Monday, April 27, 2009

Umai Ikan Kuning

Salam..
Teringin nak makan masam2 pedas2 lagi..
Ada baki lagi isi ikan yg dah frozen dlm icebox tuh..jadi bertukar lah ia menjadi umai..dan menjadi santapan lunch tadi..
Bagi mereka yang pernah makan tapi belum pernah buat sendiri..
Boleh laa cuba buat sendiri lepas nih eh..baru berbaloi..boleh makan puas2..(jeling2 kat ctzura..)heheee



Lagipun kita boleh letak bahan2 extra yang kita suka..
macam makyung jepun tuh dia letak tomato yang dihiris lagi..
Kadang2 ada orang letak kacang tanah goreng yang dikisar..
Nih resepi very the basic laa kata orang untuk mereka yang baru nak mencuba yer..
Nak tau asal usul umai nih dan resepi juga boleh rujuk blog dayangjack

Bahan2:


>1 mangkuk isi ikan segar yang dihiris nipis(buang sisik ikan,potong fillet baru hiris halus)-
[Ini saya gunakan ikan kuning(yang bertulang halus tuh,so masa sesi menghiris halus memang berbunyi kret2..potong tulang sekali)]
>Boleh gantikan ikan lain(jenis yg bertulang halus dan panjang yang selalu dibuat umai)
>Boleh juga gantikan ngan udang yang dipotong halus


>2 Cili jarum(pedas cili nih)-boleh tambah cili padi atau cili merah jika mahu
>1 Bawang merah(buang kulit)
>2 cm Halia(buang kulit yer)
>5-6 biji limau kasturi(1 biji dihiris dgn kulit2 sekali,yg lain diambil jusnya-letak lebih jika perlu)
>Perasa-garam,perasa dan gula(sendirik ejas eh)



>Cuci semua bahan dan hiris(racik) halus semua bahan2 seperti gambar di atas..


Kemudian,tuangkan jus limau kasturi..Gaul rata dan siap!!

No comments:

Post a Comment

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^