Thursday, September 27, 2012

Fresh Fruits Tarts..yummy!

Assalamualaikum..
Bertemu kembali di pagi Khamis yang indah ini.
Musim haji sekarang ni ek..semalam incik suami pun turut terlibat menghantar bakal jemaah haji ke airport.. ada juga di kalangan rakan2 blogger yang ku kenali melalui dunia maya ni seperti kak Anymz dan kak Ummi yang pergi menunaikan rukun islam ke 5 itu juga..dan baru baca tadi suami n MIL kak Rosaliza juga telah bertolak ..alhamdulillah..semoga mereka yang pergi ke tanah suci selamat pergi,selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur..aminn

Baiklah,terus ke menu hari ini.
Nih pertama kali laa aku buat dan merasa sendiri fresh fruits tart ni ha.. Sebenarnya nawaitu semasa membeli stoberi tempoh hari tu nak membuat pavlova..tapi napa tah niat terpesong di saat2 akhir tanpa kawalan. Cuma pemikiran yang logik untuk dinyatakan adalah sebab nak ngabiskan stok tart shell yang masih berbaki lepas raya tempoh hari..masih rangup lagi duk elok dalam bekas. Crust ni kalo dah desperate sangat nak ngunyah biskut boleh gak belasah nih jadi kudap2an.heh :-D

Sebab tu laa kalau korang tengok tartlets aku kat bawah nih serba kekurangan...buah tu jer yang ada dalam esbok..tskk2..kiwi pun tarak..epal ada tapi macam tak sesuai laa nak buh kan.tapi kan,dua jenis buah ni pun dah memadai rasanya nak ngam dengan kastad dalam crust tart yang comel tu..rasa buah tu yang ending kunyahan kita buat tart ni rasa best dimakan. Aku jarang sangat jumpa stoberi ni..aritu beli kat Bintulu dalam perjalanan balik dari kampung...tu pun dapat last kopek..huu..

Nak terima kasih laa kat kak Azita Zain tokey tart terkenal seantero Malaysia..hehe..dan juga Anna Qawina yang mula mengikut jejak kak Azita..nih angkut resepi dari dapur anna..semoga rezeki anda sekelian semakin berlimpah ruah..amin.
Dikongsikan di sini pula resepinya..selamat mencuba buat anda yang ingin mencuba sendiri..insyaAllah,sedappp! ;-)
Agak2 malas sangat nak buat,boleh la order kat mereka ye..


RESEPI KRIM KASTARD dan FRUITS TART
Sumber resepi : Dari Dapur Azita Zain
Sumber: AnnaQawina@ Qasseh Al-Zahra

Bahan2

Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin@mentega
Cara2 :Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.Masukkan ke dalam piping bag.


**Buah2an : Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi Potong mengikut citarasa masing2.
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.
 **Coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boiler (optional) Cara Untuk Menghias : Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu..ketepikan seketika. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust. Susun buah2an pilihan. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
  1.  Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.  **Anna pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali in guna susu cair ikut resepi di atas..
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang. Alhamdulillah sedap Tujuan menyapu coklat cair ke atas crust adalah supaya crust tahan lama tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastard. 


 Nyummm...sedap2!

Untuk resepi crust tart tu,aku masih menggunakan resepi kak Azita jugak..boleh la rujuk di SINI ye... oh ye,aku guna unsalted butter untuk crust nih.. nanti line ok,insyaAllah kopipes resepi ke sini untuk memudahkan rujukan..ni try buka link tadi tak dapat2 gara2 tenet lemau tahap kronik..huhu..
Oklah,nak gi blogwalking mana2 sempat jap..hee

Thursday, September 20, 2012

Biskut Almond Eye

Assalamualaikum.. 

Syawal dah berlalu tapi resepi biskut baru nak kongsikan di sini ya.. takpe,biskut boleh lemau tapi resepi tetap sama jugak gitu kan...*kaver diri sendiri
Bila ku lihat,dah sebulan lebih entri ni terperam dalam draft..keskes...tu maksudnya biskut ni pun dah tinggal kenangan indah aku dan dirimu laa kan..

Sebenarnya, biskut almond eye ni guna acuan tart bentuk sampan..tapi aku guna acuan yang aku ada masa tu jer...ada munger2 tepi tu..jadilah ia almond eye yang pakai mascara..hehehe.. Tapiiii,baru2 ni aku terjumpa dah acuan yang tart sampan tu,jadi aku dah berjaya membelinya..insyaAllah lain kali guna acuan tu la kalo nak buat lagi almond eye nih ek.. Lagipun sonang ba itu nak buatnya..kalo malas nak buat 'mata hitam' kat eye(mata) ni,boleh simpan dulu..kemudiannya baru letak inti ceklat sebagai mata tuu..ehe..ada jugak laa yang lama tak bermata biskut aku nih aritu gara2 rajin lambat sampai.huuu..

