Friday, March 30, 2012

Bercuti2 Di KK..Syoknya Ke Pulau..!weee~

Assalamualaikum.. ^_^

Best laa tenet dah agak laju ni kan...merempit kat FB sampai aku boring pun ada sebab orang lain dah senyap aku jer duk hu ha sorang2 semalam..hehe..
Dari takde keje baik ngupdate blog dulu kan...tapi belum story masak2 lagi.. Sebenarnya semenjak balik bercuti aritu aku masih kesibukan dengan itu ini.. balik Miri tiap minggu sebab ada game badminton anjuran company incik abang..

Oklah,buat pemanas enjin blog aku lagi.. aku nak citer pasal percutian kami ke switzerland..ecece..banyak laa ko nyer switz kan..maybe next yearrrrr(panjang lg year nyer tuh) tunggu zhariff besar banyak laa gamaknya..tak kuasa nak kejar beliau sepanjang cuti2..huihh..letih tauu..hehe

OK2..kali pertama ke KK ni,kitorang naik flight jer.. kononnya nak meninjau2 laa dulu. kot2 berkenan,akan kembali guna jalan darat pula di lain kali.. berbeza dengan aku,adik beradik yang beberapa orang tu dah kerap kali ke KK ikut jalan darat.. tapi kali ni sebab join venture kitorang gi coti2 tu,diorang pun naik flight gak..sebenarnya salah sorang abang aku malas nak gi,driver harapan tak dapat pergi..tu yang dorang terpaksa amik flight..kikiki..

Sampai jer sana,kitorang terus tido semalaman tak bangun2 sampai tengah hari esoknya. EH tak la,tu baik tak payah bercuti ke tempat orang kan.
Terima kasih buat kakak aku yang susah2kan dirinya tolong carikan n bookingkan tempat penginapan kat sana. Kitorang stay kat waterfront KK hotel..eh terbalik kot,KK waterfront hotel ke..ek?hee..

Lepas tu aktiviti kat sana,jenjalan..jenjalan lagi..pastu jenjalan.. destinasi mula2 tu ke area berdekatan yakni pasar malam..harga ayam panggang(sayap ayam),singgit setengah je ko..murah.
Pastu sotong pun sedap,tak dibakar kering sangat.. masa tu takde amik gamba makanan pasar malam sebab kitorang sibuk melantak.ngegege..

Sempat gak la hari ke 3 tu, jenjalan awal pagi ke kedai kuih2 kering depan kedai philipines(nama gelaran kedai tu kot) cuma kedai tu belum buka lagi..awal sangat laa kitorg pergi..tapi matahari dah kuar laa jugak..takkan pergi waktu subuh kan..melampau la semangat tu..eheh.

Dannnn, pada hari yang sama kitorang pergi pulau.. jeng jeng..!
Pergi KK takde barang laa kalo tak gi pulau yer dak? Nak naik gunung kinabalu tunggu zhariff dan yana lagi besa la kot kalo nak ikut sama..huhuhh..

Dan pulau pilihan kitorang(adik aku yang pilihkan,kitorang ikut jekk) adalah Pulau Manukan.. waduh,syok seh..aku suka naik2 bot nih. Sibbaik tak mabuk laut..bleh laa ikut orang gi mancing ke laut lenkali nih(pullok!)

Jom ler layan gambar2 kenangan di pulau manukan,sabah..

Dalam bot, menuju ke pulau destinasi..

Sampai di jeti, boleh tengok ikan2 warna warni macam dalam akuarium..biasa tengok akuarium dari tepi kan,tapi kali ni dari atas...sukaaaa sangat!! lagi2 sebab ada ikan kaler biru yang berkilat..subhanallah..cantikkkk!!!

Aktiviti wajib...snorkeling...best tengok ikan berenang2 depan mata..hehe..

Part permainan lak..eh permainan ke..hehe..aktivitinya naik payung terjun..eh! 1st time tau.. best sesangat laa.. naik berdua pula dengan cik abang kan..sibbaik ada kakak tolong jaga anak2 masa ni..kalo untuk yang baru kawin tu sesuai sangat laa nak honeymoon ke sini..kalo yang dah ada anak tu kena ada orang jaga anak laa kan..

