Monday, August 2, 2010

Ikan Masak Asam Manis

Salam Ogos.. ini sebenarnya entri tertunggak..patutnya publish semalam tapi macam biasa lah yer..malas citer pepanjang pasal tenet nih..pagi ni pun kuar signal GPRS jer berbanding sebelum ni signal EDGE..ehe..

Tanpa buang masa meh tengok resepi nih..lebih kurang gak sini sana resepi sweet sour nih yer cuma kali nih ada guna sos plum. Sian sos plum aku beli berapa lama dah tu x guna2 gak sibbaik lum expired..lepas tu bahan2 sayur macam biasa campak jer apa yg ada atau teringin nak adakan..ehehe

Bahan2:
1-2 ekor ikan bawal(sederhana)-atau ikan talapia,siakap dan sebagainya
2 ulas bawang putih(diketuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 potong nenas
1 batang lobak merah
1/2 biji epal merah
2 biji cili merah
1 biji tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
setengah biji bawang besar-potong berbaji
1/2 cawan air

Minyak
Garam,gula dan serbuk perisa secukupnya

Cara2:
  1. Ikan dibersihkan dan dilumur dengan serbuk garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng sehingga hampir masak. Ketepikan
  2. Kurangkan minyak dan tumis bawang putih. masukkan sos cili,sos tomato dan sos plum. Kacau sekata dan masukkan air.
  3. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan,bawang besar,nenas,epal dan lobak merah
  4. Biarkan renih seketika,masukkan gula,garam serta serbuk perisa(jika suka) dan masukkan ikan bawal. Kacau sekata dan ikan masak sepenuhnya.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

P/s: Semua mesej kat cbox dah dibaca yer..tq semua.cuma x dapat reply satu2..kdg2 tu ada yg tereply ada yg tidak jangan ada pula yg berkecil hati.. :)

2 comments:

  1. mmm sue.. memang sesuwai kalu ikan bawal masak camtu.. syedapnyer.. tgk warna jek.. fuh terliur nak sekoq sue... mkn ngan nasi pns2

    ReplyDelete
  2. salam sue...ada lg x ni? nk bt mkn mlm,ok :)

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^