Thursday, January 7, 2010

Kuih Udang

Dulu2 masa era 2007(lama beno dah bunyiknya) selalu buat kuih ni sebab masa tu selalu makan udang..kadang2 udang galah pun buat gini.hik.puas ati gitu.. Nak namakan cucur udang,takde iras cucur udang..(yang ada udang bertenggek kat atas kuih tu). Nak kata jemput2 udang,bukan guna isi udang cincang jek... tapi ni lebih kepada gabungan dua kuih tu kot...

Kuih ni sedappp banget... Jap lagi ye sambung ceritanya.. aku lagi sibuk kok..huu

Ok2..nih nak sambung laa nih... minah siam sorang nun xleh tgk org merayap jap ehee..

Sebenarnya,nih nak bagitau satu rahsia... mungkin ada yang dah tahu tapi rasanya ramai yang tak tahu.. haaa, cucur2 /kuih2 masin gini kalau nak lembut rahsianya adalah bawang merah..
Bahan yang lain2 tu kalo nak letak,letak laaa ikut suka tapi jangan sesekali tinggalkan bawang merah ni kalau nak kuih yg lembut... betolll!! tak caya gi try buat yg ada bawang merah dan tanpa bawang merah.. kalau sama gak meh sini gitau!haha...
Kalau tanpa bawang merah cucur anda akan rasa kenyal2 keras sket gitu..
Nih maksud aku nih,guna resepi simple tp masih dapat kuih yang lembut laa ek..
Ingat ya,jangan sesekali ketepikan bawang merah!

Nak resepi ke? ni stail aku laa ek..leh ikut stail memasing..err,maksud aku tu bahan2 ikut stok yang ada.. tapi bawang merah jangan skip sesekali ye..(berapa kali nak sebut daaa)

Bahan2:
  • 250g Udang tanpa kulit (saiz L lagi best) tanpa kulit - ambil 5-6 ekor dan cincang halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 ulas bawang merah*
  • 1 tangkai cili merah*
  • Daun bawang (potong2 kecil)> boleh letak daun sup jika suka
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Secubit gula
  • Pewarna kuning untuk warna menarik
Cara2:
  1. Bahan2 * ditumbuk /dikisar lumat.-cili boleh juga dihiris halus
  2. Di dalam bekas, satukan tepung gandum, bawang merah, cili , garam dan perasa, gula dan pewarna kuning.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan hand whisk.(utk adunan yg benar2 sebati lebih baik guna wisk nih)
  4. Tambahkan daun bawang,daun sup serta cili cincang dan udang yang dicincang halus.
  5. Panaskan minyak dan celupkan udang ke dalam tepung dan goreng sehingga keperangan..
  6. Sedia dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi..sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili kegemaran anda..
Sama juga seperti sediakan kuih muih biasa kita buat..cuma saja nak gitau cara kite buat..ehe..
Terutama bagi yang tak pernah buat kuih kan...detail gitu :)

Oh ye..adunan ni memang tak letak soda bikarbonat.. selamat mencuba kalau ada yg nak mencuba. :D

11 comments:

  1. kalo kuih ni cicah ngan sos cili thai sure terangkat kan???

    serius menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. nmpk menyelerakan. Mesti rangup tu. Tgk pun tau... :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak hasue,
    Udang - udang neh, tetap menawan...nak amik satu ketul ya. ;)

    ReplyDelete
  4. sue...akak x kira kue ke cucuq ke nk gak rasa...cepat akak tunggu ni...

    ReplyDelete
  5. amboi...dah lebih ah buat cucur ngan udang galah..huhuhu..nk sikit..sue ni mmg buat org terliur..kita kt sini jarang mkn udang...

    ReplyDelete
  6. Alamakkkkkk Sue! Lapar la Love...tapi baru lepas brekpas tadi! kikiki...:)

    Nakkkkk..!

    Pls bring Eyana over to my hse! :)

    ReplyDelete
  7. kalau i panggil cucuq udang cicah ngan kuah kacang sedap..kalau tak ada kuah kacang i cicah ngan sos cili thai..yummy3x..

    ReplyDelete
  8. Salam Sue..Akak panggil cucorq udang la tu....memang fav. kat umah ni...cicah cili sos pun jadik!!!sekilo tepung pun boleh habis!!

    ReplyDelete
  9. Selamat pg Sue,

    Mintak kuih udang sepiring nak wat ubat ngantuk kat opis ni...

    ReplyDelete
  10. Sue kuih udang tu looks so yummy....cicah ngan air lada sedap...cicah ngan kuah kacang sedap...dah le sejuk gigil2 kt sini...lapor le plak tgk kuih udang ni

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^