Wednesday, February 24, 2010

Tauhu Lembut Kukus Berhias Udang Kering

Uih..laju lak tenet pepagi nih..semalam tak tembus2 kat umah cyber ni haa...kena taip laju2 nih..ehehe...

Sekarang ni makanan2 kukus dan bakar jadi pilihan utama sebab nak turunkan beberapa kilo berat badan..hahaa...sapa nak ikut diet meh laa skali..hee

Apa2pun nih antara menu semalam yer..resepi cedok dr majalah Rapi..yg terbaru di pasaran.hehe...
Ada yang dah try lum?
Kalo dah try mesti dah tahu keenakan tauhu kukus nih...
yang bestnya resepi simple tapi menten sedap...tp tauhu lembut ni bak kata Dina, makan ngan kicap pun dah sedap...heheee...

Tapi bila taruk udang gini memang best...sebelum ni pernah makan ngan pulut kuning jer udang kisar nih...haa,cubalah yer..
Dipanjangkan di sini resepinya..copy lebih kurang jerlah ye..thanks Rapi!

Bahan2:
  • 1 ketul tauhu lembut
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada putih
  • Daun bawang > sue letak daun sup,cili hiris skali
Cara:
  1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan garam, lada putih dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair sebagai perisa.
  2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
  3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
  4. Selamat mencuba..
Tauhu ni sedap dimakan semasa masih suam lagi....macam semalam tuh kan,tak sedar 1/3 dak aku ratah...hahah...sedap!

Nota Biru:Info dari Rapi mengatakan Tauhu mengandungi zat minyak omega 3 bagi menurunkan kadar kolestrol dan protein yang kaya dengan asid amino.

6 comments:

  1. Wah intensif ni Sue.....kalau Akak seketul tu Akak hadap sowang2 jer!

    ReplyDelete
  2. Love sll minat tauhu goreng je..tauhu kukus blm try!

    Nak buat! hehe...

    Mana Eyana??? :D

    ReplyDelete
  3. Salam Sue,
    nampak sedap tahu ni...
    Kite punya broadband kat rumah pun lembap..kadang² tak gerak² pun terutama malam hari...geram betoiiii..terasa cam bayar bil buta² jeeeee.....

    ReplyDelete
  4. akak lum pernah cuba tahu yg dikukus ni. selalunya lbh suka tahu2 yg bergoreng je. may be boleh try one day!

    ReplyDelete
  5. sala kak sue...tak pernah makan lagi cenggini...mesti sedapkan...

    ReplyDelete
  6. salam Kak sue... Tq for info :)

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^