Menu minum petang ni pulak agak berlemak..
Tapi makanan jenis bubur2 nih memang peberet lelaki yang menjadi suamiku iteww..
Secara tak langsung terjangkit la jugak menjadi peberet isterinya ini..
Sebab tu kalau selalu jer menu ni menjadi pilihan,copek yo kombang badan den nih.huuuu..
Keladi nih bukan cina punya ok..kitorang beli kat orang yang menjualnya.hehe
Nama jer keladi cina..dan isimewanya keladi nih.bau yang semerbak jer bila direbus..ataupun digoreng..
Ada jenis keladi kadang2 tuh tak empuk2 bila direbus lama..
Keladi cina nih senang nak empuk,tak sampai setengah jam dah lembut..sedappp..cair di mulut gituu..
Bahan2:
Keladi cina-dikupas kulit dan dipotong dadu kecil
Biji sagu
Santan
Sedikit garam
Gula
Cara2:
>Rebus keladi sehingga agak empuk/lembut
>masukkan biji sagu yang sudah direndam terlebih dahulu sementara merebus keladi td,kacau sebentar..
>Apabila biji sagu sudah kelihatan jernih,masukkan gula,santan dan garam secukupnya..
>Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
Keladi nih memang creamy jer bila dijadikan bubur gini.masak pun senang sangatt..
Selain dimakan panas2 ia juga boleh disejukkan dalam peti ais atau letak je ketulan ais ketika hendak memakannya..
Jemput laa yer..
No comments:
Post a Comment
Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^