Salam..
Macam mana hujung minggu puan2 sekalian? Pastinya hujung minggu ini di isi dengan aktiviti masing2..ada yang best dan mungkin ada aktiviti tak berapa best..
Ada yang teruja,ada yang terseksa..ada yang suka mungkin juga ada yang derita..ada yang merajuk,ada juga yang terpaksa memujuk seseorang..
Apa jua yang telah berlaku...kena terima dengan fikiran terbuka. Setiap yang berlaku tu,mesti kita dapat belajar sesuatu darinya..dengan kita sedari atau tanpa kita sedari..kadang2 kita tahu,cuma buat2 tak tahu...(Kemain intro n3 aku arini eh)
Sebenarnya nak cerita pasal hujung minggu nie..
Hujung minggu ni di Mukah,ada keramaian yang disebut sebagai PESTA KAUL.
Pesta ni sekaran bukan cam asal-usulnya yang mengikut cerita orang tempatan ia diadakan untuk 'jamuan' penunggu laut.
Sekarang ni,kalo pergi pesta tu macam pesta makanan pun ade.
Selain tu banyak aktiviti yang diadakan untuk memeriahkannya.
Macam minggu lepas,'anak' pesta kaul tu..diadakan PESTA MEMANCING..pun dah ramai orang pergi.
Kitorang tak tau pun ada pesta tu..selamba jer jalan2 pasar mukah cam biasa...bila tengok banner baru tau rupanya ada pesta memancing.huahuaa..
PESTA KAUL tu dah bermula semalam..hb ku pula beria2 mengajak pergi ke bandar Sibu.
Nak pergi keramaian macam pesta kaul tu bukan kita tak tau..dengan anak2 yg masih saiz S nih..dengan panas teriknya,kereta pulak parking jauh berbatu..adehhh laa
Nampaknya lain tahun jelah pergi eh..
So kitorang bertolak ler ke bandar Sibu..bertolak kul 2,sampai kul 5 gitu ler rasanya.
Kalau ikut jauh tak ler jauh sgt..dalam 140km gitu jer.
Cuma buat masa sekarang,jalan Mukah-Selangau dalam pembinaan..sebab tu lambat skit.
Keluar jer simpang jalan,nah kauuu..habuk keta seinciii!!huhuuu..
Dah sampai sibu..kitorang ronda2 satu bandar..
Pastu makan..(syok oh..cuti2 masak semalam)
Pastu shopping..(rambang mata nih tengok banyak offer-sesi shopping pakaian sefamily)
Pastu baru check in hotel..
Pagi tadi,lepak hotel tengok citer Jepun..kisah seorang nenek bisu yang terpaksa menjaga seorang budak(tak tau laa cucu kandung ke bukan sebab cite tuh takde translate..sibbaik x banyak dialog sebab nenek tuh bisu).eheee..
Budak tu punya laa nakal,nenek tu dah laa tua kena pulak layan karenah budak tuh..iskh..
Dekat nak abis gak cite tuh baru kitorang check out..
Then makan lagi..(makan nasi ayam..iskh..sedap!!)
Then shopping lagi..(sesi beli barang2 dapur lak)
Pastu baru bertolak balik..
Haa..jangan tak tau,saya sebagai orang Sarawak..nilah pertama kali jejak Sibu..hahaha!!
Hubby selalu gak pergi sana atas urusan kerja..heee
Bestnya ronda2!!
Lagi best sebab pergi dengan satu keluarga!!
No comments:
Post a Comment
Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^