Monday, January 11, 2010

Pau Gebu

Jangan kau pandang..bibir yang manis pandang remeh pada resepi pau kukus yang satu ini..
Hasilnya amat ternyata memuaskan dan masih lembut hingga keesokan hari..

Sebelum nih dah tengok MamaFami buat pau guna resepi ni dan bila diteliti memang dapat agak bahan2 yg digunakan boleh membuatkan pau itu seperti yg dimahukan..
Aku suka cara buat kuih2 yang campur yis dulu ke dalam air..
Banyak kelebihannya berbanding campur pada tepung .ni pendapat sendiri laa ek...
Lagi2 kalau stok yis tu yang beli sepeket besar tu haa..
Antara kelebihannya kita boleh elakkan pembaziran bahan2 lain jika yis tidak lagi 'hidup'..
Selain tu adunan pun lebih cepat sebati..

Tanpa cakap taip banyak,moh ler kita tengok resepi nih..
Mekasih kat lan_ieza yg sudi kongsi resepi nih hasil rajin bertanya kat cina bakery tu..kalo ada resepi lain,korek lagik n kongsi gan kitorang ek...hehe...

Ieza,minta izin angkut resepi ke sini yer..kite buat setengah adunan jek.sedap,lembut,gebu ..best2!
ni pun guna shortening biasa jek..dan baking powder yg biasa gak,cuma tambah sikit dr adunan asal.. kalau guna bahan2 yg asal ni mesti lagi2 gebu n lembut gitu..

Bahan-bahan ( 60 biji )


Bahan-bahan (A)
  • 300gm Air Suam
  • 220gm gula
  • 18gm Yis Segera - Mauripan
Bahan-bahan (B) Cara-cara
  1. Masukkan semua Bahan A..air suam kedalam mangkuk tambah yis segera dan gula. Campur hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
  2. Ayak tepung bersama crescent baking powder. Kemudian campurkan tepung tadi bersama bahan B yang lain dan campur dengan bahan A tadi. Uli dengan tangan atau masukkan kedalam mesin buat roti sehingga sebati dan menjadi doh.
  3. Rehatkan doh 20 minit, kemudian bahagikan 30gm ke 50gm, Rehatkan lagi 10 minit
  4. Bulatkan doh, masukkan kan inti ikut suka..contoh kacang ker, kaya ker, kari daging ker ikut suka.... dah siap masuk inti..Tutup dengan plastik semua doh.. rehatkan lagi 20 minit ke 40 minit.. untuk naikkan doh tadi menjadi besar 2 kali ganda.
  5. Kukus sehingga 10minit ke 15 minit.
  6. Nota - Pau ni boleh goreng juga kalau xnak kukus.... memang sedap..
Letak inti sayur( my kids fav) , inti serikaya dan inti kacang merah(tiada dalam gambar).. SELAMAT MENCUBA!


P/s : Iklan jap..Kalau ada sesiapa berminat dengan produk pelangsingan infra-red boleh pegi kat blog Lan ieza kat SINI(klik)

15 comments:

  1. salam sue...wau gebunya pau tu....ooo bestnya anak2 suka yg sayuran gitu, ada lg ke pau tu

    ReplyDelete
  2. h4ni3 > ni sue ke pau yg gebu nih kak?hihi

    kak rosaliza > wkumsalam.. ha'aa..anak2 suka lak inti sayur ni..selalu beli kat bakery yg inti sayur,tu try buat gak.sibbaik suka diorg...banglong kate pau ni sedap dari kedai tau.heheee

    Sharinginfoz > memang sedappp .. ;)

    ReplyDelete
  3. mintak pau serikaya sebiji...buat minum petang

    ReplyDelete
  4. wah kalo pulut still lembut bagus gak nih

    ReplyDelete
  5. Hi Sue...gebunya pau tuh!!! yummylicioussss, nak sikit! :)

    Dah cubit Eyana! yey yey!!! ;)

    ReplyDelete
  6. salam dik

    huhuu sdap nyaaaaaaaa
    mai sebijikkk

    ReplyDelete
  7. maceh sudi wat resepi pau ni...vangga ai tauu..hehhe. Hasue pau ni punya pasal ada pembuat pau tegar telah marah pada cina bakery itu kerana share resepi nih kat iza..dia cakap orang offer dia RM1000 nak belajar pau kat dia..dia pun tak nak bagitau.. sedap2 je iza publish kat MYR..
    Masa iza dtg bakery tu ada beberapa pelanggan dengar cina tu cakap dgn iza..dorang kata apa salahnya share resepi tul tak..murah rezeki anak-anak.. Panjangkan ilmu besar pahalanya..
    Bagi iza Fedulik apa oramg nak kata..ada aku heran..hehehe..

    ReplyDelete
  8. Huwaaaaaa! tgk gmbor dan excited nak buat sebab mmg dok cari resepi pau yang macam kat kedai cina tu..tapi huwaaaaa! bila tgk plak bahan2nya..huk huk huk terpaksa lah tunggu 3 thn lagi! Ada ke yg halal kat sini ek...eerrrmm meleleh nih....

    ReplyDelete
  9. gebusnyer pau Sue tu.....Kiah pun nak cuba jugak la.thumbs to u

    ReplyDelete
  10. Sue@Nenie > nak sebijik jek?bulehhh2...amik ler...jangan byk2 tau..hihi...kedekut tul ek.. :P

    kak maiyah > pulut tu wat inti ke kak?hehe

    LOVE2COOK > Memang gebu tau love..u should try this wonderful recipe.. eyana,runnn!erkk,x smpt lak.. :P

    kak ieda > sedap nihhh...amik laa kak..hehe

    ReplyDelete
  11. Rosmanizah Abdul Rahman > OOoo..ye ke iza? sibbaik laa cina tu nak share ngan iza ek..dapatlah kitorg ni menumpang dua kaki untuk mencuba.ternyata hasilnya amat memuaskan sekali... kalo jumpa cina tu ucapkan mekasih bg pihak kite skali yek sebab bermurah hati nak share resepi ni...anak2 kate sedap laa pau nih..tipis laa harapan nak cuba resepi lain pasni.hehe.mekasih sekali lagik.

    E-na Zarina > ena,sebab tu pau kat kedai cina tu lebih lembut kan..bahan2 pun lebih spesel gitu..huhu

    ReplyDelete
  12. Salam sis,nk tanya,ni bahan2 utk anggaran 60 biji pau ya??

    ReplyDelete
  13. @ellayali
    w'kumsalam..yer betul.. tu ikut saiz sederhana la yer.. tuan punye resepi yg cdgkan.hehe..

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^