Salam di hari Sabtu.
Sila baca dengan penuh perhatian dan pengertian..ehehe
Seperti yg semua maklum hari ni bermulanya cuti persekolahan untuk penggal pertama.
Hari ni juga InsyaAllah kami akan pulang ke kampung halaman..x jauh sangat pun,5-6 jam perjalanan jer.
So lepas nih cuba2 update blog melalui laptop adik kot(kalo orang tak guna ler)
Sebab laptop nih akan digunakan oleh cik abang yg akan terus bertugas di sini,selepas menghantar isteri dan anak2nya ke kampung nanti..(uwaaaa..berjauhan lg..iskh2)
Seperti sedia maklum juga,
1 & 2 JUN ini adalah hari perayaan GAWAI DAYAK di S'wak n PESTA MENUAI di Sabah.
Selamat Hari Gawai Dayak untuk yg menyambutnya..Agi idup agi ngelaban. Enti nuan bisi ngasuh kami ngabang ka rumah,nda ulih kami datai legi,laban kami pulai ke menua sari tok..hahaa..
To my best friend,Ira..Selamat Hari Gawai au..aku tu nda nemu jaku iban.. ka nyaba asai ku lama udah nda meda nuan tu..lelengau asai ku.. (yang tak paham tu buat2 paham jela yer..sue pun bukan tau byk sgt bhs iban nih..hihiii)
Masa gawai nih memang agak bahaya kalo memandu sepanjang perayaan.
Sebab ramai yg 'tweng2'-mabuk akibat minum 'tuak' iaitu minuman tradisi mereka yg diperbuat dari tapai nasi. So bila datang ngabang(beraya),tetamu biasanya dihidangkan air tuak sebagai minuman rasmi di samping minuman dan makanan yg lain.
Tetapi di zaman sekarang,ramai juga yg dah ngelat taknak minum sebab ada yg terpaksa memandu pulang ke rumah..Yelah,dulu2 mana ader kereta kan...
Mereka minum pun sebab nak meraikan kejayaan menuai padi yg menghasilkan rezeki untuk mereka pada waktu itu..
Kepada yg pulang ke kampung halaman..
Slamat kembali ke tempat asal masing2..
Dengar berita,di kampungku akan diadakan kenduri 'makan tahun' pada cuti ini..
Kenduri ni setahun sekali sahaja diadakan bagi setiap kampung yg berbeza.
Yg istimewanya,setiap tetamu akan membawa pulang ' kelupis'+wajik+kuih penyaram selepas menjamu selera..
Berbeza dengan bunga telur di majlis perkahwinan..
Err..Lain kali cerita panjang pasal itu ya..
P/s:Semalam x dpt connect internet...dekat 1 jam bergayut ngan celcom careline tapi xleh gak..pagi nih baru boleh tp ngah bz packing..
Sayang korang sumer skali..
No comments:
Post a Comment
Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^