Bertemu kembali..kali ni kita kongsikan satu resepi kek lapis sarawak yang amat popular di negeri Sarawak bumi kenyalang ini.. boleh dikatakan,kek lapis evergreen ni antara yang mendapat tempat di hati peminat kek lapis Sarawak dalam banyak2 jenis kek lapis. Bukan itu sahaja,ia salah satu kek asas untuk membuat kek lapis..maksud saya,sesuai untuk mereka yang baru berjinak2 nak belajar membuat kek lapis ni sebab paling mudah nak buat. Tak perlu guna banyak warna.. Apabila anda dah pandai buat sebiji kek lapis ini..insyaAllah tak ada masalah nak buat kek lapis lain..malah kek lapis bercorak sekalipun..
Untuk membuat kek lapis Sarawak..paling penting memahami karenah oven masing2..maksudnya tahap kepanasannya bagaimana..berapa lama suhunya untuk memasak satu2 lapis..kena kaji sendiri laa yer..takkan nak tunggu orang kajikan untuk kita kan..ehe ;)
Sebab apa,sebagaimana yang kita ketahui oven ni lain jenama lain tahap kepanasannya..begitu juga dari segi saiz..tak sama suhunya.. nak kaji tu pun bukan lama..untuk selapis dua atau tiga atau yang ke empat kita dah boleh tahu berapa minit nak masak untuk satu lapis kan..
Percayalah,bila korang dah berjaya buat sendiri kek lapis sarawak ni..nescaya korang tak selera nak beli dah..lagi2 dengan harganya yang tak semua orang mampu nak beli.
Kek ni satu adunan jer diwarnakan hijau..bila dibakar sehingga keperangan,baru dilapis..itulah yang membentuk lapisan demi lapisan kek lapis ini..
Untuk resepi...banyak versi dah sekarang ni. Kat myR pun ada..tapi di sini saya cuba versi Dj..bukan dj radio yer..tapi Dayangjack yang cantik manis tuu..Disertakan sekali di sini untuk mereka yang ingin mencuba..terima kasih DayangJack atas perkongsian resepi ni..saya buat separuh adunan sahaja. Lepas tu gula saya kurangkan ikut sukatan gula kek lapis yang saya buat sebelum tu..eh belum publish kat sini lagi sebab dah transfer kat laptop satu lagi tapi kat situ takde photo editor sebab nak download tadi amik masa berjam2..lepas tu kuar error dan saya pun menyampah nak download..takpe lah,bagi jadi jeruk dulu kat situ..lain kali la yer. Eh panjang lak penerangan aku nih.
Nih resepinya..nak tengok original klik kat link di bawah tau!Terima kasih skali lagi buat Mem Dapurku Sayang..saaayanggg diaaa..awww!hehe
KEK LAPIS EVERGREEN (versi bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan : Loyang 8" x 8"
10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla
Cara -cara :
Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Note:
Untuk separuh adunan yang HaSue buat:
5 biji telur gred A
225 g mentega berkualiti tinggi
90 g tepung hongkong/gandum
60 g serbuk horlicks
60 g gula halus (sudah dikurangkan)
3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
1/2 sudu mkn ovallette
8 sudu mkn susu pekat manis
1/2 tin kecil serikaya
50 g serbuk santan
1/2 sudu kecil esen vanilla
Lembap dan sedap..gabungan perisa horlicks dan pandan..
Satu lagi kena guna tepung hongkong untuk tekstur kek yang halus..kalau guna tepung gandum bukan tak boleh dik,tapi teksturnya tak sehalus guna tepung hongkong..itulah bezanya..
Tips:Untuk hasil kek lapis sarawak yang terbaik..adalah penting untuk menggunakan bahan2 berkualiti seperti mentega tulen-brand seperti anchor,westgold,SCS..kalau nak guna buttercup tu,guna yang pure butter..bukan yang lepa susu yer..ni untuk hasil terbaik la..
kalau untuk hasil so-so jer tu..boleh je guna mana2.hee..
Satu lagi kena guna tepung hongkong untuk tekstur kek yang halus..kalau guna tepung gandum bukan tak boleh dik,tapi teksturnya tak sehalus guna tepung hongkong..itulah bezanya..
cantiknya lapisan kek evergreen tu..suka tengok..nak tanya ni, kalau takde paste pandan yg botol mcm contoh tu, guna pewarna hijau lain boleh tak...
ReplyDeletesedapnyer Sue... kalo nk tempah utk raya aji bleh tak?? tak sanggup nk buat sbb dh tau keputusannya...hehehe...
ReplyDeleteSueeeeeeee...cantiknya kek sueeeeeeee...Terliur betul kak naz tgk.. Nak sikit la sue.. dapat sepotong pun jadi la tapi ukuran sepotong tu nak 10" X 10" X 10" ..boleh ker???
ReplyDeletewahhh...rajinnya Sue melapis kek..xpenat ke sue?? apa2pun akak tengok memang berbaloi-baloi. Akak ni malas sikit..beli yang dah siap je la gamaknya.
ReplyDeletesalam sue,
ReplyDeleteadehh...kmk ingat tek ktk molah kek Dandy. hahaha. rupa2nya kek ijo tok. alu terpegun kmk sebentar...sik dpt tahan nanggar kaler ijo tok bah...hehe
mekasih byk2 sb sudi try resepi tok. terharu kmk bah Sue sik terkata...thanks again dear .. mmmuaahhh2!
