Memang sedap biskut nih...sungguh!tapi kena buat guna minyak sapi QBB untuk hasil terbaik yer..
Aku memang guna brand nih jer kalo nak buat mana2 resepi yg memerlukan bahan minyak sapi..
Bukan tak percaya ngan jenama lain,cuma dah terbukti brand nih sedap...nak wat camner kan...kite pun nak yg terbaik juge..heee
Cakap pasal biskut nih...
Resepi dikongsikan oleh hishwa kat myr.thanks yer..tq juga buat mak hishwa...
Err...x silap hishwa nih cekgu..mekasih cikgu!! :D
Bahan-bahan ( 180 biji )
- 400 g oat original (bukan yang instant)
- 200 g tepung gandum
- 170 g gula halus
- 280 g minyak sapi QBB (bukan nak iklan tapi kalau guna jenis lain, rasa biskut akan berbeza & tidak sesedap ini)
- 2 biji kuning telur
- 1/4 cmt serbuk pewarna kuning telur
- Marjerin untuk melenser loyang
- Masukkan oat, tepung dan gula halus ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata dan ramas sedikit supaya oat agak hancur. Oat tidak perlu dikisar kerana akan menjadi terlalu halus dan menghilangkan rasa aslinya. Jika terlalu kasar pula adunan sukar diterap dengan cantik mengikut bentuk acuan.
- Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut, sebati dan boleh dikepal bulat. Gunakan minyak sapi secukupnya sahaja kerana ia akan menjadi cair dan lebih berminyak. Perlu pandai mengagak kerana jika terlalu berminyak biskut akan kembang. Disarankan gaul menggunakan tangan sahaja supaya boleh merasa kelembutan dan keseuaian adunan.
- Panaskan oven, campurkan serbuk pewarna kuning telur dengan kuning telur untuk disapu di atas biskut.
- Terap mengikut bentuk kesukaan anda. Acuan asal adalah bentuk bulat menggunakan bahagian belakang acuan biskut aluminium, tetapi sekarang tiada lagi acuan seperti itu, semuanya dibuat dari plastik.
- Susun biskut ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin. Sapu kuning telur ke atas biskut.
- Bakar dalam oven suhu 150 darjah Celcius selama lebih kurang 15 minit di atas para bawah (jauh dari api). Perhatikan selalu kerana kuning telur cepat masak. Untuk mengetahui biskut telah masak perlu dilihat di sebelah bawah biskut bertukar menjadi sedikit perang. Kuning telur lebih cantik setakat bertukar menjadi oren.
- Biarkan agak sejuk barulah dikeluarkan dari loyang kerana biskut ini agak rapuh semasa panas.
- Alaskan dengan kertas minyak untuk setiap lapisan biskut di dalam balang. Selamat mencuba !
Resepi nih juga leh tengok kat SINI yer..selamat mencuba :)
aduss.. minyak gape lak Qbb mende tuh
ReplyDeletek maiyah > Minyak sapi jenama QBB tuh kak..tin hijau tua..mmg sedap brand tu banding brand lain..hehe
ReplyDeletesue, aku hambek ini resipi... hahahaa
ReplyDeletetiba2 terjumpa resepi ni di kongsi resepi, tk bk2 sbb tolong panjangkan ilmu mak :-)
ReplyDeletesalam .
ReplyDeleteSaya diberitahu oleh ibu saya bahawa minyak sapi QBB ni tak halal >.< Benarkah ? Kalau benar, pakai yg Ghee Blend punya boleh takk ?