Thursday, March 4, 2010

Crispy Potato Wedges

Petang nih line celcom ntah ape2 jek..bukan takat brodben jek x kuar signal...line tepon pun no network..wahh..sibbaik bukan masa perlu sangat nak call..kalo masa ngandung ke apa ke...tiba2 nak beranak naya tuu..kalo ada tepon umah pun,yang di telefon tu pulak guna line celcom gak susah gak...terpaksa laa kol klinik ek..ehee..pendek kate ini bukan berlaku kali pertama tau..tapi dah berkali2..huhu..terlepas geram sket kat sini lak..eheh..

Oklah yer..nih wat minum petang pun sodap nih..ala2 kepci gitu...ala2 jek..bukan sama 100%.hik..
Sapa lom cuba meh laa cuba resepi dr Noorsha nih..thanks sha..sian makyung sorang nih..masih lom ok agaknya tuh..harap dia cepat2 sihat dan bertenaga semula untuk blogging.. Resepi c n p dari myR..thanks Sha..

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
* 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
* 1 sudu teh serbuk cili >sue letak serbuk kari
* 1 biji putih telur - dikocok
* Tepung gandum secukupnya untuk salut
* Garam

Cara-cara

1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Anak2 dan parent diorang suka jek makan wedges nih..yummy!!

5 comments:

  1. mengancam uuu..saya pernah jugak buat wedges mcm ni tapi rsepi dia rebus letak kuib ayam sikit ngan garam ngan black paper sikit. pastu goreng sama gak celup telur tapi beza celup ngan serbuk roti.roti tu bakar n blend. sedap..dapat bayang la sedap yang wedges akak nyer nih..

    ReplyDelete
  2. Yang ni lom try buat. Hari buat cheesy wedges tu, beli frozen wedges je.. ahaks..

    ReplyDelete
  3. ni fav anak2 kak ain ni!!! lg2 kfc mari.xtra cis.hihi

    ReplyDelete
  4. fuh!!!!!!!!!!!!!!!!! sedap betol rasa nk jilat2 jer skrin comp sy ni kak!!! fav sy ni!!!!!!!!!! perghh!!!! nnt nk suruh kakak sy buat la mcm sedap jer... thnkz kak! sbb letak resepi... leh mkn tetiap hari? hehehee

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^