@Yatie
ReplyDeletesalam yatie..nk tlg jwb. nanti Sue jwb kemudian...hehe.
kek ni kalau xde pes pandan cap Kopoe-Kopoe tu boleh guna Pandan emulco tp kene tambah pewarna hijau tua lagi supaya nampak lbh gelap. ok.
wahhhh..sukenya tengok lapisan yang pasti lemak manis wangi tu...errmm tq for sharing...
ReplyDeleteweyyy..apesal ko tetiba rajin melapis kek ni?konpius dah aku.kompiusssssss....
ReplyDeleteAssalam sue, cantik tersusun je lapisan tu sama rata je, mmg ada seni melapis kek la sue ni, teringat lak akk masa baru2 nak kenal kek lapis masa kat blog sue ni, ingatkan letak kaler yg kelabu2 tu, rupanya lapisan kek yg masak sebelum di lapis heheh
ReplyDeletesalute!!!! mmg kagum dgn ibu beranak kecik yg mampu buat kek lapis dgn begitu cantik!
ReplyDelete@Yatie
ReplyDeleteTq kak yatie..
Boleh jer kak, kalau takde paste pandan tu boleh letak pewarna hijau n perisa pandan..kalau xnak letak perisa pandan pun x pe sebab dah letak esen vanila..yg ni sy x buh esen vanila sbb dah ada perasa pandan sekali dgn pewarna tu kan..
Sue...rajin tul melapis....sebelum ni kak cek makan kek lapis kirim ngan abg kak cek yg tinggal kat kuching...pas tu bila dah cuba buat seniri dan menjadi...tak penah beli lagi...mahal oooo...penat sikit tapi puas hati bila dapat buat seniri kan...
ReplyDeleteMemang sedap kek lapis evergreen ni...kak cek penah buat dulu...
Hasue,cantik betul lapisan kek ni...memang pandai betul la buat kek lapis..
ReplyDeletealahai sue...kemasnyer lapisan kek lapis dia, mcm yg dijual kt kedai la....kalau ida yg buat entah apa jadik
ReplyDeleteHasue boleh buka kedai kek lps ni...
ReplyDelete@Cendana Kasih
ReplyDeletenak tempah ke kak?buleh jer..bila sampainya ek?hehee..ala,akak tu eksen lak..byk bakat terpendam tu haa
@Naz / Nadz COSK
ReplyDeletemelampau2 tul saiz potongan kak naz mintak tu..hahaha..x boleh tak boleh!wat sendirik sana :P
@dari dapur nasya
ReplyDeletetq kak..haa,kalo yg dah siap tu laju jela siapnya..hihi
@DJ Dayang
ReplyDeleteYalah ehh..kmk pun nak molah kek ya.bila ndak nak molah tok.hehe..
sama2..thanks juak share k...muahhh!
@DJ Dayang
ReplyDeleteTq reply kan..hehe..kedong tenet ktk laju bait juak ktk yg reply terus.hehe.. kmk pun makey kopoe2 ya juak..dr indon
@Chah
ReplyDeletebetul2.. pastu ada perisa horlicks lak.hehe
@Ryo Azhar
ReplyDeletehaha..ni kek ke 3 musim ini dah aku buat sbnrnya..tp baru tyg yg nih.heheee..ko bila lagik?
@EmbunRosaliza
ReplyDeletew'kumsalam..
thanks kak..
a'ah..ingat lagi masa akak tanya dulu tu..tu yg explain siap2 takut ada yg lom tau.hehee..kalo kek lapis kukus xde efek tu kak.. :D
@E-na Lovely Kitchen
ReplyDeletetrm kasih kak e-na.. ni pun buat yg simple je..zhariff kendong kejap2..masa melapis letak dia kat lantai jap.hehe
@cik cek
ReplyDeletebetul tu kak cek..memang berbaloi2 buat sndiri kan..kalo org xde masa jelah yg susah sket..kalo yg malas tu x berbaloi2 nak beli smata2 nak bela malas tu.hehe
@rahel
ReplyDeleteThanks rahel.. rahel dah try buat kek lapis ke?ada masa nanti leh cuba ye..rahel kan rajin..hehe
@Ida,Japan
ReplyDeletetq kak ida..mesti jadik kek lapis gak tu kalo kak ida buat..hehe
@zanafahmi/PB
ReplyDeleteakak nak jadi 1st customer x?hehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHye...HaSue...Terima kasih ur Evergreen Resipi. Semalam i dah bua ni kek lapis, tapi i tak puas hati dgn kek Evergreen.Cos tengah kek "runtuh tengah" dan basah tengah. i mau tau reason k? bila nak satukan telo dan mentega need use mesin pukul telo kah? atau pakai tangan kacau? sebab dalam proses sini, i use tangan kacau kua lama,kemungkinan kesalahan ni yg pengaruh kek i! betul tak?
ReplyDeleteFrm LanDy
terbaekkkk!!! sue guna oven brand aper n brp liter besar? teringin nak buat la nanti...
ReplyDeletenanti saya akan try :D
ReplyDeleteInsyaAllah saya try buat kek ni nanti.
ReplyDeleteKita pake sukatn apa cwn kah atau sendukkh?
ReplyDeletePkai butter salted o unsalted?
ReplyDelete