Monday, February 22, 2010

Kek Mata Kucing [Kukus]

Salam..
Hai!Iskhh...napa laa tuan umah ni malas ngapdate blog yek...
Padahal pantang ada masa memang ada depan lappie ni haa..
Pastu kan...aritu ada dah redi nak entri pasal kek2 kukus sarawak..sebenarnya tempahan untuk thn baru cina...tapi baru berkira2 nak mengentri,komputer buat hal pulak...
Gambar tak sempat di copy dah hilang..huwaaa..

Apa2pun buat kek yang ini untuk makan sendiri jer..lama x makan kek sarawak...
Kalau dah nak makan sendiri pastinya pilih kek yang basah2 gini..

Ok,ada beberapa kek kukus sarawak yang seakan2 serupa tapi tak sama cuma tak jauh beza.. Antaranya ialah kek mata kucing ini,kek belacan,kek puteri dangdut dan kek negro. Mungkin ada lagi tapi yang femes dari dulu kek2 inilah yang bila muncul salah satunya boleh menjadi persoalan sesetengah orang...'ini bukan kek ______ ke?' sebabnya penggunaan bahan2 dan paras rupa kek2 ni tidak jauh bezanya...
Yang pasti kek ini memang sedap dan tidak lapuk ditelan zaman..kek mata kucing ni sudah ada sewaktu aku kecik2 dulu..dulu kan,masa raya jer baru dpt merasa kek sedap begini.. :)

Bahan-bahan ( loyang 8 1/2" x 81/2" )
  • 450 gm mentega
  • 150 gm gula halus
  • 10 Biji telur Gred A atau B
  • 380g susu pekat manis ( 1 tin kecil)
  • 200g serikaya
  • 200g horlicks(sepeket kecil)
  • 300 gm tepung hongkong/gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 botol browning sugar atau secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan pengukus dan gris loyang dengan mentega serta ditabur tepung supaya adunan tidak melekat pada loyang
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi
  4. Kemudian, masukkan serikaya , susu pekat manis,horlicks dan esen vanilla
  5. Putar lagi sehingga adunan sekata
  6. Masukkan tepung hongkong yg sudah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
  7. Masukkan browning sugar dan kacau supaya sekata
  8. Kukus selama 3-4 jam.(jika untuk dimakan untuk tempoh sehari dua,kukus 2 jam atau sehingga masak sudah memadai)
Penggunaan tepung hongkong dan tepung gandum biasa ada bezanya..apabila menggunakan tepung hongkong,tekstur kek akan lebih halus berbanding tepung biasa..kali ni aku guna tepung biasa jer..rasa sama cuma perbezaan rupa :)
Kek kukus sarawak tidak kira yang berlapis atau tidak lebih baik menggunakan tepung hongkong/superfine untuk tekstur kek yang memuaskan..
Selamat mencuba!

Nota Biru: Nama2 pada resepi lama kek sarawak tidak semestinya bersangkut paut dengan bahan2 yang digunakan..jangan ingat ada letak mata kucing lak dalam kek ini..hehe

10 comments:

  1. akak igt adalah sue masukkan buah mata kucing dlm kek sbb namanya akek mata kucing. upernya just nama je!!hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Sue..
    Lamaaa nya tak jenjalan kat sini..Sihat..?
    Sedapnya kek ni...

    ReplyDelete
  3. kak ain >> a'ah kak..nama jer...kalo letak buah mata kucing mesti leceh gak tu sebab mesti nak kena buang biji dulu kan..hihi

    ReplyDelete
  4. wkumsalam...lama x tgk dier ngomen..heheee..kek ni pernah rasa ke nenie?

    ReplyDelete
  5. seronoknya dtg blog ni. macam2 resipi boleh belajar. thanks sis :)

    ReplyDelete
  6. Just to make sure 1 bottle is equal to how many ml? (Milimiters)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, boleh pakai self raising flour? Terima kasih

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^