Kalau kat sini namanya begini laa..tempat lain tak pasti lak..
Hari tuh kak Rosaliza kate tak pernah dengar lak nama ikan nih(dia duk kl).
Hari tu x sempat nak amik gamba pun..huhu
Jadi siapa2 yg tahu nama lain bagi ikan nih meh laa kongsi ek
Ikan nih sebenarnya anak2 ikan kembura jer...yang mak bapak kembura nih jarang lak jumpa orang jual..huhu..
Yang anak2nya nih selain dijeruk jadi ikan masin,sedap digoreng seperti biasa atau bersama limau kasturi..
Ikan goreng nih sedap diratah..ehehe..tp hati2 laa,'senjata' ikan kat bawah perutnya tuh malas beno nak buang sebab ikan nih kecik2 jer..nak buang semua tak larat makcik..hik...goreng garing bestt
Bahan2:
- 1/2 kilo ikan kembura-disiang,bersihkan dan ditos
- 5 biji limau kasturi-ambil jusnya
- Bawang putih*
- bawang merah* -bahan2 * tumbuk lumat
- garam dan perasa
- Sedikit serbuk kunyit
- Gaul semua bahan2 dengan ikan dan perap seketika
- Goreng ikan sehingga agak garing dengan minyak yang sudah dipanaskan
Kite bab ikan ni memang fail. Tp nak menyebok gak komen. heheh.. perap ngan asam limau ye kak... kalau dpt ratah memang best nie... jadi kucing pon takpe :)
ReplyDeleteblogresi/ijan > ha'ah..memang besh jadik kucing..ratah sampai abis..hehe
ReplyDeletesalam...sy rasa ni mcm ikan gelama la..ikan ni sisik tebal skit n kecik...mmg sedap ratah je...kalo x silap ikan ni pun d jd kan ikan masin...sedap tau ikan msin ni kalo goreng garing2....sisik dia kmbg2 kalo d grg kan...
ReplyDeleteNur Syazwani > waalaikumsalam....ikan gelama berbeza dari ikan nih..ikan gelama sisiknya lebih nipis..saiz pun lebih besar dari ni..rasa isinya lebih tawar berbanding ikan nih lebih manis..tapi memang kedua jenis ikan nih sedap dijadikan ikan masin...
ReplyDeleteapa2pun mekasih menyuarakan pendapat eh! :)
di rumah kami sllu masak ikan kembura masak sup jak..sup kembura sangat sedap! ^^
ReplyDeletekmk goreng ajak nang sedap.... ikan tok boleh jadi pekasam bagi yg nak bawak 'berjauh' makan dgn nasi panas ajak.... ketika musim ikan kembura ini ianya terasa lemak manis walaupun tidak digoreng ika anada ingin mencuba, cuba perlukan ikan kembura,asam keping/belimbing/asam jawa (pilih salah satu), cili, serai, garam &ainamoto letak air sedikit masak sehingga airnya hampir kering kalau msk dlm mircowave pun boleh letak dgn secawan air dan tgu masak selama 10 min je.... su... ni resepi ketika terpaksa berkerja dlm kelaparan... ha ha
ReplyDeleteni kalau kat tmpt saya..dipanggil ikan belanak...saya dari sekinchan. sorry if i'm wrong :)
ReplyDeleteTerima kasih atas blog ini. Macam komen bicara hati, kembura dikenali sebagai belanak kalau di semenanjung. Sangat sedap kalau digoreng garing-garing, makan dengan tulang-tulangnya sekali...krup...krup...krupppp... :-)
ReplyDeleteTergolong dalam famili Mugilidae, nama dalam bahasa lain:
Valamugil buchanani,
Valamugil seheli,
Mugilidae,
Mullet,
Bluetail mullet,
Bluespot mullet.