Nak tau rasa? aaa...rasa pastry atau biskutnya tu pun dah sedap..pulak tu aku guna mentega kan,sebab tu la sedap(memang puji diri nih..haha).. yerla,kalau guna marjerin atau buttercup pun insyaAllah sedap juga.. tak caya tanya kak wan..hehe.. tapi apa2 biskut pun rasanya yang terbaik la guna mentega tulen kan..hee.. Dah laa pastrynya tu sedap rangup rapuh gitu kan,bila buh ceklat ngan badam lagi memang rasa iras2 almond london gitu..tapi lain. iras jer..heh

Cantik tak biskut mata almondku yang pakai mascara tak berwarna nih?huhuhu.. nak tengok biskut original sila klik link kak wan kat bawah ni ya..kak wan memang femes seantero malaya dengan kekreatifan beliau menghasilkan seni dekorasi masakan nih.. Terima kasih yer kak wan sebab kongsikan resepi yang sedap nih..izinkan saya kongsikan bersama rakan2 di sini pula..  

Biskut Almond Eye
Resepi /Sumber: Citarasawan@resipicitarasawan.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

 Bahan-bahan
130gm mentega
60gm gula ising
250gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh perasa vanila

 Hiasan : Badam panggang dan coklat masakan cair

 Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanila pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan uli menjadi doh. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Canai dan terap dengan acuan sampan.
4. Bakar selama 150C selama 15-20 minit.
5. Sejukkan biskut dan paipkan coklat masakan cair. Letak sebiji badam sebagai hiasan.

Selamat mencuba! ^_^

Wednesday, September 12, 2012

Happy Birthday My Little Princess

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih buat semua rakan FB dan rakan blogger yang sudi wish dan mendoakan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 14 semalam baik kat FB mahupun kat blog ini.. dah baca komen satu persatu cuma tak berkesempatan lagi nak reply... walaupun sekerat ayat,ucapan amat dihargai..terima kasih semua ya..semoga yang kebahagiaan sama2 kita kecapi :)

Nur Salha Adryana..Inilah hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10,4 tahun yang lalu.. Anak ke tiga kami..dilahirkan pada 12/09/2008..sehari selepas ulangtahun perkahwinan kami..
Saat mengandungkannya boleh tahan menyenangkan,sampai ke saat kontraksi pun sempat siapkan kek lagi..hehe..
Tiada morning sickness yang teruk kecuali tak boleh perut kosong sebelah pagi memang muntah kuning dibuatnya..agaknya sebab itu semenjak pandai makan,Yana memang mencari makanan sebaik saja bangun dari tidur..kalau belum disediakan,dia akan mencari snek sendiri di dapur.hehe...
Saat melahirkannya juga boleh dikatakan mudah..cerita mengenainya sudah kukongsikan sebelum ni.. alhamdulillah..kini sudah 4 tahun namun masih segar dalam ingatan..

Di usia belum mencecah 2 tahun yana dah mula mencantum ayat dan respon pada gurauan yang selalunya tidak terjangkau dek akal kanak2 seusianya.. Petahnya berkata2 memang tak disangka2 bila ia bermula..terasa macam dah lama jer yana dah pandai bercakap..percakapannya hampir sama tahap dengan kakaknya yang berusia sekali ganda darinya..Dari dulu tu dah pandai buat kita ketawa dengan cara yang susah nak describe.. Tapi dia hanya pot pet pot pet dengan orang yang rapat jer...dengan orang asing pandai lak malu2.. Begitulah istimewa anak2 kurniaanNYA..lain anak,lain keistimewaannya..kan? :-)

Bersama Mak Usu di pagi raya baru2 nih..peberet aunt ni..huu.. ;P
Uconya nih memang gemar memanjakan beliau sehingga kadang2 terlebih sudah...hahaha..


Bersama sepupu kegemaran..hehee..


Masa pergi beraya ke rumah my cousin...budak2 ni jadi ala2 giant gitew...hehe.. tudung yana dah terbang ntah ke mana sebab kepanasan..huhu

Buat anakku Adryana..Happy Birthday yang ke 4 tahun,sayang... InsyaAllah tahun depan baru nak mula bersekolah..semangat benar nak sekolah sampai bila disebut nak sekolah tu tak habis tersipu2 senyum seperti gambar di atas ni..hehe

Semoga membesar menjadi wanita solehah..dihormati dan tahu menghormati, dikurniakan kesihatan terbaik sepanjang hayat dan mendapat segala yang terbaik di dunia dan akhirat..Aminn..
Kami semuaaa sayang Yana.. muahhh! ;-)

Tuesday, September 11, 2012

Ulangtahun Perkahwinan Ke 14..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah swt kerana memanjangkan usia perkahwinan kami dan dalam keadaan masih sayang menyayangi,cinta mencintai...ececeh..jiwang eh! Sila feeling2 skit kalo baca post nih ;P

