Thursday, September 17, 2009

Air Kausar / Barli Selasih

Nih pun wajib gak buat tiap kali bulan ramadhan tiap tahun.errr,baru beberapa tahun laa buat sendiri sebab baru tahu resepi nih masa tuh.selalu beli jer. Pelik gak camner laa air selasih leh sedap gini...aromanya tuh memang best sangat2.kalau masa lapar dahaga.memang makin dahaga dibuatnya..selagi lum minum.hehe

Sesiapa yang biasa gi ke bazaar ramadhan kat Miri mesti biasa jumpa air nih..
Sepeket diorang jual rm2..untuk 2 orang je kot...heheh...
Masa gi bazaar ramadhan kat Mukah tempoh hari,tak jumpa pulak orang jualnya..err,atau aku yg tak perasan.aheh..
Bukan nak beli pun..saja jek survey apa yang ada kat tempat orang kan.hik hik...

Bahan2:
  • Bes minuman berperisa barli
  • Susu pekat
  • Susu cair/sejat
  • Gula secukupnya(bes minuman nih tak manis langsung)
  • Biji selasih
  • Air secukupnya
  • Ketulan ais
Cara2:
  1. Biji selasih direndam di dalam gelas seketika dengan air panas sehingga kembang(gambar di atas
  2. Tambahkan bes minuman berperisa bali,susu pekat,susu sejat dan air secukupnya.
  3. Kacau sebati dan tambahkan ketulan ais. Sedia untuk diminum

Hah.nih laa jenama TAMIN yang aku guna tuh..nak abis dah pun..hik hik.siap ngan tanda harga lagi tuh..ada jumpa kat kedai lain tuh jenis yang cair..bukan yang itu yer.tapi yang pekat nih..
Kalau guna barli biasa boleh gak,tapi xyah laa letak gula kot sebab dah manis...
Selamat mencuba yer.pada sesapa yg nak mencuba.. :)

P/s:resepi yg sama dah share kat myr..tp myr macam biasa susah nak bukak dekat2 nak raya nih.so xleh nak bg link.. :)

1 comment:

  1. sis, nak tanya. i tin barli tu kan, boleh untuk minum berapa gelas? kat mana ada jual?

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^