lain di Sarawak..tp kat Mukah sayangnya takde plak.kalo ada sure jadi pelanggan tetap dah kat sini.huhuh..

Honestly,so far nak makan nasi ayam kat SRC la paling best!
Dengan nasi ayamnya yg lembut,ayam yg sedap bersama cili kisar yg best..menu sampingan yg menggoda perasaan..hehe

Kailan goreng gini memang nampak biasa jer..tp kalo silap gaya leh x jadi gak.. aku pernah tengok tips dr chef chinese kat tv dulu tuh dia kata sos tiram memang sedap diganding dengan perisa seperti gula dan lada sulah..jadi aku try letak gitu memang sedap!tp agak pekat,so cuba demi cuba memang last2 puas hati dengan hasil percubaan sendiri..

sukatan ni untuk satu hidangan lebih kurang makan untuk 3-4 org..bagi penggemar baby kailan tu boleh la mencuba yer..

Bahan2:
  • Baby kailan - dlm 2 cawan
  • sos tiram -1/2 cawan(campurkan dengan 1/3 cawan air)
  • 1-2 ulas bawang putih-ketuk n cincang halus
  • lada sulah dan sedikit gula
  • Sedikit minyak utk menumis
Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan sos tiram,kacau sebentar dan masukkan lada sulah serta gula. kacau sehingga pecah minyak dan masukkan kailan
  3. kacau goreng seketika dan padamkan api
  4. Taburkan bawang goreng ketika dihidangkan..sesuai dimakan bersama nasi ayam atau nasi putih. Selamat mencuba!

Bubur Kacang Hijau Berkayu Manis

Menu bubur lagi?hehee..sebenarnya nih peberet encik suami ku itew..lagi2 setelah percubaan terbarunya bubur kacang hijau letak kayu manis..sedappp! Aroma dari kayu manis tu menambahkan rasa pada bubur kacang yg sememangnya menjadi kegemarannya sebelum nih..idea nak letak kayu manis nih pun setelah merasa pencuci mulut kat Restoran Sajian Warisan,Miri..hee..tq kat restoran tu tahniah kat hb yg berani mencuba sendiri wpun memula tuh x sure..infact dia lebih suka masak bubur sendiri..so ikut citarasa dia laa nak letak gula n kepekatan macammana kan..

Bagi penggemar bubur kacang hijau ni boleh la mencuba sendiri dengan meletak kayu manis yer..nak tambah durian macam biasa pun ok jugak tu..kayu manisnya tu sekadar ada aroma jer udah ler tak payah letak banyak2 yer..
Biasanya kalau nak buat bubur kacang kita akan rendam kacang tu terlebih dahulu kan..tp kitorg biasanya terus rebus jer selepas dicuci dan ditoskan..tak sampai sejam pun dah masak keseluruhannya..selamat mencuba!

Wednesday, July 7, 2010

Laici Susu

Salam..
Biasa dengar tak kalo masa mengandung digalakkan minum air susu kacang soya? Haa..khabarnya untuk mendapatkan anak2 yg berkulit putih gitu kan..kebenarannya tak tau laa setakat mana kan..tp nak kongsikan satu petua yg aku dapat dari seorang kawan berbangsa cina ni..katanya kalo nak dapat anak putih2 ni kena minum air susu(warna putih) dan elakkan minum air berwarna seperti kopi,teh,milo dan sebagainya.. adeh,aku nak tergelak pun ada gak tp aku bukan jenis yg memandang remeh pandangan2 n pengalaman2 org lain..

