Salam Mesra..
Setelah berjaya menembusi broadband dan server agak ok hari ini..
Menu best yg ingin dkongsi bersama ialahhhhh..jengg!jenggg!JENGGGG!!
Laa..mana nak saspen dah,kat topik dah bagitau tuu..huhuuu
Bagi nasi lemak ni,apa yg istimewanya warna kuning yang pastinya lebih menarik jika sudah selalu makan nasi lemak biasa.Sekali sekala tukar kaler nasi pasti best kan..
Boleh gunakan mana2 resepi nasi lemak kegemaran cuma tambah serbuk kunyit atau guna kunyit hidup kalo nak lagi sedap..aromanya memang membangkit selera!
NASI LEMAK KUNING
BAHAN2:
3 pot beras
3 1/2 pot santan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
CARA2:
1. Masak nasi menggunakan rice cooker seperti memasak nasi biasa.
2. Sebaik saja 'tek'(ni soundtrack rice cooker) bila dah 'keep warm' tu,bukak tudung periuk dan kaup balik nasik menggunakan senduk supaya nasi masak sekata.
3. Lepas tu tutup balik n jangan usik dah..kalau terlebih kacau nasi tu x sempat masak sekata.
SAMBAL TUMIS UDANG
BAHAN2:
1 mangkuk udang(tanpa kulit)
10-15 biji cili kering(guna cili kering yg kecil sedikit tu,saiz besar x sedap)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu kecil belacan
1/2 sudu kecil asam jawa tanpa biji(adabi)
1 1/2 sudu kecil garam
5 sudu makan gula(sendiri adjust)
1/2 sudu kecil ajinomoto(jika mahu)
1/2 cawan minyak masak
CARA-CARA:
1. Rebus cili kering yg dipotong2 sehingga lembut.
2. Kisar semua bahan2(termasuk cili kering tadi) bersama sedikit air menggunakan blender bhn basah kecuali udang,gula dan garam
3. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yg dikisar sehingga agak garing.Kacau selalu..
4. Perasakan dengan garam dan gula dan akhir sekali masukkan udang. Bila dah masuk udang tak payah tunggu terlampau masak nanti udang jadi keras pula.Jika masih terlalu pedas,tambahkan lagi gula..
5. Kacau sentiasa supaya sambal tidak hangus yer..
6. Bila dah cukup semua rasa baru padamkan api dan hidangkan bersama nasi lemak kuning..
Fuhh!terangkattt....Bagi yg tgh diet,pepandai laa adjust makan tuu ehh :D
Juga sedap dimakan bersama nasi putih.. SELAMAT MENCUBA!
Ya rabbi, panjang umo bah...kamek baruk jak nyuruh ktk upload masakan tek...hehe. Nyamannyyyyaaaaaaaaa!
ReplyDelete