Rasa isi ikan yang semulajadi sedap tu membuatkan ikan nih tak payah susah2 nak cari banyak bahan untuk menyedapkannya..
Silap2 haribulan,terlebih bahan pula boleh menenggelamkan rasa ikan..
c kakak n banglong suka sangat ikan bawal nih...
Kalau dimasak merah begini lagi suka..
Nasib baik semalam tuh masak lebih...
Lepas tu ntuk dinner malam tadi pun request lagi nak makan bawal nih..
So keluar laa lagi 2 ekor ikan bawal dr peti es ku itu..
Ikan nih saiz kecik jer..so cukup seekor sorang baru kenyang makan kot.hehee
Ikan bawal yang sudah dilumuri kuah..hehee..tak nampak cam ikan lak dahh..
Resepi nih macam biasa yer..tak suka letak banyak bahan2 yang boleh menganggu gugat rasa ikan tuh sendiri..simple tapi sedappp..yummm2..ratah pun tak sedar diri nih.. :)Bahan2:
- 1-2 ekor ikan bawal saiz M (kalo yang besar seekor dah cukup)
- Garam secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- 1 labu bawang besar*-separuh untuk dikisar,separuh dipotong wedges
- 4 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 batang serai-diketuk
- sedikit cili giling-kali nih tak letak sebab takut terpedas utk anak2
- Sedikit halia-pun tak letak kali nih.
- 5 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- Rempah tumis 4 sekawan-1 setiap 1 jenis
- Garam dan perasa
- Sedikit air
- Ikan bawal yang sudah disiang dibersihkan dan dilumur garam serta serbuk kunyit. Goreng sehingga 3/4 masak.
- Bahan2 bertanda * dikisar
- Ambil baki gorengan ikan tadi untuk menumis..Panaskan minyak dan tumis rempah tumis diikuti bahan2 berkisar sehingga wangi dan garing. Masukkan serai yang sudah diketuk
- Apabila bahan itu sudah garing masukkan sos cili dan sos tomato..kacau sedikit dan masukkan sedikit air
- Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi dan masak hingga pecah minyak
- Masukkan ikan bawal dan bawang besar yang dipotong tadi(bawang besar nih leh tambah lebih jika suka) dan gaul sebati.
- Sebatikan rasa dan kuah. Sedia untuk dihidangkan
Hmmm .... sedapnyeeeeeeeeeeeeee. Buleh la buat menu utk buke pose nanti ni, hiksss :D
ReplyDeleteAhliahnizam > buleh jer tuh.simple kan.hehe
ReplyDelete