Dia kata,ia terbukti kat diri dia sendiri laa kan..sebab dia ada 3 orang anak..yg sulung(lelaki) dan 2 perempuan. semasa mengandung anak lelaki tu doktor tak benarkan dia minum air lain selain susu dan air kosong..jadinya anak yg keluar memang putih gebu gitu..dah anak2 yg seterusnya dia dah boleh minum air milo dan kopi..jadi kulit anak2nya pun x seputih abang mereka..mungkin kebetulan je laa kan..tp mungkin ada kebenarannya..wallahualam..
Jadi minum soya bean tadi ada kaitan juga dengan statement beliau kan..kawan aku yg duk sabah pun kata elok minum susu untuk kulit anak yg putih..selain tu minumlah air kelapa muda..

Menu kali ni pun ada kaitan dengan susu gak..haa,sebelum ni pernah buat laici smoothie by love2cook kan..kali ni nak share menu laici susu yg senang nak buat tapi alhamdulillah sedap...lagi lama,lagi sedap..
Kat restoran pun ada yg menyediakan minuman ni tapi jarang2 lak jumpa..

Bahan2:
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • gula secukupnya
  • 1 liter air sejuk
  • ais batu secukupnya
Cara:
  1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Rasa air ini lebih sedap jika dibuat lebih awal sebelum minum(contohnya untuk berbuka puasa)

P/s: Kepada semua ahli2 myR,meh terjah umah baru kak yani(tokey myr)..hehe
Klik > Deco Choco

Saturday, July 3, 2010

Kerapu Kukus Bersos Tiram

Nih menu yg dah tinggal tulang yer..jamu mata jer. Nih pun malas bebeno nak ngambik gambo..ngehehe..biasak nih malas2!babab kang..ahaks

Ikan kerapu ni beso..hasil pancingan hb dgn rakan2 mggu lepas tp bukan dia yg naikkan ikan nih tp kwn dia..cuma kawan dia tu x makan ikan ni,pantang agaknya..dah rezeki kami sekeluarga,alhmdulillah..
Tp lupa lak nak timbang,berat agak2 dalam 3kg gitu kot..pengukus aku yg gedabak tu memang x muat nak ngukus sekor terus..jadinya terpaksa laa ikan tu buat gimnastik kat dalam tu..nak potong 2 cam x best gak....tp bila masuk dalam bekas ni aku potong gak sket kat hujung ekor tu.. eheee..

Ikan kukus memang antara menu 'selamat' dan pasti jadi kalo dimasak..kalo tak cukup rasa pun masih enak dimakan bersama sambal pencicah..
Kali ni aku kukus letak bahan2 yg boleh dikira asas la dalam mengukus ikan ni..hasilnya memang cukup rasa..walaupun tak payah cicah2 dah..siap berkuah lagi dengan jus ikan bercampur dengan bahan2 yg ditabur bersama ketika mengukus..

Isi ikan segar memang sedap dan puas hati bila makan.. cuma kalo ganding ngan nasik mmg tak makan nasik sangat dibuatnya..ratah ikan jer yg lebih..hehe.
Apa2pun untuk menambah selera boleh la buatkan sambal kicap kasturi..tp kali ni sebab hb cakap takyah buat jadi aku pun malas gak ler nak buat..ngehehe..

Bahan2:
  • Seekor ikan kerapu- siang dan bersihkan
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 1-2 tangkai cili merah*
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Jus limau kasturi secukupnya
  • Sedikit garam dan perasa(jika suka)
Cara2:
  1. Ikan dikelar tengahnya dan perahkan jus limau kasturi dan lumur dengan sedikit garam
  2. Sementara itu bahan2 bertanda * diracik halus
  3. Gaulkan bahan2 yg diracik tadi bersama ikan dan semua bahan2 lain sehingga sebati.
  4. Perap seketika dan kukuslah sehingga masak (pastikan air pengukus sudah mendidih dan jangan mengukus ikan terlalu lama untuk mengelakkan isi ikan menjadi agak keras dan kering)

Thursday, July 1, 2010

Bubur Makaroni Berkrim

Entri masakan pertama setelah kembali ke arena blogging..hehe..sebenarnya banyak gi cerita ceriti nak tepek kat sini untuk kenangan tp memandangkan lama xda entri masakan..so dahulukan yg kemudian laa pulak jadinya..hehee..

