Monday, November 9, 2009

Daging Masak Hitam Manis

Kalau masak daging,selain kari,masakan inilah menjadi pilihan kat rumah ni..
Kalau untuk acara kenduri,memang sesuai sangat sebab tak pedas dan untuk lauk anak2 makan.
Sedap dimakan ngan nasi putih atau nasi pilihan..

Bahan2:
  • 500g-600g daging-potong lebar dan agak nipis
  • 6 Ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 batang serai*
  • 1-2 sudu makan gula apong
  • 50g kerisik
  • Kicap pekat secukupnya
  • Garam dan ajinomoto(jika suka) secukup rasa
  • 1/3 cawan jus asam jawa pekat
  • 1/3 cawan minyak masak
  • Bahan tumis 4 sekawan- 1 paket kecil/1 bg setiap jenis
Cara2 :
  1. Bahan2 bertanda * dikisar
  2. Daging yang sudah ditoskan diperap bersama 1/3 bahan kisar dan 1/3 cawan kicap pekat sekurang2nya 15 minit
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi dan masukkan bahan kisar selebihnya.
  4. Masak sehingga wangi dan pecah minyak
  5. Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan kacau sehingga sebati.
  6. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan sehingga daging mengeluarkan jusnya dan hampir kering-tambahkan jus asam jawa. Kacau seketika barulah masukkan air sehingga daging tenggelam dan sedikit garam
  7. Masak sehingga daging benar2 empuk menggunakan api perlahan ke sederhana. Jangan guna api kuat kerana ini akan mnyebabkan daging keras.
  8. Setelah daging empuk,masukkan pula gula apong,kerisik dan garam serta perisa secukupnya.
  9. Masak sehingga kuah pekat. Tambah lagi sedikit kicap pekat jika perlu. Boleh tambahkan juga bawang besar yang dipotong berbaji jika suka.
  10. Sebatikan rasa dan padamkan api. Hidangkan bersama kacang peas dan cili merah sebagai hiasan..
Nota Biru: Kerisik dan gula apong boleh adjust nak letak banyak mana ikut selera,tapi jangan di skip sebab akan mengubah rasa seperti yang sepatutnya.. :)

Nih menu lepas ye,dah abis okeh.. :P Rasanya takde bahan2 tertinggal kot..ehe
Masa nih takde kacang pis sebab tuh xde dalam gambar..kalo ader mesti lagi best laa kan,sebab dah sinonim kacang tu ngan masak hitam atau kurma..huhu..
cili tuh pula cili bunga/cili loceng/cili apa lagi namanya yg dah tunjuk sebelum nih.ehehe
Masakan ni sesuai juga untuk hidangan makan beradap pengantin..
Cuma pastikan daging tuh benar2 empuk barulah sedappp..
Lebih sedap masak dengan rempahnya dan tunggu empuk dari rebus dahulu daging tu yer..nih tekak kite laa..kalo nak rebus daging tu dulu juge,terpulang laa.. :)

11 comments:

  1. oowhh...letak kerisik ye..?? gtee sedap le klu cam ni. nak pi defrost daging le jap.hihi

    ReplyDelete
  2. Salam Sue....seleranya tgk lauk daging tu...bole cuba ni

    ReplyDelete
  3. salam hasue, apa khabar..sedapnya dagin msk itam,pilihan kmk juak yaa..

    ReplyDelete
  4. Ooo...tak letak ci yer lauk ni, bagus gak yer, kita pun mmg tgh cari lauk yg senang nk buat dan sedap di makan. Persediaan untuk kenduri nanti

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak masak daging ni...Lama-lama skali best gak...

    ReplyDelete
  6. salam sue...macam ni rupanya nak masak daging hitam manis...rasanya taklah susah sangatkan...kak ima pun teringinlah nak cuba...

    ReplyDelete
  7. Kak ain > dah try ke tuh kak? kerisik tuh ikut suka nak letak banyak ke sikit..sue dah edit tips kat situ.selamat mencuba :)

    Kak JC > wkumsalam..boleh cube kak..x rumit mana pun.hehe

    kak surisarawak > wkumsalm,kamek sihat jak..sama laa selera kita tok..hee

    Kak noorma > resepi nih memang tak letak cili kak..kalo time kenduri memang jadi pilihan la menu nih..hehe

    Nenie > betul tuh.jrg2 makan makin2 sedap ler..hehe

    kak ima > wkumsalam..memang tak susah kak...tapi rasanya memang best bg penggemar masak hitam..selamat mencuba ya.. :)

    ReplyDelete
  8. wah. suka suka. hehe. cam sedap je.

    ReplyDelete
  9. cik sue...sedap lah tgk resepi nih...saya ni baru nk blaja masak. bole terangkan..
    - Bahan tumis 4 sekawan- 1 paket kecil/1 bg setiap jenis - (apa bahan2 nyer yer?
    ct etie

    ReplyDelete
  10. @nn
    memang sedap ni..hehe..cubalah yer

    ReplyDelete
  11. @ILA
    bahan tumis 4 sekawan tu kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih..biasa dipek dalam sepeket2..hrp dpt membantu yea

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^