Thursday, August 6, 2009

Hati Ayam Goreng Kicap Kacang Panjang

Haaa..panjang beno laa tajuk masakan nih.
Takyah taip resepi org dah tau dah bahan2 nya ekk..hehe
Sebenarnya hati ayam nih dimakan sekali sekala sedap juga..
Tapi masakannya kena pedas sikit baru senang nak masyuk..hehe.
Dulu banglong gemor makan nih..
Tapi bila dah semakin mmbesor nih ada yang dia suka dulu,sekarang taknak makan lak..
Yang taknak makan dulu..sekarang dah suka makan la pulok..
Adehh...macam2 perangai anak2 nih kan..hehee

Resepi nih aku cilok dari kakak aku..stail dia masak gini ler..
Cuma aku tambah lagi asam gelugor di samping halia sedia ada..
Kalo rajin akan update resepi..

Bahan2:
  • 200g hati ayam-potong pada saiz disukai-cuci bersih dan toskan
  • Kacang panjang-potong dalam 1.5inci
  • 2 tangkai cili merah*
  • 5-10 cili padi*
  • 3 Ulas bawang merah*
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 0.5cm halia*
  • 2-3 asam gelugor/1 sudu makan jus pekat asam jawa
  • Kicap pekat secukupnya-sue guna ayam brand
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1/3 cawan minyak masak untuk menumis
Cara2:
  1. Bahan bertanda * ditumbuk lumat-sue letak dalam pengisar bahan kering n kisar terus jer
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
  3. Masukkan hati ayam dan perlahankan sedikit api. Kacau perlahan untuk mengelakkan hati ayam terlampau hancur.Biarkan jus hati tu keluar supaya hati ayam kurang hanyir.Masukkan asam gelugor/jus asam jawa.
  4. Setelah itu,tambahkan sedikit air dan masak sehingga hati ayam benar2 masak..
  5. Pastikan air sudah garing sebelum masukkan kacang panjang,garam,perasa..Masukkan juga cili yang dihiris seperti dalam gambar sebagai penyeri masakan.Kacau rata
  6. Sebatikan rasa dan padamkan api setelah kacang masak..Selamat mencuba
Note : Jika tak mahu hati ayam tuh hancur,boleh lah direbus dahulu bersama sedikit garam yer.tq k nor :)

3 comments:

  1. blum pun kering air liur tgk cis kek....tumpah balik air liur tgk menu mkn ayam ngan kacang panjnag..berjujuran kembali air liur ku kakak

    ReplyDelete
  2. hari2 ade je resepi baru dari sue..xterkejar rasenya..he he he..
    sy suka sayur nie, tp asben plak xmakan hati ayam nie..so xdelah masak lauk ni kat umah sue..sy plak kalu asben xmakan sy jarang akan masak. xbest mkn sorang2..he he he

    ReplyDelete
  3. Ms AiReEn MoHd > ahehe..lawak tul laa ayat tuh.hihi

    Hanim > mmg betul kan anim..kalo hb x mkn jarng2 jer kite masak..kalo masa hb takde br beria nak msk untuk mkn sorg.ekeke

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^