Sunday, August 22, 2010

Labu Kuning Tumis Udang

Labu kuning bukan jer sedap dibuat pengat,tapi sedap dimasak air tapi bagi kitorang la..paling sedap dimasak tumis gini..
Lagi2 bila ditumis dengan udang basah gini..gabungan udang ngan labu kuning memang menyelerakan.. kitorg mmg suka kalo dimasak smpai benar2 lembut..tapi taklah sampai hancur lebur ya..kalo masih keras2 tu tak suka ler...

Bahan2:
  • Labu kuning di potong dadu
  • udang basah tanpa kulit
  • cili merah*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • Serai(diketuk)
  • Garam dan ajinomoto/gula
  • Air secukupnya
Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi,masukkan udang dan terus sahaja masukkan labu kuning.
  2. Kacau rata dan perlahankan api. Biar bahan2 meresap dan labu sedikit layu barulah masukkan air,garam dan serbuk perasa/gula.
  3. Masak sehingga labu benar2 empuk.

Hampir semua sayur2an tempatan sedap jika ditumis ngan udang basah...yg kat bawah ni pulak lebih biasa kita jumpa,kacang panjang ditumis bersama udang...memang sedap!

4 comments:

  1. 1st time la masak cam ni...tak pernah jumpa..jakun skit neh..heee..biasa buat masak lemak je..boleh try nih

    ReplyDelete
  2. alamak! time2 nak buka ni bleh lak ternmpak makanan dlm blog

    ReplyDelete
  3. Salam kak Hasue,
    Akak prengnat ek??? kite baru tau ni... tahniah2.. harap2 akak dan baby sihat2 selalu ek.... sangat terlur tengok sotong masak pedas kat bawah tu... :)

    Ijan

    ReplyDelete
  4. izah: kalo kat umah ni lagi laku masak gini..budak2 pun suka. hehe...nanti ada masa leh la cuba.. :)

    Mr Noble:tengok makanan x batal puasa kan..hehe

    Ijan:tq ijan..hehe..sotong tu mmg akak selera jek makan aritu..hehe

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^