Bahagian lain bukan tak suka,suka gak..cuma bahagian sayap nih senang segala2nya..dari nak potong nak membersihkan dan sebagainya..ehehe
Pastu kalau ada sayap ayam yang ada bulu2 halus tu,HARUS di salai kat atas api sekejap nak hapuskan bulu2 halus tu..
Kalau sup ayam atau sup apa2 laa..aku suke kaler sup yg kelabu2 nie..
Di musim2 demam ni memang sesuai dihirup sedap jer ke tekak...
Stail masak nih simple jek..rasa dah share sebelum nih tapi memandangkan aku ngah rajin,aku taip jelah sesimplenya ya..mana tau ader yg nak try kan...
Adik2 kakak2 yg tak pernah masak sup sayap ayam leh cuba pasnih ek.ehehe
Bahan2:
- 8 ketul sayap ayam-potong 4 setiap satu
- 1-2 biji kentang,kupas n potong 4-6 bahagian(bgantung saiz kentang)
- 2 inci halia*
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 peket sup bunjut adabi (kalau takde,gantikan dgn sebatang kayu manis saiz sederhana)
- Garam dan perasa(jika suka) secukupnya
- 2 tbs besar minyak masak untuk menumis
- Air secukupnya
- LAIN2: Bawang goreng,daun sup,daun bawang
- Tumbuk bahan2 bertanda *,rendam sup bunjut dalam air yg disediakan untuk kuah sup.
- Panaskan minyak,tumis bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau dan sedikit kekuningan...kacau sedikit supaya sekata masaknya
- Masukkan sayap ayam yg sudah dipotong sekaligus dengan kentang..kacau sebati,perlahankan api
- Biarkan ayam 'layu' seketika dan jusnya keluar dan agak kering.
- Setelah itu kacau sebentar dan bila jus ayam kering,masukkan air berserta bunjut yg direndam sekali tadi
- Kacau sedikit,tambah sedikit garam dan tutup periuk
- Masak menggunakan api perlahan sehingga ayam dan kentang benar2 empuk.
- Apabila sudah empuk,tambahkan garam secukupnya,air secukupnya dan sebatikan rasa
- Biarkan mendidih sebentar dan padamkan api.
- Hidangkan bersama bawang goreng,daun sup dan daun bawang yang diracik halus..
Tau tak lepas amik gambar nih baru aku sedar bawang goreng lom letak lagi, daun bawang lak kehabisan stok..hehe
Juga enak dimakan ngan sambal kicap.. Buat student2 ke, yg rasa nak makan sup cara cepat leh la masak sendiri ek..sayap ayam kan lebih cepat masak berbanding the other part of chicken..hik!Selamat mencuba...
salam sue..patut la nk tuka pinggan ngan akak, rupanya sup kepak ayam, tp akak tak boleh mkn kepak ayam sue, kalo kepak kat umah ni tak smpat org lain amik semua di boking oleh ika
ReplyDeletewah!! sedapnya hirup kuah sup tu...baklah sini semangkuk,hehehe
ReplyDeletekalau kat umah ni kepak ayam selalunya digoreng aje...
kak rosaliza > wkumsalam kak...oh yeke?lepas nih leh laa maasak utk ika sorg jek..hehe..tapi mesti dia suka kepak goreng ek kak
ReplyDeletekak ima > tuh la kak,selalu kepak ayam kena goreng jer..kalo buat sup nih pun sedap sebenarnya sebab isi kat kepak nih manis gitu.. :)
Salam kak ha-sue,
ReplyDeletesup kepak ayam kite suke jugak...sue gigit tulang dia.heheh