Masa untuk terbang...ditarik dengan bot...weeeee~!!

Sibbaik jurugambar tak guna zoomlens..kalo tak mesti nampak muka teruja kitorang kat atas tu..kikiki.. bila makin tinggi,makin wahhhh..best2!

Sekali dua tu,bot diperlahankan dan kitorang mencecah air..fuhh! sibbaik masa tu tak terbayang seekor ikan duk nganga tengah laut..kakaka..!

Lepas tu bot dilajukan dan kitorang terbang tinggi lagik..


Lepas tangan sebelah nak buat aksi 'peace' pun cik abg dah sound...ecece...sayang bini katekan.. nak muntah tak?nak muntah tak?ahahak.. :P

Yang bestnya,dah landing pun kita akan duk elok jugak atas pelantar bot tu macam masa nak bertolak 'terbang' tadi..pehh!rasa tak puas pun ader..hee..~

Nih laa jurugambar yang amik gambar kitorang terbang tu..Thanks Ryo..!! Di belakang,kelihatan mamat bot tu ngah sibuk nak kemas payung terjun tu balik.hehe..


Peserta untuk aktiviti kedua pulak..ni ondaway untuk Banana Boat..rasanya ni pilihan ramai pengunjung sebab boleh naik ramai2..5 orang sekali harung.hee.. dua dari kiri jurugambar untuk aktiviti kali ni.tq sis!!

Dah naik banana boat..standby untuk ditarikkk...

weeeee....weee....laju lagi,laju lagi.. ala,tak laju laaa..
cer senget2kan sket!kasi cabarannya..hehe..

Ayarkk!!memang kena terjun ke bang?hahaha..kalo tau,mesti siap2 nak praktis renang kupu2 cermai.huhu..

Kasih seorang ayah..make sure anak naik dulu.ahaks..

Tak abis2 aksi peace tu kan..ngahaha.. bot tu patah balik la amik kitorang.. nih pun laagi kejap rasanya,macam sepatutnya lebih lama dari tu..tak sampai pun 15 minit seperti sepatutnya rasanya..huu :P

Dari 'peace' ke 'thumb up' pulak.. yang aku pelik napa tah life jacket orang belakang aku tu jadi gitu..ahahak..!macam seksa sangat nak berenang tu ha..kekeke..

Keseronokan terserlah di wajah kami..

Aktiviti main air diteruskan dengan zhariff pun ikut berendam gak..nak bagi dia snorkerling tak cukup umur lagi,equipment takde saiz.hehe..


Dak kecik yang kesejukan bila naik atas darat..lawak muka zhariff kesejukan masa tu..dengan segera aku buka baju dia dan gantikan dengan jaket.hehe..

Untuk permainan/aktiviti yang ke tiga dan terakhir hari tu..disertai 3 jejaka ni jer..agak lasak gak..flyfish namanya..

Para peserta bersedia untuk ditarik dengan lajuuuu.


Meanwhile,
Zhariff dah lama2 tuuu baru dia teruja mandi manda di situ... kitorang main snorkerling sementara mereka ber'flyfish..

And,here we go..!!hehe.. pemandu bot ni pun sporting gak.. dia siap tanya adik aku nak jatuhkan ke tidak..dengan sedikit sikap sabotaj,adik aku yang merangkap jurugambar kali ni suruh je abang bot tu jatuhkan peserta2 kali ni..hahaha...baru mencabar sket kannn!

Gambar di atas tu sampai tegak tuu..mana tak dari 2 orang(gambar bawah kiri) nampak kepala.. jadi satu kepala jek(gambar bawah kanan)..sorang dah jatuh.. orang duk tengah tak nampak sebab rendah.hehe..

Tinggal dua orang jer atas bot sebab sorang dah jatuh.. sapa jatuh tuuu?hihi..

