Cuba upload gambar tadi tak lepas2 gak..jadi rest kan lappy kejap..sebelum mencuba untuk kesekian kalinya..
Tanpa disangka2, berjaya lak upload 4 gambar sekaligus..macam hilang terus bingung di hati..
Sebenarnya bingung tu bercampur baur juga antara tenet mengong dan bila berkesempatan entri2 dari blog2 lain berkenaan tsunami jepun tu..tak dapat bayangkan perasaan mereka yang di sana..semoga selamatlah semuanya walaupun dah beberapa hari berlaku tapi semuanya seperti belum berakhir sepenuhnya.. Harap perkara lebih buruk dapat dihindari dengan izinNya jua..
Okaylah,berbalik kepada menu yang berposing sakan ini..nampak gaya ramai juga yang sudah mencuba resepi dari kak rosaliza nih..dah k.i.v resepi nih dari tahun lepas lagi...memang lama,sedangkan senang amat nak buatnya..Maklum laa,kat umah ni suka layan puding karamel tanpa roti..Kalau aku,mana2 pun semua aku telan...opss..lahap beno bunyinya.heh :D
Tapi puding kak rosaliza nih memang sedap, gebu,lembut dan halus teksturnya..
kan roti tu dah siap2 blender..kalau tak suka roti yang halus,boleh laa carik2kan ajer roti tu yer..memandai je aku nih.eheh
Ramai juga blogger2 masakan yang dah mencuba resepi nih kan..masing2 kate memang sedap..hehe..
Jadi kepada penggemar puding roti tu,haruslah mencuba sendiri yer.. :D
Aku guna kaedah bain-marie juga untuk resepi nih..sekarang nih memang puding yang dikukus aku bakar guna kaedah tu je laa sebab malas nak ngukus di samping tekstur yang lebih memuaskan..
Resepi aku ambil dari blog Kak Rosaliza yang sekarang tengah bercuti ke kampung halaman beliau..mekasih kak liza,puding nih sedapppp..nak kongsi makan akak kat kampung lak...Puding Telur Beroti / Puding Telur Beroti >> Kak Rosaliza
Bahan2nya
~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
~esen vanilla
Cara- cara
Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak..
Nota Biru:Sue bakar guna kaedah bain marie~letak loyang adunan berisi puding di atas loyang yang berisi air panas barulah dibakar seperti biasa.Bakar pada suhu 175c selama lebih kurang 50 minit bergantung jenis oven..
Makan sejuk2 puding ni..emmpph..yummmmyyy!!
Baru perasan sebenarnya nama resepi kat blog kak rosaliza puding telur beroti/berkremer..memandai jer ejas nama..tapi bak kate kak rosaliza tak kisah laa nama apapun..yang penting sedapppp!!
Salam sdp tu nyam nyam lama x buat , nak rasa 3 potong boleh...
ReplyDeletesalam..memang nampak sedap..tapi takut manis buat kita
ReplyDeletewalau pun akak fail dlm memasak kuih.. this recipe looks yummy.. nanti nak try.. :)
ReplyDeletesedap kan puding nih..
ReplyDeletesy nak terai...tak sabar ni..nom..nom..nom..
ReplyDeletenak jugak..ada lagi dak?bagi aku sikit nak rasa.sedap tengok kuah banyak2 tu
ReplyDeletemcm nyaman jak puding tok oo...maok juaklah kmk molah klak. kmk pun suka bakar cara bain marie jak mun ada karamel tok. lagik nyaman dan berkrim jak rasanya.
ReplyDeleteKak sue oii nih ke puding yg ssh sgt nak upload tuh yer,ngeehehe,kak nak tanya puding nih manis sgt x?Bak nak rasa yg akak sepotong leh x,kita tkar ngan c baldu cis nih..
ReplyDeletesue nmpk mengancam ler puding tu ,kita pun duk intai2 dah tp M mengatasi segalanya
ReplyDelete@Sheila Shafea
ReplyDeleteboleh je kak..lepas tu 44 ari dipantangkan utk akak okeh..hehe
sue...bestya puding ni....
ReplyDeletenampak sedapp sangat..
terliur aku tengok..
@Mar
ReplyDeleteorg yg gagal kalau semangat nak buat,pasti berjaya je buat benda yg dia pernah gagal buat.. selamat mencuba kak ;)
@lina_pg
ReplyDeletea'aa,sedap kak ;)
@habsahharun
ReplyDeletesila2 laa try..nom nom nomm
@izahdaut
ReplyDeleteutk aku ade sikit lg,utk ko xde lak..ehee.. memang suke je kuah banjir2 nih..hihii..saja2 letak air lebih,senang nak ejas nak siram puding ngan lebih kuah atau nak kurg.ngee
@DJ Dayang
ReplyDeletemenar yaa..bagus ktk molah nun..jgn lupak polah lebih pakey kmk skali..hehe
@Zaliedana
ReplyDeleteHehee...yer ler cik adik..ini ler puding nyer..gigih juge nak upload bertemankan tenet mengong nih..
Puding berkaramel2 nih bg akak laa ek,sng je nak ejas manis tu..tang karamel tu sila kurangkan gulanya,pastu buh air..kalo x buh mmg menepek jela karamel kat puding..akak suke jer yg ala2 banjir gitu..sbb dah campur air,ia xlah manis sgt.hehe..terpulang kepada selera memasing,tulah kelebihannya masak2 sendiri ni kan.. ;)
@Chik Mimi
ReplyDeletesila delete M n tukar kepada R,pasti M dapat diatasi kak..hehe
Assalam Sue..akk kalo buat puding ni selalu kuah paras lutut je, kali ni akk nak cuba paras hidung pulah, anak2 akk pun suka yg banjir2 kuahnya.
ReplyDeletemekasih sue cuba resipi yg simple ini
sangat sedap n teringin nak try..
ReplyDeletesalam..sedap resepi ni..semua family saya suka puding ni..thnx byk..bkn senang nk dpt resepi yg btul2 jadi dlm internet ni..syukur jadi..ptg td buat, x smpi mlm dh habis pun..cuma bg saya manis sikit kot..sy mkn tawar..hehe..thnx..
ReplyDelete