Monday, November 16, 2009

Sup Ayam Dengan Lengkuas

Masa kak yani pos resepi nih kat myr,masa tu jugak nak try..tapi takde stok lengkuas.huhuu..
Lengkuas nih aromanya best..akuk sukakkk..ahak
Tapi santan tak letak banyak,beberapa titik jek(guna pati santan ler..heee)
Dah banyak koleksi lemak,so nak laa adjust sikit kan..heheee...

Pastu daun sup,daun ketumbar,daun bawang segala memang takde stok..
So memang tabur bawang goreng n ngengada letak cili hiris..yg lepastu diketepikan sket sebab anak aku yg pompuan nih ngeri lak nak hirup sup kalo nampak cili..ahehe
Kena laa asing2 mangkuk nak makan sup nih kan...baru asyikkk dongg..

Resepi asal dari belakang kotak kiub ayam knorr yg dikongsi oleh kak yani..tq kak :)

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 1.5 liter air
* 1 kiup pati ayam knorr
* 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
* 300g isii ayam, hiris nipis.
* 5-6 biji cili burung-titik
* 1/4 cawan santan
* 2 sudu besar sos kan
* 1 sudu besar gula
* 1 sudu besar jus limau nipis
* daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.

Cara-cara

1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.

Kamera wat lawak yg tak berapa lawak lak..berapa kali 'tembak' blur jek..orang nak makan dah kelaparan...hahaa..

8 comments:

  1. hasue..lapar tgk..sesuai untuk yg berdiet.lama tak masuk kat sini. yelr..klu masuk sure kelaparan.hahaha

    ReplyDelete
  2. ade lg ke nak sikit buat lauk for lunch heee

    ReplyDelete
  3. rasanya sup lengkuas ni tg popular. ramai blogger yg dh cuba. bila le akak nak cuba ni. pokok lengkuas ada luar rumah tu.

    ReplyDelete
  4. aduss.. nasib baik dlm gambar kalo tak settle jam jam nih gak

    ReplyDelete
  5. syahadah > kalo takut kelaparan kena masuk smbil pejam mata tuh hada.hihi

    ReplyDelete
  6. kak Sheila > akak kena try sendiri tuh..sikit2 x cukup kang..ekeke

    ReplyDelete
  7. kak ain > best kan kalo ada pokok lengkuas sendirik kak..nak2 yg mude tuh..uiii sedap dibuat sambal..perghh

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^