Pernah tak masak sup daging? Kalau sup tulang tu biasa dah kan.. aku jarang masak sup daging..maksud aku nih isi daging jer...tp semalam blur jek nak masak apa..nak yang berempah2 cam kari ke,kurma ke..kicap ke.. dah selalu jer kan.. kali ni tayang masak sup laa pulak..hehe
Apa yang aku nak kongsikan di sini..sup ni tak ditumis dan tak rebus terus ngan daging..
Masakkan dahulu daging bersama halia sampai air(jus) daging keluar..sehingga minyak je lagi baru tambah air.. ini bukan jer kurang kalori(sebab tak payah tumis) malah masakan juga tak mudah basi..
Berbanding sup tulang,sup daging kurang berlemak..kalau sup tulang tu..bila sup sejuk,kelihatan lemak2 putih membeku kat atas tu..baik buang jelah yer..boleh bayangkan ia membeku dalam badan kite gak..ehehe..agaknya laa kan.
Resepi ni sesuai untuk ibu2 dalam pantang,selain daging boleh juga gantikan dengan ayam..
Bahan2;
- Daging -potong kecil (tebal sedikit pun takpe)
- 3 inci Halia - ikut suka letak banyak mana - separuh ditumbuk separuh di hiris
- Garam dan perasa(jika suka)
- sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
- Sup bunjut
- untuk menghidang-daun sup,daun bawan dan bawang goreng
- Masukkan daging yg sudah dipotong2 tadi bersama halia ke dalam belanga. Pasang api perlahan dan biarkan jus daging keluar
- Apabila hampir kering barulah masukkan air dan bunjut sup. Masak dengan api sederhana sehingga daging benar2 empuk-kalau ada pressure cooker lagi senang
- setelah daging empuk perasakan dengan lada sulah,lada hitam,garam dan serbuk perasa.
- Hidangkan bersama bhn hiasan yg juga penyedap sup.
salam sue...simple je resipi sup daging ni kan. boleh cuba nanti.
ReplyDeletesalam sue...memang simple je...tapi tetap sedapkan..selalu kak ima buat sup daging yg b'tumis..tapi tak letak sup bunjut...yg ni lg selamatlah utk kesihatan...
ReplyDelete