Dalam beberapa hari ni dah kali ke 2 buat bubur makaroni nih...yela,baru nak aktif masak2 kembali..masak bahan2 yg ada jer la..sebelum ni nak shopping brg2 dapo pun xda selera sebab xda mood nak masak langsung...yg jadi tukang masak of coz my hb or makan kat kedai..tak pun pembantu yg tolong2 kupas2 bawang n masak2 yg simple jek..nak buat kuih muih,kek2..n bubur gini takde langsung ler sebelum ni..hehe

entah napa tekak nak makan sesuatu yg lemak2 berkrim gitu..rasanya tu tanda2 awal percambahan lemak di tubuh laa tu..eheheh...
Rasanya dah ramai yg tau buat bubur makaroni ni kan..simple tp yummy...kali ni buat macam buat bubur biasa cuma tambahkan krimer untuk rasa lebih berkrim..dan jangan lupa tambahkan susu pekat dan sejat ketika hendak menghidang.. enak dimakan suam2 atau sejuk2..emmm!

Resepi akan update kemudian..kot2 ada yg x tau lg ke camner kan..nak kuar jap..hehe

Update:
Maaf ye sebab lambat sket update resepi sebab semalam tak berkesempatan nak berbuat demikian memandangkan broadband asyik sangkut2 jer...dpt baca komen tp x boleh nak reply..

Bagi resepi bubur makaroni ni,rasanya tak perlu sukatan yg tepat sangat yer..sebab semuanya bergantung kepada selera masing2..namun begitu nak bagi panduan serba sedikit untuk mereka yg tak pernah buat sendiri..so check it out..

Bahan2:
  • 2 cawan makaroni-jenis bgantung kepada citarasa
  • 3/4 cawan sago mata ikan -boleh tmbh jika suka
  • 200ml santan pekat(dlm kotak)-jika guna serbuk sila guna 2 peket
  • Gula secukupnya
  • 1 sudu kecil garam(atau secukupnya)
  • 5-6 sudu besar krimer(sue guna coffeemate)-[optional]
  • 3 cawan air (atau secukupnya) untuk merebus makaroni
  • Susu pekat n sejat-optional (lebih sedap kalo letak masa nak makan)
  • Daun pandan-renyukkan dan simpul
Cara2:
  1. Cuci makaroni dan toskan. Sementara itu sago direndam di dalam air agar mudah jernih ketika direbus.
  2. Rebus makaroni bersama air sehingga benar2 lembut(dalam 10-15 minit) dengan api sederhana. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan makaroni melekat di dasar periuk.
  3. Apabila makaroni sudah lembut,masukkan sago mata ikan dan kacau untuk mengelakkan ia berketul. Masukkan daun pandan untuk aroma yg menyelerakan..
  4. Jika terlalu pekat,tambahkan sedikit lagi air. Pastikan sago sudah jernih sepenuhnya barulah tambahkan gula..jika hendak makan bersama susu pekat jangan letak gula secukup rasa,sekadar ada rasa jer ye..Kacau sebati
  5. Tambahkan santan pekat bersama krimer dan kacau sehingga sekata dan tidak berketul..Tambahkan garam untuk rasa lemak..
  6. Kacau lagi,sebatikan rasa manis2 lemak dan padamkan api apabila bubur sudah mendidih/renih sepenuhnya(pastikan guna api perlahan sahaja). Sedia untuk dihidangkan.
Cara hidangan:
  1. Cedokkan bubur ke dalam mangkuk dan tambahkan sedikit susu pekat dan susu sejat..kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
  2. Bubur ini juga sedap disejukkan dan dinikmati ketika cuaca panas..
  3. Selamat Mencuba...
Note: Boleh guna makaroni dari jenis lain juga dan tidak semestinya seperti di dalam gambar