Tu diaaa..Ryo..!mangsa sabotaj!hahaha... siap buat aksi peace gitew..kaver ye bro?hee...
Macam kena tinggal sorang2 tengah laut lak.. :D


Second round lak..(sebenarnya dorang dah lega sebab ingatkan dah berakhir) rupanya,baru nak second round..hehehe... nasib korang laa kan.

Tu diaaa aihh.. ni kalo letih pegang kat situ memang kena terjun jugak laa..hehe...

Haaa..kan? Tinggal banglong yang tengah2 jer lagi tak jatuh..dia senang sikit sebab tak susah nak pegang dan berkedudukan selesa kalo bandingkan orang duk tepi.hehe

Dua2 dah jatuh..kihkih.. letih naik balik katanya..


Budak2 ni memang suka mandi manda.. aku kan,dah last2 nak balik tu baru aku betul2 pandai guna alat snorkeling tu..mula2 tu asyik termasuk air laut jer..hahaha..

Tengok tu,tengok tu..ada ciri2 penyelam skuba tak?haha.. Seronok wehh...! Yang penting budak2 pun have a great time! :)

Bergambar kenang2an sebelum balik ke bandar.. :)

InsyaAllah ada rezeki lenkali nak berkunjung ke sini lagi.. besar kemungkinan guna jalan darat pula.. yang penting kenangan bersama keluarga tu yang mahal.. :)
Terima kasih juga buat keluarga(adik2 dan kakak2) yang memeriahkan lagi percutian kami kali ni..

Wednesday, March 28, 2012

Bersua Kembali..bersama Zhariff ..

Assalamualaikum..
Entri pembuka setelah cuti2 agak lama...atas sebab2 tertentu dan masalah tenet yang berkesinambungan.ehe..

Hari ni 28/03 genap usia anak bujangku yang bermata kecik nih 1 tahun 4 bulan..
Tapi gambar2 di bawah ni aksi2 dia ketika balik dari KK 2 minggu lepas..
Zhariff sangat aktif sekarang.. di tempat awam,memang lincah jer.. aksi kejar mengejar selalu berlaku antara aku dan dia..

Aksi berlari2,meniarap,merangkak di airport semua dia dah tunjukkan yang dia berbakat dalam membuat perkara2 sebegitu..cuma aksi lompat2 jer dia belum lulus lagi walaupun percubaan tu ada..huhuu..
Terbaru,ketika dia ikut sekali ke gelanggang badminton.. diterjahnya masuk gelanggang ketika permainan sedang berlangsung sambil buat muka tak bersalah..
Bila kita berlari mendapatkannya,dia akan gelak terkekek2 seolah2 dia telah membuat lawak antarabangsa..

Kalau sekali dua takpe,berkali2 lak percubaan dia gitu..lari ke court(sebab penonton pun x jauh dari court) memang tak boleh lepa sikit..kesempatan itu akan dia ambil untuk menyakat kita dengan melarikan diri agar kita kejar dia balik. Terasa kesabaran benar2 diuji pada waktu itu.....bukan letih main badminton dibuatnya tapi letih mengejar anak.hahak..

Tapi walau apapun, keaktifan zhariff yang kadangkala menguji diri nih buat kita sedar..betapa bahagianya membesarkan anak2 sendiri..anugerah Allah yang tidak ternilai.. :)

Nih laa wajah zhariff terkini.. dah besar dan aktif dan..dan.. boleh kurus kita dibuatnya jika selalu bawa ke pasar raya atau tempat2 yang perlukan aksi kejar mengejar..


Muka tak bersalah bila hendak menunjukkan aksi aktifnya..

Jeng..jeng..jeng.. nih ketika kat airport KK.. gitulah muka zhariff kegembiraan sampai tak nampak mata beliau bila tersengih..

gegege...jalan tak henti2 dan tak mengenal erti susah payah..yang susah adalah orang yang mengejarnya ke sana sini...kacau barang selamba jerk..heheee..

Dah sampai airport Miri, letak atas troli..baru senang sikit.Haa,diam pun.. :D

Postur duduk yang salah tu,nak..reti lak dia duk diam ek..(terpaksa sebenarnya..)