Terasa sekejap jer 14 tahun sudah rupanya hidup bersama..
Tahun demi tahun semakin kukuh dan saling memahami.. Dugaan bukan takde,tapi redah jer bersama2.. negatif positif sikap masing2 cuba saling menerima.. keburukan kebaikan masing2 sudah pasti ada..kerana itu kita dikurniakan pasangan untuk saling melengkapi..
Aku untukmu,dan kau untukku..itulah sebuah cinta dalam perkahwinan..
Aku ingin melihat kegembiraanmu..dan kau ingin melihat kegembiraanku.. kita sama2 saling cuba membahagiakan.. Semoga kebahagiaan kekal untuk kita sehingga ke akhir hayat..
aminn ^_^

Gambar ehsan google



Kini perkahwinan kita diserikan dengan 4 cahayamata..yang masing2 dengan karenahnya..namun tetap membawa bahagia..syukur kepadaMu ya Allah..



Buat suamiku..

Kad ni pun ehsan google

Selamat ulangtahun pernikahan kita yang ke 14,sayang... Masih baru lagi perjalanan kita..semoga ikatan ini semakin utuh dan kukuh biar apapun dugaan menanti.. Terima kasih atas segala2nya.. ;)
Tak boleh taip lebih2 kat sini sayang nanti orang muntah ijau depan laptop..hihi..

Terima kasih buat rakan2 yang wish kat FB.. terharu ni.. ^_^
Good luck juga buat semua calon UPSR yang mula menduduki ujian pada hari ini..

Tuesday, September 4, 2012

Kenangan Di Pagi Aidilfitri 2012

Assalammualaikum..

Ah. Gasak. Baru nak ngupdate gambar pagi raya lagi.. awat ler lambat bebeno kan... takpe2,masih dalam bulan syawal lagi..jadi kira afdhal lagi ni.hee..*nak sedapkan ati sendiri.
Baru nak panaskan hati eh hati pulak...panaskan mood blogging, zhariff lak demam. Semalam baru dia ok..harap berterusan ok..risau woh bila anak2 demam panas ni.huu..

Sahaja aku nak nge'share' beberapa posing gambar raya yang tak seberapa untuk kenangan di masa hadapan.. gambar tak berapa nak cantik sebab malas nak setting bagai snap mana sempat,yang blur pun boleh buat satu album, yang candid jangan cakap ler..tulis je. Memang gambar kandid lagi best kan kadang tu.. Takpe gambar tak santek,yang penting orang2 dalam gambar tu santek kannnn..agege nya.. ;P

Di pagi raya...terkenang daku kepada si dia..kampung halaman nun jauh di sana... Ni sapa suruh korang nyanyi nih...aku nak citer,di pagi raya,biasanya memang adegan bersalaman di rumah mertua sebelum pergi sembahyang raya.. dah tu baru adegan posing sket..tak boleh banyak sebab bergegas pulak ke rumah keluarga aku...

Oh..ni macam upacara penyampaian hadiah jer ek...hehee... si kakak dapat hadiah (sebab dapat no 1) dari mak sedara belah suami aku la ni..eh betul ke ayat aku tu...err,mak sedara belah ayah dia....aaa,sama la tu kan!ahak

Pastu amik gambar satu keluarga besar gini belah suami aku... walaupun masa ni lum semua ada,nampak meriah la juga.huu..tahun kedua beraya tanpa ibu mertuaku..dan tahun ke 5 tanpa ayah mertuaku. Al fatihah ...Yang tengah tu pak sedara suami..

Sebenarnya 3 famili yang macam sedondon tu tak dirancang..hehe...bila masing2 nampak,cam berjanji lak..hiii...so sweet. Eh zhariff adalah sangat meragam nak tido masa nih.

Jadi dengan meragamnya zhariff tu,nak menyusu dan nak tidur,kitorang pun bergegas la pulak nak ke rumah family aku lak..takkan nak amik gambar raya sambil BF kan...tu sadis sangat tu..

Oleh itu,marilah kita amik gambar keluarga versi ala2 nak nyanyi lagu negaraku yer puan2... nak posing2 ramai2 pun memang tak sempatt..grrr grr..ni pun kira syukur la ada gambar sekeluarga..huu..

Jadi sesambil incik abang amiik gambar sikit lagi,aku nyusukan zhariff dalam keta..lepas tu kitorang bertolak la balik kampung aku lak...ecece...15 minit jer pun dah sampai.macam jauh beno munyiknyer..hee..Bukan apa,nanti kang semua orang dah standby nak bersalam kalau kitorrang ni lambat sampai tak besh laa kan..
Dalam perjalanan tu zhariff dah nyenyak tido dah tanpa rasa bersalah.hehe..