Kalau terlepas lagi..sedia laaa untuk aksi kejar mengejar..hehehe...zhariff,zhariff...

Monday, March 12, 2012

Creme Brulee.. my 1st time U!

Assalamualaikum.. ^_^

Selamat bercuti2 buat semua...masa cuti2 sekolah ni dunia blogging lengang la sket kan.. lama senyap tak ngentri adalah kerana tenet bermasalah..takde signal sokmo..
Sabtu lepas balik kampung,singgah Bintulu menghadiri perkahwinan rakan cik abang,malam tu juga teruskan perjalanan balik kampung..penat acik.
Semalam lak(Ahad) kitorang terbang ke KK,Sabah..cuti2 dengan famili kecilku dan sebahagian dari famili besarku..hehe.. dah semalam di sini,seronok jenjalan ramai2..

Tapi untuk entri ni,nak cerita pasal dessert omputih nih..
Sebelum ni aku pernah merasa sendiri yang dibeli dari bakery. Harga memang mahai ler kan..sebekas kecik maybe dalam 2-3 sudu makan je pudingnya dah harga rm2..
Tapi memang puding ni kaya berkrim lemak2 gitu,jadi memang takleh nak makan meriah2 sekali la..makan manja2 gitu..hayati setiap suapan..aiseh..ayattt

Biasanya kan orang bakar gula yang ditabur atas puding tu guna torch(yang macam orang guna welding tu tapi bukan yang itu ler..hehe)..untuk hanguskan gula tu..tapi sebab takde,aku bakar dalam oven guna api atas..memula aku letak tingkat atas..tapi disebabkan takut terlebih hangus,setelah kelihatan nak hangus tu,aku pindah lak ke rak tengah macam nak bakar biasa2 tu.. itu pun aku x tunggu semua gulanya hangus..masih berbaki gula yang masih tak terbakar..hahah..betapa fobianya aku kalau puding tu terlebih hangus lak karang..ehee..

Tapi,alhamdulillah! Percubaan pertama ni menjadik...sama cam yang aku beli kat bakery...kire ok laa tu.. kan?
Tapi lagi sekali, tu laa..nak buat ni walau bahan2nya simple tapi kesabaran perlu diperbanyakkan sedikit di sini..sebab nak mengacau dengan kaedah double boiler satu perkara,l nak tunggu benar2 sejuk lagi sebaiknya semalaman..
Dah sejuk,nak buh gula lak buh atas yang nak dibakar hangus tu kan..dah lepas bakar kena tunggu betul2 sejuk lagi..kalau belum sejuk sesejuk2nya,hasilnya seperti di bawah ini..:

Align Center
Tadaaaa...! nampak sedap dan berkrim,bukan?
Memang sedap berkrim pun..tapi tekstur masih belum menyamai seperti yang aku rasa aritu..so aku sejukkan sebenarnya2 dalam esbok..sehingga seperti gambar di bawah nun.

Untuk resepi,aku rujuk dari blog kak Noreen..dia ni stay kat oberC..tak sure la sekarang masih duk situ atau dah balik Malaysia..
Kalau korang nak try for the first time wat creme brulee ni,aku syorkan resepi nih..insyaAllah jadik,cuma kena sabar jek..kena kacau sampai adunan pekat ye.
Terima kasih kak noreen yang kongsikan resepi nih kat blognya..

CREME BRULEE
Sumber:Noreen Homecooking @noreen-homecooking.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan (6 mangkuk kecil):

4 biji kuning telur
1 cam besar gula kastor
600ml whipping cream
sedikit esen vanilla
sedikit gula kastor (utk ditaburkan diatasnya)

cara:
- pukul telur dan gula hingga sebati
- letak krim dlm periuk kecil buat secara double-boiler tapi pastikan air dlm periuk mendidih perlahan
- kacau supaya krim tidak hangus
- bila krim jadi suam, masukkan campuran telur
- kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air dibawah periuk mendidih perlahan)
- masukkan sedikit esen vanila dan kacaukan supaya jadi sebati
- tapiskan ke dlm 6 mangkuk kecil yg tahan panas
- letak mangkuk dlm tin pembakar berisi 2.5cm air
- bakar dlm oven 140c selama 40 min
- biar sejuk sebelum diletak dlm peti sejuk semalaman
- taburkan gula kastor, grill hingga gula diatasnya menjadi keperangan
- biar sejuk kemudian disimpan didlm peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan

Kat atas tu dier akan 'crack' lepas tu baru dapat puding yang lembut n halus di dalam..Memang best dimakan sejuk2..makan sikit2 gitu..emmmh!

Sunday, March 4, 2012

Kek Suji Oren Berkalori Rendah..

Assalamualaikum..
Bertemu kembali di hari Ahad yang cerah.. :)

Kek ni,sesuai sangat untuk orang2 diabetes, darah tinggi, sedang diet tapi nak makan kek dan orang2 yang tak suka manis2.
Sesuai dengan nama kek ni juga la kan,memang bahan2 digunakan pun memang rendah kalori..jadi jangan komen tak sedap macam kek yang biasa korang makan kat secret recipe lak..tu nak kena tangan namanya tu..eheh.

Kot2 ada yang tercari2 resepi kek yang sesuai untuk orang2 yang berpenyakit seperti aku sebutkan tadi ..mana tau ada sedara mara ke,sesapa ke kan..boleh la korang buatkan kek ni untuk dorang..rasa kek ni lebih best bila disapu sirapnya tu...kalau tak buat dier tawar n kering la sket kan..tapi masih boleh dimakan la.. cam dalam gambar ni aku lum sapu ngan sirap lagi..den lupo..heee..
kulit oren tu pulak memang menambah perisa. Jangan parut sampai kulit putihnya yer,takut pahit lak.

Resepi ni aku rujuk dari buku Shadow Kwan yang bertajuk Manisan Berlemak Rendah. Jadi tak semestinya semua kek menggemukkan atau tinggi kalori yer.
Kek ni aku buat sempena nak menghabiskan stok tepung semolina aku tu..dalam pada tu memang dari beli buku ni dulu nak cuba resepi ni tapi takde stok tepung ni lak..
Okeylah,untuk rujukan bersama,aku kongsikan resepinya di sini..selamat berdiet!hehe..

Kek Suji Oren Berkalori Rendah
Resepi Asal:Shadow Kwan
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

2 biji telur
50g gula halus
60g tepung suji
20g tepung bergluten rendah -hasue guna tepung hongkong
2 sudu besar parutan kulit oren
2 sudu besar jus oren-dari buah oren
2 sudu besar minyak sayuran

Cointreau Syrup:50g air,1 sudu bsr cointreau(pati oren cam sunquick pun ok),15g gula

Persediaan Awal:
  1. Panaskan oven 180c
  2. Gris dan alaskan tin pembakar 7 " x 2.5 " dengan kertas pembakar,ketepikan.
  3. Ayak tepung suji bersama tepung bergluten rendah,ketepikan.
  4. Panaskan minyak sayuran lebih kurang 5 minit,ketepikan.

Cara2:

  1. Pukul gula dan telur sehingga pekat dan kembang.
  2. Tambahkan campuran tepung dan suji. Masukkan parutan kulit oren dan gaul perlahan dengan senduk plastik
  3. Campurkan minyak sayuran dan jus oren.Kacau sebati dan segera tuangkan ke dalam acuan.Bakar selama 20 minit atau sehingga permukaan kek nampak keperangan. Keluarkan kek dan cucuk dengan lidi,ia masak jika lidi keluar bersih.
  4. Untuk membuat syrup cointreau:masak air dan gula hingga larut,padamkan api dan masukkan Cointreau. Sapukan kek yang baru dikeluarkan dari oven dengan syrup,potong dan hidangkan..
Kejadian kek yang gebu..yang penting ia berkalori rendah! selamat mencuba.. :)



Friday, March 2, 2012

Kek Span Pelangi ..versi Angry Bird

Assalamualaikum.. ^_^

Korang pasti biasa dengar atau baca orang kata, jangan suka marah..nanti cepat tua. kan? Begitulah yang terjadi kat angry bird aku ni..sebab suka marah,tu yang dia jadi kerepot tu..angry bird kat kek orang lain sumer awet2 mude belaka..tu mesti diorg pakaikan botox tu,tak pun pakai susuk kan?ahahak..*ayat jeles
Yang sebenarnya tangan nih tak cukup lembut lagi..rendam soflan berbotol pun tak lembut2 gak. Jadi angry bird pun jadi tua sebelum usia..nasib badan laa kan..
Agaknya sebab tu ramai yang lebih suka guna fondant untuk deko2 tempahan..lebih kemas dan elegant gitu.. Takpe2,kite bertatih2 dulu yer.. ^_^

Buat kek ni masa ngengada rajin sebab semua ahli keluarga ada masa tu..cik abang pun baru balik dari luar kawasan kan. Buat ni pun secara spontan..buat merasmi turn table ku itu pun yer juge..ada laa buat bukti kat incik suami yang kite ni bukan sekadar beli2 ajer..tapi kite guna apa yang kite beli kat kedai bakery tu.. aa,lepas tu kalo nak simpan lama sikit takpe dah kan..ehehe..ajaran sesat betul.
Kita yang tak pandai2deko ni elok laa praktis2 kan..tu yang cuba2 deko kek yang simple2 lagi..tah bila nak cuba yang rumit sikit cam orang lain buat. Tapi bila anak2 tengok,excited juga sebab nampak angry bird tu..sibbaik diorang tak cakap aku ngah lukis barbie ke,popeye ke..ahahak! :D

Sila betulkan saf anda..kalau nak gelak secara berjemaah pun takpe..memang herot berot jer muka angry bird nih aku kerjakan..dah laa lukis direct atas kek,kan. Guna whipped cream jek..ngee..
Baru nak start lukis tu,kena pause kejap lak,iklan..sebab zhariff nangis,lepas tu baru sambung balik..hihi. kek ni makan buat sarapan la pulak masa tu..lembut dan gebus..sebelum ni pernah buat dah kek span versi pandan kastad..boleh google dalam blog ni atau blog rakan2 pun ramai yang dah cuba.

Meh potong kek nih,tengok keratan rentas lak..kot2 ada yang nak tengok ke'pelangi'an kek ni camner kan..

Jeng jenggg..kaler biru? mesti adaaa...heh! Semua pewarna2 ni aku beli di kedai bakery ingredient (KST)depan Mega hotel,Miri.. saje siap2 bagitau kot2 ada yang tertanya2.. :)
Semua warna ok bagi aku,cuma merah jer belum menyerlah sangat..


Oh yer,resepi ni aku adaptasi dari resepi sweet4ever yang asalnya kek span pandan atau keladi..
Sebelum ni ramai rakan blogger buat kek pelangi kan..ada tak yang guna resepi sweet4ever nih untuk dipelangikan gak?maaf la yer kalo tak perasan..cuma masa kak Anim tayang kek pelangi(rainbow cake) dulu,terbayang2 aku kegebuan kek ni kalau di pelangikan.hee.. Apa2pun terima kasih buat sweet4ever dan rakan2 blogger masakan yang bagi inspirasi nak buat kek pelangi kaler2 nih..
Jom semak resepi..aku dah edit secukup rasa untuk rujukan sendiri dan kot2 ada yang nak mencuba ke,kan..
Kek ni bukan jer mudah nak buat,tapi sedap dimakan..sesuai untuk kek harijadi gitu.

Kek Span Pelangi
Resepi Asal: Sweet4ever@myresipi.com
Olahan:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

150g tepung super fine / hongkong
150g gula halus
5 biji telur gred A-maybe lenkali nak buh 6 biji
1 sudu besar ovelette
80ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah

400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream..