Sampai jer kat rumah ayah aku tu, ada yang dah siap ada yang belum siap dan ada yang sampai ke sudah tak siap2..tu budak2 laa tu.hehe...


Yang kecit duk tengah tu ahli keluarga paling kecik sekarang nih...Aemy si comel... pakai tudung lak..alolo..bersama peminat setia,si Yana... si kakak pun join sama..yang tu ibu aemy merangkap adik ipar aku...


Dah siap acara salam bersalaman dan bermaafan disulami syahdu aidilfitri..eh dan acara duit raya bertukar tangan.. maka, acara posing gambar raya pun amik juga laa mana yang sempat.. banyak jugak laa sempat dan menyempat2nyer kan sebab banyak tangan dan kamera ngambik gambar..Gambar ramai2 satu famili takde rupanya kat memory card aku ni... jadi aku upload mana yang ado jelah ni.huu..

Sesi perempuan sekalian bergambar dengan ayahanda..

Posing sket.. ceria di aidilfitri giteww..

Gambar sedikit gediks..hehehe.. sikit je pun :P

Gambar ayahanda bersama lelaki sekalian.. zhariff memang mood bergugu gaga jer pagi tu sebab baru terjaga dari tidurnya yang singkat...orang berhari raya takkan nak tidur lak kan ..kikiki

Eh tak banyak aksi lak gambar lelaki sekalian ni posing,jadi tak perlu la buh bebanyak ek. Asyik posing sama jer pun..kecuali zhariff la,kejap nganga kecik,kejap nganga beso sikit..hehe

3 generasi..
haihh zhariff,zhariff...tak abis2 lagi ke posing nganga mulut tuh?kakaka...

Saturday, September 1, 2012

Salam Aidilfitri 2012 Dan Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum wth...

Entri terlambat..Tu laa,orang dah pesan, pos kad raya sekurang2nya seminggu sebelum raya...nih pos seminggu selepas raya kan...tu yang sampai lambat tu..heee....eh better late than never kata uncle John.

Minta maaf la ek atas kelewatan dan ke'senyap'an entri2 terkini dari blog yang tak seberapa ini yer.. Sebenarnya banyak juga benda berlaku dan tak berlaku yang menyebabkan tak terhapdate blog nih.. benda yang berlaku tu of coz penghalang kadangkala kan seperti kesibukan,kurang sihat dan sebagainya..benda yang tak berlaku tu pulak adalah seperti internet laju berdesup, kejayaan upload gambar dengan jayanya..perkara sebegitu la yang membuat entri cendol pandan tak berganti..heee...

Terima kasih la buat kak Rosaliza yang saban hari datang jenguk blog nih dan tinggal pesan kat chatbox tu... adik aku pun dah bising asyik nampak cendol ajer..nanti aku tayang menu best dia bising jugak.ahahak.. Tima kasih lah yer buat semua yang mendorong aku nak hapdate blog.. Pastu buat pengunjung lama dan baru yang tinggal pesan dan soalan..ada yang dah terbalas dan ada yang masih tertunggak..dushhh! Minta maaf banyak2..

Di kesempatan ni rasanya masih belum terlewat nak ucapkan Selamat hari raya aidilfitri buat semua pengunjung blog ni tak kira laa yang dah lama follow atau baru jer terjumpa blog ni kan, rakan2 FB,sedara mara dan sahabat taulan...
Minta maaf jika sepanjang berblogging ni pernah menyinggung hati dan perasaan kalian,jika ada.. Di hari baik bulan baik ni rasanya lebih tenang jika kita memaafkan orang lain.. tapi kalau yang dah buat kesalahan besar tu takkan setakat nak hantar forward sms hari raya jer kan, kalo boleh jumpa laa bertentang mata,atau sekurang2nya telefon orang berkenaan..

Malam tadi baru save gambar2 raya,tengok ada 1000 lebih dalam memory card..amboi bergambar sakan ke...idak ler jugak..cuma ramai yang fotogedik jer kitorang2 ni kan..kikiki...
Buat entri pemanas ni,layan ajelah gambar anak2 kesayanganku di pagi raya.. Zhariff tu baru bangun tido,mood pun takde..hehe. Ni masa di rumah keluargaku.

Adryana,Zahrul,Zhariff,Amylda.. zhariff serius ajer.

Syahdu di aidilfitri..

Tangisan di aidilfitri..hehe..


Menu raya dan resepi2 akan muncul kemudian yer..rasanya nak layan gambar raya dulu..hee..
Maaf sebab lepas raya ni memang belum sempat laa nak blogwalk ke blog kengkawan sumer...insyaAllah jika diberiNya keizinan akan ku jejak juga blog kalian yang sudi menyinggah ke sini.. Terima kasih ye.. Selamat hari raya! ^_^