Cara-cara:
  1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul sehingga pekat dan gebu(lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan(lebih kurang dalam 3-5 minit)
  4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
  5. Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah
  6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.
  8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!
Pelangi yang cuma ada 6 warna..kira ok laa rupanya tu kan,untuk wat makan2 sendirik..hee.. Nak sepotong? Dah habesss daa..

Thursday, March 1, 2012

Muffin Marble Chocolate Chips..untuk minum petang

Masuk bulan Mac ni macam pasang azam jer sebagai blogger at least nak buh satu hari,satu entri atau lebih, semangat ko..walaupun tenet cap kuye2 nih masih mengekalkan identitinya.sebab tu dari pagi tadi beria upload gambar dalam entri tapi bukan masalah nak upload jer..nak connect pun tak dapat..sampai ngantuk dan pengsan kejap sebelum tengah hari masa tidurkan zhariff..heh..
Bukan apa keletihan sikit,semalam incik suami ajak main badminton..dah lama tak main kat court..bertahun2 gak laa..sebelum ni paling tidak main depan laman jer ngan abang long. Jadi kekok gak laa memula kan..hehe. Sebab tu letih jer badan..agaknya lemak2 terkejut tiba2 diajak bersenam lama sikit.muehehe..

Minta maaf ye pada yang bertanya soalan kat entri tapi tak terjawab2 lagi tu..harap bersabar dan kalau urgent sangat bolehlah tanya kat PM di FB. Tu pun tak janji nak jawab segera sebab bergantung dengan kelajuan tenet dan masa terluang untuk me'refresh' ni ha.. sabo jela kan.ngee

Buat muffin ni petang semalam..eh,entri mungkin berterabur tak ikut turutan mana yang buat dulu dan kemudian yer..ikut mood tuan tanah jer nak buh entri mana.ehee..kadang2 dah upload gambar tapi takde idea nak pot pet tak blogger lak rasa kan. Kalau hari Rabu,boleh gak buh wordless wednesday..tapi ada pulak yang tak puas ati kang..tu kak Anim laa tu..eheee.. tapi betul gak kadang2 kan,suka jer baca celoteh rakan2 blogger yang kita kenali di alam maya nih.. ;)

Hasil skodeng dari dapur Kak Nor yang suka mencubit garam aritu..lepas skodeng tu aku lum terasa nak cuba,tapi petang semalam cam teringin2 jer kan..
Kejadian ek ni macam kata kak nor lah,memang tekstur cupcake,tapi dah nama orang letak mapin tu kite ikutkan ajer laa kan.. rasanya kalau gi bakery kita leh beza yang mana muffin dan yang mana cupcake,kot2 ada yang masih konfius yer.
Tapi apa2pun memang sedappp tau..

Kalau tengok kat bahan takde esen pandan,tetiba kat cara membuat tu ada lak..hehe...jadi ikut suka kite laa ek..aku buh ekstrak pandan(perisa dan pewarna sekali),coklat tu buh serbuk koko dan yang warna asal aku buh 2 titik butter oil..aromanya,pehhh!

Minta izin laa kepada semua penyumbang dan pengedar resepi ni untuk rujukan di hari tua yer..maaf sebab derhaka sikit...hee..tapi memang mabeles dan yang lagi best,simple n sedap! Terima kasih semua...

Resepi di bawah aku edit sikit untuk rujukan sendiri tau...bila aku letak 'by' tu..maksudnya yang dalam blog ni gambar muffin yang aku buat ler..gitu gak dengan resepi lain..untuk rujukan asal resepi,sila klik pada link yang ada pada nama mereka..

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com
Sources:-From Kak Am@Seroja Kitchen
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri, -hasue guna tepung gndum+1/4tsp baking powder
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
-hasue bahagi 3 warna-1:plain dan buh 2 titik butter oil,2:pes pandan,3:serbuk koko
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.-hasue tambah kacang walnut
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.-hasue bakar 25 minit suhu 175c


Kejadiannya 12 ketul..tu yang tak tinggi sangat.Sedap makan masa baru masak tu,suam2..yumm2.. nyaris tak sempat posing..licinnn!hehe..